Anda di halaman 1dari 21

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan rahmat dan izinnya dapat saya
menyiapkan Tugasan Projek bagi subjek Pengurusan Makmal Sains dan Sumber (SCE 3123)
ini dengan jayanya untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester enam.

Pertama sekali, jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada
pensyarah subjek ini yang dihormati, En. Latif bin Hamzah, pensyarah daripada Jabatan Sains,
IPG Kampus Sultan Mizan yang telah banyak memberi semangat, dorongan dan bimbingan
sepanjang menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak
memberikan kerjasama, bantuan dan buah fikiran yang tak ternilai semasa menyiapkan kerja
kursus tugasan projek ini terutamanya rakan-rakan sekelas dalam menghasilkan tugasan yang
berkualiti dan berkesan.

Disamping itu, setinggitinggi penghargaan ditujukan kepada ibubapa kami dan ahli
keluarga yang telah banyak memberikan kata-kata semangat dari segi sokongan moral dan
mendoakan kami dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, doa dan harapan saya semoga Tuhan dapat membalas setiap bantuan yang
telah diberikan samada secara langsung atau pun secara tidak langsung sepanjang
menyelesaikan tugasan ini sehingga selesai tugasan ini. Semoga pada masa akan datang
pengalaman ini dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebaik
mungkin.

1
PENDAHULUAN

Pada semester ini saya telah diberikan tugasan projek bagi subjek Pengurusan Makmal
Sains dan Sumber (SCE 3123). Dalam kerja kursus ini, saya telah diberikan tiga tugasan
utama. Tugasan pertama adalah penghasilan bahan sumber PdP. Penggunaan bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membantu murid mengalami pengalaman
pembelajaran yang lebih mengayakan dan konkrit. Perkara abstrak yang susah untuk difahami
dirapatkan jurang kefahaman dengan menggunakan pelbagai bahan pengajaran dan
pembelajaran. Pada tugasan kedua iaitu penulisan esei dimana saya perlu membuat satu
perancangan, perlaksanaan, penyelarasan dan penilaian daripada aspek pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan makmal dan bilik sains sekolah.

Seterusnya, tugasan yang ketiga pula merupakan tugasan pembentangan. Saya perlu
menyediakan satu video ataupun power toon dalam kumpulan bertiga mengenai persediaan
pengajaran dengan menyediakan radas dan bahan yang diperlukan terkaitan tajuk yang telah
ditugaskan kepada kami.

Tugasan ini semestinya memerlukan pembacaan yang banyak dari pelbagai sudut yang
berbeza bagi mempelbagaikan idea dan hujah yang bernas. Tugasan ini juga tidak kurang
mencabarnya kerana tugasan ini banyak memperuntukkan fakta-fakta daripada pelbagai
sumber rujukan. Oleh itu, saya diberi tanggungjawab untuk mengumpul, menelaah, dan
mengkaji dan seterusnya merekod dengan kritis kesemua aspek yang terdapat dalam tugasan
ini.

2
TUGASAN 1 : PENGHASILAN BAHAN SUMBER P&P

Subjek : Sains Sekolah Rendah

Tema : Sains Bahan

Tajuk : 9.0 Jirim

Tahun : Tahun 5

Standard Kandungan : 9.1 Keadaan Jirim

Standard Pembelajaran :

9.1.1 Menyatakan jirim wujud dalam keadaan pepejal, cecair dan gas.

9.1.2 mengelaskan contoh bahan/ objek dalam keadaan pepejal, cecair dan gas.

Objektif :

1. Murid dapat menjelaskan jirim wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas
dengan tepat.
2. Murid dapat menyatakan contoh bahan/ objek dalam keadaan pepejal, cecair dan gas
dengan betul.
3. Murid dapat menyatakan dua ciri-ciri daripada setiap keadaan jirim iaitu pepejal, cecair
dan gas dengan betul.

Perisian yang digunakan : Microsoft Office PowerPoint 2007

Manual Penggunaan :

3
1. Click pada file Microsoft PowerPoint dan paparkan dalam bentuk Slide Show.

