Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacara Majlis

Mesyuarat Agung PIBG Kali 49 SK RUMBIA


11 Mac 2017

Masa / Atur cara Teks Catatan


Kepada ibu bapa / penjaga yang belum
Sebelum Perasmi dan mendaftar diminta ke meja pendaftaran di
tetamu jemputan tiba ___________________

Mohon kerjasama dari semua ibu bapa /


penjaga agar memenuhkan kerusi yang berada
di bahagian hadapan terlebih dahulu.

Sewaktu pengumuman perasmi dan tetamu


jemputan tiba, tuan-tuan puan-puan diminta
berdiri.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat


Datuk Koh Nai Kwong, Ahli Parlimen Alor Gajah
diiringi oleh YDP PIBG, Guru Besar dan tetamu
jemputan masuk ke dewan.

Ucapan aluan pengerusi Yang Berhormat Datuk Koh Ni Kwong, Ahli


majlis Parlimen Alor Gajah,

Yang Berusaha Encik Mohd Nasir Bin Jusman,


YDP PIBG SK Rumbia dan barisan
Jawatankuasanya,

Yang dihormati Puan Hjh Jamaliah Bt Abd


Rashid, Guru Besar SK Rumbia,

En Zaharullah Bin Ithnain GPK1 SK Rumbia,


Pn. Hjh Asnia Bt Yusoff GPK KOKU SK Rumbia,
___________________________________________
barisan guru SK Rumbia, para ibu bapa /
penjaga, tuan-tuan puan-puan yang dikasihi
sekalian.
Assalamualaikum WBT, selamat pagi salam
sejahtera dan salam 1 Malaysia. Salam Melaka
Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar
Teknologi Hijau. Salam mendidik dari hati
dengan penuh integriti.

Selamat datang ke Mesyuarat Agung PIBG SK


Rumbia kali yang ke 49.

Alhamdulillah, tidak terkira kita panjatkan


kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana
dengan izinNya SK Rumbia berjaya
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 49.

Pergi ke lebuk membawa rokan,


Rokan buluh diraut sembilan,
Selamat datang kami ucapkan,
Ke Mesyuarat PIBG Kali ke 49

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pagi yang


berbahagia ini, dijemput Ustaz Ahmad Suhaili
Bin Harun untuk membacakan doa. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz


Ahamdatas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Pengerusi PIBG Tuan-tuan puan-puan hadirin sekalian,

Majlis menjemput dan mempersilakan, Encik


Mohd Nasir Bin Jusman, Yang Dipertua PIBG SK
Rumbia, untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih kepada Encik Mohd Nasir Jusman


atas ucapan yang telah disampaikan sebentar
tadi.

Ucapan Tuan Guru Besar Hadirin yang dihormati,

Seterusnya, majlis mempersilakan Puan Hajah


Jamaliah Bt Abd Rashid, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Rumbia, untuk menyampaikan
ucapan.
Majlis menjemput dan mempersilakan.

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas


ucapan sebentar tadi.

Ucapan dan perasmian Carik-carik gumpalan benang,


Benang sutera emas ilusi,
Tidak jauh beliau datang,
Datang berkunjung untuk merasmi.

Hadirin sekalian,
Kini tibalah masa yang dinantikan, majlis
menjemput dan mempersilakan Yang
Berhormat Datuk Koh Nai Kwong, Ahli Parlimen
Alor Gajah untuk menyampaikan ucapan,
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG
SK Rumbia kali ke 49.
Majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih


atas kesudian Yang Berhormat Datuk Koh Nai
Kwong atas kesudian meyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG
Kali ke 49 sebentar tadi.

Penyampaian Tuan-tuan puan-puan hadirin sekalian,


cenderamata
Majlis menjemput YDP PIBG,

Lemak manis kelapa santan,


Dibuat pengat pisang berangan,
Terima kasih budimu tuan,
Atas kesudian tuan merasmikan.

Jemput VIP ke jamuan Majlis memjemput Tuan Haji Nordin diiringi YDP
PIBG dan jawatankuasa, Tuan Guru Besar,
barisan GPK untuk ke Bilik Jamuan.
Dipersilakan.

(kalau perasmi nak lihat persembahan,


teruskan dengan persembahan tak
perlu jemput ke jamuan)

Menyerahkan majlis Tuan puan hadirin sekalian,


kepada YDP PIBG dan
Jawatankuasa Kami serahkan majlis ini kepada YDP PIBG dan
barisan Jawatankuasanya untuk meneruskan
agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali yang
pertama.

Kami berdua memohon maaf sebarang


kekurangan sepanjang mengendalikan majlis
perasmian sebentar tadi. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai