Anda di halaman 1dari 23

Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

1.0 Pendahuluan

Perbincangan tentang seksualiti patut dimulakan dengan kesedaran


bahawa topik ini dianggap sensitif oleh kebanyakan orang terutamanya bagi
masyarakat timur. Informasi yang diperolehi ini telah dirujuk secara meluas
oleh jawatankuasa yang terdiri daripada pendidik, pakar kesihatan, wakil
agama dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam pendidikan
seksualiti untuk remaja.

1.1 Definisi Seksualiti

Seksualiti adalah aspek yang normal dalam proses perkembangan


setiap remaja. Seksualiti adalah proses sepanjang hayat bermula dari
kelahiran sehingga akhir hayat. Setiap individu adalah makhluk seksual.
Seksualiti setiap individu dibentuk oleh nilai kendiri yang dipengaruhi oleh
keluarga, rakan, media, agama, budaya, persekitaran dan undang-undang
masyarakat. Seksualiti bukan sekadar hubungan seks tetapi ia meliputi
perasaan, emosi, pemikiran, tingkah laku sebagai seorang wanita atau lelaki,
identiti seksual dan orientasi seksual. Ia juga berkaitan dengan peranan dan
identiti gender, imej diri, luahan perasaan kasih sayang dan keintiman kepada
individu yang kita pilih serta kesejahteraan kesihatan seksual dan reproduktif
yang menyeluruh.

1.2 Hak Seksualiti

Berasa bahawa tubuh badan anda adalah dalam kawalan anda .


Memahami dan meluahkan perasan anda . Memilih bagaimana untuk
mempamerkan seksualiti anda sambil menghormati diri sendiri dan orang lain.
Memilih untuk mengadakan hubungan dengan seseorang dan menentukan
jenis hubungan tersebut. Walau bagaimanapun, apa tindakan yang remaja
lakukan hendaklah tidak membinasakan diri atau orang lain. Remaja
mempunyai hak seksual yang turut merangkumi hormat dan tanggungjawab
terhadap diri sendiri dan juga orang lain (Rights, Respect and
Responsibilities).

1
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

1.3 Tanggungjawab Seksual

6 Prinsip Tanggungjawab Seksual :

1. Mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga,


agama, budaya dan masyarakat.
2. Mendapatkan maklumat serta pendidikan seks yang jelas dan
tepat.
3. Melindungi diri dan pasangan daripada penderaan emosi,
mental, fizikal dan seksual. Tidak menunjuk kuasa atau
mengawal perhubungan.
4. Menilai kebolehan diri serta mengawal diri semasa membuat
keputusan mengenai aktiviti seksual. Menghormati hak dan
keselamatan pasangan anda.
5. Sentiasa menjadikan perhubungan yang harmoni dan saling
menghormati. Berkomunikasi dengan terang & jujur.
Berkompromi bila perlu dan mengaku salah jika sepatutnya.
6. Mendapatkan bantuan dari ibu bapa, guru atau pihak yang
menyediakan perkhidmatan sekiranya anda mempunyai
masalah berkaitan seksualiti.

2. 0 Pengetahuan Tentang Seksualiti

2
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

Remaja yang sihat perlu mengenali diri sendiri dan mempunyai hubungan
yang baik dengan ibubapa/ahli keluarga, rakan dan komuniti.

2.1 Diri anda sendiri

Adalah penting anda menghargai tubuh badan anda :

Memahami perubahan normal pada tubuh.

Mengamalkan kebersihan diri yang baik.