2. Halaman pertama adalah halaman utama bagi laman interaktif ini.

3. Anda boleh menekan butang-butang hijau untuk mengetahui tema,


tajuk, standard kandungan dan pembelajaran serta objektif pembelajaran yang akan
dipelajari murid-murid.

4. Anda juga boleh menekan butang-butang kuning untuk mengetahui


biodata dan penghargaan ataupun terus kepada sesi PdP dengan menekan butang
nota, video dan soalan.
5. Pada sebarang halaman yang anda sedang lihat, anda dibekalkan dengan beberapa

butang iaitu butang , dimana ia akan membawa anda ke halaman utama.

Butang untuk anda bergerak ke halaman seterusnya dan butang


untuk anda bergerak ke halaman sebelumnya.
6. Untuk keluar daripada aplikasi ini anda perlu ke halaman utama dan menekan butang

. Apabila menekannya, anda diberi dua pilihan iaitu YA untuk keluar


dan TIDAK untuk anda kembali ke halaman utama.
7. Selamat mencuba dan semoga aplikasi ini dapat memberi anda input-input yang
berguna.

CD disertakan : Soft Copy telah dikumpulkan oleh AJK Subjek iaitu Cik Heryani.

Rujukan :

i. Buku Teks Sains Sekolah Rendah Tahun 5.


ii. DSKP Tahun 5.
iii. Sumber Internet.

TUGASAN 2 : PENULISAN ESEI

4
Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung
dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. Pengetua dan Guru
Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains dalam
pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan,
pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar merupakan
pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan
bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan. Penolong Kanan Pentadbiran / Akademik,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan
Ketua Panitia Sains bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam
keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains berkaitan pengendalian program kurikulum dan
kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, perlaksanaan, penyelarasan, penilaian dan
pemantauan termasuklah proses pembelian bahan dan peralatan sains dan penyimpanan stok
bilik sains sekolah rendah.

Perancangan yang tepat adalah perlu untuk memastikan bahawa setiap sen yang
diperuntukkan oleh kerajaan kepada pihak sekolah adalah berbaloi. Justeru itu, guru yang
bertanggungjawab perlulah merancang dan menentukan keperluan makmal sains dan
bukannya sekadar menghabiskan peruntukkan yang diberikan. Untuk memastikan ini dijalankan
dengan sepatutnya maka satu jawatan kuasa perlu dibentuk untuk mngelakkan berlakunya
pembaziran dan juga mungkin unsur-unsur keculasan dalam urusan pembelian alat dan
kelangkapan makmal. Ini juga akan memastikan proses perolehan melalui pembelian akan
berjalan mengikut tatacara atau prosedur yang telah ditetapkan. Makmal sains mendapat
peruntukan kewangan daripada beberapa sumber. Antaranya seperti peruntukan daripada
sekolah itu sendiri dan subsidi daripada kerajaan. Oleh itu, belanjawan makmal sains perlu
kepada perancangan yang sistematik tentang perbelanjaan sejumlah wang yang diperuntukkan.
Proses ini memerlukan kebijaksanaan perancangan supaya faedah yang maksimum diperolehi
daripada peruntukan tersebut. Sebagai Ketua Panitia Sains, saya diminta untuk merangka
pembelian bahan dan peralatan sains sebanyak RM1,500.00.

PROSES PEMBELIAN

5
Setelah mendapat peruntukkan sebanyak RM1,500.00 untuk kegunaan makmal sains,
saya perlulah menyemak rekod peralatan dan bahan sains yang ada di dalam makmal untuk
mengetahui stok semasa alat dan bahan untuk mengetahui keperluan sebenar makmal. Ini
akan memastikan keadaan semasa stok setiap bahan dan peralatan yang perlu adalah
seimbang dan mencukupi untuk kegunaan pembelajaran di makmal sains sepanjang tahun.
Tidak akan berlaku keadaan dimana sesuatu stok itu terlampau berlebihan atau terlalu kurang.
Ini adalah kerana terdapat sesetengah bahan yang tidak dapat disimpan dalam suatu jangka
masa yang lama.

