Anda di halaman 1dari 1

National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx16)

HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR DENGAN KEPUTUSAN


PEPERIKSAAN AKHIR ENGINEERING SCIENCE

Ketua Penyelidik
Rohana binti Ibrahim

Noorharinie binti Rahimin


Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
(Email: rinierahimin@yahoo.com)

Nor Jamilah binti Ishak


Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
(jamilah_1386@gmail.com)

Khairun Nadwa binti Md Ahir


Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
(keonn03@yahoo.com)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sama ada terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran dengan
pencapaian peperiksaan akhir bagi kursus Engineering Science (DBS1012). Kajian ini menggunakan soal
selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian demografi dan bahagian pembolehubah bebas
iaitu gaya pembelajaran menggunakan pernyataan Honey dan Mumford (1992) yang telah diterjemahkan
kepada Bahasa Malaysia. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS version 22.0. Ujian
korelasi pearson telah digunakan untuk menganalisis data bagi mencari hubungan di antara gaya pembelajaran
dengan keputusan peperiksaan akhir pelajar. Didapati nilai pekali r yang diperolehi menunjukkan tiada
hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran Aktivis, Reflektif dan juga Teoris. Walaubagaimanapun
untuk gaya pembelajaran Pragmatif dapat dikatakan terdapat hubungan dengan pencapaian gred akhir dari
segi korelasi dan juga signifikan dengan nilai p=0.020 iaitu lebih kecil dari 0.05. Selain itu, kajian turut
dilakukan untuk mengetahui pilihan gaya pembelajaran dominan yang paling banyak dipilih oleh responden
kajian. Pemilihan gaya pembelajaran dominan yang digemari oleh kebanyakan pelajar adalah gaya
pembelajaran Reflektif. Beberapa cadangan dikemukakan kepada pensyarah yang mengajar kursus Engineering
Science (DBS1012) dan juga bagi pensyarah kursus-kursus lain yang terlibat dengan responden kajian ini iaitu
pelajar Semester Dua Sesi Disember 2015.

KATA KUNCI: Gaya Pembelajaran, Keputusan Peperiksaan

1. PENGENALAN

Ilmu pengetahuan merupakan senjata yang utama dalam melalui proses kehidupan masa kini yang serba
mencabar dan menuntut kita untuk sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan. Ilmu memungkinkan kita
untuk membuat pilihan terbaik dalam setiap keputusan dan seterusnya menjadi individu berperadaban tinggi
yang dapat menyumbang kepada kejayaan dan kemajuan bangsa serta Negara. Ilmu pengetahuan yang diperolehi
baik dari segi formal atau tidak formal yang akan membezakan kita antara makhluk berakal atau tidak. Bagi
membolehkan ilmu pengetahuan diperolehi dengan jayanya, individu perlulah melakukan proses pembelajaran
terlebih dahulu. Pembelajaran bagi setiap individu merupakan satu proses aktif bagi memproses maklumat yang
diperolehi oleh setiap pelajar dengan pelbagai cara dan kemudian menggunakan maklumat itu sebagai hasil dan
kesan daripada pembelajaran yang telah dilaluinya. Kesan-kesan pembelajaran dipengaruhi oleh pelbagai faktor
seperti persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal, psykologi dan lain-lain.
Wan Zah Wan Ali (2000) bersetuju bahawa apa sahaja yang dilakukan atau yang mampu dilakukan oleh
seseorang manusia matang boleh dianggap sebagai hasil yang diperolehi dari sesuatu pembelajaran dan boleh
dikatakan hampir seluruh masa kita ini dipenuhi dengan aktiviti pembelajaran. Ini menunjukkan betapa
pentingnya untuk kita lebih memahami kekuatan dan kelemahan gaya pembelajaran setiap pelajar kita untuk
memberi peluang menyerlahkan lagi potensi diri masing-masing. Umumnya pengkaji mengetahui bahawa tiada
satu pun gaya pembelajaran yang terbaik dan tidak ada satu pun gaya pembelajaran yang sama untuk setiap
individu kerana pengalaman dan proses metakognitif yang unik antara satu sama lain sama seperti keunikan
garisan di telapak tangan kita. Disebabkan proses kehidupan ini, setiap orang akan terus belajar setiap hari dan

Anda mungkin juga menyukai