Anda di halaman 1dari 15

PANDUAN MEMBINA ROKET AIR

Berikut merupakan panduan lengkap bagi menghasilkan roket air tersebut. Panduan
ini akan menerangkan secara terperinci langkah demi langkah yang anda perlu
lakukan. Oleh yang demikian, anda dinasihati agar menyediakan bahan-bahan yang
sama sekiranya anda hendak menghasilkan roket air yang serupa sebagaimana yang
ditunjukkan.

Antara bahan-bahan penting yang perlu anda sediakan adalah:


1. Dua buah botol air Coca Cola

1
2. Kertas lut sinar (Pastikan tebal)

3. Plastisin

2
Setelah anda menyediakan tiga bahan keperluan penting di atas, yang berikut
merupakan senarai peralatan yang anda perlukan:
1. Pembaris besi
2. Gunting
3. Pisau
4. Double tape

Sekarang kita akan mulakan langkah demi langkah untuk menghasilkan roket air

3
Langkah 1: Membuat Sayap Roket

i. Dengan menggunakan kertas lut sinar, hasilkan sekeping bentuk segi tiga bersudut
tegak dengan dimensi panjang 7.5 cm dan lebar 4 cm.

ii. Kemudian, hasilkan pula sekeping bentuk segi empat tepat dengan dimensi
panjang 7.5 cm dan lebar 2 cm.

4
ii. Di atas sekeping segi empat tersebut, hasilkan satu torehan garisan yang
merentasi bahagian tengah permukaannya dengan menggunakan pisau dan
pembaris besi. Lihat imej di bawah!

PERHATIAN: Anda dikehendaki untuk menoreh satu garisan sahaja bukannya


memotongnya. Oleh sebab itu, anda perlu mengenakan daya yang tidak terlalu kuat
ketika menghasilkan torehan tersebut bagi mengelakkan ia terputus.
Sekiranya anda masih tidak dapat memahami, cuba baca langkah ke-iv di bawah. Ia
akan menerangkan tujuan melakukan langkah ke-iii ini.

5
iii. Setelah anda menghasilkan torehan tersebut, lipatkan salah satu bahagian secara
menegak ke atas sehingga menghasilkan huruf L dari pandangan sisi seperti dalam
imej di bawah.

iv. Tampalkan double tape,

6
v. Seterusnya cantumkannya dengan kepingan yang berbentuk segi tiga yang telah
dihasilkan sebelum ini dengan teliti.

vi. Seterusnya cantumkannya dengan kepingan yang berbentuk segi tiga yang telah
dihasilkan sebelum ini dengan teliti.

7
vii. Ulangi langkah ke-ii hingga v bagi melengkapkan struktur yang terdapat pada
langkah ke-vi di atas.

viii. Gunting bahagian hadapan sayap roket bagi menghasilkan muncung yang tajam.

8
ix. Sehingga langkah ke-viii, anda telah berjaya menghasilkan satu sayap roket.
Sekarang ulangi langkah-langkah yang sama bagi menghasilkan 4 buah sayap roket.

9
Langkah 2: Mencantumkan Sayap Roket Pada Badan Roket

Langkah ini memerlukan sedikit ketelitian anda di mana anda dikehendaki untuk
mencantumkan sayap roket yang anda telah hasilkan pada badan roket. Anda kena
pastikan sayap tersebut tercantum dalam keadaan selari dengan badan roket.

Mula-mula, tampalkan double tape pada bahagian sayap seperti yang ditunjukkan
dalam imej di bawah.

Kemudian cantumkannya pada badan roket.

PERHATIAN: Pastikan anda mencantumkan sayap roket pada bahagian rata


permukaan botol.

10
Kemudian dengan berhati-hati, ulangi semula langkah-langkah di atas bagi
cantumkan pula tiga buah sayap roket yang lain. Pastikan orientasi kesemuanya
selari dengan badan roket.

11
Langkah 3: Menghasilkan Kepala Roket

Sekarang ambil botol yang kedua dan guntingkan pada bahagian seperti yang
ditunjukkan oleh anak panah dalam imej di bawah.

12
Seterusnya sediakan 1 kotak plastisin.

Kemudian masukkan kesemua plastisin tersebut ke dalam bahagian botol yang


diguntingkan tadi.

13
Langkah 4: Mencantumkan Kepala Roket Dengan Badan Roket

Sekarang kita akan mencantumkan kepala roket yang anda baru sahaja hasilkan
dengan badan roket seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Sila gunakan
selotap.

Tahniah anda kini telah berjaya menghasilkan sendiri roket air Hadron anda sendiri.

14
Langkah 5: Melancarkan Roket

Kini tiba masanya untuk melancarkan roket air. Jadi apa yang anda perlukan adalah
sebuah pelancar roket.

Bagi meningkatkan mutu roket air Hadron anda, anda digalakkan untuk
menambahkan aksesori padanya sebagai contohnya dengan meletakkan muncung
yang tajam pada bahagian hadapannya. Anda juga boleh mengenakan spray
berwarna padanya di samping menampalkan pelbagai stiker bagi menjadikannya
bertambah menarik dan sedap dipandang mata.

Untuk melancarkan roket air, anda boleh mencuba tetapan berikut:


Tekanan 3 bar dengan kuantiti air sebanyak 1/3 isipadu botol.

Selamat mencuba !!

15

Anda mungkin juga menyukai