Anda di halaman 1dari 4

Berdasarkan kerangka modul Dasar dan Hala Tuju, dirumuskan bahawa sebagai

pemimpin instruksional, mereka perlu mempunyai kompetensi-kompentensi


tertentu dalam menerajui sesebuah organisasi.

Definasi pemimpin: Menurut Ahmad Rusli dalam kertas kerjanya, Pemimpin dalam
Kepimpinan Pendidikan (1999) menyatakan pemimpin adalah individu manusia
yang diamanahkan memimpin subordinat (pengikutnya) kearah mencapai matlamat
yang ditetapkan.

Miftha Thoha dalam bukunya Prilaku Organisasi (1983:255), Pemimpin adalah


seorang yang memiliki kemampuan memimpin, artinya memiliki kemampuan untuk
mempengaruhi orang lain atau kelompok tanpa mengindahkan bentuk alasannya.

Dalam menerajui sekolah, seorang pemimpin perlu mempunyai kompetensi


berfikiran strategik. Berfikiran strategik bermaksud keupayaan untuk melepaskan
isu-isu hari ini dan meletakkan diri sendiri di dalam masa depan. Pemimpin
berupaya melukis rupa bentuk sasaran masa depan yang diingini melangkaui
pengalaman hari ini. Menurut Nolan( et.el,2008) dalam tempoh masa 5
tahun.Pemikiran strategik mengambil kira tentang kompetensi dan kemahiran yang
ada untuk menjana kecemerlangan sekolah. Begitu juga dengan pengaruh
persekitaran yang boleh memberi peluang kepada sekolah untuk berjaya.
Contohnya Visi sekolah saya ialah sama sengan visi KPM iaitu Pendidikan
Berkualiti, Insan Terdidik Negara Sejahtera. Visi dibuat visi ini sejajar dengan
kehendak KPM dan melaluinya diharapkan sekolah dapat membantu KPM mencapai
visi dan misi bersama, sekolah sebagai wadah pemangkin bagi memastikan
kejayaan tersebut. Di sini jelas bahawa guru besar saya telah berfikir secara
strategik meletakkan kedudukan sekolah pada masa depan mengikut apa yang
diimpikan. Selain dari itu berfikiran strategik membolehkan seorang pemimpin
organisasi berfikiran secara terbuka, berani menerima perubahan, pemikiran yang
bersistem dan sentiasa berfikir di luar kotak bagi mencapai matlamat organisasi.
Sentiasa optimis dalam membuat matlamat masa depan dan sentiasa pihatin
tentang apa yang berlaku disekeliling sama ada di dalam atau pringkat global.

Seterusnya kompentensi yang perlu ada pada seorang pemimpin ialah membuat
keputusan strategik. Sebelum membuat keputusan pemimpin perlu membuat
analisis terhadap dapatan-dapatan yang diperolehi di sekolah., Dengan mencari
kekuatan dan kelemahan serta mencari peluang dan cabaran dalam analisis SWOC.
Pemimpin dapat membuat keputusan berdasarkan situasi dan persekitaran
sekolah. Dengan menggunakan teknik force field, pareto atau tulang Ishikawa
pemimpin sekolah dapat membuat keputusan yang mana menjadi keutamaan bagi
mencapai matlamat. Pemimpin perlu menganalisis masalah secara keseluruhan,
sama ada puncanya, sebabnya dan cara untuk menyelesaikannya. Namun demikian
dalam membuat keputusan pemimpin perlu mengambil kira tentang mandat yang
diberikan oleh KPM supaya keputusan tidak bertentangan dengan perlembagaan
dan dasar-dasar kerajaan.

Semasa proses membuat keputusan, satu pasukan think tank perlu dibentuk.
Kumpulan ini merupakan kumpulan yang memahami hasrat pengetua dan
merupakan barisan hadapan dalam organisasi seperti guru penolong kanan, guru
cemerlang, guru kanan dan guru bimbingan dan kaunseling. Keputusan
perbincangan perlu dikongsi bersama warga organisasi. Di samping itu pemimpin
juga boleh menjana ide melalui sumbang saran. Kadang-kala ide dari bawah juga
mempunyai potensi untuk mencapai matlamat. Seorang pemimpin hendaklah
berfikiran di luar kotak dan berani menyahut cabaran menerusi ide baru dan
menentukan bentuk tindakan yang patut diambil. Berani mengambil risiko dan
sentiasa THINK BIG, DEEP and LONG.

Kesimpulannya, adalah sukar bagi seorang pemimpin membuat keputusan


strategik apabila terlalu banyak isu hendak dibuat pilihan. Oleh itu di sini perlunya
segala data atau maklum balas dari analisis SWOC dan sebagainya bagi menyokong
keputusan strategik. Keputusan yang dibuat merupakan keputusan bersama dalam
musyawarah.