Mengelak tingkahlaku berisiko :

o Merokok

o Mengambil dadah dan alkohol

o Seks sebelum berkahwin

Menerima tubuh anda seadanya. Elak daripada mempunyai harapan


terlalu tinggi (contohnya badan seperti peragawati).

o Ketahui nilai diri anda

o Timbang tara perlakuan yang betul dan salah

o Pilih untuk melakukan perbuatan baik

o Waspada terhadap kesan atau akibat perlakuan anda

o Fahami bahawa tindakan anda mungkin menyakiti diri anda atau


orang lain

o Waspada terhadap pengaruh yang tidak baik yang ada di


sekeliling anda. (Contoh : rakan sebaya, internet, wayang
gambar dan majalah)

o Waspada terhadap tekanan rakan sebaya yang bertentangan


dengan nilai hidup anda

o Dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh dipercayai

3
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

Nikmati perhubungan yang sihat tanpa terlibat dengan aktiviti seks


sebelum kahwin.

Ketahui akibat daripada perhubungan seksual. Lihat Kehamilan


Remaja & Jangkitan Seksual.

Membuat keputusan sendiri bertepatan dengan ajaran agama dan


budaya masyarakat sekeliling.

Fahami dan terima identiti jantina anda.

Fahami orientasi seksual anda.

Terima bahawa setiap individu mempunyai nilai-nilai yang berbeza.

Dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh dipercayai.

2.2 Ibu bapa dan ahli keluarga anda

Berkomunikasi dengan berkesan.

Tahu peranan dan tanggungjawab anda

Bertindak dengan bijak

Berbincang dengan ahli keluarga mengenai peraturan dan batas-batas


pergaulan

Menghormati nilai-nilai dan hak orang lain.

Ibubapa anda mungkin mempunyai pandangan yang berbeza :

o Terima dan hargai mereka seadanya

o Dengar pandangan mereka

o Sanggup berkongsi perasaan dengan mereka

o Berbincang secara terbuka dan berkompromi

4
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

2.3 Rakan anda

Berkomunikasi dengan berkesan

Hargai pendapat dan nilai hidup rakan anda

Mengetahui batasan diri semasa menjalin persahabatan.

Elakkan diri dari tekanan rakan sebaya atau diperdaya

Pelajari cara menangani tekanan rakan sebaya secara positif.

2.4 Komuniti anda

Selain daripada anda, keluarga dan rakan-rakan, anda juga


sebahagian daripada lingkungan komuniti yang lebih besar, termasuk :

o Guru

o Pemimpin

o Sahabat handai

o Saudara-mara

o Ahli agama

Sedari bahawa sebarang tindakan anda mempunyai kesan terhadap


ahli komuniti.

Hargai nilai hidup, budaya dan pendapat orang lain.

Elakkan orang lain mengambil kesempatan ke atas anda.

Pelajari cara bertegas demi kebaikan semua pihak.

5
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

3.0 Perkembangan Fizikal Diri Remaja Perempuan Semasa Akil Baligh

3.1 Definisi Remaja

Adolescence atau 'remaja' itu berasal daripada perkataan Latin iaitu


"adolescere" yang bermaksud "membesar" atau "membesar menjadi
matang" (Rogers, 1981). Dari sini menunjukkan zaman remaja itu
merupakan suatu proses dan bukannya satu jangkamasa. Proses yang
dimaksudkan di sini ialah proses mencapai atau memperolehi sikap dan
kepercayaan yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam
masyarakat. Zaman remaja ini dilihat sebagai satu zaman yang dimulai
dengan akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia
merupakan satu zaman peralihan atau transisi antara zaman kanak-kanak
dengan zaman dewasa.

Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada
di antaranya mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan
fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau
berdasarkan sikap remaja terhadap hidup.

Manakala menurut Kamus Dewan ( Edisi Tiga ) remaja merupakan


mulai dewasa, sudah akhil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin dan
sedang melalui proses inginkan'cinta'.

Persoalan yang sering dikaitkan dengan pencarian identiti adalah


merupakan persoalan utama bagi remaja. Persoalan "Siapakah saya?",
"Apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan saya?", dan sebagainya
yang membawa maksud identiti apa yang membuatkan seseorang itu
berbeza dengan orang lain.

