Anda di halaman 1dari 1

DATO DR.

USMAN AWANG
 Lahir pada 12 Julai 1929 di Kota Tinggi, Johor
 Seorang penyair, penulis dalam pelbagai genre termasuk cerpen dan drama terkenal
di Malaysia
 Salah seorang pengasas Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
 Berpendidikan sekolah rendah sahaja kerana kemiskinan keluarga
 Pernah menjadi buruh paksa Jepun dan anggota polis pada zaman British
 Kembali ke Rahmatullah pada 29 November 2001
 Nama Usman Awang bukan asing dalam dunia kesusasteraan tempatan. Dalam dunia
sastera tanah air, Dato’ Dr. Usman Awang adalah nama tersohor bagai bintang yang
gemerlapan sepanjang zaman.
 Usman Awang adalah ikon patriotik yang menerusi karya seni menyatukan pelbagai
bangsa di Malaysia serta wajar dikenang dan dimartabatkan.
 Hasil kerja beliau berkisar tentang realiti kehidupan, prihatin terhadap golongan
tertindas serta menentang kuat kolonialisme selain bersifat universal dan patriotik.
 Beliau telah memenangi banyak anugerah kesusasteraan seperti Gelaran Pejuang
Sastera (1976), SEA Write Award (1982), Gelaran Sasterawan Negara (1983), Zamalah
Sastera untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran) (1985) dan Anugerah Penyair Johor
(1995).
 Antara puisi-puisi termasyhur beliau adalah
Salam Benua
Kekasih
Pak Utih
Ke Makam Bonda
Nasib Buruh
Bunga Popi
Gadis di Kuburan
Duri dan Api
Anak Jiran Tionghua
Hadiah
Sahabatku
Merpati Putih, Jelajahilah Dunia Ini

Anda mungkin juga menyukai