Anda di halaman 1dari 18

Teks Ucapan

Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan
Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi Bin Haji Osman Menteri
Pendidikan
Kementerian Pendidikan
Negara Brunei Darussalam

Sempena
Majlis Perlantikan Dan Pertukaran Pemimpin Sekolah
Tahun 2017

Tarikh: 16hb November 2016


Jam: 9:00 Pagi
Tempat: Royal Bershire, Jerudong Royal Polo & Riding Club

1
Alhamdulillahi Rabbil Alameen, Wassalatu
Wassalamu Alaa Asyrafil Anbia il Mursaleen
Sayyidina Muhammadin, Waalaa Alihie Wasahbihie
Ajmaeen

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera

Yang Mulia Pengerusi Majlis Pemangku Pengarah Sekolah


Sekolah, Awang Zaman bin Haji Gapar;

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan, Dato Paduka


Pengiran Haji Baharom bin Pengiran Haji Bahar;

Yang Mulia Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi),


Dr Haji Junaidi bin Haji Abd Rahman;

Yang Mulia Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras),


2
Dr Hajah Siti Romaizah bte Haji Mohd Salleh;

Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi),


Dr Hj Azman bin Haji Ahmad;

Yang Mulia Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah-Pengarah,


Penolong Pengarah, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Ketua-
Ketua Kluster dan semua pemimpin-pemimpin sekolah.

1. Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana


berkat izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita hadir di
Dewan Royal Berkshire ini sempena Majlis
Penyampaian Surat Perlantikan dan Pertukaran
Pemimpin sekolah. Saya mengucapkan setinggi-
tinggi tahniah kepada Jawatankuasa Majlis yang

3
diketuai oleh Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah atas
penganjuran Majlis ini.

2. Majlis perkumpulan ini memberikan saya peluang untuk


bertemu dan meluang masa untuk bersama dengan
para pemimpin sekolah yang merupakan tonggak
kepada segala kejayaan terhadap apa jua perubahan-
perubahan dan inisiatif-inisiatif yang dirancang oleh
Kementerian Pendidikan. Sesuatu rancangan itu tidak
akan berjaya tanpa penghantaran aktif dari semua
pemimpin.

3. Pada kesempatan ini, saya melahirkan rasa kepercayaan


dan keyakinan bahawa penyusunan semula para
pemimpin sekolah ini, yang saya difahamkan
sebentarnya tadi, adalah berasaskan penilaian
secara komprehensif dengan mengambilkira prestasi dan
kompetensi kepimpinan pegawai-pegawai oleh
pelbagai pihak. Sehubungan itu, saya berharap para

4
pemimpin ini akan dapat menepati kehendak
Kementerian Pendidikan dan penempatan mereka di
sekolah-sekolah berkenaan adalah berketepatan untuk
memikul tanggungjawab sederap dan seirama
dengan perubahan-perubahan dan inisiatif-inisiatif yang
dilaksanakan pada masa ini dan di masa yang akan
datang. Dari segi timing penyususnan semula ini juga
dihasratkan untuk membolehkan setiap yang terlibat
untuk bersedia memulakan tugas masing-masing pada
4hb Januari 2017, dengan persediaan-persediaan yang
sudah diaturkemas.

[Cabaran Pendidikan ]

Para pemimpin sekolah dan hadirin yang dihormati,

4. Ini penting kerana ia akan prepare us mentally bila kita


memulakan kerja kita. Seperti yang kita maklum,
Kementerian Pendidikan berdepan dengan pelbagai
cabaran, dan yang paling utama sekarang ialah
5
meningkatkan kualiti pencapaian akademik pelajar-peljar
kita. Cabaran ini bukan lah mudah. Ia menuntut kita
supaya mengubah cara berfikir, cara bertindak dan cara
bekerja dengan lebih dinamik, melebihi dari apa yang
pernah kita lakukan sebelum ini. Ini adalah bagi
memastikan yang kita tidak ketinggalan dan tidak gagal
dalam sama -sama menanai usaha kerajaan untuk
mencapai Wawasan Brunei 2035. Kita telah mempunyai
Sistem Pendidikan Negara Abad 21 (SPN 21) sejak 2009,
yang kita yakin dapat memacu pendidikan di Negara ini,
Maka adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai guru
untuk memastikan SPN 21 berjaya. Pertanyaan yang
perlu sebelum memulakan penggal pertama ialah what
difference can I bring to the school this year (bagi yang
masih di sekolah yang sama) dan what difference can I
bring to the school now that I am running the school, or
this school.

6
5. Sememangnya kita mempunyai perbezaan pandangan
dan pendapat dalam melaksanakan apa jua perubahan-
perubahan dan inisiatif-inisiatif yang telah dirancang.
Demikian juga dengan halnya pada masa ini. Dalam
konteks ini janganlah pula kita membiarkan perbezaan
pemikiran dan pandangan sedemikian menghalang kita
daripada bergerak ke hadapan dan mencapai
keberhasilan yang disasarkan. Sebaliknya kita
hendaklah meraikan apa jua bentuk perbedaan dan
berusaha menggarap faedah yang positif daripadanya.
Sehubungan ini, saya sangat berharap agar penyusunan
semula ini dapat menyediakan barisan pemimpin
sekolah yang mampu menghadapi cabaran bagi
melaksanakan perubahan ke arah meningkatkan kualiti
pencapaian pendidikan dan kecemerlangan para pelajar
kita.

[Meningkatkan Kualiti Pencapaian Para Pelajar]

7
6. Dalam kita berusaha dalam kita berusaha meningkatkan
kualiti pencapaian pelajar dalam Penilaian Sekolah
Rendah (PSR) dan peperiksaan Brunei Cambridge
Certificate of Examination (BCGCE), pelbagai
perubahan dan inisiatif telah diperkenalkan dan
dilaksanakan samaada di peringkat jabatan mahupun
sekolah. Walaupun usaha kita telah menunjukan
peningkatan dalam peratus pelajar memperolehi gred A
hingga C dalam PSR pada tahun 2015, namun pada
hakikatnya masih banyak yang perlu dilakukan untuk
pembaikan, apatah lagi untuk mencapai sasaran.

7. Saya berpendapat usaha untuk meningkatkan kualiti


pencapaian memerlukan keazaman yang tinggi untuk
melakukan perubahan-perubahan daripada amalan yang
biasa kepada amalan yang luar biasa. Telah banyak
disuarakan mengenai kepimpinan instruksional dan
sokongan kepada para guru untuk meningkatkan

8
keberkesanan pengajaran mereka di bilik darjah.
Adakah perkara tersebut telah mampu kita
laksanakan? Adakah gaya kepimpinan kita telah
berubah dari bersikap "administrative & managerial"
kepada "participative & instructional?". Bilik darjah
adalah merupakan 'battle field" para pemimpin
sekolah. Di situ lah lahir pelajar-pelajar yang cemerlang,
pelajar yang pintar dan pelajar-pelajar yang menjadi
aset kepada Negara. Persoalannya berapa banyak kah
masa yang kita diluangi dengan memberikan sokongan
kepada para guru di bilik-bilik darjah ketika ini?

8. Maklumat yang diperolehi mengenai tahap kompetensi


guru Teacher's Performance Appraisal (TPA)
memerlukan lebih banyak usaha-usaha dari
pemimpin sekolah, Klusterdan Jabatan-Jabatan
yang berkepentingan di Kementerian ini untuk
berkerjasama dalam memberikan sokongan dan
bimbingan kepada guru-guru. Saya sangat berharap

9
peranan dan fungsi penggunaan Teacher's
Performance Appraisal (TPA) akan dapat menjana
transformasi kepimpinan para pemimpin sekolah kearah
kepimpinan yang lebih instruksional dan berkesan
untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru-guru.

9. Sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan untuk


meningkatkan kualiti pencapaian pelajar melalui
bimbingan kepada guru-guru, inisiatif Projek Guru
Pakar dengan mendatangkan "International Coaches"
atau IC, juga merupakan satu landasan bagi pemimpin
sekolah mendapatkan kerjasama untuk membimbing
guru-guru dalam pengajaran Literasi dan Numerasi.
Keberkesanan pengajaran Literasi dan Numerasi ini
adalah sangat penting untuk dikuasai oleh para guru
bagi memastikan setiap murid di negara ini menguasai
asas literasi dan numerasi mengikut tahap-tahap
penguasaan kemahiran yang sepatutnya.

10
[Menjayakan Perlaksanaan Sistem Pendidikan Negara
Abad ke 21]

Para pemimpin sekolah dan hadirin,

10. Saya ingin menyentuh sekali lagi mengenai suatu isu


penting dalam sistem pendidikan kita dimajlis yang
bermakna ini, iaitu perlaksanaaan Sistem Pendidikan
Negara Abad ke 21. Kementerian Pendidikan
nampaknya jelas perlu berusaha dengan lebih keras lagi
bagi memastikan SPN21 dilaksanakan dengan jayanya,
untuk menghasilkan kualiti pelajar yang dihasratkan
dalam Wawasan Brunei 2035. Seperti yang kita
maklum, matlamat Wawasan Brunei 2035, adalah untuk
menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang
dikenali mempunyai pendidikan yang berkualiti,
rakyat yang berkemahiran tinggi dan berjaya, dan
kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi serta ekonomi

11
yang dinamik dan berdaya tahan. Justeru itu, semua
pihak dalam Kementerian Pendidikan perlu
meningkatkan usaha dengan menyediakan rangkakerja
yang menjurus kepada pemantapan perlaksanaan
SPN21.

11. Walau bagaimana pun secara terperincinya, matlamat ini


hanya akan dapat dicapai seandainya sekolah berjaya
membentuk dan menghasilkan pelajar yang bukan
sahaja bijak dan terpelajar , tetapi juga berwibawa,
berkarisma, berketrampilan dan pemikir untuk menjadi
pemimpin di masa hadapan bagi mencorak masa depan
Negara. Lantaran itu, saya menyeru setiap
pemimpin sekolah untuk membuka minda dan
memahami apa yang dihasratkan oleh SPN21 agar
SPN21 akan berjaya menghasilkan sistem pendidik
yang cemerlang dan mampu menghasilkan individu
Brunei yang berminda besar dan berpandangan jauh.

