Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN
Mengikut kamus dewan edisi ketiga, etika membawa maksud satu sistem dasar akhlak,
adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut kamus Oxford pula, etika ialah prinsip
moral atau set prinsip moral. Profesion pula bermaksud pekerjaan terutamanya yang
memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang
undang-undang, seni bina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. keguruan pula
membawa maksud tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru. Kesimpulannya,
etika guru dalam pendidikan ini adalah sangat penting. Etika pelajar yang diajar oleh
seorang guru yang tidak bersahsiah mencerminkan diri seorang guru yang tidak
beretika. Guru yang baik dan beretika akan melahirkan generasi yang baik dan berjaya.

Begitu juga dengan isu etika guru bukanlah cerita baru yang menghiasi dada akhbar
dan kini sering dibicarakan di kaca televisyen. Profesion perguruan hari ini dilihat
semakin goyah kerana ada segelintir golongan guru yang melanggar kod etika keguruan
yang telah termaktub. Ini jelas apabila semakin banyak isu salah laku guru tersiar di
kaca televisyen, menjadi topik perbincangan pihak tertentu dan menghiasi dada-dada
akhbar. Terdapat pelbagai jenis salah laku yang dilakukan oleh guru yang mana bukan
hanya melanggar etika profesion perguruan tetapi juga telah terlibat dengan akta
jenayah negara. Ini sudah tentu akan mencemarkan martabat profesion perguruan
sebagai satu profesion yang mulia pada pandangan masyarakat.

2.0 ANALISIS ISU


Isu yang saya pilih disini bertajuk Murid dirotan trauma ke sekolah. Isu ini adalah
berkaitan dengan seorang murid tahun empat di sebuah sekolah di Kuala Besut
yang cedera di belakang badannya akibat di rotan oleh gurunya di sekolah. Menurut
berita Utusan bertarikh 29 Januari 2011 murid berkenaan dikatakan dipukul oleh
guru berkenaan akibat daripada perbuatan mangsa yang dikatakan menjenguk
seorang rakannya yang sedang menjawab kertas ujian. Akibat daripada perbuatan
tersebut guru berkenaan dikatakan secara tiba-tiba meluru ke arah pelajar
berkenaan dan terus merotan apabila selesai menduduki ujian. Murid berkenaan
dikatakan dipukul sekali lagi sebelum sempat mangsa menjawab soalan guru
berkenaan sama ada murid terbabit sakit atau tidak.

Walaubagaimanapun, mangsa yang kesakitan akibat dirotan kemudian


dibantu oleh guru kelas menyapu ubat pada kesan luka dibelakangnya sebelum kes
terbabit dirujuk kepada guru besar. Berikutan kejadian terbabit, murid terbabit
dikatakan trauma untuk kembali ke sekolah dan masih terkejut selain mengalami
kesakitan akibat dirotan guru terbabit.

3.0 PERKEMBANGAN
3.1 HUKUMAN MEROTAN
Merotan atau memukul sebagai satu cara mendidik sebenarnya bukanlah perkara
baru. Menurut Sajap Maswan dan rakan (2004), mengatakan;

Di Amerika, merotan dan cara dendaan fizikal yang lain adalah perkara biasa pada
masa lalu. Blair G.M, at.el (1975) melaporkan bahawa pada awal abad ke 20, di
sebuah sekolah..yang mempunyai 250 guru, terdapat 328 kes merotan pada suatu
minggu, atau purata 65 kes merotan setiap hari. Di sebuah sekolah yang lain pula,
lapan belas orang murid lelaki dirotan selama dua jam di hadapan seorang dewasa
atau orang yang tidak dikenali. Ada seorang guru tua memberitahu, bahawa pada
hari pertama beliau mengajar, dia merotan setiap orang murid yang ada di dalam
kelasnya.

