Anda di halaman 1dari 1

Istinja hendaklah dilakukan dengan menggunakan air, ataupun batu dan

seumpamanya, iaitu yang terdiri daripada setiap bahan yang keras, suci, mampu
menghakis ( kekotoran ) dan tidak terhormat menurut syarak. Bahan-bahan untuk
beristinja termasuklah kertas, perca kain, kayu dan tembikar, kerana tujuan beristinja
akan tercapai dengannya sama seperti menggunakan batu.

Cara yang paling baik ialah dengan menggunakan kedua-dua bahan keras dan air
sekaligus, iaitu dengan mendahulukan penggunaan kertas dan seumpamanya,
kemudian diikuti dengan menggunakan air kerana benda najis itu akan hilang dengan
kertas ataupun batu, dan kesannya akan hilang dengan menggunakan air.

Beristinja dengan tiga biji batu.

Ulama Mazhab Hanafi dan Maliki berkata, sunat menggunakan tiga batu tapi tidaklah
wajib dan memadai dengan bilangan yang kurang. Jika bilangan itu tidak boleh
membersihkannya. Apa yang wajib menurut pendapat ulama Mazhab Maliki,dan sunat
menurut pendapat ulama mahab hanafi ialah kebersihan tempat istinja bukannya
bilangan batu yang digunakan. Berdasarkan hadis Rasulullah saw;

Anda mungkin juga menyukai