Anda di halaman 1dari 5

RSS

Like us on Facebook
BPO @Twitter
UB @Twitter
BPO Gallery
Google+
YouTube
CONTACT US
ADVERTISE
CAREERS
BOOKMARK US

Search

Home
News
Biz
Sports
Utusan Borneo
thesundaypost
Columns
seeds.theborneopost.com
Archive
Home - Utusan Borneo - Berita Sarawak

Magic Rollers ke peringkat kebangsaan


Posted on August 30, 2014, Saturday
Share this:

Facebook Share

Email

Oleh Florence Nervyn


SIBU: Inovasi projek Magic Rollers yang menggunakan barangan kitar semula dan kos
yang rendah membawa tuah kepada pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Methodist yang memenangi Pertandingan Inovasi Kelab dan Persatuan Sekolah
Peringkat Negeri Sarawak 2014.

Projek hasil inovasi Persatuan Sains dan Matematik telah dicipta pada tahun lepas dan
pernah memenangi Pertandingan Inovasi Kelab dan Persatuan Sekolah Peringkat
Daerah yang berlangsung di SMK Tung Hua pada 14 Ogos lalu.

Menurut guru pengiringnya, Wong Ley Huong, idea menghasilkan Magic Rollers
tercetus disebabkan masalah ketika pelajar menarik kerusi di atas lantai untuk
memindahkan kerusi yangmenyebabkan bunyi bising dan lantai dewan sekolah tercalar,
seterusnya meningkatkan kos penyelenggaraan.

Magic Rollers dicipta dengan menggunakan barangan kitar semula seperti tin
makanan terpakai yang sama saiz dan roda serta skru yang dipasangkan dengan harga
yang rendah.

Magic Rollers dapat menjimatkan tenaga dan masa.

Selain itu, Magic Rollers dapat meminimumkan bunyi bising dan mengurangkan risiko
lantai tercalar ketika memindahkan kerusi, mudah dibawa dan disimpan, mempunyai
nilai komersil, mesra alam serta mengurangkan kos penyelenggaraan, jelasnya.

Wong turut melahirkan rasa gembira dan teruja setelah nama pasukan bimbingannya
dengan Wong Nge Ping dan Francisa Lau diumumkan johan pertandingan
memandangkan saingan kali ini cukup sengit dan keputusan di luar jangkaan.

Kita berusaha akan membawa nama baik SMK Methodist dan Sarawak ke peringkat
yang lebih membanggakan dan mencapai pencapaian yang cemerlang pada
pertandingan peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Terengganu, awal
November depan, ujarnya.

SMK Methodist dan SMK St Anthony, Sarikei bakal mewakili Sarawak ke Pertandingan
Inovasi Kelab dan Persatuan Peringkat Kebangsaan 2014 di Terengganu dari 3 hingga
5 November ini.

SMK St Anthony, Sarikei dengan projek Sabun SAS memenangi tempat kedua
pertandingan yang berlangsung di SMK Sacred Heart, semalam.
Pasukan SMK Lake yang mewakili kontinjen PPD Bau pula diumumkan pemenang
tempat ketiga dengan projek yang diberikan nama Pengelap Serba Guna.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Unit Kokurikulum Jabatan


Pendidikan Negeri, Abit Hong. Hadir sama Ketua Unit Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan PPD Sibu Lim Chun Len.

Sementara itu, SMK Agama Saratok, SMK Tatau, SMK Kanowit, SMK Dalat, SMK
Columba, SMK Beladin dan SMK Tong Hua masing-masing menerima Anugerah Khas
Juri.

SMK St Teresa memenangi tempat pertama kategori pembentangan terbaik, diikuti


SMK Asajaya mendapat tempat kedua dan SMK Bekenu di tempat ketiga.

Bgai kategori gerai pameran terbaik, johan dimenangi SMK Lake, diikuti SMK Columba
di tempat kedua dan SMK Methodist mendapat tempat ketiga.

Sebanyak 30 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian pada pertandingan


yang berlangsung dari 27 hingga 29 Ogos itu.

Share this:

Facebook Share

Email

<< Previous Entry - Next Entry >>


We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain
from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views
of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not
to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read theCommenting Rules.

Comments are closed.


POPULAR
LATEST
TODAY WEEK MONTH ALL
Sarawak may see end of mega dams
U Mobile offers 3GB data from RM28 per month
Jangan sampai negeri, negara berpecah: Karim
Filipino gang of six pickpockets busted
Freak accident sees motorcycle exploding, causes fire
WEEKLY NEWS HIGHLIGHTS
AFFILIATES

SUPPLEMENT DOWNLOADS
BP Supplement Archive
BPIEF Supplement 2015
Chief Minister Supplement 2015
New Year Special Supplement 2015
Real Estate And Home Furnishing 2014
Perfect Wedding Supplement 2014
Gawai Supplement 2014
Business Supplement 2014
Malaysia Day Supplement 2014
Member of
BPO SECTIONS
Home
News
Business
Sports
Utusan Borneo
thesundaypost
Columns
USEFUL LINKS
BPO Commenting Rules and Regulations
BPO News Archive
Handy Contacts
This service is provided on BorneoPost online standard Policies and Conditions. Copyright 2010-2015 BorneoPost
Online. All Rights Reserved.

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/08/30/magic-rollers-ke-peringkat-


kebangsaan/#ixzz3eYB0Epom

Anda mungkin juga menyukai