Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL

TINGKATAN 4 2016
ELEMEN ILTIZAM [Aktiviti 1 Penulisan Tugasan Harian]

Aktiviti Pentaksiran elemen Iltizam dalam bentuk aktviti bertujuan untuk mentaksir pengalaman, penghayatan
dan keterlibatan yang bersungguh-sungguh calon dalam aktiviti yang dipertanggungjawab.

1. Calon dikehendaki membuat tugasan seperti:


a. Menulis karangan.
b. Menulis laporan hasil kerja amal.
c. Mendapatkan maklumat dari pusat sumber sekolah.
d. Membuat rencana tentang kegiatan sosial masyarakat.
e. Lain-lain berhubung dengan pembelajaran moral.

2. Setiap tugasan mestilah lebih kurang 250 patah perkataan dan ditulis dengan tulisan tangan pada kertas
A4.

Setiap tugasan mestilah mempunyai maklumat diri seperti berikut :

1. Nama
2. No. MyKad
3. No. Angka Giliran
4. No. Tugasan

Semua maklumat tersebut hendaklah ditulis di bahagian kiri atas seperti dalam ilustrasi berikut :

Maklumat diri

TUGASAN 1
Soalan:
Bincangkan faktor-faktor remaja terjebak dengan masalah sosial dan apakah peranan ibu bapa dalam isu
ini. Kaitkan dengan nilai-nilai moral yang anda pelajari.

TUGASAN 2

Soalan:
Merokok membahayakan kesihatan. Jelaskan kesan buruk daripada merokok. berdasarkan nilai-nilai moral.

TUGASAN 3

Soalan:
Huraikan tanggungjawab kerajaan dan masyarakat untuk memelihara dan memulihara alam sekitar
berdasarkan nilai-nilai moral.

TUGASAN 4

Soalan:
Terangkan kepentingan amalan saling menghormati dan bertolak ansur dalam masyarakat majmuk di
negara Malaysia. Kaitkan dengan pengamalan nilai-nilai moral yang anda pelajari.
CONTOH RANGKA PENULISAN :

TUGASAN 1

Soalan:

Bincangkan faktor-faktor remaja terjebak dengan masalah sosial dan apakah peranan ibu bapa dalam isu
ini. Kaitkan dengan nilai-nilai moral yang anda pelajari.

Pendahuluan:
- pengenalan tentang isu sosial masa kini
- beri contoh

Nilai:
- Rasional
- Harga diri
- Kasih sayang terhadap keluarga
- Tanggungjawab terhadap keluarga

Faktor :
- kurang didikan agama
- terlalu bebas dalam pergaulan
- dan....sebagainya.....nyatakan faktor-faktor lain

Peranan ibu bapa :


- Memberikan didikan agama
- Mengawas pergerakan anak-anak
- Dan.......sebagainya.....nyatakan peranan lain

Kesimpulan:
- Beri saranan/ harapan.

Anda mungkin juga menyukai