Anda di halaman 1dari 2

Letak (Put), tolak (Push) dan Kira (Count) atau dalam singkatan PPC didefinisikan sebagai satu

Teknik mengajar konsep operasi tolak dalam lingkungan 18 yang inovatif kepada murid
pemulihan. Bahan-bahan PPC terdiri daripada
1) 1 paip panjang yang mempunyai 18 lubang di muka hadapan. Paip panjang itu boleh
diasingkan kepada 3 bahagian:
i. Bahagian (a) dilabel nombor 1 5,
ii. bahagian (b) berlabel nombor 6-11 dan
iii. bahagian (c) berlabel 12-18.
Tujuan paip matematik ini ialah menampung bilangan ping pong mengikut ayat
matematik. Misalnya dalam ayat matematik 13 4, pengkaji mencantumkan ketiga-tiga
bahagian paip ping pong dan meletakan 13 biji ping pong dalam paip panjang.
2) 1 paip lajur untuk menunjukkan ayat matematik.
3) 1 sampul angpau untuk menyimpan 2 set kad kecil nombor 1-18 dan 1 kad kecil tolak
4) 1 kayu magik untuk menolak bola ping pong.
5) 1 bakul kosong untuk menyambut bola ping pong yang ditolak keluar dengan kayu
magik
6) Kad penahan mempunyai 2 fungsi.
i. untuk menghalang ping pong daripada jatuk ke bawah sebelum proses menolak ping
pong dilakukan dengan kayu magik.
ii. membenarkan baki ping pong (setelah kayu magik menolak ping pong yang ingin
ditolak ke dalam bakul kosong) jatuh ke ke dalam kotak besar apabila ditarik keluar.
7) 1 kotak besar untuk menyambut dan mengira baki bola ping pong.
Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) operasi tolak dalam lingkungan 18 dengan kaedah
PPC termasuk 3 langkah utama.
1) meletak ping pong ke dalam paip mengikut nomber pertama dalam ayat matematik,
misalnya 9 -4=?
2) menolak bola ping pong dengan kayu magik mengikut nomber kedua dalam ayat
matetak seperti 9 - 4 = ?
3) mengira bola pingpong yang berada di dalam bakul penyambut.

Tujuan kaedah PdP dengan alat PPC ini adalah untuk membantu murid pemulihan menguasai
beberapa pengetahuan dan kemahiran matetatik:
1) menjelaskan konsep operasi tolak dengan bantuan benda maujud melalui pengalaman
hands-on
2) membezakan konsep operasi tambah (semakin menambah) dan tolak (semakin
mengurang)
3) membentuk bilangan nombor yang diperlukan sebelum menolak dengan memasukkan
bilangan ping pong yang betul dalam paip matetatik.
4) menolak bilangan nombor yang ingin dikurangkan dengan kayu magik
5) mengira baki ping pong dalam bakul besar sebagai jawapan ayat matematik.

Di samping itu, aktiviti PPC itu juga membolehkan murid pemulihan menguasai beberapa
kemahiran sekunder. Contohnya mereka dapat:
1) meningkatkan kemahiran psikomotor motor halus dengan memilih kad kecil dengan jari.
2) menajamkan kemahiran koodinasi mata dan jari dengan memilih dan meletak ping pong
dengan bilangan yang betul dan ke dalam paip matematik dengan tepat.
3) mempunyai disiplin yang tinggi dengan mengambil bilangan ping pong dan menolak
bilangan ping pong mengikut ayat matematik
4) menjawab soalan guru secara lisan mengenai bilangan ping pong yang perlu diambil,
ditolak dan ditinggalkan dalam kotak besar.

Anda mungkin juga menyukai