Anda di halaman 1dari 12

PEPERIKSAAN SEMESTER 1/2016

SAINS KERTAS 1
TAHUN 4
1 JAM

NAMA : _____________________ KELAS : ________________

1 Antara yang berikut yang manakah bukan sebahagian daripada kemahiran proses sains ?

A Mengelas.
B Mentafsir data.
C Membuat inferens.
D Merekod keputusan penyiasatan yang difikir munasabah sahaja.

2 Maklumat dibawah adalah berkaitan dengan satu kemahiran proses sains.

Menggunakan semua deria


Menggunakan alat untuk membantu

Maklumat tersebut berkaitan dengan kemahiran proses sains

A Mengelas.
B Memerhatikan.
C Membuat Inferens.
D Berkomunikasi.

3 Perhatikan dua jenis haiwan dibawah.

Apakah persamaan yang ketara bagi kedua- dua haiwan ini?

A Panjang badan yang sama .


B Kedua-dua haiwan adalah bersisik.
C Kedua-dua haiwan mempunyai bisa .
D Kedua-dua haiwan adalah pemakan semut.

1
4 Rajah dibawah menunjukkan salah satu langkah dalam kemahiran saintifik

Apakah langkah ini ?

A Memerhati.
B Meramal.
C Mengukur.
D Membuat inferens.

5 Seekor ucing ditinggalkan di dalam rumah tanpa makanan dan minuman semasa
pemiliknya pergi bercuti. Ramalkan apa yang akan berlaku kepada kucing itu selepas tiga
hari.

A Kucing itu akan mati.


B Berat kucing itu akan berkurang.
C Kucing itu akan menjadi ganas.
D Kucing itu akan makan objek-objek di dalam rumah itu.

6 Rajah dibawah menunjukkan sebuah corong turas. Bagaimanakah cara yang betul untuk
menyimpan corong turas ini ?

A Menyusunnya secara terbalik.


B Menyimpannya secara menegak.
C Membiarkan diatas meja.
D Meletakkan di tempat yang tinggi.

2
7 Antara yang berikut, manakah yang tidak boleh dilakukan di dalam bilik sains ?

i Memakai cermin mata keselamatan semasa pemanasan


ii Menuang semula lebihan bahan kimia ke dalam bekasnya
iii Menggunakan bahan kimia dalam jumlah yang sedikit
iv Membuang sampah dan sisa bahan ke dalam sinki

A i dan ii
B ii dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

8 Baca maklumat dibawah.

Riky mengambil bahan kimia tanpa pengetahuan guru, dan


menggunakan bahan kimia tersebut di dalam bilik sains,
secara tidak sengaja tertumpah di atas kulit Ferenkie.
Akibatnya kulit Ferenkie melecur.

Antara pernyataan berikut yang manakah mengambarkan peraturan bilik sains yang tidak
dipatuhi oleh Riky ?

A Dilarang bermain-main di dalam bilik sains.


B Dilarang masuk kedalam bilik sains tanpa kebenaran guru.
C Dilarang mengambil bahan kimia tanpa kebenaran guru.
D Dialarang makan dan minum di dalam bilik sains.

9 Zuhirah tertinggal buku latihan di dalam bilik sains. Zuhirah kembali semula ke bilik sains
untuk mengambil buku latihan tetapi tiada seorang pun guru yang berada di dalam bilik
tersebut. Apakah tindakan yang paling wajar diambil oleh Zuhirah ?

A Masuk dengan senyap ke bilik sains.


B Menunggu sehingga guru sains masuk semula ke dalam bilik sains.
C Pergi berjumpa dengan guru sains untuk meminta kebenaran masuk kedalam bilik sains.
D Meminta tolong rakan sekelas menemankannya untuk mengambil buku.

3
10 Rajah dibawah menunjukkan sesuatu simbol yang terdapat pada bekas sejenis bahan
kimia.

Kamu perlu berhati-hati mengendalikan bahan yang mempunyai symbol seperti di atas
kerana...

A ia mudah terbakar.
B ia mudah meletup.
C ia boleh menghakis kulit.
D ia menyebabkan kegatalan pada kulit.

11 Manusia memerlukan udara untuk ?

A Membuat makanan
B Membesar
C Mendapatkan tenaga
D Bernafas

12 Rajah dibawah menunjukkan sistem pernafasan

Q P

Antara organ berikut, yang manakah diperlukan untuk proses pernafasan ?

A P dan Q
B R dan S
C Q,R dan S
D P,Q,R dan S

4
13 Antara yang berikut, manakah laluan udara semasa proses menarik nafas ?

A Hidung peparu trakea


B Trakea hidung peparu
C Peparu hidung trakea
D Hidung trakea peparu

14 Antara yang berikut, yang manakah laluan udara semasa proses menghembus nafas ?

A Peparu trakea hidung


B Trakea hidung peparu
C Peparu hidung trakea
D Hidung trakea peparu

15 Rajah dibawah menunjukkan sistem pernafasan manusia

Apakah fungsi bagi organ yang bertanda X ?

A Membekalkan oksigen kepada seluruh tubuh


B Mempunyai banyak urat saraf
C Membekalkan darah kepada tubuh badan
D Tempat pengeluaran air liur

16 Apakah gas yang disedut masuk kedalam peparu semasa bernafas?

A Karbon dioksida
B Oksigen
C Angin
D Asap

17 Apakah yang dimaksudkan dengan perkumuhan ?

A Proses penyingkiran air kencing daripada badan.


