Anda di halaman 1dari 15

1

PENDIDIKAN DALAM KONTEKS GLOBALISASI

1.0 PENDAHULUAN

Kamus Dewan (2007) edisi keempat mendefinisikan globalisasi sebagai fenomena yang
menjadikan dunia mengecil dari segi. Yusof al-Qardhawi (2001) dalam Asmawati (2005)
mendefinisikan globalisasi sebagai mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang
dimiliki oleh sesuatu negara atau kelompok sehingga menembusi dunia. Manakala
cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas
dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang
boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Globalisasi juga dikenali dengan
nama lain seperti dunia tanpa sempanan, kampung global, desa sejagat dan dasar
langit terbuka. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia
tanpa sempadan.

Dengan erti kata lain, globalisasi ialah satu proses untuk meletakkan dunia
dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi
sesebuah Negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan
dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh
pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi
seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan
perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama
manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Walau apa pun maknanya, yang
jelas kesan globalisasi melibatkan perubahan yang besar dalam bidang politik, sosial dan
juga pendidikan.

2.0 SUMBANGAN GLOBALISASI KEPADA PENDIDIKAN

Bidang pendidikan merupakan bidang yang akan menerima kesan dan impak terus dari
era globalisasi kerana pendidikan berkaitrapat dengan pembangunan sumber manusia
yang mana dipengaruhi oleh persekitarannya (Rancangan Malaysia Kesembilan 2006).
2

Globalisasi memberi banyak kesan positif terhadap bidang pendidikan. Semua pihak
terutamanya pembuat polisi dan penggubal dasar kerajaan perlu menstruktur sistem
pendidikan dan strategi pendidikan bagi mempersiapkan modal insan dan sumber
manusia yang kompeten dalam dunia tanpa sempanan. Asmawati (2005) dalam
penulisannya bertajuk Dunia Pendidikan dalam era Globalisasai: Peranan dan Cabaran,
menyatakan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian serius. Antaranya ialah:

Pelajar perlu mengamalkan sikap berdaya saing agar mereka lebih menyerlahkan
lagi mutu pendidikan dan menjalani persaingan yang sihat.
Wujudnya hubungan sumber pendidikan dan kemudahan penyelidikan di
peringkat yang lebih luas. Hal ini memberi faedah kepada sistem pengajaran dan
pembelajaran.
Komunikasi merentasi budaya membolehkan pelajar lebih bersedia untuk
menghadapi pasaran buruh antarabangsa. Ini bermakna, pelajar mesti mempunyai
kemahiran berbahasa dan komunikasi yang menjurus ke arah global.
Kesedaran terhadap kepentingan pendidikan dalam era globalisasi menyebabkan
pendidik dan pelajar lebih bersedia menghasilkan produk dan perkhidmatan yang
bersesuaian dengan kehendak global.
Kefahaman nilai antarabangsa akan meningkatkan lagi keupayaan memahami
nilai-nilai manusia sejagat dan ini boleh menyebabkan dunia menjadi aman.
Peningkatan bilangan institusi pendidikan swasta yang bakal melahirkan modal
insan negara.
Penyebaran teknologi maklumat akan berlaku dan ini dilihat berupaya
menyediakan peluang-peluang pendidikan lebih meluas.

2.1 Pengantarabangsaan Pendidikan

Globalisasi juga telah menyumbang kepada pengantarabangsaan pendidikan. Hal ini dapat dilihat dalam
usaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menjadikan pengantabangsaan pengajian tinggi sebagai
agenda utamanya. Selaras dengan usaha menjadikan negara sebagai hub kecemerlangan pengajian tinggi di
rantau ini serta bagi memenuhi sasaran jumlah enrolmen 75,000 pada tahun 2010 seperti dalam ucapan
3

perutusan tahun baharu 2010 oleh Y.B. Dato Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi

Malaysia di PICC, Putrajaya, pada 12 Januari 2010. Oleh hal yang demikian, teraju pihak IPT perlu
menyusun pelbagai pendekatan dalam usaha untuk menarik pelajar antarabangsa datang belajar ke negara
ini dengan menitikberatkan soal hospitaliti termasuklah suasana pembelajaran, kemudahan penginapan dan
keselamatan adalah kondusif serta bersesuaian untuk proses menyediakan khidmat bantuan dalam aspek
keperluan imigresen dan visa serta sentiasa bekerjasama dengan pihak KPT bagi segala urusan yang
berkaitan dengan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar antarabangsa tersebut.

