Anda di halaman 1dari 2

1.

0 Peluang dan cabaran guru untuk mengatasi ketaksamaan peluang pendidikan

Menurut petikan ucapan YB Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein yang ketika itu sebagai
Menteri Pelajaran Malaysia dalam Perutusan Tahun Baru 2006, jurang pendidikan antara suatu
kelompok dengan kelompok yang lain harus dirapatkan (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010). Namun, terdapat banyak cabaran yang sedang ditangani oleh guru untuk
mengatasi ketaksamaan peluang pendidikan.

Menurut Wan Afizi Wan Hanafi et al. (2014), guru menghadapi cabaran memahami adat
dan budaya Orang Asli. Sekiranya program yang dilaksanakan oleh guru melanggar adat dan
budaya mereka, sudah pasti program tersebut tidak mendapat sambutan daripada mereka. Jadi
masalah ini dapat diatasi melalui pendidikan (Siti Masayu Rosliah, 2008). Sebagai contoh,
penguasaan ilmu pengetahuan guru tentang budaya lain dapat diperolehi melalui kursus
Hubungan Etnik di Malaysia dan Budaya dan Pembelajaran untuk mengatasi ketaksamaan
peluang pendidikan. Kursus seperti Hubungan Etnik di Malaysia bermatlamat untuk memahami
isu-isu kepelbagaian budaya yang menyebabkan konflik antara murid dan guru dan langkah-
langkah untuk mengatasi supaya konflik dapat dielakkan. Jadi, ilmu ini memberi ruang kepada
guru untuk bersikap positif seperti tidak prejudis terhadap murid daripada budaya lain (Zakri dan
Abdul Karim, 2016). Pada pandangan Omar (2016) sikap guru yang amat positif diperlukan
untuk membentuk persekitaran yang dapat mewujudkan budaya. Jadi, penerimaan guru ke
dalam komuniti Orang Asli memudahkan proses komunikasi antara mereka. Jadi, guru boleh
menggunakan peluang ini untuk menyampaikan maklumat tentang pentingnya pendidikan
kepada golongan tersebut.

Cabaran seterusnya ialah, terdapat segelintir guru tidak gembira dalam melaksanakan
tugas mereka di kawasan pedalaman kerana mereka kurang motivasi dan kurang bersedia
untuk berkhidmat di kawasan pedalaman (Mahyuddin dan Maizura, n.d). Menurut kajian
Mahyuddin dan Maizura (n.d), sifat guru ini berpunca daripada pemikiran guru yang
mementingkan kehidupan bersosial. Ini disokong oleh Wan Afizi Wan Hanafi et.al (2014) yang
mengatakan bahawa guru terpaksa mengorbankan kehidupan bersosial seperti hiburan, pusat
membeli belah dan sebagainya dan keadaan ini memerlukan guru pasrah dan memenerima
seadanya keadaan di tempat mereka bertugas. Sekiranya guru tidak pasrah, maka ia akan
menganggu prestasi guru dan mempengaruhi pencapaian dalam pendidikan. Namun,
kebanyakan guru mempunyai peluang untuk mengatasi cabaran ini dengan adanya Program
Bina Insan Guru (BIG). Perkhemahan Bina Insan Guru (BIG) yang diadakan khasnya untuk
guru pelatih memberi peluang kepada mereka untuk memahami realiti persekitaran dan
responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.
Pengalaman yang diperolehi melalui perkhemahan ini membantu guru untuk menggunakan ilmu
dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti. Misalnya, amalan
menyesuaikan diri tanpa menghiraukan kemudahan seperti penghawa dingin sepanjang
perkhemahan dapat diaplikasikan di kawasan pedalaman apabila guru mendapat penempatan
di sekolah pedalaman. Jadi, persediaan guru untuk bertugas kawasan pedalaman
menggalakkan guru untuk mengajar dengan penuh semangat.

Di samping itu, kekurangan kemudahan asas pengajaran dan infrastruktur juga menjadi
cabaran kepada guru-guru untuk mengatasi ketaksamaan peluang pendidikan (Omar, 2016).
Kenyataan ini disokong oleh hasil dapatan daripada kajian yang dilakukan oleh Jemien (1993)
yang mendapati bahawa masih terdapat sekolah yang kekurangan kemudahan asas
pengajaran seperti makmal komputer dan makmal sains selain tidak mempunyai kelas yang
mencukupi untuk menampung para pelajarnya. Namun, guru-guru di sekolah dapat mengatasi
masalah ini dengan adanya ilmu tentang Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang kreatif dan
inovatif. Pengetahuan tentang Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang menekankan unsur kreatif
memberikan peluang kepada guru untuk menggunakan kaedah pengajaran yang kreatif di
dalam bilik darjah. Contohnya, mengajar sejarah menggunakan melalui boneka. Jadi, kaedah
pengajaran yang kreatif ini dapat menarik perhatian murid untuk belajar.

Kesimpulannya, seseorang guru harus menghadapi cabaran ketaksamaan peluang


pendidikan di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam
kelas. Secara umumnya, seorang guru ataupun pendidik mempunyai kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah mengikut
subjek atau matapelajaran yang diajar. Keprihatian terhadap persekitaran dan sosio budaya
pelajar adalah penting untuk mengetahui dan mengambil berat tentang siapa sebenarnya
pelajar atau komuniti di dalam sesebuah kelas. Pengetahuan seorang guru amatlah penting
dalam mengetahui tentang ketaksamaan pelajarnya dalam aspek budaya, latar belakang
keluarga, dan tahap sosio ekonomi dimana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan
corak pembelajaran didalam kelas (Zakri dan Abdul Karim, 2016).

Anda mungkin juga menyukai