Anda di halaman 1dari 3

1

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Terima kasih pengacara majlis.
Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana serta hadirin sekalian.

Saya akan menyampaikan cerita yang bertajuk


QARUN YANG HALOBA.

Qarun seorang yang bijak mengumpul harta kekayaan.


Kemewahannya luar biasa. Istananyapakaiannya..hamba
sahayanya melebihi keperluannya. Namun Qarun masih belum puas.
Begitulah sifat manusia yang tidak bersyukur dengan apa yang
dikurniakan Allah.

Pengajarannya,
Kita hidup di dunia ini hanya sementara. Segala harta kekayaan
adalah pinjaman Allah semata. Oleh itu kita hendaklah bersyukur
dengan apa saja kurniaan Allah kepada kita.

Oleh kerana kekayaannya..Qarun mendapat tempat di sisi firaun


serta dihormati pembesar negeri. Beliau mencari harta untuk diri
sendiri, tidak seperti Nabi Musa yang berjuang membela bangsanya
yang tertindas.
Qarun telah dinasihati oleh pemuka-pemuka kaumnya agar memberi
sebahagian kekayaannya untuk menolong orang miskin. Tetapi
segala nasihat yang jujur itu tidak diendahkan.

Seperti firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 76.


Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang
bermegah-megah.

Sombongnya Qarun tidak terkira


2

Tidak bersyukur dengan kurniaNya


Mengaku harta hasil ushanya
Bukan pemberian dari sesiapa

Semasa Nabi Musa melarikan diri ke Madyan, bangsa Israil


menyanjung Qarun dan melupai baginda. Apabila Nabi Musa kembali
ke Mesir beberapa tahun kemudian, Qarun dan Firaun resah dan
merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka berpakat hendak
menghapuskan Nabi Musa. Qarun menyebarkan dakyah supaya
Bangsa Israil menentang Nabi Musa. Manakal menteri kanan Fieaun
iaitu Haman membuat persiapan tentera untuk menghapuskan
baginda.

Namun, Nabi Musa tidak gentar dengan rancangan jahat musuh-


musuhnya. Malah baginda terus berjuang menyatukan bangsa Israil
menentang kezaliman Firaun.

PengajarannyaNabi Musa seorang yang tabah dan berani.


Walaupun mempunyai ramai musuh, baginda tetap berjuang
menentang kezaliman. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa tabah dan
berani menghadapi segala dugaan yang berlaku.

Nabi Musa menghantar kaumnya


Berjumpa dengan Qarun sikaya
Mengambil zakat dari hartanya
Diagih kepada yang hidup sengsara.

Seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 177:


Maksudnya : Dan mendirikanlah solat dan menunaikan zakat.
Qarun dengan acuh tak acuh menerima perintah wajib zakat
daripada Nabi Musa. Fikir punya fikir.timbang punya timbang
3

akhirnya Qarun tidak mahu mengeluarkan zakat. Sebaliknya


menaburkan fitnah kepada Nabi Musa.

Musa itu orang yang irihati. Dia ingin memiliki harta benda untuk
memperkayakan dirinya. Musa lah orang paling jauh dari agama dan
ajaran tuhan. Kata Qarun kepada orang ramai.
Walaubagaimanapun, Nabi Musa tidak jemu-jemu menyeru kaumnya
supaya beriman kepada Allah. Semakin hari semakin ramai yang
beriman. Qarun semakin cemas.

Pengajarannya ialah, berkat kesabaran Nabi Musa berdakwah,


akhirnya baginda mempunyai ramai pengikut. Begitulah juga kita,
jika kita bersabar, Allah akan memberikan balasan yang baik. Kita
hendaklah menurut perintah Allah untuk berzakat.

Nabi Musa kecewa dengan kesombongan Qarun yang dikurniakan


harta kekayaan yang banyak, tetapi menggunakannya untuk
menentang kebenaran. Sebagai pilihan terakhir, Nabi Musa berdoa
kepada Allah agar menurunkan azab-Nya atas Qarun yang sombong
dan bongkak itu. Agar dapat menjadi pengajaran kepada kaumnya.
Maka dengan izin Allah yang memperkenankan doa Nabi Musa,
terjadilah tanah runtuh yang dasyat sehingga seluruh harta dan
mahligai Qarun tenggelam dalam perut Bumi. Terbenamlah Qarun
hidup-hidup dengan harta kekayaannya.
kisah Nabi Musa dan Qarun. Allah telah menurunkan balasan
kepada orang yang ingkar perintah-Nya.
Pengajarannya.walaupun seseorang mempunyai harta yang
banyak, jika tidak beriman dengan Allah, Allah boleh musnahkan
segalanya dalam sekelip mata seperti gempa bumi baru-baru ini di
Pakistan dan Turki.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai