Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM MOTIVASI AKTIFKAN HOTBUTTON ANDA

PELAJAR TAHUN 1 SIJIL


KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH
TAHUN 2017

1.0 PENGENALAN

Kata bijak pandai, jika ingin melihat generasi akan datang maka lihatlah generasi
masa kini. Justeru, membina modal insan berkualiti perlu bermula daripada sasaran
yang tepat. Remaja masa kini adalah penegak masa akan datang. Oleh kerana
amanah yang besar ini, maka bakal penerus warisan Negara perlu ditempa dengan
padu. Aktiviti atau program membentuk jati diri dan kekuatan remaja menjadi agenda
utama untuk mencapai hasrat tersebut.

Prohram motivasi ini melibatkan kumpulan pelajar Tahun 1 Semester01 yang baru
sahaja memulakan sesi pengajian dan masih memerlukan tempoh masa
penyesuaian. Banyak perilaku mereka masih tidak selaras dengan diri mereka
sebagai pelajar KVT. Program ini dirancang agar pelajar sedar dan bermotivasi,
bersungguh, menyedari kelemahan dan kekuatan diri serta pembentukan sahsiah
mulia.

2.0 RASIONAL

Membina disiplin dan ketahanan diri dalam usaha untuk meningkatkan semangat
dan keyakinan diri melalui sikap yang positif dan kecekalan hati.

3.0 OBJEKTIF
Melalui program/ kursus ini, diharap para peserta dapat:

1. Mengenali potensi diri yang boleh dibangunkan secara positif.


2. Memberi latihan dan kemahiran untuk melengkapkan diri peserta bagi
membolehkan mereka menghadapi cabaran hidup dengan lebih yakin dan
bersedia.
4.0 TARIKH

05 April 2017 (Rabu)

5.0 TEMPAT
Dewan Kolej Vokasional Temerloh

6.0 SASARAN

Pelajar Tahun 1 Kolej Vokasional Temerloh

7.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 8.45 pagi - Pelajar Rehat


8.45 9.00 pagi - Pendaftaran pelajar
9.00 12.30 tengahari - Ceramah Motivasi Aktifkan Hotbutton Anda
- Jangan Pandang Belakang
(Berkaitan set minda, kenal pasti hala tuju dan
7 pra syarat mencapainya)
Waris Jari Tunjuk
(kupasan berkaitan moral, sahsiah dan isu-isu
semasa remaja hari ini yang sedang sakit)
11.00 12.30 tgh - Ceramah dari MSU
12.30 tgh - Program tamat
2.00 5.00 petang - PdP berjalan seperti biasa

8.0 PERBELANJAAN
1. Bayaran Penceramah - RM1200.00

9.0 SUMBER

PIBG KVT

10.0 PENUTUP

Apa yang diharapkan pengisian program ini kepada pelajar sasaran akan
memberikan input yang positif kepada pelajar agar lebih berusaha, yakin dengan
potensi diri, bersungguh-sungguh, memahami tentang matlamat yang ingin dicapai
dan lebih mengetahui hala tuju. Pemantauan kepada perubahan tingkah laku serta
impak akan dapat diperolehi selepas mendapat keputusan peperiksaan nanti dan
perubahan tingkah laku.

Disediakan oleh :

(NOOR MALA BINTI OTHMAN)


Ketua Unit Psikologi & Kerjaya
Kolej Vokasional Temerloh

Disemak oleh:

..............
(NOR AZIZAHWATI BINTI SAID)
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
Kolej Vokasional Temerloh,
Simpang Sanggang, 28020 Temerloh,
Pahang Darul Makmkur

Disahkan oleh :

.
()
Pengarah
Kolej Vokasional Temerloh,
Simpang Sanggang, 28020 Temerloh,
Pahang Darul Makmur

Anda mungkin juga menyukai