Mengikut pekeliling dan peraturan sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia,


salah laku murid boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu kesalahan berat,
kesalahan sederhana dan kesalahan ringan. Melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
7/2003 bertarikh 29 Oktober 2003 telah mengariskan 35 kesalahan berat yang
membolehkan pelajar yang melanggar kesalahan tersebut diberi hukuman rotan di
punggung. Antara kesalahan yang di katogerikan sebagai berat ialah seperti
menyimpan, membawa, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah, membawa
menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau dan membawa, meminum,
menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang
memabukkan atau menghayalkan. Selain itu, biadap terhadap guru, pengawas dan
murid lain juga turut dikategorikan sebagai kesalahan berat. Turut disenaraikan
sebagai kesalahan berat ialah membuli, berjudi, mencuri serta mencetak, menerbit,
mempamer, mengedar, menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan
multimedia terlarang. Jika didapati bersalah, pelajar berkenaan akan dirotan di
punggung menggunakan rotan ringan maksimum tiga kali.

Di dalam tradisi Pendidikan Islam, Rasulullah membenarkan kaedah rotan di


dalam mendidik anak. Dalam salah satu hadis baginda bersabda maksudnya, Ajar
anakmu untuk belajar mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun. Pukul dia
andai kata enggan melakukan solat itu pada usia 10 tahun. Berdasarkan hadis ini,
jelas bahawa memukul atau merotan sebenarnya adalah salah satu cara pendidikan
yang dibenarkan dalam Islam. Walau bagaimanapun merotan atau memukul adalah
hukuman yang akhir selepas melalui beberapa peringkat seperti nasihat, peringatan
atau bentuk bimbingan.
Menurut Sajap Maswan dan rakan (2004), mengatakan pada tahun 1848,
sebuah sekolah tinggi di Carolina Utara menerbitkan satu senarai tingkah laku yang
dilarang bersama dengan hukumannya sekali. Diantara peraturan tersebut ialah;

1. Murid lelaki yang bermain dengan murid perempuan, empat kali sebat.

2. Berkelahi, empat kali sebat.

3. Menyimpan kuku panjang, dua kali sebat.

4. Bercakap kasar, lapan kali sebat.

3.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN GURU MEROTAN MURID BERKENAAN


Dalam mengkaji isu merotan yang dilakukan oleh guru berkenaan, terdapat
beberapa faktor yang dikenalpasti yang memungkinkan guru terbabit mengambil
jalan mudah merotan murid terbabit.

3.2.1 KURANGNYA PEGANGAN AGAMA

Guru tidak menghayati apa yang diajarkan dalam agama. Agama Islam contohnya
menganjurkan agar umatnya mendidik dengan ikhlas, amanah dan penuh
tanggungjawab mengikut seperti panduan yang digariskan. Menurut Abdullah Nasih
Ulwan dari Ibn. Amr bin Al-Ash ra dalam Zainudin (2010), hukuman rotan adalah
agar anak dapat mempelajari hukum-hukum ibadah sejak dari pertumbuhannya dan
sehingga kanak-kanak ini membesar dan ia akan terbiasa dan berdisiplin untuk
mentaati Allah. Seterusnya anak ini akan mendapat kesucian roh, kesihatan jasmani,
kebaikan akhlak di dalam ibadah yang dilakukan. Walau bagaimanapun merotan
atau memukul adalah hukuman yang akhir selepas melalui beberapa peringkat
seperti nasihat, peringatan atau bentuk bimbingan.

3.2.2 TEKANAN BEBANAN TUGAS

Guru yang menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi
mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi
ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi modal insan yang
berguna kepada masyarakat. Mengikut Kyriacou & Sutcliffe (1978) dalam Nazariah
(2011) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak
selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang
berpunca dari aspek kerja mereka sebagai guru. Dunia pendidikan kini memaksa
guru melakukan kerja lebih masa, perkeranian, menyediakan alat bantu mengajar,
menghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan
penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang baru sehingga mengabaikan emosi
dan kehendak dalaman mereka.

