Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1.0 PENDAHULUAN

Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberi
pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat
Melayu, tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit
merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka
banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi malah
memukau audiens.

Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut
dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan
kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk dipertandingkan.
Justeru, Pertandingan Cerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1 & 2)
wajar dijadikan aktiviti pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan
menyakinkan.

2.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-


penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.

2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.

2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan


menulis dalam bahasa Melayu.

2.5 Menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan, meyakinkan


berdasarkan bahan rangsangan.

2.6 Mencungkil bakat dan kretiviti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan.

2.7 Menggalakkkan murid-murid menjana idea secara spontan berdasarkan bahan


rangsangan.

3
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH

3.0 PENGELOLAAN

Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian


Pelajaran Malaysia. Pertandingan peringkat kebangsaan dikelolakan oleh Jabatan
Pelajaran Negeri yang dilantik sebagai tuan rumah manakala pertandingan peringkat
negeri oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. Seterusnya, pertandingan
peringkat daerah dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah dan pertandingan peringkat
sekolah oleh sekolah masing-masing.

4.0 PENYERTAAN

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun 3) dan
Kategori Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Rendah. Penyertaan terbuka kepada semua
murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian iaitu:

4.1 Bahagian Pertama : Tajuk yang telah disediakan oleh sekolah


4.2 Bahagian Kedua : Tajuk spontan berdasarkan bahan rangsangan
bergambar berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Tahun 1 - 6 yang disediakan oleh
PPD/JPN/KPM

5.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1 PERINGKAT DAERAH

5.1.1 Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) bertanggungjawab mengelolakan


pertandingan ini di peringkat daerah masing-masing.

5.1.2 Pegawai PPD akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola


Pertandingan Peringkat Daerah.

5.1.3 Pertandingan di peringkat daerah mesti dilaksanakan sebulan sebelum


pertandingan peringkat negeri.

5.1.4 Peserta yang menjadi johan daerah akan mewakili daerah ke peringkat
negeri.

3
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH
5.2 PERINGKAT NEGERI

5.2.1 Semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bertanggungjawab mengelolakan


pertandingan ini di peringkat negeri masing-masing.

5.2.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Negeri akan diketuai oleh


Pengarah Pelajaran Negeri.

5.2.3 Pertandingan di peringkat negeri mesti dilaksanakan sebulan sebelum


pertandingan peringkat kebangsaan.

5.2.4 Peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan.

5.3 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BAHAGIAN SATU

5.3.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Satu (Tahun 3) dan Tahap
Dua (Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan
dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

5.3.2 Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap masing-masing dibenarkan


mengambil bahagian bagi setiap sekolah ke daerah, daerah ke negeri
dan negeri ke peringkat kebangsaan.

5.3.3 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :

5.3.3.1 buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.

5.3.3.2 cerita-cerita dari majalah dan media massa lain.

5.3.3.3 cerita-cerita daripada bahan elektronik / internet.

5.3.3.4 hasil karya sendiri.

5.3.4 Kualiti cerita

5.3.4.1 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-


nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan
agama.

5.3.4.2 Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur


murid.

5.3.4.3 Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan skopnya serta tidak
tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja.
3
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH

5.3.4.4 Untuk cerita Bahagian Pertama, hanya peserta Tahap Satu


sahaja yang dibenarkan membawa cerita haiwan.

5.3.5 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan.


Setiap peserta diberi masa untuk bercerita antara 6 minit hingga 8 minit.

5.3.6 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada ke-8, menandakan masa


persembahan telah tamat.

5.3.7 Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

5.3.8 Pelajar perlu dikuarantin untuk cerita Bahagian Dua.

5.3.9 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan
penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.
(Tidak melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua
unsur tersebut).

5.3.10 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat
penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan,
tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan
setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke hadapan dan setapak ke
belakang.

5.3.11 Peserta digalakkan memakai kostum.

5.3.12 Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau
semasa pendaftaran.

5.3.13 Sepuluh markah maksimum akan dipotong sekiranya peserta membuat


persembahan cerita kurang daripada enam (06) minit atau melebihi lapan
(08 ) minit.

* kurang daripada 6.00 minit dipotong 10 markah

Dari (minit) Hingga (minit) Markah Dipotong


05.59 05.30 1 markah
05.29 05.30 2 markah
04.59 04.30 3 markah
04.29 04.00 4 markah
< 04.00 ke bawah 5 markah

3
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH
* Lebih daripada 08 minit

Dari (minit) Hingga (minit) Markah Dipotong


08.01 08.29 1 markah
08.30 08.59 2 markah
09.01 09.29 3 markah
09.30 09.59 4 markah
>10.00 ke atas 5 markah

Pemotongan markah hanya dilakukan oleh Ketua Hakim sahaja.

5.3.14 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :

5.3.14.1 menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;

5.3.14.2 membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus;

5.3.14.3 dibantu oleh orang lain;

5.3.14.4 menggunakan props, back-drops, muzik atau kesan bunyi.

5.3.15 Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.

5.3.16 Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk
menentukan pemenang:
i) teknik persembahan
ii) bahasa dan pertuturan
iii) penghayatan cerita

5.3.17 Setiap peserta dikehendaki mengisi dan menghantar borang penyertaan


yang disahkan oleh Guru Besar/Pegawai PPD/ Pengarah Pelajaran
Negeri berserta salinan sijil kelahiran.

5.3.18 Bilangan panel hakim di peringkat kebangsaan ialah tujuh (07) orang
manakala di peringkat negeri ialah tiga atau lima (03 atau 05) orang. Di
peringkat daerah pula sekurang-kurangnya tiga (03) orang menghakimi
pertandingan.

5.3.19 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan
diumumkan.

5.3.20 Sebarang pindaan tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan


Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia.

3
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH
6.0 SYARAT-SYARAT BERCERITA BAHAGIAN DUA (SPONTAN)
6.1 Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan bahan
rangsangan yang akan dikemukakan oleh Pengerusi Pertandingan melalui
cabutan undi. Pertandingan ini diadakan selepas pertandingan cerita Bahagian
Pertama.

6.2 Peserta perlu dikuarantin.

6.3 Peserta diberi masa selama satu (01) minit untuk persediaan dan tidak
melebihi tiga (03) minit untuk persembahan.

6.4 Loceng akan dibunyikan pada minit ketiga menandakan masa persembahan
tamat.

6.5 Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

6.6 Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan
tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu
(01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).

6.7 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat
penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan,
tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak
ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke hadapan dan setapak ke belakang.

7.0 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU


7.1 Teknik Persembahan 20 markah
7.2 Bahasa dan pertuturan 20 markah
7.3 Penghayatan cerita 20 markah
7.4 Interaksi dengan audiens 15 markah
7.5 Mesej/nilai dalam cerita 05 markah
7.6 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita10 markah
7.7 Kawalan suara 10 markah
Jumlah 100 markah

8.0 KRITERIA PENGHAKIMAN BAHAGIAN DUA (SPONTAN)


8.1 Persembahan dan kreativiti 25 markah
8.2 Bahasa dan Pertuturan 25 markah
8.3 Penghayatan cerita 20 markah
8.4 Interaksi dengan audiens 15 markah
8.5 Tempo penceritaan / Perkembangan cerita 15 markah
Jumlah 100 markah

9.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pelajaran Malaysia

Anda mungkin juga menyukai