Setelah mengetahui keadaan semasa stok alat dan bahan sains yang ada di makmal.
Saya perlu menyenarai alat-alat dan bahan tersebut secara terperinci. Spesifikasi alat dan
bahan yang akan dibeli perlu dinyatakan beserta bilangan yang diperlukan. Dalam proses ini
Saya juga perlu berbincang dengan guru-guru yang terlibat dengan penggunaan makmal sains
iaitu guru-guru lain yang terlibat mengajar matapelajaran sains terutamanya guru yang
mengajar sains di tahap dua sekolah rendah. Ini adalah bertujuan bagi memastikan alat dan
bahan yang dibeli nanti juga akan memenuhi keperluan dan perancangan setiap guru yang
terlibat dengan penggunaan makmal.

No Alat/Radas Bilangan yang diperlukan


.
1. Set Alat Timbang (1 kg & 500g) 3
2. Silinder Penyukat Kaca (250 ml) 10
3. Round Bottom Flask (Kaca 500ml) 10
4. Bikar Kaca (500 ml) 10
5. Kelalang Kon Kaca (500 ml) 10
6. Litmus Paper Red 10
7. Litmus Paper Blue 10
8. Tabung Didih 20

Jadual 1 : Senarai barangan yang diperlukan untuk makmal sains

MEMINTA SEBUT HARGA

Jika anggaran harga melebihi RM50,000 pembelian mestilah melalui cara tender. Bagi
pembelian kurang daripada RM50,000, pembelian adalah melalui sebut harga. Meminta sebut
harga daripada pembekal-pembekal perlu dilakukan kerana jumlah perbelanjaan yang ingin

6
dibuat adalah RM1,500.00. Oleh itu, satu Jawatan Kuasa Sebut Harga perlu dibentuk bagi
membantu proses sebut harga dan pembelian alat dan bahan sains. Jawatan Kuasa ini akan
berbincang tentang pihak-pihak atau penender-penender yang perlu dihubungi berkaitan soal
pembelian peralatan dan bahan sains setelah kelulusan diberikan oleh pihak pentadbir sekolah
untuk melakukan pembelian berkenaan.

Jawatan Kuasa Pembelian Melalui Pesanan Tempatan

AHLI PERANAN TUGAS

GURU BESAR PENGERUSI Memberikan anggaran peruntukkan


mengikut pecahan kepala dan unit

Guru Penolong Mengadakan perbincangan dengan guru


Kanan, Guru Mata Pelajaran tentang perancangan
Kanan Mata AJK pembelian berdasarkan stok semasa untuk
Pelajaran atau diserahkan kepada pengerusi untuk
Guru Panitia membuat keputusan

Jawatan Kuasa Sebut Harga perlulah berbincang dan memilih pembekal-pembekal yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Jika didapati syarikat pembekal tersebut tidak
berdaftar dengan Kementerian Kewangan, Jawatan Kuasa perlu menggugurkan syarikat
tersebut daripada meminta sebut harga. Pihak sekolah perlu menghantar surat untuk
mendapatkan sebut harga kepada sekurang-kurangnya lima pembekal yang telah dipilih oleh
Jawatan Kuasa Sebut harga. Ini bertujuan untuk mendapatkan nilai yang terbaik bagi setiap
bahan atau alat yang hendak dipesan. Pihak sekolah perlu menyatakan spesifikasi item dan
kuantiti yang diperlukan. Pihak sekolah juga perlu menyatakan tarikh tutup sebut harga dan
menyimpan salinan surat tersebut. Hal ini akan memudahkan kedua-dua belah pihak iaitu
pembekal dan pembeli. Berikut adalah contoh surat sebut harga yang dihantar kepada syarikat-
syarikat yang terpilih.

7
Syarikat Haniff Sdn. Bhd.
Jalan Damai,
42000 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel ; 0123434354

SK Renek
Jabi,
21233 Jerteh,
Terengganu Darul Iman. Tarikh: 01 Feb 2017

Tuan,

MEMINTA SEBUT HARGA BARANGAN MAKMAL SAINS

2. Merujuk perkara diatas, pihak kami meminta sebut harga bagi senarai barangan berikut :

No. Alat/Radas Bilangan yang diperlukan


1. Set Alat Timbang (1 kg & 500g) 3
2. Silinder Penyukat Kaca (250 ml) 10
3. Round Bottom Flask (Kaca 500ml) 10
4. Bikar Kaca (500 ml) 10
5. Kelalang Kon Kaca (500 ml) 10
6. Litmus Paper Red 10
7. Litmus Paper Blue 10
8. Tabung Didih 20

3. Tarikh tutup bagi sebut harga adalah pada 25 Feb 2017. Harap maklum.

Aiman_______
(T. M. Aiman b. T. Sembok)
Guru Besar,
SK RENEK.

