Anda di halaman 1dari 15

ROKET AIR : LANGKAH 1 : MEMBUAT SAYAP ROKET

Langkah 1: Membuat Sayap Roket


i. Dengan menggunakan kertas lut sinar, hasilkan sekeping bentuk segi tiga
bersudut tegak dengan dimensi panjang 16 cm dan lebar 4 cm.

i. Kemudian, hasilkan pula sekeping bentuk segi empat tepat dengan dimensi panjang 16
cm dan lebar 2 cm.

iii. Di atas sekeping segi empat tersebut, hasilkan satu garisan yang
merentasi bahagian tengah permukaannya dengan menggunakan pisau dan
pembaris besi. Lihat gambar di bawah!
PERHATIAN: Anda dikehendaki untuk menghasilkan satu garisan sahaja
bukannya memotongnya. Oleh sebab itu, anda perlu mengenakan daya yang
tidak terlalu kuat ketika menghasilkan garisan tersebut bagi mengelakkan ia
terputus.
Sekiranya anda masih tidak dapat memahami, cuba baca langkah ke-iv di
bawah. Ia akan menerangkan tujuan melakukan langkah ke-iii ini.

iv. Setelah anda menghasilkan garisan tersebut, terbalikkan kepingan tersebut (bahagian
yang digoreskan berada pada bahagian bawah). Kemudian lipatkan salah satu bahagian
menegak ke atas sehingga menghasilkan huruf L dari pandangan sisi seperti dalam rajah di
bawah.

v. Lekatkan double tape

vi. Seterusnya cantumkannya dengan kepingan yang berbentuk segi tiga yang telah
dihasilkan sebelum ini dengan teliti.

vii. Ulangi langkah ke-ii hingga v bagi melengkapkan struktur yang terdapat pada langkah
ke-vi di atas.

viii. Gunting bahagian hadapan sayap roket bagi menghasilkan muncung yang tajam.

ix. Sehingga langkah ke-viii, anda telah berjaya menghasilkan satu sayap roket. Sekarang
ulangi langkah-langkah yang sama bagi menghasilkan 4 buah sayap roket.

ROKET AIR : LANGKAH 2 : MENCANTUM SAYAP PADA BADAN


ROKET
Langkah 2: Mencantumkan Sayap Roket Pada Badan Roket

Langkah ini memerlukan sedikit ketelitian anda di mana anda dikehendaki untuk
mencantumkan sayap roket yang anda telah hasilkan pada badan roket. Anda
kena pastikan sayap tersebut tercantum pada keadaan selari dengan badan
roket.
Mula-mula, gunting lebih kurang 10 cm double tape dan lekatkannya pada
bahagian sayap seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Kemudian cantumkannya pada badan roket.


PERHATIAN: pastikan anda mencantumkan sayap roket dengan muncung
tajamnya berada pada bahagian seperti yang ditunjukkan dalam gambar di
bawah iaitu berhampiran parit yang terdapat botol.

Kemudian dengan berhati-hati, ulangi semula langkah-langkah di atas bagi cantumkan pula
tiga buah sayap roket yang lain. Pastikan orientasi kesemuanya selari dengan badan roket.

ROKET AIR : LANGKAH 3 : MENGHASILKAN KEPALA ROKET


Langkah 3: Menghasilkan Kepala Roket
Sekarang ambil botol yang kedua dan guntingkan pada bahagian seperti yang
ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar di bawah.
PERHATIAN: Anda perlu mengguntingkan di sepanjang dasar parit yang
terdapat pada botol.

Seterusnya timbangkan 500 gram plastisin.

Kemudian masukkan plastisin tersebut ke dalam bahagian botol yang di guntingkan tadi.

PELANCARAN ROKET AIR

Langkah 5: Melancarkan Roket

Kini tiba masanya untuk melancarkan roket air. Jadi apa yang anda perlukan
adalah sebuah pelancar roket.
Bagi meningkatkan mutu roket air mudah anda, anda digalakkan untuk
menambahkan aksesori padanya sebagai contohnya dengan meletakkan
muncung yang tajam pada bahagian hadapannya. Anda juga boleh mengenakan
spray berwarna padanya di samping menampalkan pelbagai stiker bagi
menjadikannya bertambah menarik dan sedap dipandang mata.
Video yang kami kongsikan di bawah ini, berupa pertandingan beberapa contoh
roket air mudah dengan aksesori-aksesori tambahan. Seperti yang anda akan
saksikan, aktiviti-aktiviti seperti menghasilkan roket air terbaik ini secara tidak
langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama tetangga mahupun
rakan-rakan atau keluarga.

Selamat mencuba.

Anda mungkin juga menyukai