3.2.3 KURANG MOTIVASI DARI DALAMAN GURU

Mengikut Nazariah (2011), tanpa motivasi diri, seseorang guru itu akan mendapat
kesan yang tidak disedari seperti hilang fokus, tiada matlamat yang jelas, hilang
minat dan luntur komitmen dalaman. Guru pada hari ini terbeban dengan hal-hal
persekitaran yang mungkin menyebabkan guru dibelengu rasa kecewa kurang
motivasi, lemah semangat, dihimpit bebanan sehinggakan guru merasa tertekan,
depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya.

3.2.4 GANGGUAN EMOSI

Emosi yang tidak stabil akan menyebabkan kemarahan. Kemarahan yang


melampau boleh memberikan kesan negatif dalam kehidupan sehingga membawa
kepada gejala yang tidak sihat kepada tubuh badan dan pemikiran. Gangguan emosi
ini terhasil apabila guru tidak mencapai keperluan peribadi. Misalnya seorang guru
mempunyai sasaran terhadap tingkah laku murid agar tidak meniru semasa
peperiksaan dijalankan. Apabila telah berulang kali tingkah laku yang sama
berulang, guru akan merasa kecewa, rasa putus asa dan akhirnya menyebabkan
guru bertindak diluar kawalan dan batasan. Penambahan masalah ini akhirnya
mengundang kemarahan guru dan mengambil jalan merotan dan memukul murid
berkenaan.

3.2.5 MURID YANG TIDAK MENGHORMATI GURU

Dalam era modenisasi kini, murid kurang menghargai dan menghormati perasaan
guru. Guru yang bersemangat mendidik anak bangsa seringkali dikejutkan dengan
tindakan murid diluar jangkaan seperti memancitkan dan mencoteng kereta guru,
memandang sinis guru, tidak menyiapkan kerja sekolah yang diarahkan, tidak
mematuhi arahan, melanggar disiplin sekolah dan sebagainya. Bagi golongan guru
yang tidak mempunyai kekeuatan emosi lebih mudah mereka memilih jalan dengan
cara merotan atau memukul murid sebagai penyelesaian kepada permasalahan
tingkah laku murid yang kurang disenangi.

3.2.6 MURID YANG MEMPUNYAI MASALAH DISIPLIN

Masalah disiplin di sekolah sering menjadi bahan perbualan. Tindakan guru-guru


mengambil tindakan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin kerap
dipertikaikan oleh ibu bapa. Berpunca daripada masalah disiplin, pelbagai kesan
sosial dan jenayah juvana turut berani dilakukan oleh pelajar. Mengikut Mohd
Bukhari (2010);

statistik yang dikeluarkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia


(MCPF) yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Maximus Ongkili, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri bahawa peratusan kes jenayah di kalangan pelajar meningkat
tahun 2005 iaitu 5, 543 berbanding pada tahun 2004 sebanyak 5,140. Dalam
statistik yang lain pula, mengikut Polis Diraja Malaysia (PDRM), peratusan disiplin
moral dikalangan pelajar sedikit menurun iaitu 1.74 peratus daripada 5.5 juta pelajar
pada 2005 berbanding 2 peratus pada 2004. Peratusan ini walaupun nampak kecil,
akan tetapi ianya mewakili 100, 000 bilangan pelajar daripada 5.5 juta. Bilangan
yang kecil ini sepatutnya tidak menyebabkan kita berasa selamat dan selesa, ini
kerana bilangan 100, 000 ini boleh mempengaruhi bilangan yang ramai itu.

Keterangan di atas jelas menunjukkan keseriusan masalah disiplin. Maka


pendekatan yang holistik seperti tindakan merotan diperlukan bagi mengenalpasti
punca dan mengatasinya serta usaha yang berterusan daripada semua pihak
mampu mengubah keadaan ini.

