Anda di halaman 1dari 10

JURNAL: www.ipbl.edu.my/portal/.../2007/.../malathiIPTfp.

pdf

PENGENALAN

Pada zaman globalisasi ini, kadar kematian semakin hari semakin


meningkat.Lazimnya, hal ini disebabkan oleh penyakit kardiovaskular (Jayamalar,
1991;Khoo, Tan dan Khoo, 1991; Arokiasamy & Gan, 1995).Pertubuhan Kesihatan sedunia
iaitu WHO menganggarkan lebih dua juta kematian adalah berpunca daripada penyakit
kardiovaskular (jantung), diabetes dan obesity.Penyakit-penyakit sebegini muncul kerana
ramai orang kurang melakukan aktiviti fizikal( Utusan Malaysia, 8 April 2002).Penglibatan
aktiviti fizikal yang kurang, menyebabkan penyakit penyakit berkaitan dengan kardiovaskular
dan membawa masalah-masalah kesihatan (Young & Steinhardt, 1993; Katzmarzyk et al,
1998; Bijnen et al, 1994; Berlin,1990; Blair et al, 1989; Paffenbarger et al,1993; Paffenbarger
et al, 2001).Baberapa kajian menunjukkan tahap kecergasan fizikal berkaitan kesihatan
pelajar-pelajar sekolah kurang memuaskan (Corbin.1987; Gutin, 1980; Ross et al, 1987;
Blair et al, 1989; Rowland, 1992).Oleh itu, aktiviti fizikal yang berterusan perlu untuk
meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan.Kajian ini
bertujuan untuk melihat sejauhmana keberkesanan latihan litar 4 minit dalam kelas
pendidikan jasmani.Hal ini adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan pelajar pelajar perempuan tingkatan empat.

KAEDAH

Kajian ini menggunakan pendekatan Kuasi Experimental yang meliputi seramai 60


orang subjek dari 316 pelajar tingkatan empat dari sebuah sekolah di Shah Alam.Sekolah ini
mengamalkan masa pembelajaran pendidikan jasmani selama 80 minit sekali seminggu.

Dua buah kelas pendidikan jasmani dipilih selepas pemilihan secara rawak.Pelajar
dalam setiap kelas dijadikan sebagai contoh kajian. Dari dua kelas itu, satu kelas dipilih
secara rawak sebagai kumpulan kawalan dengan subjek seramai 27 orang dan satu lagi
kelas dijadikan kumpulan rawatan dengan subjek seramai 33 orang.Pemilihan subjek adalah
berdasarkan intact sampling iaitu semua pelajar dalam setiap kelas yang dipilih dikekalkan
sebagai kumpulan 1 dan kumpulan 2.

Kumpulan kawalan menjalani rancangan pendidikan jasmani 80 minit tanpa satu


rangkaian senaman tambahan 4 minit dengan pengajaran dan pembelajaran kemahiran hoki
dan bola tampar selama 10 minggu berturut-turut. Pengajaran dimulakan dengan aktiviti
memanaskan badan diikuti pengajaran kemahiran hoki, permainan kecil dan meyejuk

1
badan. Lima minggu pertama menggunakan rancangan untuk permainan hoki dan lima
minggu seterusnya menggunakan rancangan kemahiran dalam bola tampar. Kumpulan
rawatan diberikan satu rangkaian senaman tambahan selama 4 minit dengan rancangan
pelajaran kemahiran hoki dan bola tampar selama 10 minggu berturut-turut. Pengajaran
mereka pula dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan dengan satu rangkaian
senaman tambahan 4 minit diikuti pengajaran kemahiran hoki, permainan kecil dan
meyejukkan badan. Lima minggu pertama menggunakan rancangan untuk permainan hoki
dan lima minggu seterusnya menggunakan rancangan kemahiran dalam bola tampar.

Kumpulan rawatan diberikan senaman lari ulang alik, bangkit tubi, burpee dan star
jump. Ujian Pra dijalankan pada minggu pertama terhadap lima komponen kecergasan
fizikal berlandaskan kesihatan AAPHERD (American Alliance for Health, Physical Education,
Recreation and Dance) iaitu lari atau jalan 12 minit, bangkit tubi, jangkauan melunjur, hand
grip dan skin fold Caliper pada kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan. Selepas kajian
berjalan selama 10 minggu Ujian Pos dijalankan terhadap lima komponen kecergasan fizikal
berdasarkan kesihatan pada kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan SPSS statistik deskriptif iaitu min
dan sisihan lazim untuk skor Ujian Pra dan Ujian Pos. Statistik inferensi digunakan iaitu
Ujian ANOVA satu hala untuk memastikan kumpulan yang diuji adalah sama sebelum
rawatan diberikan. Ujian t Paired T-Test digunakan untuk melihat samada terdapat
perbezaan penting di dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.Jadual 1
menunjukkan keputusan Ujian Anova satu hala terhadap lima komponen kecergasan fizikal,
berlandasklan kesihatan. Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perubahan
signifikan, maka kedua-dua kumpulan yang dipilih adalah setara dari segi tahap kecergasan
fizikal berlandaskan kesihatan sebelum rawatan diberikan.

2
KOMPONEN KUMPULAN SUM OF df MEAN F KESIGNIFIKAN
SQUARES SQUARE

Daya Tahan Antara 2795.56 1 2795.560 .061 Tidak Signifikan


Kardiovaskular kumpulan
Di Dalam
kumpulan 2644819.0 58 45600.328

Jumlah
2647614.6 59
Daya Tahan Antara .438 1 .438 .011 Tidak Signifikan
Otot Kumpulan
Di Dalam
Kumpulan 2412.54 41.60
Jumlah 58

2415.98 59
Kelembutan Antara 1 186.38 3.34 Tidak Signifikan
Kumpulan 186.38
Di Dalam
Kumpulan 3232.97 58 55.74

Jumlah 3419.35 59
Kekuatan Otot Antara 1.45 1 1.45 .103 Tidak Signifikan
Kumpulan
Di Dalam
Kumpulan 823.39 58 14.19

Jumlah 824.85 59
Komposisi Antara .206 1 .206 .006 Tidak Signifikan
Lemak Kumpulan
Di Dalam
Kumpulan 2087.50 58 35.99
Jumlah
2087.71 59
Jadual 1
Jadual 1 menunjukkan kepeutusan Ujian Anova satu hala ke atas skor ujian Pra kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan.

3
Jadual 2 menunjukkan keputusan Ujian t Paired T-Test terhadap lima komponen
kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan.Daripada lima komponen kecergasan fizikal hanya menunjukkan perubahan
signifikan selepas latihan pendidikan jasmani selama 10 minggu ke atas kumpulan kawalan
iaitu komponen dayatahan otot dan kelenturan. Tiga komponen kecergasan fizikal iaitu
dayatahan kardiovaskular, kekuatan otot dan komposisi badan tidak menunujukkan
perubahan signifikan.Keputusan kajian dari jadual 2 untuk kumpulan rawatan pula
menunjukkan perubahan signifikan empat dari lima komponen kecergasan fizikal
berdasarkan kesihatan selepas senaman tambahan selama 4 minit.Peningkatan pada
komponen daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kelenturan dan kekuatan otot.
Sementara komponen komposisi badan tidak menunjukkan perubahan signifikan.

4
Keputusan kajian berdasarkan pada Jadual 3 menunjukkan kumpulan rawatan yang
menjalani latihan dengan satu rangkaian senaman tambahan selama 4 minit menunjukkan
perubahan signifikan pada tiga daripada lima komponen kecergasan fizikal berbanding
dengan kumpulan kawalan. Iaitu komponen dayatahan kardiovaskular, dayatahan otot dan
kelenturan. Keputusan kajian terhadap ujian pos tidak menunjukkan perubahan signifikan
terhadap komponen kekuatan otot dan komposisi badan kumpulan rawatan.
Jadual 3 menunjukkan keputusan Ujian t Independent T-test iaitu kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan terhadap komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan.

Perbincangan

Dapatan kajian menunjukkan aktiviti permainan hoki selama 5 minggu dan bola
tampar selama 5 minggu telah diadakan pada masa pengajaran Pendidikan Jasmani.Kajian
ini memberikan impak iaitu peningkatan perempuan dalam kumpulan kawalan terhadap
tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan pada komponen dayatahan otot dan
kelenturan. Permainan hoki dan bola tampar memerlukan banyak pergerakkan dan
dayatahan otot untuk bertindakbalas terhadap latihan seperti bergerak pantas dan
bengkokkan badan.Latihan-latihan sebegini dijalankan untuk menghantar bola yang
menggunakan otot-otot besar badan. Sebab ini mengakibatkan peningkatan dalam tahap
kecergasan terutamanya komponen kelenturan dan dayatahan otot subjek dalam kumpulan
kawalan seperti yang disokong oleh kajian-kajian lepas (Misner, 1990; Thomas & Ridder,
1989).Malah, senaman memanaskan badan dan latihan dalam kelas pendidikan jasmani
selama 80 minit ke atas kumpulan kawalan tidak memberikan tekanan yang cukup kepada
sistem kardiovaskular dan meningkatkan fungsi fisiologi badan yang melibatkan otot-otot
jantung. Jenis aktiviti dalam kelas pendidikan jasmani 80 minit tidak dapat memberikan
kejutan stress pada otot- otot badan untuk adaptasi fisiologi berlaku terhadap latihan
berlaku seperti yang disokong oleh kajian-kajian Lamb (1984), Sallis (1987), ACSM (1998),
Shephard (1999), Corbin (1987), Cureton (1987) dan Anderson & Kearney (1982.
Keputusan kajian bagi kumpulan rawatan menunjukkan perubahan ketara dalam
tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan 4 daripada 5 komponen pada subjek kajian
dalam kumpulan rawatan selepas senaman tambahan selama 4 minit. Empat jenis senaman
seperti lari ulang-alik, bangkit tubi, burpee dan star jump melibatkan otot-otot besar telah
menunjukkan implikasi di mana program satu jenis senaman selama 4 minit diikuti

5
permainan dalam hoki dan bola tampar memberikan kesan dengan meningkatkan tahap
kecergasan komponen daya tahan kardiovaskular dan dayatahan otot, kekuatan otot dan
kelenturan subjek yang dikaji selepas latihan selama 10 minggu. Program latihan untuk
kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan iaitu dalam kajian ini satu rangkaian senaman
selama 4 minit diikuti latihan kemahiran dalam permainan hoki dan bola tambar berupaya
memberikan kesan atau tekanan stress kepada sistem kardiovaskular, dayatahan otot
kekuatan otot dan kelenturan seperti yang disokong oleh kajian-kajian lepas (ACSM, 1998;
Shephard, 1999; Corbin, 1987; Cureton, 1987; Anderson & Kearney, 1982). Dengan satu
rangkaian latihan litar 4 minit selepas aktiviti memanaskan badan dan diikuti permainan
dalam hoki dan bola tampar berterusan memberikan tekanan pada anggota badan dan
membolehkan badan menyesuai kepada latihan seperti yang disarankan oleh teori GAS.
Dapatan kajian ini sama dengan kajian lain Corbin & Lindsey (1991); Fentum, Turnbull &
Bassey (1990); Anderson (1994); Suzuki (1998); Blair & Brodney (1999) bahawa latihan
fizikal yang berterusan akan meningkatkan tahap kecergasan fizikal berlandaskan
kesihatan.

Kritik/Komen

Penyelidikan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal


berlandaskan pelajar-pelajar Tingkatan Empat.Pada pendapat saya, saya berharap bahawa
penyelidikan sebegini harus dijalankan secara berterusan untuk melahirkan anak murid yang
cergas dan cerdas.Penyelidikan ini iaitu latihan litar 4 minit ini harus diaplikasikan dalam
semua sekolah untuk mendapat rasakan faedahnya.Penyelidikan ini dapat mengurangkan
kadar kematian di Malaysia yang disebabkan oleh penyakit kardiovaskular, diabetes dan
obesiti.Malaysia merupakan antara negara yang tersohor dalam kadar kematian kerana
banyak menghidapi penyakit obesiti.Penyakit ini banyak dihidapi oleh remaja-remaja hari ini
dan mencapai peringkat kronik.Oleh sebab itu, kajian atau penyelidikan ini dapat
mengurangkan penyakit obesiti sebelum menjadi parah jika kajian ini diaplikasikan dalam
semua sekolah pada waktu Pendidikan Jasmani dijalankan.
Pada pandangan saya, penyelidikan ini pasti akan memberi sumbangan kepada
perkembangan sukan.Latihan litar 4 minit ini memang akan memberi impak yang efektif
kepada bidang sukan.Contohnya, sukan empat litar ini merangkumi hoki, bola tampar dan
juga kumpulan rawatan.Kumpulan rawatan ialah seperi lari ulang-alih, burpee, bangkit tubi
dan star jump.Apabila pelajar-pelajar di sekolah terlibat secara aktif dan juga proaktif dalam
latihan litar 4 minit ini, ini akan memberikan implikasi yang besar dan berkesan kepada
negara.Sumbangan bidang kesukanan amat jelas kita ketahui daripada hujah-hujah

6
tersebut.Pada tanggapan saya, penyelidikan sebegini amat membantu pelajar-pelajar untuk
meningkatkan tahap kecergasan fizikal.
Sumbangan perkembangan sukan melalui kajian ini ialah pelajar-pelajar dapat
melibatkan diri dalam permainan. Mereka dapat tahu tentang permainan seperti Hoki dan
Bola Tampar dengan lebih lanjut.Mereka juga lebih mengenali tentang permainan-permainan
ini.Contohya, mereka dapat tahu tentang petua-petua dan cara-cara bermain permainan
seperti ini.Mereka juga dapat terlibat dalam sukan-sukan antarabangsa dan juga dapat
memenangi emas untuk negara kita.Hal ini tentu dapat mengharumkan nama negara kita di
perssada antarabangsa.
Kajian ini dapat meningkatkan daya tahanan otot.Secara tersiratnya, pelajar-pelajar
tingkatan 4 dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot, dan
kelenturan.Oleh itu, sistem pernafasan pelajar-pelajar dapat dilancarkan melalui aktiviti-
aktiviti sebegini.menurut kajian-kajian yang dijalankan, daya tahanan otot memainkan
peranan yang signifikan dalam meningkatkan prestasi sukan eseorang atlet.Daya tahanan
otot juga dapat mengurangkan risiko kepada kecederaan otot ketika bekerja dan
bersukan.Selain itu, daya tahanan juga membolehkan sesuatu kerja yang hendak
dilakukannya, berlaku dengan lebih efisien.Seterusnya, daya tahanan otot juga berupaya
meningkatkan atau memperbaiki kebolehan dalam menghadapi kecemasan.Daya tahanan
otot mampu membantu seseorang pelajar betapa ini.Oleh itu, pelajar-pelajar perlulah
mengambil inisiatif sendiri dalam membentuk mereka sebagai insan yang mempunyai tahap
kecergasan fizilkal.
Saya bercadang bahawa penyelidikan ini perlulah diaplikasikan kepada murid-murid
oleh semua pihak sekolah.Hal ini adalah kerana kajian ini memberikan banyak manfaat
kepada semua golongan.Oleh sebab ini kemelut yang kian bernanah dinegara kita iaiatu
masalah kesihatan seperti diabetes, penyakit hipokinetik dan obesity dapat dikurangkan.Hal
ini juga dapat menjadi penawar bagi masalah ini. Kedua, saya juga bercadang untuk
mengadakan kajian ini dengan lebih mendalam untuk memperoleh manfaat yang
banyak.Kajian ini juga dapat dipertingkatkan lagi untuk mendapat faedah yang menyeluruh.
Penyelidikan ini mempunyai banyak perbezaan dari segi gaya hidup.Penyelidikan
pendidikan jasmani yang dijalankan ini melalui latihan litar 4 minit ini tidak diaplikasikan oleh
pelajar-pelajar pada era globalisasi ini kerana kesibukan masa.Misalnya, bangkit tubi yang
mempunyai banyak bervariasi ini perlulah dipraktikkan oleh semua pelajar di
rumahnya.Malangnya, hal ini tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita walaupun ia
tidak memerlukan alat senaman.Bangkit tubi ini mempunyai banyak faedah tetapi manusia
semakin lupa dan alpa untuk membuat senaman ini.
Pada pengalaman saya, saya tidak barangkali membuat senaman sebegini sewaktu
saya berada dalam alam persekolahan.Saya berasa amat sedih kerana saya tidak dapat