3.2 Perkembangan Fizikal

Zaman remaja adalah tempoh yang mana seorang individu


dikelilingi oleh isu-isu seksual, iaitu keupayaan mengalami ataupun
melahirkan perasaan seks. Perubahan kematangan seks dan perubahan
hormon yang terlibat adalah asas bagi kematangan seks seorang remaja.
Zaman remaja adalah masa mempelajari seks dengan tujuan mencari

6
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

suatu identiti seks peribadi. Pada peringkat usia ini remaja mempunyai
perasaan ingin tahu yang tinggi mengenai misteri alam seks. Pada
peringkat ini remaja memikirkan sama ada mereka mempunyai daya
tarikan seks, adakah perkembangan mereka berterusan, adakah mereka
akan dicintai oleh seseorang dan adakah normal apabila mereka
melakukan hubungan seks. Kebanyakan remaja akhirnya menunjukkan
perkembangan seksual yang matang tetapi terdapat jangka masa yang
mana hadirnya perasaan kekeliruan dan perasaan mudah dilukai
sepanjang kehidupan seksual mereka.

Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904) zaman remaja


ialah jangka masa seseorang itu mengalami berbagai cabaran dan
tekanan ( storm and stress ). Ini bermaksud remaja yang mengalami
perubahan fizikal, intelek serta emosi dan terpaksa berhadapan dengan
berbagai konflik di dalam dirinya dan juga masyarakat. Perkembangan
fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang
sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam perkembangan mereka
dan apakah kesan-kesan disebaliknya. Ketika ini remaja-remaja lelaki dan
perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi
bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat
tindakan hormon dalam bentuk badan. Kadar pembesaran dan perubahan
zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan.
Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara seorang individu
dengan individu yang lain.

3.2.1 Kematangan Biologi


Pada awal alam keremajaan, remaja selalunya sibuk menyesuaikan
diri dengan pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. Kesedaran ke atas
kejantinaan diri semakin bertambah. Ini sudah pasti memberi kesan
kepada imej tubuh serta konsep kendiri. Pada usia beginilah dia terlalu
prihatin dengan keadaan tubuhnya. Dia sering membezakan dirinya
dengan rakan sebaya yang lain. Remaja yang cepat matang mempunyai
beberapa kelebihan apabila dibandingkan dengan yang lambat matang.
Mereka terlebih dahulu mengambil tempat dalam masyarakat remaja
7
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

sementara mereka yang lambat matang perlu bersaing daripada sudut


fizikal dan sosial bagi mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok
remaja.

3.2.2 Tingkah Laku Heteroseksual


Remaja zaman dahulu mempunyai sikap yang berbeza ke atas
pelbagai aspek seksual berbanding dengan remaja zaman sekarang,
terutamanya remaja perempuan. Sebuah kajian ke atas kelompok pelajar
sebuah kolej di Amerika Syarikat di antara tahun 1900 dengan tahun 1980
menunjukkan peratusan orang muda yang melakukan hubungan seks
meningkat; dan kadar pelajar perempuan yang melakukan hubungan seks
meningkat lebih cepat dibandingkan dengan pelajar lelaki. Remaja
perempuan belajar mengaitkan seks dengan cinta. Beberapa buah kajian
di Barat menunjukkan bahawa cinta adalah faktor utama ramai remaja
perempuan melakukan hubungan seks. Keinginan berkahwin dengan
pasangan mereka juga wujud di kalangan pelajar wanita tetapi kurang
bagi pelajar lelaki. Faktor-faktor lain adalah seperti desakan teman lelaki,
perasaan ingin tahu dan keinginan seks yang tidak berkaitan dengan
cinta.