Selama ini aspek pengantarabangsaan hanya ditekankan kepada proses membawa


masuk pelajar-pelajar antarabangsa. Bagi tahun 2010 ini menteri KPT mengharapkan
agar skop dan aktiviti program pengantarabangsaan ini diperluaskan lagi kepada perkara-
perkara lain yang turut menyumbang kepada kecemerlangan akademik secara
menyeluruh. Kementerian juga akan mengenalpasti bidang-bidang tujahan yang dijadikan
niche area dalam pengajian di peringkat pasca siswazah. Adalah diharapkan agar
universiti dapat mengelakkan duplikasi terhadap penawaran program di peringkat pasca
siswazah dan melalui pendekatan ini, ia akan menjadikan pengajian pasca siswazah
akan menjadi lebih dinamik dan relevan dengan kehendak semasa.

Dimensi pengantarabangsaan juga perlu diperluas kepada usaha memperteguh


tenaga akademik tempatan dengan strategi tertentu termasuk penglibatan dan pendedahan
pensyarah peringkat antarabangsa termasuk attachment, pertukaran kepakaran dari dan
kepada organisasi antarabangsa samada di universiti atau pusat penyelidikan dan
penyeliaan pelajar Masters dan Ph.D secara bersilang. Pada masa yang sama, kerajaan
membenarkan IPTA untuk melalukan morbiliti pensyarah dengan mengambil tenaga
pengajar dari luar negara untuk meningkatkan suasana akademia yang cemerlang selaras
selaras dengan matlamat 15 peratus tenaga pengajar dari luar negara di universiti
penyelidikan menjelang tahun 2020.

Usaha perlu dipergiat bagi menggalakkan lebih banyak institusi, badan


pengiktirafan dan negara luar mengiktiraf program kursus dan IPT negara ini. Usaha ini
penting untuk memudahkan penerimaan ijazah yang dianugerahkan oleh IPT tempatan
4

kepada pelajar luar negara. Pelaksanaan MQF dijangka akan memudahkan proses ini,
terutamanya apabila Malaysia menjadi ahli dalam pertubuhan pengiktirafan di peringkat
antarabangsa seperti Lisbon Convention on the Recognition of Qualification concerning
Higher Education in the European Region 1997 dan Washington Accord for International
Mutual Recognition of Engineers (bidang kejuruteraan).

2.2 Mobiliti Pensyarah

Bercakap tentang globalisasi pendidikan, kita tidak lari daripada membicarakan peranan
tenaga pengajarnya. Oleh itu, KPT menyeru semua IPT agar mencari jalan untuk menarik
tenaga pengajar yang berkelayakan sama ada dari dalam atau luar negara. Potensi yang
besar juga sekiranya IPT boleh menarik bakat-bakat dari industri untuk menyumbang
samada secara sepenuh atau separuh masa dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan
masing-masing. Selain daripada memenuhi keperluan gunatenaga akademik, pengalaman
industri yang dibawa ke universiti akan menambah nilai kepada program akademik yang
ditawarkan.

