Anda di halaman 1dari 6

SAINS TINGKATAN 4 PKKP 2012

PROGRAM SAMPINGAN SAINS TINGKATAN 4 2012

CELIK SAINS
KUMPULAN SASARAN : PELAJAR TINGKATAN 4 AL GHAZALI
RASIONAL :
Penguasaan pelajar terhadap konsep sains agak
membimbangkan jadi mereka harus diberi
pendedahan sebanyak mungkin
Kelemahan pelajar menyampaikan isi semasa
menjawab peperiksaan amat merunsingkan para
pendidik, namun jika mereka diasuh atau sentiasa
dibiasakan mengeluarkan pandangan, masalah ini
sedikit sebanyak dapat dikurangkan.
Pelajar perlu sentiasa bersedia untuk mencapai
kecemerlangan
MATLAMAT : Mempertingkatkan prestasi pelajar selaras dengan
matlamat PKKP dan lulus 100% dalam
peperiksaan.
OBJEKTIF :
Mendefinisi terminologi sains dengan tepat.
Menjawab soalan SPM (atau format sepertinya)
dengan tepat.
Penyediaan nota oleh pelajar dengan ringkas,
kemas, padat dan tepat
JANGKA MASA PROJEK : April hingga Julai
SUMBER : Tenaga pengajar (Guru sains)
PENILAIAN :
Soalan secara rawak di dalam kelas.
Ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun dan
akhir tahun.
SAINS TINGKATAN 4 PKKP 2012

STRATEGI PELAKSANAAN:
Konsep Imbasan minda / Brain storming / Sumbang
saran.
- Guru mengemukakan satu perkataan atau
satu isi penting yang menjadi fokus utama
untuk tajuk yang akan diajar pada hari
tersebut. Setiap pelajar akan diminta
mengemukakan isi-isi lain yang mempunyai
perkaitan dengan isi / topik yang dibincang.
- Dengan cara ini pelajar akan cuba berfikir
dan berani memberi idea. Guru juga
mendapat maklumat mengenai pengetahuan
sedia ada pelajar.
- Hasil dari maklumat pelajar, guru akan
menyusun semula maklumat yang diberi
oleh pelajar-pelajar tadi di dalam jujukan
atau susunan yang betul.
Terminologi Sains.
- Bagi setiap bab atau topik, terminologi sains
( istilah) memainkan peranan penting kerana
ia menggambarkan isi kandungan sesuatu
topik/subtopik.
- Pelajar diberi tugasan untuk mencari definisi
terminologi tersebut dan mereka akan disoal
secara rawak dari semasa ke semasa
- Terminologi dibuat dalam ruang khas dalam
buku nota
SAINS TINGKATAN 4 PKKP 2012

PROGRAM UTAMA SAINS TINGKATAN 4 2012

PENGGUNAAN ABM DAN ICT DI KELAS

PEMBELAJARAN SAINS

KUMPULAN SASARAN : Pelajar-pelajar Tingkatan 4 AL GHAZALI


RASIONAL : Pelajar sukar memahami pelajaran secara konkrit
MATLAMAT : Pelajar memahami topik sukar
OBJEKTIF :
Menjadikan pelajar lebih berminat terhadap mata
pelajaran Sains
Memastikan pelajar dapat memahami konsep
sebenar sesuatu topik
JANGKAMASA PROJEK : Januari hingga April
SUMBER : Carta, Model, Perisian CD , Laman web,
Transparensi, Radas Sains dan benda-benda di alam
sekeliling
STRATEGI PELAKSANAAN :
Guru menerangkan sesuatu konsep menggunakan
ABM/CD tersebut
Pelajar memberi tumpuan dan membuat
perbincangan
Pelajar menyampaikan maklumat tersebut kembali
PENILAIAN : Guru menguji kefahaman pelajar di akhir P & P
TINDAKAN SUSULAN : Guru mengulangi penerangan konsep dengan
menggunakan ABM lain sekiranya pelajar tidak
memahami konsep tersebut
SAINS TINGKATAN 4 PKKP 2012

PROGRAM SOKONGAN SAINS TINGKATAN 4

PROGRAM STS (SOALAN TOPIKAL SAINS)

KUMPULAN SASARAN : PELAJAR TINGKATAN 4 AL GHAZALI


RASIONAL :
Penguasaan pelajar terhadap konsep sains agak
membimbangkan, mereka harus diberi pendedahan
sebanyak mungkin.
Kelemahan pelajar menyampaikan isi semasa menjawab
peperiksaan amat merunsingkan para pendidik, namun jika
mereka sentiasa dibiasakan dengan soalan sebenar SPM,
masalah ini akan dapat diatasi.
Pelajar perlu lebih bersedia setiap masa untuk mencapai
kecemerlangan
MATLAMAT : Mempertingkatkan prestasi pelajar selaras dengan matlamat
PKKP dengan 30% cemerlang dan 100% lulus dalam
peperiksaan.
OBJEKTIF :
Mendefinisi terminologi sains dengan tepat
Menjawab soalan SPM atau berbentuk SPM dengan mudah
dan tepat.
Penyediaan nota oleh pelajar dengan ringkas, kemas tetapi
padat.
JANGKA MASA PROJEK : Ogos hingga Oktober

SUMBER : (i) Tenaga : Guru Sains


(ii) Bahan : Soalan-soalan sebenar SPM

STRATEGI PELAKSANAAN :
SAINS TINGKATAN 4 PKKP 2012

Guru akan membuat analisa soalan-soalan SPM dari


tahun 2005 2011 mengikut topik dan seterusnya
mengikut subtopik beserta skema jawapan.
Soalan-soalan ditaip dengan komputer supaya
mudah untuk menambah soalan pada masa hadapan
Syarat yang ditetapkan bagi soalan objektif ialah 50
soalan. Maka jika tidak mencukupi, guru
mengambil soalan lain yang mirip kepada SPM.
Bagi soalan struktur dan esei, mengikut bilangan
soalan terkumpul SPM
Soalan-soalan ini kemudiannya dibukukan dan
diberi kepada pelajar sebagai buku kerja latihan
dalam bilik darjah
PENILAIAN :
Ujian secara retest
Soalan dibincang terlebih dahulu di dalam kelas
Guru kemudiannya membuat retest dengan menggunakan
buku Soalan terkumpul SPM keluaran CERDIK
Markah akan dinilai oleh guru mengikut skema SPM
Para pelajar akan dikategorikan berdasarkan markah yang
diperolehi
TINDAKAN SUSULAN :
Pelajar dikategorikan berdasarkan piawai yang telah
ditetapkan.
Kategori Markah
Cemerlang 80% ke atas
Sederhana 50% ke atas
Berpotensi 50% ke bawah
Pelajar cemerlang - latih tubi soalan esei

Pelajar sederhana - latih tubi soalan struktur dan soalan


SAINS TINGKATAN 4 PKKP 2012

objektif
Pelajar berpotensi - latih tubi soalan objektif, soalan graf
dan bacaan radas.

Anda mungkin juga menyukai