7
melakukan aktiviti ini pada alam persekolahan.Saya hanya melakukan senaman bangkit tubi
ini pada masa kecergasan fizikal.Selepas itu, saya mula mengkaji dan mempelajari bangkit
tubi melalui internet (Youtube).Saya juga mula mahir melakukan senaman sebegini.Saya
juga telah mengenali permainan seperti Hoki dan Bola Tampar.Permainan-permainan ini
dapat memanaskan badan dan meningkatkan fungsi fisiologi badan yang melibatkan otot-
otot jantung.

REFLEKSI
Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana
berkatnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna pada masa yang
ditetapkan.Pada Semester Pertama ini, saya ditugaskan untuk membuat satu tugasan untuk
subjek Kesihatan dana Kecergasan.Sebagai permulaan, saya berbincang dengan rakan
sekelas saya untuk mendapat pendapat mereka terhadap tugasan ini.Rakan sekelas saya
juga memberikan komitmen dan membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Saya menghadapi pelbagai masalah dan dugaan semasa membuat tugasan


ini.Pertamanya ialah saya mempunyai masalah dalam mencari maklumat tentang tugasan
ini.Hal ini demikian kerana saya tidak mempunyai kemudahan internet untuk mengakses
laman sesawang bagi mendapat maklumat tentang kerja kursus ini.Saya sanggup
mengunjungi perpustakaan Zaba untuk memperoleh kemudahan internet.Saya juga
meminjam broadband dari rakan-rakan saya untuk mencari maklumat.Kesannya, saya
mempelajari tentang cara-cara untuk menghadapi dan mengurus masalah dengan baik.

Saya menghadapi masalah dalam menghasilkan penulisan reviu.Sebenarnya saya


tidak tahu untuk membuat reviu.Mula-mulanya, saya bertanya dan berbincang tentang kerja
kursus ini kepada beberapa kawan saya untuk mendapat gambaran tentang kerja kursus
ini.Saya bersyukur kerana panduan menulis reviu tersebut telah dilampirkan di belakang
soalan kerja kursus ini.Oleh sebab itu, saya dapat menulis reviu tentang jurnal tersebut
dengan mudah.

Selain itu, saya juga menghadapi masalah untuk mengulas isu berkenaan di mana saya
tidak tahu apa yang patut diulas daripadanya.Setelah berbincang dengan pensyarah
pembimbing mengenainya, saya mendapat gambaran tentang apa yang perlu ditulis. Saya
telah menulis beberapa cadangan untuk pengulasan isu dan berbincang kembali dengan
pensyarah pembimbing mengenai cadangan itu.Ia adalah untuk memudahkan saya mencari
bahan rujukan yang mempunyai kesahan sebagai sokongan terhadap ulasan yang saya
lakukan.