Sudah tiba masanya IPT dalam negara sama ada IPTA atau IPTS mencari jalan
bagaimana boleh berkongsi kepakaran secara sinergi. Bagi tujuan itu, satu pelan mobiliti
pensyarah yang lebih kemas untuk menyokong usaha tersebut perlu diusahakan secara
serius. Contohnya seorang pensyarah mempunyai satu parent institutiontetapi boleh
dibenarkan untuk memberi sumbangan kepada institusi yang lain sama ada dalam aspek
pengajaran, penyelidikan dan penyeliaan pelajar. Di peringkat institusi, universiti perlu
mencari jalan untuk menyediakan persekitaran kerja yang kondusif untuk ahli-ahlinya.
Ini termasuk dalam aspek penyediaan ruang dan peluang, infrastruktur dan bantuan-
bantuan lain yang diperlukan.

3.0 CABARAN-CABARAN GLOBALISASI


5

Era globalisasi sedikit sebanyak telah mempengaruhi sistem pendidikan negara. Kesan
globalisasi ini mesti ditangani dengan bijak agar negara dapat melahirkan pelajar dan
modal insan yang boleh dibanggakan. Habib & Megat Ahmad Kamaluddin 2008
menyatakan beberapa cabaran yang perlu dihadapi dalam sistem pendidikan dan
memerlukan perhatian serius.

3.1 Cabaran Pertama: Pembelajaran Berterusan

Melakukan rombakan dalam membangunkan potensi sumber manusia melalui pendidikan


seperti memperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang
sudah mempunyai kerjaya bagi membolehkannya mereka memberi sumbangan kepada
negara seperti yang dikatakan oleh Hussein (2001) dalam Habib & Megat Kamaluddin
2008. Ini selaras dengan Rancangan Jangka Panjang Ketiga bagi tempoh 2001-2010 dan
Dasar Wawasan Negara telah memberikan penekanan kepada usaha untuk
membangunkan tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi menerusi dasar Pendidikan
Seumur Hidup yang antara lain bertujuan:

Menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi dengan


memberi penekanan kepada kepelbagaian kemahiran.
Membangunkan program latihan yang berinovasi bagi memenuhi keperluan
pengetahuan dalam industri.
Mewujudkan program e-Latihan.
Mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi
dalam perkhidmatan awam.
Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan dewasa
dan Pendidikan Berterusan.
Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti,
masjid, dewan orang ramai dan bangunan awam dan persendiran bagi program
Pendidikan Berterusan.
6

Melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan seumur


hidup.

3.2 Cabaran Kedua: Inovasi Dalam Pelaksanaan Kurikulum

Beberapa perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran telah diperkenalkan seperti Sekolah Bestari, Projek Sekolah Net, Projek
Smart Lab dan Projek Sekolah Vista. Ini bagi membolehkan guru menguruskan
bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara
elektronik dengan rakan dan guru.

Di samping perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum


di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum
tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran
tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam
persekolahan. Pelajar-pelajar mesti mematuhi garis panduan seperti berbudaya
pembelajaran sepanjang hayat, berkebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda
dan bahasa antara bangsa, menguasai kemahiran teknologi, bersedia dari segi kognitif
untuk tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikan masalah serta menjana
pengetahuan baru. Seiring dengan perubahan pada persekitaran global juga, kurikulum di
Malaysia telah melalui satu era transformasi dengan pelaksaan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bahasa Inggeris bagi mata pelajaran sains dan matematik di sekolah
rendah dan di sekolah menengah.

3.3 Cabaran Ketiga: Pengurusan Pendidikan

Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam
perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi
dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan
pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan
dalam pengurusan pendidikan. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang
7

dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information


System). Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah
melaksanakan tugas-tugas rutin seperti meningkatkan kecekapan dalam penyediaan
gred/markah peperiksaan dan menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah.

3.4 Cabaran Keempat: Pembentukan Jati Diri

Isu-isu berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan. Hasrat untuk


merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang
menghadapi ujian dari segi keberkesanan pelaksanaannya kerana masyarakat masa
kini sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang bersamanya membawa masuk
pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Hussein Ahmad (2001)
memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa
perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di
seluruh dunia. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan
gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu
terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat.