Kompentensi ke 3 yang perlu ada ialah kompentensi dalam membuat Perancangan


Strategik. Perancangan strategik merupakan proses mengenal objektif organisasi
sebagai reaksi kepada peluang dan cabaran dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti
dan menggunakan sumber-sumber bagi mencapai objektif yang digariskan.
Perancangan boleh dikategorikan dalam jangka pendek, sederhana dan panjang
dan ia mesti didokumenkan.

Untuk membuat perancangan strategik, pembinaan satu visi dan misi yang mantap
merupakan permulaan hala tuju sekolah. Visi, wawasan , cita-cita dan angan-angan.
Gambaran umum tentang matlamat akhir yang hendak dicapai dalam waktu yang
panjang. Visi sekolah juga perlu difahami oleh ahli. Misi pula ialah langkah yang
terancang dalam menyatakan keinginan sekolah. Menjadi garis panduan untuk
perancang. Ia dapat memupuk komitmen dan tepat pada sasaran. Perkara yang
hendak dicapai atau disasar hendaklah berkonsepkan SMART. (S)Spesific
Jelas, (M) measurable boleh diukur. Masa, kuantiti dan kos. (A) Attainable boleh
dicapai. (R) retainable realistic. (T) Time frame jangka masa. Dalam mencapai
objektif pencapaian, pemimpin perlu membuat analisis SWOC, meluaskan S-
strength dan O-opportunity dan mengecilkan W-weakness dan C-challenge.
Pemimpin boleh mengekploitasi aspek positif yang ada diluar untuk kepentingan
organisasi. Mengurangkan elemen kelemahan dalam organisasi dan menangani
elemen negatif dari luar yang menjadi cabaran kepada organisasi

Seterusnya apakah sasaran/objektif yang ingin dicapai. Sasaran dikenali sebagai


outcome ataupun KPI (key performance index) . KPI adalah suatu parameter yang
boleh diukur yang telah dipersetujui bersama, dan yang akan mencerminkan
kejayaan sekolah. KPI adalah petunjuk atau tanda kejayaan bagi membantu
organisasi mentakrif dan mengukur kejayaan untuk mencapai objektif, matlamat,
visi dan misi. Dalam hal ini KPI sekolah saya ialah menjadi 10 sekolah harian
terbaik pada tahun 2015 dan untuk mencapai 10 harian terbaik negeri Kelantan.
Sekolah akan mengatur strategi bagi peningkatan prestasi mata pelajaran. Strategi
adalah merujuk kepada tindakan khusus atau pendekatan yang diambil untuk
mencapai matlamat. Strategi ialah apa yang nak di capai. Dalam mengatur strategi
pelaksanaan pelan tindakan, pelan taktikal yang mengandungi aktiviti/program
yang akan dijalankan, pegawai yang bertanggung jawab, kos, tempoh masa, KPI
bagi program tersebut, output serta pelan kontigensi di dokumenkan ke arah
menjadikan sekolah harian antara yang terbaik dalam negeri Kelantan. Seterusnya
pelan operasi dibuat bagi pelaksanaan program tersebut.
Selepas mewujudkan KPI dan menetapkan sasaran prestasi bagi
setiap KPI, pemimpin hendaklah melaksanakan pengukuran dan penilaian prestasi
dengan cara mengumpul maklumat dan menilai pencapaian sebenar dengan
sasaran prestasi yang telah ditetapkan. Pemimpin perlu mengenal pasti jurang
supaya penambahbaikan dapat dilakukan. Kita mesti membuat penilaian untuk
mengetahui perancangan tidak tersasar. Nilai kembali keberkesanan strategi,
memperkemaskan pelaksanaan, membuat audit dalaman, mengukur kekuatan
melalui pemantauan yang berterusan.

9 KOMPETEN
PEMIMPIN SEKOLAH

PENGURUSAN
ORGANISASI

PENGURUSAN PENGURUSAN
KEWANGAN KURIKULUM

PENGURUSAN PENGURUSAN
KOKURIKULUM HAL EHWAL MURID
KOMPITEN
PEMIMPIN
SEKOLAH

PENGURUSAN PENGURUSAN
PENTADBIRAN PEMBANGUNAN
PEJABAT SUMBER
PENGURUSAN
PEMBANGUNAN
FIZIKAL, PENGURUSAN
PERSEKITARAN PERHUBUNGAN
ASET LUAR / KOMUNITI
Kesimpulannya seorang pemimpin atau pengetua yang mempunyai kompetensi
berfikiran strategik akan membuat keputusan yang strategik dan dapat membina
perancangan strategik bagi tujuan menggerakkan subordinatnya dari top-down,
bottom-up dan horizontal ke arah matlamat hala tuju sekolah. Kejayaan
sesebuah organisasi bergantung kepada kemahuan dan kesungguhan. Perancangan
yang cantik tetapi tidak dilaksanakan tidak akan bermakna. Pemimpin yang
berwawasan akan mengutamakan organisasinya daripada kepentingan individu.

Anda mungkin juga menyukai