Anda di halaman 1dari 7

BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha
menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi
keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21

Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula


sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata
pelajaran bahasa Inggeris.

KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan
pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.

Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut


ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah
penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh
diukur bagi setiap standard kandungan.

Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep
diperkenalkan Kementerian Pelajaran.

Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?

KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi;


Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains
dan Teknologi serta Keterampilan Diri.

KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M
(Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi;
Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini
menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus
kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?

Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping
penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan
Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan.
Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?

Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus
kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani.
Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi
pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.

Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu


Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?

Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik
minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan
apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti
menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar
lain yang sesuai.

Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?

KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam
pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses
maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk
atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283 .

S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?

J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui


pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum.
Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan
P&P.

S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?

J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu
mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan.

KSSR terap 1 Malaysia


KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit
tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain


turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan
dan patriotik.

KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana
kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat
awal pendidikan mereka.

Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta


pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun
seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR
tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul


yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih
untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya


dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik
dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta
meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek
Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis
mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.

Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran
manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran
terpilih.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras,
Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan
4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal,
kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada
pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun
seluruh negara.

Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta
pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.

KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan


mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan
menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

Isu Terkini KSSR ( UTUSAN 30 Disember 2011)

ELEMEN KSSR
Prinsip KSSR
Pendekatan Besrsepadu
Perkembangan individu secara menyeluruh
Pendidikan yang saksama untuk semua murid
Pendidikan seumur hidup

Fokus 4 M
Membaca
Menulis
Mengira
Menaakul

Enam Tunjang KSSR

Komunikasi Kerohanian Sikap dan Nilai


Penggabungjalinan kemahiran Penghayatan amalan agama
secara lisan dan bukan lisan
ketika beriteraksi

Sains dan Teknologi Kemanusiaan


Penguasaan pengetahuan sains , Penguasaan ilmu dan amalan
kemahiran dan sikap saintifik mengenai kemasyarakatan dan
Penguasaan pengetahuan dan alam sekitar setempat, Negara
kemahiran matematik dan global
Penguasan pengetahuan dan Penghayatan semangat
kemahiran berasaskan teknologi patriotisma dan perpaduan

Perkembangan fizikal dan Estetika Ketrampilan


Perkembangan jasmani dan Pemupukan kepimpinan dan
kesihatan diri sahsiah diri melalui kurikulum dan
Pemupukan daya imaginasi kokurikulum
kreativiti bakat dan apresiasi

Dasar MBMMBI, KSSR lonjak kualiti pendidikan negara.

PELAKSANAAN Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia clan Memperkukuh Bahasa,


Inggeris (MBMMBI) yang diperkenalkan tahun ini nyata bertepatan dengan hasrat
kerajaan untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai alat perpaduan, bahasa
perhubungan clan bahasa ilmu. Pada masa sama peningkatan penguasaan bahasa
Inggeris turut diberi kepentingan supaya pelajar dapat bersaing clan meneroka ilmu
di peringkat antarabangsa.

Sukar untuk menafikan bahawa kedua-dua bahasa ini sememangnya memainkan


peranan penting ke arah melahirkan modal insan berilmu, berkemahiran tinggi clan
berketrampilan untuk memacu ekonomi berasaskan pengetahuan.

Justeru, dalam usaha meletakkan MBMMBI pada tempat sewajarnya, maka


beberapa kaedah clan strategi pelaksanaan diperkenal berasaskan langkah yang
mampu melonjakkan keberkesanannya. Tumpuan utama ialah melalui transformasi
kurikulum sekolah clan peningkatan kapasiti guru.

Malah, kedua-dua aspek ini jugs dikenal pasti berupaya menjadi elemen asas
melahirkan sumber manusia yang mengisi keperluan negara.

Untuk itu, kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula clan menambah balk
kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa untuk menghadapi
cabaran abad ke-21.