PEMILIHAN PEMBEKAL

Setelah mendapatkan sebut harga daripada pembekal-pembekal tersebut, Jawatan


Kuasa Sebut Harga akan bermesyuarat untuk memilih pembekal yang sesuai untuk
membekalkan bahan dan alat yang akan dipesan. Ini bagi membolehkan hanya pembekal yang
betul-betul layak yang akan terpilih bagi tujuan membekalkan bahan dan peralatan sains yang

8
dipesan. Pemilihan haruslah berdasarkan sebut harga dan kriteria utamanya iaitu harga item,
mutu barangan, status pembekal dan perkhidmatan selepas jualan. Sampel tertentu juga boleh
diminta dari pembekal untuk diteliti terlebih dahulu. Jika sampel yang diberikan oleh pembekal
tidak memuaskan, Jawatan Kuasa Sebut Harga akan memilih pembekal yang lain untuk
menggantikan pembekal itu. Berikut adalah senarai pembekal dan kriteria barangan yang
ditawarkan setelah menerima sebut harga daripada mereka.

No Syarikat Pembekal Kriteria


.
1. Haniff Sdn. Bhd. Murah & Tidak Bermutu
2. Seraff Sdn. Bhd. Murah & Bermutu
3. Kamill Sdn. Bhd. Berpatutan & Bermutu
4. Luqmann Sdn. Bhd. Mahal & Bermutu
5. SediiKopo Sdn. Bhd Mahal & Tidak Bermutu

Hasil daripada mesyuarat Jawatan Kuasa Sebut Harga, kami telah bersetuju untuk
memilih syarikat pembekal Kamill Sdn. Bhd. berdasarkan kepada harga dan mutu yang telah
ditawarkan. Kami telah memilih bagi kriteria harga yang berpatutan dan bermutu. Hal ini kerana
syarikat tersebut telah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Faktor utama adalah
jumlah yang diperuntukkan juga adalah tepat sekali iaitu RM1500. Kami juga mengambil kira
latar belakang syarikat pembekal-pembekal yang telah menyebut harga yang mereka tawarkan.
Ternyata syarikat Kamill Sdn. Bhd. ini mempunyai latar belakang syarikat yang baik. Berikut
adalah sebut harga daripada syarikat yang dipilih.

9
Syarikat Kamill Sdn. Bhd.
Jalan Sentosa,
42000 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel ; 0123434354

SEBUT HARGA

SK Renek
Jabi,
21233 Jerteh,
Terengganu Darul Iman. Tarikh: 25 Feb 2017

Bi Perihal Barang-Barang Kuantiti Harga Jumlah


l Dipesan Seunit Harga
(RM)
1 Set Alat Timbang (1 kg & 500g) 3 120 360

2 Silinder Penyukat Kaca (250 ml) 10 29 290

3 Round Bottom Flask (Kaca 500ml) 10 23 230

4 Bikar Kaca (500 ml) 10 12 120

5 Kelalang Kon Kaca (500 ml) 10 15 150

6 Litmus Paper Red 10 12 120

7 Litmus Paper Blue 10 12 120

8 Tabung Didih 20 5.5 110

JUMLAH BESAR 1500

BORANG PESANAN

Setelah Jawatan Kuasa Sebut Harga bersetuju untuk memilih pembekal Kamill Sdn.
Bhd. untuk membekalkan alat dan bahan sains tersebut, saya perlu membuat pesanan.
Pesanan yang dibuat adalah berlandaskan senarai yang telah diluluskan oleh pihak pentadbir
sekolah dan Jawatan Kuasa sebut Harga. Pesanan hendaklah dibuat menggunakan Borang
Pesanan Tempatan (LPO) yang telah disediakan. Borang Pesanan yang telah lengkap diisi
hendaklah segera dihantar kepada pihak pembekal yang telah dipilih oleh Jawatan Kuasa

10
Sebut Harga. Salinan Borang Pesanan hendaklah disimpan oleh pihak sekolah. Berikut adalah
boring pesanan yang telah dihantar kepada pihak pembekal.