3.3 NILAI ETIKA KEGURUAN YANG PERLU DIPATUHI BAGI MENYELESAIKAN


MASALAH ATAU ISU
Guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk watak, sahsiah dan
modal murid. Usaha ini perlu dimulakan dengan mewujudkan sekolah dengan watak
yang dapat dibanggakan oleh murid-murid, ibu bapa dan masyarakat setempat.
Menurut Abdul Shukor (1999), asuhan guru yang berkesan meninggalkan ingatan
dan menjadi amalan berpanjangan kepada setiap murid (Syed Ismail & Ahmad
Subki, 2010). Sepanjang hayat, mereka akan ingat bagaimana guru-guru menerap
ilmu pengetahuan budaya dan semangat ketahanan, nilai-nilai murni dan jati diri
sehingga sebati dalam jiwa.

3.3.1 TAAT SETIA


Etika utama yang perlu diberikan perhatian dalam masalah atau isu ini adalah taat
setia. Segala apa yang dilakukan oleh manusia semuanya dikira sebagai ibadah
termasuk ketaatan dan tanggungjawab kepada Allah, Rasul, ketua, keluarga,
organisasi dan negara. Dalam menangani isu tersebut nilai taat setia perlu untuk
dihayati oleh setiap guru demi mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa.
Bagi menentukan nilai ini dipatuhi dalam perkhidmatan awam, setiap guru
dikehendaki mematuhi tata kelakuan serta ikrar yang termaktub dalam beberapa
peruntukan yang berkenaan. Kesanggupan untuk berkhidmat dengan kerajaan
hendaklah disertakan dengan semangat keikhlasan, kerelaan dan kesetiaan kepada
Raja, negara dan kerajaan. Justeru itu, sekiranya etika taat setia ini dihayati dengan
mendalam oleh semua guru isu guru merotan murid hingga trauma ke sekolah tidak
akan berlaku lagi.

3.3.2 AMANAH
Amanah bermaksud sesuatu yang diberikan kepercyaan kepada orang lain untuk
melaksanakannya. Orang yang tidak amanah dianggap telah melakukan sesuatu
pengkhianatan dan juga penipuan. Guru yang amanah haruslah mengelak daripada
melakukan perkara-perkara seperti menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
Justeru itu, sekiranya semua guru menghayati nialai amanah ini masalah seperti
murid dipukul dan dirotan oleh guru dapat dielakkan.

3.3.3 BERAKAUNTABILITI
Setiap guru perlu mengutamakan kabajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal
lain. Ciri ini adalah merupakan hasrat yang sepatutnya diamalkan. Sepatutnya guru
mengimbangi antara kecemerlangan akademik dengan kebajikan dan keselamatan
murid. Etika sudah ada secara teori tetapi guru juga mempunyai aspirasi tersendiri.

Guru juga harus bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira
faktor jasmani, mental, emosi, politik ekonomi, social, keturunan atau agama.
Sepatutnya semua guru bersikap adil dan saksama ke atas semua murid dengan
mengetepikan unsur-unsur lain.
Dalam melaksanakan tanggungjawab ini guru juga harus hendaklah sentiasa
mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosio
ekonomi murid. Pada kaca mata guru sepatutnya semua murid adalah sama dan
tidak perlu diberi keutamaan kepada mana-mana murid.

3.3.4 BERKECUALI
Guru seterusnya juga perlu menunjukkan sifat berkecuali. Maksud berkecuali pula
ialah melaksanakan tugas dan tanggungjawab tanpa sebarang pengaruh dan
terlepas daripada sebarang tekanan luar berkaitan dengan tuntutan tugas awamnya.
Guru dikehendaki melaksanakan tugas mereka tanpa membawa apa-apa bentuk
pengaruh atau tekanan luar berhubung dengan sesuatu tuntutan yang berkaitan
dengan tugasnya.

