Anda di halaman 1dari 1

Sinopsis

Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan salah satu komponen dalam kategori kemahiran
berfikir yang merangkumi aras taksonomi Bloom seperti aplikasi, analisis, penilaian dan
sintesis. Sejajar dengan transformasi pendidikan yang berlaku pada tahun 2013, kemahiran
berfikiraras tinggi semakin ditititberatkan dalam kalangan murid supaya dapat menghasilkan
generasi yang produktif di persada antarabangsa.

Selaras dengan itu, kumpulan kami telah mencipta satu perisian pembelajaran elektronik
bagi matapelajaran Sains iaitu Knock The Door. Perisian ini dibina untuk memenuhi standard
kandungan Sains tahun 3 iaitu Habitat Haiwan. Bagi meningkatkan keberkesanan perisian
pembelajaran ini, kumpulan kami telah memasukkan unsur unsur seperti animasi, bunyi,
video, permainan, pentaksiran kendiri dan sebagainya. Dengan ini, murid- murid dapat
mencapai hasil yang maksimum dengan belajar menggunakan perisian ini.

Perisian Knock The Door ini mempunyai beberapa kelebihandari segi penggunaan,
pentaksiran dan sebagainya. Dalam konteks ini, perisian ini mudah digunakan kerana telah
dihasilkan dalam bentuk CD. Oleh itu, murid- murid hanya perlu memasukkan CD ke dalam
komputer dan boleh menggunakannya untuk pembelajaran kendiri. Selain itu, perisian ini juga
boleh digunakan oleh pihak guru bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
topik ini menjadi lebih menarik dan berkesan di samping mudah mencapai hasil pembelajaran.

Selain daripada itu, perisian ini dibina berserta dengan pentaksiran. Oleh itu, para pengguna
iaitu guru dan murid boleh menilai tahap pemahaman mereka dalam topik ini dengan
menjawab soalan soalan yang disediakan dalam perisian ini. Mereka juga boleh menyemak
jawapan daripada skema jawapan yang telah diselitkan dalam perisian ini. Di samping itu,
soalan soalan yang telah disediakan merangkumi semua aras taksonomi Bloom bermula dari
aras pengetahuan sehingga he aras penciptaan. Oleh itu, pentaksiran akan menjadi lebih
berkesan dengan adanya soalan daripada pelbagai aras seperti ini.

Seterusnya, perisian ini juga dapat menarik perhatian murid kerana mengandungi gambar-
gambar haiwan, animasi haiwan, video dan sebagainya. Unsur unsur seperti ini amat penting
ketika menyampaikan isi pelajaran Habitat Haiwan supaya murid murid dapat belajar dengan
berkesan selain merangsang pemikiran mereka melalui contoh contoh gambar dan animasi
haiwan yang telah diselitkan.

Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa perisian Knock The Door ini banyak mempunyai
kelebihan selain memenuhi syarat - syarat Program KBAT kali ini.

Anda mungkin juga menyukai