Oleh itu, semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-
anak remaja di landasan moral yang betul menurut acuan tempatan melalui pelaksanaan
program-program pendidikan nilai di sekolah. Aspek yang perlu diteliti adalah aspek
berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum kerana
perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar.

3.5 Cabaran kelima: Perkembangan profesionalisme Guru


Guru merupakan aset utama dalam sisitem pendidikan yang berupaya memastikan
poerkembangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Oleh hal
yang demikian, guru perlu memiliki kualiti yang bersifat kontemporari dan releven
dengan zamannya. Robiah (1994) dalam Habib & Megat (2008) mencadangkan beberapa
8

kriretia guru yang perlu dimilki agar mekera mempunyai kesediaan dan mampu
menghadapi perubahan zaman seperti berikut:
Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas
Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya
Sentiasa mengikut peredaran zaman
Memahami perkembangan teknologi
Mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif.

4.0 KESAN NEGATIF GLOBALISASI TERHADAP PENDIDIKAN

Globaliasasi sesungguhnya memberi kesan positif dan faedah yang banyak kepada sistem
pendidikan di Malaysia. Walau bagaimanapun, fenomena ini juga menyumbang kepada
kesan negatif yang tidak dapat dielakkan kehadirannya. Berikut adakah antaranya kesan
negatif terhadap dunia pendidikan (Hashim & Abdul Jalil 2007):
Negara-negara yang kaya akan mengambil peluang menindas negara-negara yang
lemah untuk merampas peluang dan sumber yang ada bagi memajukan sistem
pendidikanm negara mereka sendiri.
Berlakunya ketidakadilan dalam sesuatu perkongsiaan kerana segala keputusan
yang berat sebelah akan dibuat oleh negara-negara yang sudah maju.
Memerlukan pemantauan yang mendalam dari aspek permasalahan anti sosial
Perubahan dari segi sistem pendidikan akan berlaku akibat daripada permintaan
pasaran tenaga kerja dan pengeluaran nilai tamabah yang tinggi terhadap sesuatu
barangan pengguna. Ini bertentangan dengan matlamat dan peranan yang ingin
didukungi oleh sesebuah institusi pendidikan, khususnya universiti.
Dalam percubaan untuk memenuhi kehendak global, sesuatu polisi pendidikan
sudah yang lama terbentuk akan tersasar dari matlamat sebenarnya untuk
memenuhi tuntutan sektor awam tempatan. Pendidikan hanya dilihat sebagai
komoditi ataupun pelaburan dan bukan lagi resepi kehidupan yang sempurna.
Oleh itu, pendidikan akan menjadi kurang liberal kerana sentiasa dikawal oleh
kehendak pasaran.
9

Rosnani 2007 dalam penulisan bertajuk Liberalisasi Pendidikan dan cabarannya


dalam kontek Pendidikan Islam di Malaysia juga menyatakan terdapat kesan yang
mendalam globalisasi dalam sistem pendidikan. Pertamanya. pasaran buruh dan sistem
pendidkikan akan mengalami perubahan disebabkan perubahan cara bekerja dan jenis
pekerjaan yang akan dilakukan di seluruh dunia. Permintaan akan tertumpu kepada
barangan yang mempunyai kandungan kemahiran yang tinggi dan pekerjaan pula lebih
bersifat fleksibel. Lebih ramai tenaga kerja akan bertukar pekerjaan sepanjang hayat
mereka dan pekerjaan mereka semakin lebih bercorak multitasking. Ini bermakna tahap
pendidikan tenaga pekerja perlu ditingkatkan dan lebih banyak peluang bagi golongan
dewasa untuk kembali ke institusi pendidikan bagi memperolehi kemahiran-kemahiran
baru.
Kedua, sistem pendidikan yang diterajui oleh golongan korporat akan merungkai
pendidikan awam kerana kecenderungannya kepada idea dan konsep pendidikan swasta.
Ini kerana kerajaan dari negara sedang membangun ditekan untuk menambah
perbelanjaan terhadap pendidikan bagi melahirkan tenaga kerja yang mahir. Hujahnya
sistem pendidikan yang tersusun rapi dan tenaga mahir yang berpendidikan lebih tinggi
dapat meanarik modal global yang semakin penting dalam ekonomi global. Tetapi modal
kewangan global ini mempunyai kepentingan ekonomi jangka pendek dan mahukan
sektor awam yang kecil. Ia terlalu condong kepada sektor swasta dan dengan pakej
ideologinya menekan kerajaan untuk mengurangkan pembiayaaan pendidikan yang kian
pesat berkembang seperti yang dijangkakan dan pembiayaan itu ditanggung pula oleh
sektor lain. Agenda menghadkan pembiayaaan kerajaan pendidikan awam mungkin
menghalang kerjaan daripada memilih cara yang paling berkesan untuk mengembangkan
dan memperbaiki sistem pendidikan pada era globalisasi.keaadaan ini akan melebarkan
lagi jurang antara golongan elit dan golongan miskin. Ini kerana kos pendidikan yang
mahal tidak mampu ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah. Dengan
keterbatasan pendidikan kepada golonga elit, maka pendidikan gagal dalam
melaksanakan tanggungjawab sosialnya memberi keadilan kepada semua anggota
masyarakat da menghapuskan kewujudan kelas dalam masyarakat.
10