3.2.3 Akil Baligh


Di akhir zaman kanak-kanak, satu siri perubahan biologi dan
psikologi akan berlaku yang membawa mereka ke alam remaja. Alam
remaja akan membawa mereka ke dalam kematangan sama ada dari segi
fizikal, dan pemikiran mereka turut berubah serta turut berperanan dalam
masyarakat.
Baligh adalah merupakan perubahan biologi yang menandakan
permulaan remaja. Ianya bermula apabila tahap hormon yang memasuki
saluran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat daripada bahagian
otak iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah
dalam badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan
berlaku. Lonjakan ini merupakan tanda yang nyata tentang permulaan
akhil baligh. Apabila ini berlaku perkara yang paling ketara semasa baligh

8
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

adalah merupakan perkembangan permatangan seksual iaitu kebolehan


pembiakan.
Bagi remaja lelaki perubahan yang akan berlaku ialah suara
menjadi garau, misai dan janggut mula tumbuh, bahu dan dada menjadi
bidang, jerawat mula tumbuh, mengalami mimpi yang menghairahkan
sehingga mengeluarkan air mani serta zakar dan buah zakar mula
membesar. Pengalaman inilah menunjukkan remaja lelaki telah akil baligh.
Bagi remaja perempuan pula perubahan yang akan dialami seperti buah
dada (payu dara) mula membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan
bahagian ari-ari, Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan,
jerawat mula tumbuh, mula didatangi haid, suara mungkin berubah dari
suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.

3.2.4 Teori dan Konsep

Menurut Jean Jacques Rousseau (1712-1778), akil baligh bermula


pada usia 15 tahun atau mungkin lebih awal dari yang dianggarkan. Pada
masa ini, kanak-kanak melalui peringkat.

Walau bagaimanapun, usia baligh berbeza mengikut tahap


keseimbangan hormon dalam badan. Tanda baligh untuk lelaki ialah
apabila telah bermimpi sehingga keluar air mani. Tanda untuk perempuan
pula ialah apabila mereka telah mendapat haid yang pertama. Bagi kanak-
kanak lelaki, usia baligh ialah lazimnya antara 11-15 tahun, manakala bagi
kanak-kanak perempuan, usia baligh adalah antara 9-12 tahun.

Akil baligh satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda
berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-
perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'.Ia
disebabkan bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon.

9
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

Untuk lelaki :
1. Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan
buah zakar (testis)
2. Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai
dan janggut serta suara yang lebih garau
3. Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda
akil baligh
Untuk perempuan :
1. Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari
2. Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara
serta punggung membesar
3. Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-
tanda akil baligh

10
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

4.0 Perubahan Fizikal Semasa Akil Baligh

5 Tahun 10 Tahun 15 Tahun Dewasa

9-10 tahun
- Puting payudara akan mula ketara
- Tulang punggung akan mula melebar
- Ini memberikan ciri-ciri kewanitaan

10-11 Tahun
- Saiz putting akan mula membesar
- Bulu ari-ari mula tumbuh

11-13 Tahun
- Bulatan areolar payudara semakin membesar
- Organ reproduktif akanbertambah matang
dan menjadi nyata

13-15 Tahun
- Bulu ari-ari akan menjadi lebat
- Bulu mula tumbuh pada bahagian ketiak

11
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

16-18 Tahun
- akan mencapai ketinggian yang maksimum
- pada usia ini semua perubahan ciri seksual sekunder menghampiri saiz
wanita dewasa