3.3.5 BERSEDIA DAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH


Guru juga dikehendaki sentiasa bersedia dan berusaha bersungguh-sungguh
melaksanakan semua dasar, program dan aktiviti yang telah dirancangkan oleh
pihak kerajaan yang memerintah. Ini bererti bahawa menjadi anggota Perkhidmatan
Awam memerlukan pengorbanan dari seorang guru. Sekiranya nilai ini dihayati
dengan jujur dan ikhlas, maka tindak tanduk serta keputusan yang diambil oleh guru
akan dihormati oleh murid dan ibu bapa kerana keputusan tersebut pasti adil dan
saksama serta mengikut peraturan yang ditetapkan.

4.0 IMPLIKASI ISU ATAU MASALAH


Sekiranya masalah isu merotan murid ini tidak dikawal dan diambil tindakan
sewajarnya, mungkin masalah ini akan menjadi isu atau bualan hangat masyarakat.
Kesan dan akibat daripada perbuatan tingkah laku guru ini bukan sahaja akan
memberi kesan kepada guru tersebut sahaja tetapi turut member kesan kepada
guru-guru lain, sekolah dan organisasi pendidikan di negara kita.

4.1 TERHADAP MURID


Kesan daripada akibat perbuatan guru berkenaan bukan sahaja mencemarkan
nama baik guru berkenaan tetapi turut memberi kesan terhadap murid berkenaan
dan murid yang lain. Kesan daripada isu tersebut bukan sahaja menyebabkan murid
berkenaan trauma untuk datang ke sekolah tetapi turut menyebabkan murid-murid
yang lain berfikiran negatif terhadap guru berkenaan. Hal ini akan menyebabkan
murid-murid akan berasa takut untuk mengikuti kelas atau pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksnakan oleh guru terbabit. Selain itu, kesan daripada dirotan
juga murid berkenaan turut mengalami kecederaan dan sekiranya masalah ini tidak
dibendung dan peraturan merotan seperti yang telah dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia tidak diikuti sebagaimana yang telah digariskan mungkin akan
menyebabkan ramai lagi pelajar yang menjadi mangsa.

4.2 GURU-GURU
Sebagai seorang yang professional, maka sudah tentulah seseorang guru perlu
menjaga profesion perguruan dan maruah seseorang guru. Menurut Mohd Najib
(1996) dalam Syed Ismail & Ahmad Subki (2010), untuk mencapai hasrat kita ke
arah mewujudka world class education dan seterusnya world class nation, kita
memerlukan gabungan tenaga, pemikiran dan daya kreatif dari setiap warga
kementerian. Dalam usaha untuk memelihara etika perguruan ini, semua guru
seharusnya tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
tugas sebagai guru.

Dalam isu ini akibat daripada perbuatan guru yang tanpa usul periksa
merotan murid berkenaan menjejaskan nama baik guru terhadap profesion
perguruan terutamanya apabila berita kurang baik ini berleluasa disebarkan di dada-
dada akhbar. Selain itu, akibat daripada tindakan guru terbabit, guru-guru yang lain
juga menerima tempiasnya terutamanya guru-guru yang berada di sekolah
berkenaan di mana akan dipandang serong oleh masyarakat setempat.

4.3 TERHADAP SEKOLAH


Sekiranya budaya merotan ini diamalkan secara berleluasa tanpa usul periksa serta
tidak mengikut seperti apa yang digariskan oleh Kementerian pelajaran Malaysia,
masyarakat tidak lagi mengganggap sekolah sebagai sebuah institusi yang selamat
untuk mereka menghantar anak mereka mendapatkan pendidikan di sekolah dan
sekolah tidak lagi dianggap sebagai institusi pendidikan yang memberi pendidikan
berkualiti kepada murid-murid.

