Anda di halaman 1dari 1

(a) Ciri-ciri kanak berkeperluan khas berdasarkan video berkaitan

Berdasarkan video tersebut Avery merupakan seorang kanak-kanak sindrom down yang
bersekolah di sekolah tadika kanak-kanak yang normal. Antara ciri-ciri Avery dalam video
tersebut .

Kesukaran untuk berdikari


Masalah pertuturan atau menyebut perkataan yang sukar difahami.
Masalah pergaulan dengan rakan sekelas
Menghadapi kesukaran untuk menulis.
Bentuk fizikal yang berbeza dengan kanak-kanak normal.

(b) Pendekatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran


Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas merupakan murid-
murid yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kategori
kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran
termasuk sindrom down, autism ringan, attention deficit hyperaktivity disorder (ADHD),
terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.

Dari aspek pembelajaran, kanak-kanak normal mempunyai perkembangan dalam pembelajaran


yang baik. Kebiasaannya, keseluruhan kanak-kanak normal tidak mempunyai masalah dalam
pembelajaran kerana otak mereka stabil dan berada dalam keadaan baik.

Manakala bagi kanak-kanak sindrom down pula, mereka mengalami kelewatan perkembangan
motor kasar disebabkan otot-otot yang lemah, tetapi dalam kes Avery dia tidaklah terlalu lemah
dan masih boleh berinteraksi dengan pelajar lain walaupun percakapannya kurang jelas. Avery
juga mengalami masalah dalam menulis nama dia sendiri, ayat dan sebagainya. Oleh hal yang
demikian, dalam sesi pembelajaran Avery, gurunya lebih menekankan kepada kepelbagaian
aktiviti yang menyeronokkan atau pembelajaran secara bermain, dengan cara bermain ia dapat
membantu Avery untuk lebih cepat menangkap apa yang ingin diajarkan oleh gurunya.

Anda mungkin juga menyukai