8
Saya juga asyik mengunjungi perpustakaan Zaba dan Perpustakaan Awam Kulim
untuk meminjam buku sebagai rujukan tambahan dan bagi mendapat maklumat tentang
tugasan.Saya juga menghadapi kekangan dalam mendapatkan buku berkaitan dengan
tugasan ini.Walaubagaimanapun, saya sudi mencari buku yang berkaitan dengan kerja
kursus ini dengan penuh dedikasi.Akhirnya, saya dapat cari buku-buku yang berkaitan
dengan tugasan ini.Saya juga meminjam buku-buku dari senior untuk rujukan membuat
tugasan ini.Saya mempelajari untuk meningkatkan pembacaan buku untuk mendapatkan
maklumat.

Seterusnya, masalah yang saya hadapi semasa membuat tugasan ini ialah cara pembuatan
tugasan ini.Pada mulanya, saya berasa amat sukar untuk menyiapakan tugasan ini.Hal ini
kerana saya tidak memahami cara pembuatan dan tajuk kerja kursus ini.Oleh itu, saya rajin
bertanya kepada iaitu Cik Rosyati Binti Hussin pensyarah subjek Kesihatan dan
Kecergasan mengenai tugasan yang diberikan.Saya tidak melepaskan peluang untuk
bertanya persoalan-persoalan yang muncul berkaitan tugasan ini.Beliau juga amat
memberikan komitmen dan membantu saya dalam menerangkan penulisan reviu ini dengan
lebih jelas.Setelah saya memahami tajuk yang diberikan, saya berasa lebih senang untuk
membuat tugasan yang diberikan.

Berikutnya, saya menghadapi masalah dalam menguruskan masa untuk menghantar


tugasan ini dalam masa yang ditetapkan.Hal ini kerana saya mempunyai banyak tugasan
yang diberikan oleh pensyarah subjek lain yang patut hantar pada hari yang sama.Pada
mulanya saya tidak tahu untuk mengagihkan masa dengan teratur.Di bawah pengawasan
Cik Rosyati, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.Saya dapat
menguruskan masa dengan teratur dan baik dengan bimbingan beliau.

Di samping itu, saya juga memepelajari tentang kepentingan menjalankan latihan litar 4
minit melalui penulisan reviu ini.Saya juga mula mempraktikkan aktiviti senaman dalam
kehidupan seharian saya.Kecergasan diri amat signifikan kepada seseorang manusia untuk
hidup sihat.Saya juga mempelajari tentang cara-cara bermain hoki dan bola tampar melalui
kajian ini.

Saya juga mempelajari cara-cara pengurusan emosi dengan bijak.Misalnya,semasa


menjalankan kerja kursus ini, saya menghadapi banyak masalah khususnya, masalah
emosi.Melalui kerja kursus ini, saya dapat menguruskan emosi yang timbulnya.Emosi ini
dapat menurunkan semangat saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.Oleh itu, kita perlulah
mencari jalan penyelesaian untuk menguruskan emosi.

9
Tambahan pula, saya jua dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam diri
saya.Tamsilnya, apabila saya membincang tentang kerja kursus ini dengan rakan sekelas
saya, saya dapat meningkatkan lagi kemahiran tersebut.Kemahiran ini amat signifikan bagi
seseorang guru untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada murid-murid.Oleh itu, saya
dapat tingkatkan lagi kemahiran ini semasa menjalankan keja kursus ini.

Akhir sekali, saya telah bangga kerana saya sudah siap membuat penulisan reviu.Saya juga
mendapat pengalaman membuat reviu berdasarkan kepada jurnal.Saya juga mempelajari
untuk menulis reviu dengan mudah.

10

Anda mungkin juga menyukai