Anda di halaman 1dari 4

Teladan 15 - Istana Umar Al-Khattab

Pada suatu hari, ada seorang Yahudi dari Mesir baru saja tiba di Madinah. Apabila
sampai, si Yahudi itu bertanya kepada seorang lelaki, "Dimanakah istana khalifah
negeri ini?"

Lepas Zuhur nanti beliau akan berada di tempat istirahatnya di depan masjid, dekat
batang kurma itu, jawab lelaki yang ditanya.

Si Yahudi itu terbayang keindahan istana khalifah. Sudah tentu bangunan kerajaannya
merupakan sebuah bangunan yang megah dengan dihiasi kebun kurma yang rendang
sebagai tempat berteduh khalifah.

Namun, apa yang dilihat tidak seperti apa yang digambarkannya. Dia menjadi bingung
dan pelik kerana tempat yang ditunjuk oleh lelaki itu tidak ada walau satu pun
bangunan, hatta apa-apa bangunan megah yang mirip istana. Yang terdapat hanyalah
sebatang pohon kurma.

Di bawah pohon kurma itu ada seorang lelaki berjubah kusam yang sedang bersandar
dan kelihatan seperti tidur-tidur ayam atau mungkin juga sedang berzikir. Si Yahudi itu
tidak punya pilihan selain mendekati lelaki tersebut.

Maaf, saya ingin bertemu dengan Umar Al-Khattab," dia menyapa.

Akulah Umar Al-Khattab, jawab lelaki itu sambil bangun.

Si Yahudi itu terpinga-pinga. Yang saya maksudkan ialah Umar, khalifah yang
memimpin negeri ini, katanya dengan tegas.

Ya, akulah Umar, khalifah yang memimpin negeri ini, Umar menjawab, juga dengan
tegas.
Si Yahudi itu terdiam. Apa yang dilihatnya jauh berbeza jika hendak dibandingkan
dengan para rahib Yahudi yang hidupnya serba mewah. Apatah lagi rajanya yang
sememangnya hidup dengan kemewahan dan kekekayaan.

Dia sungguh tidak sangka bahawa ada seorang pemimpin yang duduk dengan
beralaskan sehelai tikar di bawah pohon kurma dan beratapkan langit dan berada
ditengah-tengah rakyat yang hidup dalam kemakmuran dan kebahagiaan.

Di manakah istana tuan? tanya si Yahudi itu lagi.

Umar menuding kesatu arah. Rumahku terletak di sudut jalan itu, bangunan nombor
tiga dari yang terakhir.

Apakah bangunan yang kecil dan kusam itu rumah tuan? soal si Yahudi itu lagi.

Ya! Tetapi itu bukan istanaku, kerana istanaku berada di dalam hati yang tenteram
dengan ibadah kepada Allah, balas Umar dengan penuh yakin.

SiYahudi itu yang pada asalnya seperti terasa dipermain-mainkan menjadi terharu akan
zuhudnya kehidupan Umar.

Tuan, sejak hari ini saya menjadi yakin akan kebenaran agama Tuan. Izinkan saya
menjadi Muslim hingga ke akhir hayati. Dia kemudian menangis kerana begitu terharu
akan keindahan Islam yang Umar tunjukkan.
Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang
menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan
naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat
kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung
tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi
tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan
kejadian itu.

Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung


supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-
burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri
kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?".
Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan
kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat
bising disini". Berkata malaikat itu" baiklah aku akan sampaikan kepada Allah".
Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada
Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan
tersebut.

Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah
telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat
bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon
keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh
itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu dengan
hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga
hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Anda mungkin juga menyukai