Ruj. Kami : JPS(W)/SKLP/153/04/11/01

Kepada : KAMILL SDN. BHD

Ruj Tender : PPD/SH/3/2017

Tempoh Tender : 01.03.2017 HINGGA 31.03.2017

No. Barang
Bil (Sebutharga/ Kuantiti Kuantiti Harga Jumlah
Perihal Barang-Barang
Tender)
Dipesan Diterima Seunit Harga
(RM)
1 Set Alat Timbang (1 kg & 500g) 3 120 360
2 Silinder Penyukat Kaca (250 ml) 10 29 290
3 Round Bottom Flask (Kaca 500ml) 10 23 230
4 Bikar Kaca (500 ml) 10 12 120
5 Kelalang Kon Kaca (500 ml) 10 15 150
6 Litmus Paper Red 10 12 120
7 Litmus Paper Blue 10 12 120
8 Tabung Didih 20 5.5 110
JUMLAH BESAR 1500
Untuk kegunaan pejabat sahaja :

Tandatangan Guru Besar :


Tandatangan Pegawai :
..
Tarikh : .
Lulus/Tidak Lulus

Cop Sekolah :
Nama&Jawatan :

SURAT/NOTA TANDA TERIMA

11
Bahan dan alat yang dipesan akan dihantar oleh pembekal setelah menerima Borang Pesanan
daripada pihak sekolah. Saya dipertanggungjawabkan untuk menerima dan alat yang dipesan
beserta dengan Nota Hantaran. Saya juga dipertanggungjawabkan untuk menyemak setiap
barang dan alatan yang dihantar adalah menepati pesanan yang telah dibuat. Ianya haruslah
sama dari segi kualiti, kuantiti dan harga yang sama dalam Borang Pesanan dari pihak sekolah.
Pihak pembekal akan menghantar nota akuan penerimaan pesanan yang telah dibuat oleh
pihak sekolah. Nota penerimaan pesanan dari pembekal ini akan difailkan bersama-sama
dengan borang pesanan.

NOTA HANTARAN

Seterusnya pembekal perlu menghantar satu nota hantaran yang menyatakan tarikh dan
masa barangan akan dihantar ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam borang pesanan.
Ketua Jabatan membuat persiapan untuk menerima barang yang akan dihantar tersebut. Nota
hantaran tersebut perlu difailkan bersama-sama dokumen yang lain.

PENERIMAAN BARANGAN

Seterusnya pembekal akan menghantar barangan yang telah dipesan. Tiga salinan nota
hantaran disertakan oleh pembekal. Saya terlebih dahulu perlu menyemak barangan yang
dihantar tersebut sebelum menandatangi nota hantaran yang disertakan. Dua salinan nota yang
telah ditandatangi dikembalikan kepada pembekal dan satu lagi disimpan di sekolah sebagai
rujukan.

INVOIS

Seterusnya, setelah berpuas hati dengan barangan yang dihantar oleh pembekal maka
guru yang bertanggungjawab akan menerima dan menandatangi invois. Jika terdapat item yang
bercanggah ianya haruslah dipulangkan kepada pembekal dan digantikan dengan spefikasi
yang dikehandaki, barulah invois ditandatangi. Invois berkenaan seterusnya perlulah
diserahkan kepada kerani kewangan untuk proses pembayaran kepada pembekal.