4.4 TERHADAP PROFESION PERGURUAN


Selain itu, isu ini turut memberi kesan kepada profesion perguruan yang
menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat untuk menjadi guru dan ini akan
mengakibatkan profesion ini kekurangan generasi muda yang berbakat untuk
mendidik anak bangsa. Kesannya kerajaan tidak dapat melahirkan guru-guru yang
berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin
menceburi bidang ini. Mengikut Lilia dan Norlena (1998), penyusutan kuasa untuk
menjalankan tugas secara professional menyebabkan profesion perguruan menurun
di kaca mata masyarakat.

5.0 RUMUSAN
Masalah isu guru merotan murid atau memukul berkait rapat dengan kegagalan guru
memenuhi keperluan psikologi dan keperluan fisiologi. Kegagalan untuk memenuhi
keperluan psikologi dan fisiologi ini menyebabkan guru tersebut memilih jalan yang
salah iaitu bertindak di luar kawalan.

Walaubagaimanapun kenalan sebahagian pelajar pada hari ini mengarahkan


kepada bentuk jenayah seperti samseng di sekolah, pergaduhan, memiliki bahan
lucah dan penyalahgunaan dadah. Bahkan ada pelajar yang berani mengugut guru
yang cuba mendisiplinkan mereka. Fenomena ini tentunya mencemaskan semua
pihak dan pencegahan perlu dilakukan dengan segera sebelum ianya menjadi
parah. Mungkin salah satu cara pencegahannya ialah melalui hukuman yang berat
seperti rotan. Hukuman ini walaupun dibenarkan, guru yang berkenaan sewajarnya
menyelidik terlebih dahulu dan mengambil tindakan sewajarnya sebelum membuat
sesuatu tindakan. Menurut Saidul Amin (2003) hukuman rotan ini walaupun
dibenarkan, namun ada pihak yang tidak berpuas hati dan beranggapan ia cara
lama yang tidak sesuai pada zaman ini.

6.0 REFLEKSI
Semasa menyelesaikan masalah atau mengupas isu berkaitan dengan masalah
guru yang merotan murid yang menyalahi peraturan merotan murid yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, apa yang dapat saya rumuskan ialah sebagai
seorang guru kita hendaklah menyelidik terlebih dahulu sesuatu masalah atau isu
sebelum mengambil tindakan supaya masalah seperti isu ini tidak berulang lagi.
Selain itu, saya juga dapat menyelami dengan lebih mendalam nilai dan etika
keguruan yang perlu ada dalam setiap pendidik dengan lebih mendalaman.

Selain itu, apa yang dapat saya cadangkan dalam menyelesaikan isu
berkenaan ialah, guru besar haruslah memainkan peranan supaya nama baik dan
reputasi sekolah berkenaan terpelihara. Sewajarnya ibu bapa tidah harus
meloporkan masalah ini terus kepada liputan media masa tetapi merujuk terlebih
dahulu kepada pihak pentadbir di mana murid berkenaan bersekolah. Sekiranyanya
mana-mana pihak di dapati bersalah masalah ini bukan sahaja mengaibkan individu
berkenaan tetapi masyarakat serta individu yang berdekatan turut menerima
tempiasnya.

Cabaran semasa menyelesaikan masalah ini ialah mencari sebab atau faktor
yang mempengaruhi guru berkenaan bertindak sedemikian. Walaupun merotan
boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah tetapi apa yang saya perolehi semasa
menyelesaikan isu ini ialah kuasa merotan murid hanya terletak pada guru besar
dan guru-guru yang telah diberi kuasa merotan. Jadi sebagai pendidik sewajarnya
guru harus berhati-hati dalam melaksanakan hukuman dan tindakan terhadap murid.

Oleh yang demikian, sewajarnya guru-guru pada era globalisasi kini harus
berhati-hati dalam melaksanakan tindakan kepada murid agar isu seperti ini tidak
sewenang-wenangnya digembar-gemburkan di dada-dada akhbar. Kesan daripada
liputan media masa ini bukan sahaja menjejaskan reputasi guru berkenaan tetapi
kementerian dan seluruh profesion perguruan turut menerima tempiasnya.

Anda mungkin juga menyukai