12
Saya yakin dengan kepimpinan yang teguh dikalangan
pemimpin sekolah, hasrat tersebut akan dapat dicapai.
12. Marilah kita meneliti isu ini secara mikro. Saya pasti
semua warga pendidikan memahami 'structural
reform' yang terdapat dalam SPN21 diantaranya ialah
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
menjurus kepada abad ke 21 atau dipanggil sebagai
21CTL dengan penilaian menumpukan kepada Penilaian
Berasaskan Sekolah iaitu School-Based Assessment.
Kita juga pada umumnya mengetahui, perubahan ini
belum terungkayah untuk dilaksanakan pada masa
ini dengan sepenuhnya secara berkesan. Para
pemimpin sekolah hendaklah bertindak bijak
mengimbangi keperluan antara penilaian formatif dan
sumatif dan pengajaran berpusat- pelajar atau guru.
Dalam kita menerima hakikat penilaian formatif
memberikan impak yang sangat baik kepada
meningkatkan pembelajaran para pelajar secara
berterusan dan intrinsik, pada masa yang sama kita

13
juga melaksanakan penilaian sumatif bagi
menyelaraskan dengan tuntutan-tuntutan semasa dan
akan datang.

[Peranan Pemimpin Sekolah Kepada Persiapan


Perlaksanaan PISA 2018]

13. Ke arah membawa dan mengangkat sistem pendidikan


kita setaraf dengan pendidikan terbaik dunia, usaha-
usaha bagi mengenalpasti kedudukan pendidikan negara
giat dilaksanakan iaitu melalui penglibatan pelajar-
pelajar berumur 15 tahun di negara ini dalam PISA
pada tahun 2018. Penglibatan Kementerian Pendidikan
dalam PISA 2018 ini adalah merupakan satu
perancangan dan perlaksanaan yang cukup mencabar.
Namun sesungguhnya, apa yang dirancang dan
dilaksanakan ini adalah untuk menambah baik
sistem pendidikan kita, bukannya hanya sekadar

14
melibatkan diri sahaja. Sehubungan itu, bagi
memastikan objektif penglibatan dalam PISA ini
tercapai, ia memerlukan pemimpin sekolah yang
komited melaksanakan perubahan selaras dengan pelan
perancangan Kementerian Pendidikan ke arah
menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.

[Penghargaan Kepada Para Pemimpin Sekolah]

Para Pemimpin sekolah dan Hadirin Sekalian

14. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya berharap


perlantikan pemimpin-pemimpin sekolah pada pagi ini
dapat meningkatkan semangat para pemimpin sekolah
bagi memantapkan lagi daya dan kapasiti kepimpinan
dan pengurusan sekolah masing-masing untuk
menghasilkan kualiti pelajar yang berilmu,

15
berkemahiran, berdaya saing dan bermatlamat kearah
merealisasikan pencapaian wawasan negara tahun 2035
dan memertabatkan sistem pendidikan kita. Dan saya
dengan besar hati mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah.

15. Bagi para pemimpin sekolah yang bertukar tugas saya


merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan sangat
berharap supaya penstrukturan dan perubahan tugas ini
diterima dengan hati yang terbuka dan minda yang
positif. Seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi Majlis
tadi penyusunan tugas ini adalah sesuatu yang
"inevitable (tidak dapat tidak)" dalam usaha kitani
memastikan kecekapan dalam pengurusan sumber
tenaga manusia di Jabatan Sekolah-Sekolah. Bagi kita
semua, sebagai warga Kementerian Pendidikan, apa pun
jawatan dan tugas serta tanggungjawab yang diberikan

16
adalah merupakan suatu amanah yang wajib
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

17. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan ucapan ribuan


terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengerusi dan Jawatankuasa Majlis yang menjayakan
majlis kali ini. Saya juga menyeru kerjasama semua
pihak khususnya pemimpin sekolah supaya terus
memberi komitmen padu dan lebih bersedia untuk
mendepani cabaran. Sehubungan dengan ini saya
berharap barisan pemimpin sekolah akan sentiasa
bersikap positif terhadap perubahan bagi memenuhi
tuntutan dan kehendak semasa terutama dalam kita
sama-sama berusaha untuk meningkatkan kualiti
pencapaian pelajar dan kejayaan perlaksanaan SPN21.

18. Dalam kesempatan ini juga, saya tidak lupa


mengucapkan selamat bercuti kepada para pemimpin

17
sekolah yang telah merancang untuk bercuti bersama
keluarga mahupun dengan rakan-rakan. Saya sentiasa
mendoakan semoga semua para pemimpin sekolah
dan seluruh warga pendidik di Negara ini sentiasa
mendapat rahmat kesihatan dan barakah daripada Allah
Subhanawataala jua.

Sekian,

Wabillahi Taufik Wal-hidayah, Wassalamu'alaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

18

Anda mungkin juga menyukai