4.1 Peranan Ibu Bapa Terhadap Perubahan Fizikal Remaja Perempuan

Ibu-ibu harus sedar yang anak perempuan mereka sedang berubah


dari dalam dan luar bila tiba pada masanya. Walaupun tidak Nampak
perubahan luaran yang ketara, sebenarnya remaja perempuan anda sedang
menjalani perubahan fisiologi,endokrin serta anatomi dalaman lain. Untuk itu,
para-para ibu diharapkan dapt mengetahui dan memahami :
Bagaimana perubahan ini berlaku
Mengapa perubahan ini berlaku
Bila kedatangan haid akan tiba
Dalam perubahan pada remaja perempuan semasa akil baligh, satu
bahagian pada otaknya akan menghantarisyarat pada kelenjar seks iaitu
ovary supaya ia mula berfungsi. Kelenjar seks ini pula akan menghantar
isyarat pada organ-organ lain supaya mula berubah mengikut keperluan
perkembangan seksual sekunder. Isyarat-isyarat ini dihantar melalui
hormone-hormn yang dijanakan oleh badan remaja perempuan berkenaan
untuk mengawal tumbesaran badan sebagai seorang gadis yang bertambah
dewasa serta kematangan system seksual.
Pada tahap permulaan ini, seorang ibu dapat melihat perubahan pada
anak gadis seperti
Payudara semakin membesar
Penambbahan berat badan dan ketinggian
Ukuran punggung semakin lebar
Tumbuhnya bulu ketiak dan bulu pubis
Perubahan bau badan
Pertumbuhan jerawat di muka

Apabila berlakunya perubahan-perubahan seperti yang dinyatakan di atas,


ibu perlu memantau dan membimbing anak-anak agar dapat menjaga diri

12
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

anak-anak perempuan tersebut. Bimbing anak-anak menjaga setiap alat sulit


mereka daripada sesiapa sahaja. Contohnya jika di rumah ayah,adik
lelaki,abang, datuk, pakcik dan jika di luar rumah pula jaga pergaulan diantara
kawan lelaki, guru lelaki dan sesiapa yang tidak dikenali. Jika mereka
menghadapi masalah di sekolah minta menghubungi guru wanita bagi
menyelesaikan masalah seksualiti mereka.

5.0 Sistem tubuh badan wanita berkaitan seksualiti

13
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

SISTEM PEMBIAKAN PEREMPUAN

Salur
fallopian
Fibr
iae
Ov
ari
Rahi
m
Ser
vik
Tulang Hujung
pubik usus
Salur Far
kencing aj
Anggaran
cr Lokasi
ur G-spot
Kelentit Dubur
a
(hujung)
Liang
kencing Selaput
Bibir dara
luar Pintu
faraj
Bibir
dalam

- Ovari- Tempat menghasilkan ovum dan hormon seks perempuan


- Tiub Fallofio- Tempat persenyawaan
- Uterus- Tempat penempelan zigot
- Servik- Tempat laluan sperma dari faraj ke uterus
- Faraj- Bahagian yang menerima zakar, merembeskan mukus dan
tempat anak di lahirkan

5.1 Mengenali Organ Reproduktif wanita

14
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

1. Ketika usia baligh, berlaku perubahan yang ketara pada organ-organ


reproduktif.
2. Mengetahui setiap perubabahan adalah penting bagi membantu
mengatasi kekeliruan dan menyesuaikan diri terhadap perubahan
tersebut.
3. Apabila seorang wanita sudah akil baligh, ini bermakna sistem
reproduktif mereka sudah mula berfungsi.

5.1.1 Organ Reproduktif Luaran

Labia Major
Selaput
dara
Bukaan
Faraj
Labia Minor

Dubur

Selaput Dara - Selaput nipis yang menutupi sebahagian bukaan faraj


Labia Minor - Dua lipatan nipis yang melindungi bahagian kelentit,bukaan
uretra, dan bukaan faraj
Labia Major - Dua lipatan tebal yang melindungi Labia Minor
Bukaan Fajar -Terletak diantara salur kencing dan dubur. Kebiasaannya
diselaputi oleh selaput dara

5.1.2 Organ Reproduktif Dalaman

15
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

Organ Fungsi

Faraj Saluran yang memghubungkan uterus ( rahim ) dengan luar badan. Ia merupakan
saluran untuk melahirkan bayi,laluan keluar darah haid dan tempat hubungan
seksual
Serviks Pintu kepada uterus (rahim) yang juga dipanggil pangkal uterus.

Tiub Laluan bagi perjalanan avum (telur) dari ovari ke uterus(rahim). Merupakan tempat
fallopio persenyawaan.