12
Syarikat Kamill Sdn. Bhd.
Jalan Sentosa,
42000 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel ; 0123434354

INVOIS

SK Renek
Jabi,
21233 Jerteh,
Terengganu Darul Iman. Tarikh: 25 Feb 2017

Bil Kuantiti Harga Jumlah


Perihal Barang-Barang
Dipesa Seunit Harga
n (RM)
1 Set Alat Timbang (1 kg & 500g) 3 120 360
2 Silinder Penyukat Kaca (250 ml) 10 29 290
3 Round Bottom Flask (Kaca 500ml) 10 23 230
4 Bikar Kaca (500 ml) 10 12 120
5 Kelalang Kon Kaca (500 ml) 10 15 150
6 Litmus Paper Red 10 12 120
7 Litmus Paper Blue 10 12 120
8 Tabung Didih 20 5.5 110
JUMLAH BESAR 1500

RINGGIT MALAYSIA : SATU RIBU DAN LIMA RATUS SAHAJA


RHB BANK BERHAD : 1232343453543534

CAMEL
(Ahmad Kamil bin Ramli)
Pengurus,
Syarikat Kamill Sdn. Bhd.
Jalan Sentosa,
42000 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

13
Tel ; 0123434354

PROSES PEROLEHAN/PEMBELIAN MELALUI SEBUT HARGA

Menyediakan spefikasi alat dan bahan

Mendapatkan sebut harga Jawatan Kuasa Sebut Harga memilih


pembekal

Menerima bahan/alatan dan nota Membuat Pesanan


hantaran

Menerima invois dan menandatangi


sekiranya berpuashati dengan Merekod ke dalam stok/inventori/kad-
barangan yang dihantar kad stok

Menyerahkan invois kepada kerani Invois dicop dengan mencatatkan


kewangan nombor muka surat dan nombor buku
stok

14
PENYIMPANAN STOK

Bahan dan alatan yang telah diterima tersebut pula seterusnya perlu direkodkan ke
dalam rekod stok/inventori atau kad-kad stok. Invois berkaitan akan dicop dengan mencatatkan
nombor muka surat dan nombor buku stok dimana bahan atau alatan tersebut telah direkodkan.
Setelah proses penerimaan bahan dan alatan sains serta proses penyemakan telah dijalankan,
alatan dan bahan tersebut hendaklah disimpan di dalam makmal sains. Proses ini dinamakan
proses penyimpanan stok. Ianya adalah proses yang amat penting untuk memeriksa dan
mengemaskini stok serta untuk merancang pembelian tahunan. Sehubungan dengan itu semua
peralatan dan bahan sains yang diterima atau dikeluarkan hendaklah didaftar atau direkodkan
berdasarkan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan seperti yang terkandung dalam
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dengan menggunakan borang berikut:

Daftar Harta Modal (KEW. PA-2)


Daftar Inventori (KEW. PA-3)
Senarai Daftar Harta Modal (KEW. PA-4)
Senarai Daftar Inventori (KEW. PA-5)
Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-6)
Senarai Aset (KEW.PA-7)

Perekodan peralatan dan bahan sains ini juga perlu mengikuti Tatacara Pengurusan Stor
Kerajaan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil.5/2009 yang melibatkan penggunaan
borang yang berikut:

Kad Petak (KEW.PS-4)


Borang Permohonan Stok (KEW.PS-11)

15
PENYIMPANAN BAHAN DAN RADAS SAINS

Bahan-bahan dan alat atau radas yang telah diterima tidak akan dibahagikan kepada
individu tertentu sebaliknya ianya akan diagihkan kepada stor-stor di makmal sains. Setelah
proses pelabelan dan spefikasi bahan atau alat dilakukan menggunakan borang-borang seperti
yang dinyatakan diatas maka proses seterusnya adalah menyimpan bahan,alat atau radas
tersebut ke dalam laci, kabinet atau ruang letak yang betul.

Di stor makmal terdapat ruang-ruang simpanan iaitu laci, almari, kabinet, rak dan
sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabelkan mengikut apa yang disimpan padanya. Selain
label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah untuk mencari bahan atau item
semasa pemeriksaan stok. Contoh terdapat tiga kabinet dalam makmal sains maka ianya boleh
dilabelkan sebagai K1, K2, dan K3.