Menerusi transformasi kurikulum, modul Pengajaran clan Pembelajaran (P&P) bagi


kurikulum bahasa Malaysia clan bahasa Inggeris disedia berdasarkan kemahiran
bahasa berkenaan, membabitkan proses mendengar, bertutur, membaca clan
menulis selain penekanan terhadap modul tatabahasa clan seni bahasa. Apa yang
diharapkan melalui pendekatan modul sedemikian, setiap sesi pengajaran akan
berupaya mewujudkan fokus kepada sesuatu kemahiran utama dengan
mengintegrasikan kemahiran lain secara bersepadu. KSSR dibangun berteraskan
enam tunjang utama merangkumi komunikasi; sains clan teknologi; perkembangan
fizikal dan estetika; kerohanian,sikap dan nilai; kemanusiaan; dan ketrampilan diri.
Setiap tunjang mengandungi disiplin ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas
kepada pembangunan insan yang seimbang dan berpemikiran kreatif, kritis dan
inovatif

Secara dasarnya, KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam, satu tempoh
persekolahan yang ditetapkan. Standard kandungan adalah pernyataan lebih
terperinci mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam
satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Sementara standard pembelajaran pula merujuk kepada satu penetapan kriteria
atau indikator kualiti pembelaiaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap
standard kandungan.

KSSR diketengahkan dalam bentuk modular yang mans kandungan pembelajaran


disediakan berbentuk unit kendiri lengkap (self-contained) yang dinamakan modus.
Seliap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang sudah dikenal pasti untuk dikuasai murid. Bagi tahap satu, kandungan
kurikulum disusun dalam Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif
manakala tahap dua dalam bentuk mata pelajaran teras dan elektif.

Apa yang jelas KSSR juga diperkenalkan untuk menangani isu pendidikan seperti
kepadatan jadual waktu, bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan
penekanan terhadap kecemerlangan akademik.

Justeru, terlalu pendekatan sebegini ia memberi penegasan kepada pelaksanaan


kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan proses P&P lebih
menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Murid jugs digalak
meningkatkan pembabitan dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah.

Sesungguhnya pelaksanaan KSSR diharap mampu membantu memperbaharui


kurikulum sedia adsa serta memastikan is relevan dengan keperluan pendidikan
semasa, sekali gus berfungsi sebagai agen perubahan bagi mencapai objektif
melahirkan modal insan terbilang dan berketrampilan tinggi.

Sejajar tumpuan terhadap peningkatan kapisiti guru bagi menjayakan Dasar


MBMMBI, maka Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan Standard Guru Malaysia
(SGM) yang mengandungi komponen standard dan keperluan sebagai rujukan
piawaian kualiti guru di seluruh negara.

Selain itu, usaha meningkatkan jumlah guru siswazah dan guru bahasa Malaysia
dan Inggeris yang berkualiti turut diberi perhatian. Maka, tanggungjawab Institut
Pendidikan Guru (IPG) telah dikembangkan untuk melatih guru pads peringkat
ijazah.

Bagi meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris pula, program penutur jati
diperkenalkan dengan melantik 360 penutur jati dari luar negara ,sebagai mentor di
1,800 sekolah rendah manakala 15 lags sebagai training fellows di IPG yang dipilih
sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris.

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)


Mulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar Tingkatan Satu,
sementara Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) membabitkan murid Tahun
Satu.

Adalah dimaklumkan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran


Malaysia sedang dalam usaha untuk melaksanakan tinjauan terhadap kandungan
kurikulum Sejarah Sekolah Menengah sebagai persediaan menggubal Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang akan dilaksanakan mulai tahun 2014.

Sehubungan dengan itu, satu soal selidik akan diadakan bagi mengumpul
pandangan dan cadangan masyarakat dari pelbagai lapisan terhadap aspek-aspek
yang berkaitan dengan reka bentuk dan kandungan kurikulum Sejarah Sekolah
Menengah. Maklumat ini penting kepada proses penambahbaikan kurikulum mata
pelajaran Sejarah dalam usaha transformasi kurikulum.

a) Matlamat Kajian

Matlamat tinjauan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah ini adalah untuk


mendapatkan input dari masyarakat tentang aspek-aspek yang terkandung dalam
kurikulum Sejarah Sekolah Menengah di samping cadangan-cadangan
penambahbaikan terhadap kurikulum mata pelajaran Sejarah.

b) Objektif

Mendapatkan cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum Sejarah


Sekolah Menengah

Mendapatkan input tentang aspek-aspek skop kandungan kurikulum Sejarah


Sekolah Menengah

- See more at: http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/bab-9-dasar-kurikulum-


item-baru.html#sthash.eV60SzPD.dpuf

Anda mungkin juga menyukai