Uterus Juga dikenali sebagai rahim. Merupakan organ yang berbentuk buah pir, bersaiz 3
panjang,2 inci lebar dan 1 inci tebal. Bahagian dalam uterus dilapisi oleh lapisan
yang dipanggil endometrium. Semasa haid, lapisan ini akan luruh sebagai darah
haid.selepas persenyawaan berlaku di dalam tiub fallopio,janin akan terbentuk dan
turun ke uterus serta membesar selama 40 minggu.
Ovari organ yang bertindak sebagai kantung telur. Seorang wanita mempunyai sepasang
ovari yang bergilir-gilir mengeluarkan ovum (telur) setiap bulan. Setiap bulan, sebiji
ovum menjadi matang dan dikeluarkan dari salah satu ovari secara bergilir-gilir.

16
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

5.2 Fungsi Organ Reproduktif

Organ reproduksi tersebut mulai berfungsiketika akil baligh yang


pertama kali pada usia 10-14 tahun.

Ketika itu kelenjar hipofisa mulai berpengaruh, kemudian ovari mulai


bekerja menghasilkan hormon estrogen dan progesteron.

Hormon ini akan mempengaruhi uterus pada dinding sebelah dalam


dan terjadilah proses haid.

17
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

Setiap bulan pada masa subur (sekali) terjadi ovulasi dengan


dihasilkan sel telur / ovum untuk dilepaskan menuju uterus.

Penghasilan hormon ini hanya berlaku sehingga masa menopause,


kemudian proses ini tidak berlaku lagi.

Kelenjar payudara juga dipengaruhi oleh hormon ini, sehingga hormon


estrogen dan progesteron dikatakan mempengaruhi organ kelamin
sekunder,
seperti membesarnya ukuran uterus, tumbuhnya rambut pubis,
membesarnya payudara dan jerawat

6.0 Rumusan

Tuntasnya zaman remaja adalah tempoh yang mana seorang individu


dikelilingi oleh isu-isu seksual, iaitu keupayaan mengalami ataupun
melahirkan perasaan seks. Perubahan kematangan seks dan perubahan
hormon yang terlibat adalah asas bagi kematangan seks seorang remaja.
Zaman remaja adalah masa mempelajari seks dengan tujuan mencari suatu
18
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

identiti seks peribadi. Pada peringkat usia ini remaja mempunyai perasaan
ingin tahu yang tinggi mengenai misteri alam seks. Pada peringkat ini remaja
memikirkan sama ada mereka mempunyai daya tarikan seks, adakah
perkembangan mereka berterusan, adakah mereka akan dicintai oleh
seseorang dan adakah normal apabila mereka melakukan hubungan seks.
Kebanyakan remaja akhirnya menunjukkan perkembangan seksual yang
matang tetapi terdapat jangka masa yang mana hadirnya perasaan kekeliruan
dan perasaan mudah dilukai sepanjang kehidupan seksual mereka.
Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu
memahami tentang sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam
pekembangan mereka dan apakah kesan-kesan disebaliknya.
Bagi remaja perempuan perubahan yang akan dialami seperti buah
dada (payudara) mula membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian
ari-ari, punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan, jerawat mula
tumbuh, mula didatangi haid, suara mungkin berubah dari suara keanak-
anakan kepada suara yang lebih matang.

Refleksi
Mohd Shah Reza B Abd Razak
820727-01-5857

Melalui kerja kursus ini, saya dapati kerja kursus ini sangat memberi banyak faedah
kepada saya. Saya telah diberi tajuk mengenai perubahan fizikal ketika akil baligh.
Walaupun ianya perubahan fizikal, saya rasa ianya bukanlah satu perkara yang