B Proses penyinkiran sisa-sisa makanan daripada badan.
C Proses penyingkiran bahan toksik daripada badan.
D Proses penyinkiran bahan buangan daripada bahan.

5
18 Apakah proses yang melibatkan penyingkiran sisa-sisa makanan yang tidak tercerna
daripada badan kita ?

A Pernafasan
B Pembiakan
C Perkumuhan
D Penyahtinjaan

19 Apakah bahan yang terdapat dalam asap rokok yang membahayakan kesihatan manusia ?

A Ganja
B Nikotin
C Plumbum
D Karbon Monoksida

20 Antara yang berikut, yang manakah merupakan tabiat yang perlu dielakkan?

A Merokok selepas makan.


B Bersenam ketika waktu pagi.
C Minum air sebanyak lapan gelas sehari.
D Makan makanan yang seimbang.

21 Antara haiwan-haiwan berikut, manakah yang bernafas melalui sprakel ?

A B

C D

6
22 Rajah dibawah menunjukkan organ dalam seekor haiwan.

Apakah organ P ?

A Peparu
B Insang
C Spirakel
D Ginjal

23 Apakah organ pernafasan bagi lalat ?

A Insang
B Peparu
C Sprakel
D Kulit lembab

24 Rajah dibawah menunjukkan seekor haiwan.

Antara haiwan-haiwan berikut yang manakah mempunyai organ pernafasan yang sama
seperti haiwan di atas ?

A Ular
B Ketam
C Berudu
D Salamander

7
25 Syarizam merendam kepala seekor belalang di dalam air seperti Rajah dibawah.

Didapati belalang masih hidup walaupun selepas direndam selama 15 minit. Mengapakah
hal tersebut berlaku ?

A Belalang bernafas melalui kulitnya.


B Belalang bernafas melalui insang di badannya.
C Belalang bernafas melalui spirakel pada badannya.
D Belalang dapat hidup dalam air untuk tempoh yang lama.

26 Apakah organ pernafasan bagi katak yang membolehkan katak bernafas di darat dan di
dalam air ?

i Insang
ii Peparu
iii Spirakel
iv Kulit lembab

A i dan ii
B i dan iv
C ii dan iii
D ii dan iv

27 Kaji maklumat dibawah.

Apakah struktur X dan Y ?

X Y
A Peparu Insang
B Peparu Kulit Lembab
C Spirakel Kulit Lembab
D Kulit Lembab Insang

8
28 Rajah dibawah menunjukkan seekor haiwan.

Antara haiwan-haiwan berikut yang manakah mempunyai organ pernafasan yang sama
seperti haiwan diatas ?

A B

C D

29 Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan pasangan haiwan dan organ
pernafasannya yang betul ?

Haiwan Organ Pernafasan


A Berudu Insang
B Ketam Peparu
C Ular Kulit Lembab
D Kelawar Spirakel

30 Rajah dibawah menunjukkan beberapa haiwan.

Haiwan-haiwan yang manakah bernafas melalui organ pernafasan yang serupa ?


A P dan Q B P dan R
C Q dan R D R dan S

9
31 Rajah dibawah menunjukkan suatu penyiasatan.

Apakah yang ditunjukkan oleh penyiasatan itu ?

A R dan S
B R dan T
C S dan T
D R,S dan T

32 Antara tumbuhan yang berikut, yang manakah daun-daunnya bergerak balas terhadap
sentuhan ?

A Lalang
B Pokok orkid
C Pokok Semalu
D Pokok seri pagi

33 Bahagian tumbuhan yang manakah bergerak balas terhadap cahaya ?

i Pucuk
ii Daun
iii Buah
iv Akar

A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iii
D iii dan iv

10
34 Rajah dibawah menunjukkan tumbuhan yang diletakkan di dalam sebuah kotak.

Apakah yang perlu dilakukan untuk membolehkan tumbuhan itu tumbuh tegak ?

A Tutup lubang.
B Siram tumbuhan dengan kerap.
C Letak tumbuhan di dalam kotak yang lebih besar.
D Keluarkan tumbuhan dan letak di tempat terbuka.

35 Apakah bahan berwarna hijau yang terdapat dalam daun tumbuhan yang menyerap
cahaya matahari dalam proses fotosintesis ?

A Kloroplas
B Klorofil
C Kloroform
D Klorin

36 Antara tumbuhan berikut, yang manakah tidak dapat menjalankan fotosintesis ?

11
37 Fotosintesis ialah ...

A Proses tumbuhan membiak melalui biji benih.


B Proses tumbuhan kehilangan air ke udara.
C Proses tumbuhan membina makanan sendiri.
D Proses tumbuhan bergerakbalas terhadap ransangan.

38 Tumbuhan tidak perlu bergerak seperti haiwan kerana

A Tumbuhan tidak perlu makan


B Tumbuhan mendapat cahaya sepanjang masa
C Tumbuhan membina makanan sendiri
D Tumbuhan menyerap air dari tanah

39 Proses fotosintesis memerlukan

A Air, karbon dioksida dan cahaya matahari


B Air, karbon dioksida, cahaya matahari dan klorofil
C Karbon dioksida, cahaya matahari, klorofil dan haba
D Cahaya, klorofil, bunga dan daun

40 Rajah menunjukkan satu penyiasatan.

Apakah kesimpulan yang sesuai untuk penyiasatan ini?

A Pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap air dan cahaya.


B Pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya manakala akar tumbuhan bergerak balas
terhadap graviti.
C Akar tumbuhan bergerak balas terhadap air.
D Daun tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan.

~Usaha Tangga Kejayaan~

12

Anda mungkin juga menyukai