Kad-kad stok biasanya disimpan mengikut abjad dan mengandungi maklumat tentang
setiap item dalam bentuk kod. Contohnya, botol specimen dilabel sebagai BK3. Ini bermakna
botol spesimen disimpan di makmal Biologi, dalam kabinet nombor 3. Jenis dan ragam kod
yang digunakan hendaklah mudah dan tidak mengelirukan. Kad-kad stok bahan item pakai
habis haruslah dipisahkan dari kad-kad stok peralatan.

Contoh Kad Stok :

SK Renek

ITEM : Kelalang Kon Kaca, Tabung Didih

Stok
Tarikh Masuk Tarikh Kuantiti Harga Jumlah Tarikh Dipinja Baki Tanda
(ada) dibeli stok m tangan
rosak,dll

2017
25/3 8 26/4 9 RM108 17 17/8 3 14

16
Bahan dan alatan yang telah dipesan ini terdiri dari pelbagai jenis dan kategori. Pegawai
bertanggungjawab perlu menyusun atau mengasingkan setiap bahan dan alatan mengikut
kategori yang telah ditetapkan. Bahan yang telah dipesan tersebut boleh dikategorikan kepada
empat jenis iaitu :-

1. Bahan bahan Kaca


2. Bahan Sains
3. Alat-alat sains
4. Bahan bantu mengajar

Walaupun bahan dan alat sains tersebut boleh dikategorikan seperti dia atas namun
perekodan bahan dan alat tersebut perlu dilakukan mengikut jenis bahan atau alat dan juga
harga pembelian. Contohnya sesetengah bahan akan direkodkan sebagai bahan pakai habis
seperti kertas litmus manakala sesetengah pula perlu direkodkan sebagai aset kekal atau
sebagai Harta Modal seperti Teleskop yang memerlukan penyelerengaraan dari semasa ke
semasa. Dari segi penyusunan bahan pula mengikut kategori jenis bahan atau alatan itu
sendiri. Contohnya alatan kaca akan disusun disatu tempat contohnya satu kabinet yang
mempunyai rak yang tidak terlalu tinggi dari paras lantai. Bahan-bahan kaca disimpan mengikut
saiz dan elakkan disimpan bersama bahan atau alat yang berat. Setiap alat tersebut akan
dilabelkan menikut jenis dan tempat penyimpanan contohnya Tabung Didih 2/40 K5. Ini
bermaksud tabung didih yang kedua dari 40 stok yang ada dan diletakkan di dalam kabinet
yang ke lima.

Termometer-termometer hendaklah disimpan didalam kotak yang asal mengikut jenis


dan julat. Bahan kaca hendaklah disimpan tegak dan dijauhkan dari punca panas.Penunu
Bunsen pula disimpan bersama dengan tripod dan kaki retot dan perlu diperiksa dari semasa ke
semasa. Alat bantu mengajar pula perlu disimpan didalam almari bertingkap cermin. Carta-carta
perlu ditutup dengan helaian plastik yang lutsinar untuk memelihara keadaannya. Alat yang
mahal seperti Teleskop dan mikroskop hendaklah disimpan didalam kotak dan bungkusan asal
dan kotak atau bungkusan tersebut dilabelkan dengan jelas.

17
Sementara item-item yang kecil seperti penyumbat getah hendaklah disimpan bersama
item kecil yang lain seperti mancis, gabus dan pemegang tabung uji. Item-item kecil ini
hendaklah disimpan dalam kotak kayu yang mempunyai banyak petak-petak yang kecil. Model-
model yang besar pula seperti model Bumi, Model Pergerakan Sistem Suria dan Model Dada
Manusia perlu diletakkan di atas meja yang khusus dan ditutup dengan helaian plastik untuk
mengelakkan debu.

KESIMPULAN

Setiap makmal sains di sekolah perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Hal
ini bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
makmal. Seterusnya ia dapat mengelak sebarang kecelakaan semasa bekerja di dalam
makmal. Ia juga bagi mengelakkan sebarang pembaziran. Setelah itu, ia memudahkan
pencarian bahan dan alat yang diperlukan untuk pengajaran. Merancang penggunaan
peruntukan secara berkesan.