Ketiga. kualiti sistem pendidikan semua negara semakin diperbandingkan di


peringkat antarabangsa. Ini menyebabkan bertambahnya penekanan yang diberikan
kepada pengajaran subjek yang dibandingkan seperti pengajaran dan pembelajaran Sains
dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau
bahasa asing. Peperiksaan, penilaian dan kepiawaian menjadi sebahagian daripada usaha-
usaha besar untuk menambah akauntabiliti menerusi pengukuran pengeluaran ilmu
pengetahuan melalui peperiksaan dan menggunakan ukuran-ukuran itu untuk menilai
prestasi pekerja pendidikan (pensyarah dan guru) dan pengurus-pengurusnya. Namun
cara peperiksaan itu digunakan untuk memperbaiki mutu pendidikan sangat dipengaruhi
oleh konteks politik dan matlamnat sistem penilaian.

Keempat, teknologi maklumat kini giat disalurkan secara beransur-ansur ke dalam


sistem pendidikan, sebagai usaha menambah kuantiti pendidikan pada kos yang lebih
murah menerusi pendidikan jarak jauh dan juga sebegai usaha untuk menyediakan
pendidikan bermutu tinggi (pada harga yang lebih mahal) menerusi pengajaran
berbantukan komputer dan penggunaan internet. Walau pun kebanyakan negara berada
pada tahap awal penggunaanm teknologi baru ini, kepentingannya pada masa depan tidak
seharusnya dipandang sepi. Ini kerana ia berupaya menghubungi pelajar atau guru dari
pelbagai ceruk rantau asalkan terdapat kemudahan komputer dan internet.

Kelima, kewujudan rangkaian teknologi komunikasi dan maklumat global ini


bermakna budaya dunia akan melalui perubahan. Globalisasi akan membuat banyak
kumpulan rasa tersisih dangen nilai budaya baru ini. Kumpulan-kumpulan ini akan
berjuang menentang ekonomi global ini dengan menegaskan nilai-nilai budaya yang
mungkin juga bersifat universal seperti kumpulan environmentalis dan persekitarannya,
atau kumpulan makanan yang diubah genetiknya (GMO) yang pada waktu yang sama
memusuhi pasaran. Ini juga merupakan sejenis pertarungan baru bagi makna dan nilai
ilmu. Justeru ia mempunyai implikasi dalam organisasi sistem pendidikan.
11

