Anda di halaman 1dari 2

Doa Sambutan Maulidur Rasul s.a.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian bagi Allah yang menganugerahkan segala kebaikan dan kerahmatan ke atas
kehidupan umat Muhammad s.a.w yang diutuskan untuk memberi rahmat sekalian alam.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,


Setinggi-tinggi kesyukuran kami kehadrat Allah s.w.t kerana dengan nikmat dan rahmatMu
dapat kami menyambut MAJLIS MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN
SK SEMBULAN BAGI TAHUN 14__ __H BERSAMAAN 2013 M dalam suasana ceria dan
penuh kemesraan. Kami pohon doa restuMu Ya Allah ke atas majlis ini.

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu segala kebaikan diwaktu ini, dan diwaktu
yang akan datang, sama ada kami mengetahui ataupun kami tidak mengetahuinya.

Engkau satukanlah kami dibawah payung persaudaraan muhibbah dan perpaduan.


Lapangkanlah dada kami dalam muafakat untuk kebaikan selari dengan tema sambutan
Maulidur Rasul pada tahun ini _________________________________________. Hiasilah
hidup ini dengan budi pekerti serta akhlak yang terpuji.

Ya Allah Sesungguhnya kelahiran dan perutusan junjungan besar NabiMu adalah merupakan
peristiwa agung yang akan kami hayati. Perjalanan hayat dan perjuanganya adalah qudwah
setiap mukmin dalam menegak hak dan meruntuh kebatilan, panduan dalam menyemarak obor
perpaduan serta kejayaan menyatukan yang bertelingkah.

Restuilah prinsip hidup kami atas asas keimanan yang kukuh dan ketakwaan agar kami
terhindar daripada penderitaan dan kesengsaraan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat
kelak.

Wahai Tuhan kami yang sentiasa mempunyai sifat belas ihsan.

Jadikanlah kami insan yang mengenal erti kesyukuran, berterima kasih di atas nikmat dan
pemberianMu. Kami sedar Ya Allah, nikmat yang kami kecapi pada hari ini, tidak semua dirasai
oleh semua hambaMu di dunia ini.

Peliharakan lah kami, negara kami dan seluruh negara Islam dari perpecahan dan
pertelingkahan, huru-hara dan bala bencana serta ancaman musuh dari luar mahupun dalam.
Dorongkanlah kami kearah kejayaan dalam memajukan negara mengikut keredhanMu Ya Rab
Bal Alamain.
Ya Allah,

Anugerahkan kami kekuatan ilmu,ilham dan kebijaksanaan untuk menerokai kejayaan, meniti
perubahan zaman, bergerak aktif menabur khidmat bakti kepada masyarakat dan negara
Malaysia tercinta agar aman makmur dengan kedaulatan tanah air teguh terpelihara.

Ya Allah,

Engkau tanamkanlah sifat amanah, bertanggungjawab,ketenangan hati dan ketinggian iman.


Hiasilah kami dengan sifat mahmudah, perbetulkanlah iktikod dalam amalan, tekun
mengerjakan suruhan, taat menjauhi larangan, redha menerima dugaan, ikhlas
menyempurnakan amalan dan berkasih sayang sesama insan.

Anda mungkin juga menyukai