Anda di halaman 1dari 7

MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR PANDUAN

PENGAJARAN

Objektif
Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid mengenai
prestasi Malaysia dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS
dan PISA.

Memotivasikan murid agar tidak mudah putus asa dan cuba


menjawab sebaik mungkin semua soalan yang bakal
dihadapi sekiranya terpilih sebagai calon TIMSS 2014 dan
PISA 2015.

Menyedari kepentingan kemahiran berfikir aras tinggi bagi


menyediakan murid menghadapi cabaran abad ke-21.

Meyakinkan murid bahawa mereka adalah individu istimewa


kerana terpilih sebagai duta kecil negara ke pentaksiran
antarabangsa.

Memupuk rasa bangga menjadi rakyat Malaysia yang kaya


dengan adat, budaya dan resam.

Tempoh Pembelajaran
60 minit

Istilah Baharu
TIMSS, PISA, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Penekanan
Perubahan sikap supaya mencuba sebaik mungkin dan
menjawab semua soalan pentaksiran anatarabangsa yang
bakal diduduki sekiranya terpilih untuk mewakili negara.
Memberi kesedaran terhadap keistimewaan negara dan
sepatutnya berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Pengajaran tentang Motivasi dan Kemahiran Belajar


Penglibatan Malaysia dalam pentaksiran antarabangsa
TIMSS bermula pada tahun 1999. Setelah empat kali kitaran,
prestasi Malaysia bagi Matematik semakin menurun pada
setiap kitaran. Bagi Sains, terdapat peningkatan pada tahun

MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR 2


MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR PANDUAN
PENGAJARAN
2003 tetapi kemudiannya semakin menurun. Penglibatan
Malaysia dalam PISA pula dari 2009 menunjukkan prestasi
yang semakin menurun. Menyedari antara faktor
penyumbang kepada penurunan prestasi ialah
ketidaksungguhan murid yang menduduki kedua-dua
pentaksiran antarabangsa ini, maka modul ini dibina untuk
memberi kesedaran mengenai istimewanya negara ini dan
betapa pentingnya peranan setiap murid yang mengambil
bahagian.

Murid juga perlu mempunyai jati diri untuk mencuba setiap


soalan dan mencuba yang terbaik demi menaikkan nama
negara di persada dunia. Justeru, pendedahan kepada
perkara ini amat perlu supaya supaya murid lebih bersedia
menduduki TIMSS dan PISA yang akan datang.

Guru mentadbir Ujian Pra bagi Modul Motivasi &


Kemahiran Belajar.

Slaid 2 - 7

MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR 3


MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR PANDUAN
PENGAJARAN

Guru menunjukkan video pengenalan kepada Modul


Motivasi dan Kemahiran Belajar. Video ini bertujuan untuk

memperkenalkan negara Malaysia sebagai sebuah


negara yang mempunyai rakyat yang majmuk dengan
sumber asli yang banyak dan alam semulajadi yang
indah lagi mempesonakan.

memperjelaskan prestasi Malaysia dalam kedua-dua


pentaksiran antarabangsa iaitu TIMSS dan PISA.

Slide 8 - 16

MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR 4


MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR PANDUAN
PENGAJARAN

Seterusnya, paparkan video daripada Pakar Motivasi, Dr. Hj.


Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang akan mengupas
elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengapa
KBAT sangat penting pada masa kini.

Slide 17 - 29

MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR 5


MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR PANDUAN
PENGAJARAN

Peranan guru dan murid dalam membudayakan KBAT


dibincangkan secara mendalam oleh Pakar Motivasi pada
akhir slot beliau. Murid diperkenalkan kepada teknik
penyoalan aras tinggi dengan merujuk kepada taksonomi
Bloom.

Slide 30 - 33

Paparkan video penutup bagi Modul Motivasi dan Kemahiran


Belajar ini dengan memberi contoh beberapa individu yang
telah berjaya mengharumkan nama negara di persada
dunia.

MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR 6


MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR PANDUAN
PENGAJARAN

Guru mentadbir Ujian Pasca bagi Modul Motivasi dan


Kemahiran Belajar.

MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR 7

Anda mungkin juga menyukai