5.0 SARANAN MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN BAGI MENGHADAPI


EKONOMI GLOBAL

Rosnani (2007) dalam kajiannya mendapati hasil analisis UNESCO menegaskan bahawa
impak utama sebenar globalisasi ialah perubahan peranan negara. Oleh kerana ilmu
pengetahuan adalah komoditi yang paling berharga dalam ekonomi global, maka
sesebuah negara tidak ada pilihan selain dari meningkatkan pelaburan dalam pendidikan.
Inilah yang sedang dijalani oleh Malaysia apabila kerajaan memperuntukkan belanja
mengurus sebanyak RM 29.3 bilion kepada Kementerian Pelajaran bagi menyusun
semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan manakala RM 10.2 bilion
kepada Kementerian Pengajian Tinggi (Bajet 2011). Setiap negara berhadapan dengan
situasi sosio-ekonomi dan politik yang berbeza. Sesetengah negara mengutamakan
bidang pertanian, perindustrian atau perkhidmatan sebagai teras ekonominya. Justeru
setiap negara perlu menimbangkan strategi pendidikan yang sesuai bagi merealisasiksn
hala tuju ekonomi negara masing-masing. Berikut menunjukkan empat petanda yang
boleh difikirkan sebagai strategi pendidikan:

Negara seharusnya bertanggungjawab bagi kemajuan dan perkembangan


pendidikan. Ini tidak bermakna semua sekolah diurus oleh kerajaan tetapi
pendidikan seharusnya ditadbir menggunakan dana awam. Justeru pihak awam
harus juga terus mengawal pendidikan, menentukan piawaiannya dan pengagihan
sumbernya.

Kerajaan masih mempunyai banyak ruang politik dan kewangan untuk


mencorakkan cara globalisasi meresapi sistem pendidikan. Kerajaan boleh
menyediakan akses sama rata kepada pendidikan, memperbaiki mutu pendidikan
bagi golongan miskin, menjana ilmu dengan lebih berkesan dan lebih adil kepada
semua pelajar. Dalam banyak situasi, kerajaan tidak memberi respon kepada
perkara-perkara di atas disebabkan perbezaan ideologi menangani era globalisasi.
12

Pentadbiran awam yang cekap dan tersusun menjadi kunci utama dalam
memperbaiki pendidikan dalam ekonomi global. Pertumbuhan ekonomi dan
pendidikan yang berkesan bukan sahaja memerlukan pelaburan modal fizikal,
daya inovasi dan keupayaan teknikal tetapi juga kerajaan yang cekap dan jujur
dalam pentadbirannya.

Guru akan terus menjadi unsur paling penting dalam pendidikan dan kualiti
pendidikan banyak bergantung kepada kualiti pengajaran guru dan usaha guru itu
sendiri. Seperti juga perkara lain dalam ekonomi global di mana guna tenaga
berpengetahuan merupakan kunci utama kepada pengeluaran barangan yang
bermutu, maka begitu juga industri ilmu pengetahuan (pendidikan) juga akan
bertambah kebergantungan kepada modal insan iaitu gurunya.

6.0 RUMUSAN

Dunia pendidikan di Malaysia kini berkembang dengan pesatnya diransang oleh


transformasi dan inovasi kurikulm dalam era globalisasi. Memandangkan pendidikan
dianggap sebagai alat sosialisasi, agen mobiliti sosial, guru sebagai agen perubahan dan
kurikulum sebagai medium perubahan maka wajarlah bidang pendidikan semakin
mendapat perhatian masyarakat sekeliling. Tidak hairanlah, ibu bapa dan masyarakat
menjadi sangat peka kepada perkembangan pendidikan anak-anak mereka dari peringkat
prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga institusi pengajian tinggi.
Kesedaran ini muncul hasil implikasi kesedaran peri pentingnya pendidikan untuk
memajukan diri dalam menghadapi persaingan yang sengit. Selaras dengan tumbuhnya
pusat perkembangan pendidikan seperti pusat tuisyen, sekolah-sekolah swasta dan pusat
pengajian tinggi swasta yang semuanya berfungsi untuk memberikan input ilmu yang
setaraf dengan kehendak era globalisasi. Ibu bapa dan masyarakat menjadi sangat
pemurah membiayai perbelanjaan persekolah anak-anak mereka.