18
REFLEKSI

Assalamualaikum w.b.t , selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Alhamdulillah syukur
kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin Nya, tugasan projek bagi kursus Pengurusan Makmal
Sains dan Sumber (SCE3123) akhirnya dapat disiapkan tepat pada masanya walaupun
sebelum ini terdapat pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang saya telah tempuhi untuk
menyiapkan tugasan secara individu ini. Ucapan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih
diucapkan kepada Encik Latif bin Hamzah, pensyarah pembimbing bagi kursus ini yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan perlaksanaan tugasan ini kepada saya.

Begitu banyak kelebihan dan manfaat yang saya dapat perolehi setelah menyiapkan
kerja kursus ini. Antaranya ialah memperolehi pengalaman secara langsung untuk
menghasilkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Di sini, saya telah belajar banyak
perkara seperti merancang satu pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan menarik.
Saya juga dapat mempelajari cara membuat menggunakan aplikasi Microsoft Power Point
seperti memasukkan elemen animasi ke dalam pembentangan. Di samping itu, saya dapat
memahami prosedur-prosedur bagaimana seorang pereka software ringkas khususnya untuk
bidang pendidikan. Selain itu, saya juga mendapat suatu ilmu baru yang sangat berguna
dimana saya diminta untuk membuat satu penulisan esei berkaitan perancangan pembelian
bahan dan peralatan sains untuk kurikulum sains tahun lima dan proses penyimpanan stok bilik
sains sekolah rendah. Perkara seperti ini amat penting bagi saya sebagai bakal guru sains yang
akan mentadbir dan menguruskan makmal sains di sekolah kelak. Di samping itu, ada satu nilai
yang penting yang dapat saya pelajari dalam menyempurnakan tugasan ini iaitu nilai kerjasama
walaupun tugasan yang diberikan secara individu. Saya sering melakukan perbincangan dan
bertukar pendapat dengan rakan sekelas untuk menyiapkan tugasan ini. Bergerak secara
berkumpulan ini amat memudahkan saya untuk melaksanakan sesuatu aktiviti atau tugasan.

Akhir kata, banyak manfaat yang saya perolehi daripada kerja kursus ini. Saya berharap
pengalaman-pengalaman dan ilmu-ilmu baru tentang kemahiran-kemahiran dalam pengurusan
makmal sains yang telah diperolehi ini dapat saya aplikasikan sebagai satu anjakan yang positif
kepada saya untuk menjadi guru yang kompeten. Saya berasa bersyukur dan berpuas hati
kerana dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu, saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian terima kasih.

19
RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengurusan Dan


Keselamatan Makmal Sains Di Sekolah. 2010. Putra Jaya Edisi Kedua.

Ahmad Saat & Mohd. Zubir Mat Jefri (1993). Pengelolaan dan Pengurusan Makmal, Pulau
Pinang. Penerbit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Chua, Pei Kung (2007). Kajian Tahap Pemahaman Bakal-Bakal Guru Sains Universiti Teknologi
Malaysia, Dalam Keselamatan Makmal Sains. Laporan Projek Sarjana Muda. Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai

Ooi, Chong Beng & Mohd Khairuddin Yahya (1982). Panduan Makmal Sains, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Recsam (1978). Laboratory Management and Techniques for Schools and Colleges. Penang,
Malaysia: Anthonian store Sdn. Bhd.

Tatacara Perolehan Sebut Harga


http://www.research.usm.my/bursary/files/TatacaraSebutharga/TSBP-
TatacaraSebuthargaV2.pdf di akses pada 01 Mac 2017.

Kementerian Kewangan Malaysia. Pembelian Terus http://www.treasury.gov.my/index.php?


option=com_content&view=article&id=603:pembelian-terus&lang=ms di akses pada 01
Mac 2017.

20
SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN........................................................................................................... 1
PENDAHULUAN........................................................................................................... 2
TUGASAN 1 : PENGHASILAN BAHAN SUMBER P&P.......................................................3
TUGASAN 2 : PENULISAN ESEI..................................................................................... 5
PROSES PEMBELIAN................................................................................................ 6
PENYIMPANAN STOK.............................................................................................. 15
KESIMPULAN.......................................................................................................... 18
REFLEKSI.................................................................................................................. 19
RUJUKAN.................................................................................................................. 20

21

Anda mungkin juga menyukai