19
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

membebankan kepada saya. Malahan saya berasa seronok kerana saya dapat
mengetahui mengenai emosi individu yang mencapai akil baligh seterusnya dapat saya
praktikkan dalam kehidupan seharian saya jika saya mempunyai anak perempuan kelak.
Terdapat pelbagai dugaan yang telah saya hadapi, antaranya masalah kekangan masa
kerana jadual kelas mengajar yang terlalu padat sehingga tidak mempunyai masa yang
lebih untuk membuat rujukan yang lebih mengenai tugasan.selain itu juga tanggungjawab
terhadap pengurusan anak-anak dan isteri turut menjadi kekangan masa untuk
menyiapkan tugasan ini .Saya juga kurang jelas mengenai tugasan yang telah diberikan.
Namun dengan hasil perbincangan dan tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing Cik
Shireena bt Jaafar masalah-masalah ini dapat dibendung. Saya juga rasa sangat
bersyukur kerana rakan-rakan banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini
walaupun mereka juga sibuk untuk menyiapkan tugasan mereka. Kita juga perlu sentiasa
pandai mengawal emosi dan sentisa bersedia dalam apa jua keadaan. Bagi saya hasil
kerja akan jadi lebih berkualiti jika kerja kursus ini dilakukan secara berkumpulan kerana
lebih banyak idea dan pendapat dapat disalurkan. Tetapi saya tetap bersyukur ke hadrat
Ilahi kerana dengan izinnya saya mampu menyiapkan tugasan tepat pada masanya.
Saya berharap kerja kursus yang akan datang mampu saya siapkan tepat pada masa
dan lebih berkualiti

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : MOHD SHAH REZA B ABD RAZAK


KUMPULAN : PPG PJK ( 1 ) AMBILAN JUN 2011- JUN 2015.
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN KESIHATAN DAN SEKSUALITI
PENSYARAH PEMBIMBING : CIK SHAIREENA BT JAAFAR

Tarikh Pekara yang dibincangkan Catatan Tandatangan


20
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

22 Jun 2012 Menerima soalan tugasan dan taklimat Tugasan


daripada pensyarah - CikShaireena bt Jaafar perlu dihantar
selewat- ......................
lewatnya Cik
pada 11 Sept Shaireena bt
2012 Jaafar
10 Julai 2012 Memahami kehendak soalan tugasan melalui Berbincang
perbincangan bersama pensyarah bersama ............................
pembimbing pensyarah Shah Reza

...........................
Sharul Izwan
25 Julai 2012 Mencari maklumat dari perpustakaan dan juga Kumpul
dari sumber internet maklumat ............................
Shah Reza

...........................
Sharul Izwan

6 Ogos 2012 Tugasan yang diberikan disemak semula Disemak oleh


untuk memastikan isi kandungannya tepat pensyarah
dan membuat perbincangan dengan pensyarah
pembimbing untuk memastikan ketepatan
kandungan
......................
Cik
Shaireena bt

21
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

Jaafar

18 Ogos 2012 Maklumat yang dikumpulkan telah ditaip Dari bahan-


bahan buku ............................
dan internet Shah Reza

...........................
Sharul Izwan
1 Sept 2012 Semakan terakhir oleh pensyarah pembimbing Disemak oleh
dan ulasan mengenai tugasan memperbaiki pensyarah ......................
tugasan Cik
Shaireena bt
Jaafar
11 Sept 2012 Tugasan telah diserahkan kepada Cik Shaireena Tugasan
bt Jaafar diserahkan ......................
Cik
Shaireena bt
Jaafar

Rujukan

http://redzuan-ridz.blogspot.com/2012/05/tanda-tanda-akil-baligh-cukup-
umur.html

http://shukreyahz.blogspot.com/2007/02/perkembangan-fizikal_09.html

http://aspirasidiri.blogspot.com/2010/10/aspirasidiri-pendidikan-awal-
remaja_15.html

buku tek Pendidikan Jasmani Tahun 4,5 dan 6

http://www.scribd.com/doc/61242412/DEFINISI-SEKSUALITI

22
Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101

http://insanidaily.wordpress.com/category/pendidikan-seks/

http://wa4change.tripod.com/Keseksualan.htm

http://acapspeak.com/blog/info-seksual-wanita-bacaan-dewasa/

23

Anda mungkin juga menyukai