Memandangkan pihak ibu bapa dan masyarakat telah meninjukkan perhatian yang
serius tertahdap persekolah anak-anak mereka, maka pihak perancang pendidikan juga
13

perlu memainkan peranan mereka dalam menangani segala cabaran dan isu-isu yang
timbul. Mereka perlu isu-isu dan cabaran yang berbangkit dalam pendidikan secara
menyeluruh dan komprehensif iaitu dengan menyelesaikan masalah secara runcitan agar
hasrat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai. Jika isu dan cabaran
yang timbul tidak diselesaikan secepatnya, maka penimbunan masalah menjadikan pihak
perancang pendidikan kurang fokus dalam menghadapi era globalisasi.

Dan akhir sekali pihak pendidik juga perlu menggembeling tenaga sepenuh hati
dan sedaya mungkin untuk bersama-sama pihak kementerian bagi menghadapi era
globalisasi. pihak pendidik bukan sahaja perlu mempunyai kesungguhan yang tinggi
untuk mendidik bangsa, tetapi juga perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran seperti kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih kompleks, pegetahuan
dalam bidang komputer, berkemahiran tinggi dalam pedagogi, mempunyai pengetahuan
mendalam terhadap isi kandungan pelajaran, mengetahui latar belakang pelajar yang
diajar serta mempunyai motivasi yang tinggi demi menjelmakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang kualiti. Semua pendidik diharap sentiasa meningkatkan kebolehan dan
kemahiran mereka agar kecemerlangan pelajar secara holistik termasuk aspek kognitif,
kemahiran, spiritual dan sosial dapat dicapai seperti hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
14

RUJUKAN
Asmawati Suhid. 2005. Pemantapan Komponen Akhlak dalam Pendidikan Islam bagi
menangani Era Globalisasi. hlm 95-104. www.fppsm.utm.my [ 1 Mac 2011].

Habib Mat Som & Megat ahmad Kamaluddin Megat Daud. 2008. Globalisasi dan
Cabaran Pendidikan di Malaysia. Masalah Pendidikan 31(1): hlm. 91-101.

Hashim Yaacob & Abdul Jalil Othman. 2007. Dunia pendidikan dalam Era Globalisasi:
Peranan dan Cabaran. Masalah Pendidikan 30(1): hlm. 143-148.

Hussein Ahmad. 2001. Mandat UNESCO dan Cabaran Globalisasi. Kuala Lumpur:
Utusan Publication. Dlm. Habib Mat Som & Megat ahmad Kamaluddin Megat
Daud. 2008. Globalisasi dan Cabaran Pendidikan di Malaysia. Masalah
Pendidikan 31(1): hlm. 91-101.

Kamus Dewan Bahasa. 2007. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia kesembilan 2006-2010.

Rosnani Hashim.2007. Liberalisasi pendidikan dan Cabarannya dalam kontek pendidikan


di Malaysia. Jurnal Pendidikan Islam. 12(1): hlm 19-40.

Robiah Sidin. 1994. Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk masa depan. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti. Dlm. Habib Mat Som & Megat ahmad Kamaluddin Megat Daud.
2008. Globalisasi dan Cabaran Pendidikan di Malaysia. Masalah Pendidikan
31(1): hlm. 91-101.

Yusof al-Qardhawi. 2001. Islam dan Globalisasi Dunia. (Terjemahan). Jakarta: Pustaka
al-Kauthar. Dlm. Asmawati Suhid. 2005. Pemantapan Komponen Akhlak dalam
15

Pendidikan Islam bagi menangani Era Globalisasi. hlm 95-104.


www.fppsm.utm.my [ 1 Mac 2011].

www.bharian.com.my/articles/IntipatiBajet2011/Article [ 7 Mac 2011]

www.upnm.edu.my/.../KPT%20-%20Amanat%20Tahun%20Baharu%202010. pdf
[ 2 Mac 2011]

Anda mungkin juga menyukai