Anda di halaman 1dari 3

CUE PERKARA

Mengambil Tuan-tuan dan Puan- puan yang dimuliakan, sila ambil tempat
tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi.
Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya
dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat En Suklen bin Pulus,
YDP PIBG Sk Kuala Kenyana,

Yang Berusaha En Yahya bin Ismail Guru Besar SKKK, dan

Yang Berbahagia, ____________________________ wakil dari Pihak


Bomba dan Penyelamat Mukah masuk ke dewan.
Lagu Para hadirin di minta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku
Negaraku dan dan Lagu Sekolah. Hadirin di persilakan / berdiri/duduk.
Lagu Sekolah
Solutasi Assalamualaikum w.bt. dan salam sejahtera.

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah berseri.

Yang dihormati En.Suklen bin Pulus - Yang Dipertua PIBG SK


Kuala Kenyana,

Yang Berusaha Encik Yahya bin Ismail, Guru Besar Sk Kuala


Kenyana,

Yang Berbahagia _________________________________ wakil dari


Pihak Bomba dan Penyelamat Mukah,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En. Rizalfaiza bin Merikan


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Suaibi bin
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Masari bin
AJK PIBG Sk Kuala Kenyana, barisan guru-guru, tuan tuan dan
puan-puan, seterusnya murid yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke
_______________________________________________

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kerana dengan limpah


kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu untuk sama-
sama berkumpul, sama-sama berhimpun di Dewan ini bagi
Majlis_____________________________________

Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis mengalu-alukan kehadiran


tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini.
Bacaan Doa Tetak buluh panjang suluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.

Hadirin dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-
sama mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Cikgu
Abdul Khalid bin Yusoff. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Abdul


Khalid atas pimpinan doa itu tadi.
Ucapan Hadirin hadirat sekalian,
Pengerusi JK
Permuafakatn Bukan keris tanpa ulunya,
(GB) Bukan majlis tanpa ucapannya.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan mempersilakan Yang


Berusaha Guru Besar SK Kuala Kenyana (En. Yahya bin Ismail)
selaku Pengerusi JK Permuafakatan bagi Tahun 2017 untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Demikian tadi ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Encik Yahya


bin Ismail, Guru Besar SK Kuala Kenyana. Majlis mengucapkan
ribuan terima kasih.
Ucapan YDP Pergi ke kedai membeli gula,
PIBG Gula di bawa berhati-hati,
Yang Dipertua kami mempersila,
Ucapan diberi kita hayati.

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang


Dipertua PIBG SK KUALA KENYANA En Suklen bin Pulus Untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Demikian tadi ucapan Yang Dipertua PIBG SK KUALA KENYANA,


En.Suklen bin Pulus. Terima kasih diucapkan.

Simbolik Seterusnya, pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan


_________________ bagi upacara _______________ sebagai Simbolik
perasmian penangguhan ___________________
Sijil Hadirin yang dihormati,
penghargaan Acara seterusnya adalah penyampaian sijil penghargaan kepada
Guru MP Guru MP
UPSR (2016)
Untuk menyempurnakan acara dijemput _____________________
mengiringi __________________ untuk menyampaikan sijil kepada
guru MP.

Dipersilakan_____________________________
Seterusnya dipersilakan ___________________

Terima kasih diucapkan kepada __________________________ atas


kesudian menyampaikan sijil-sijil penghargaan .
Cenderahati Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
(bomba)
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh dihujung taman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami, pihak majlis


menjemput ______________________ untuk menyampaikan
cenderahati kepada _______________________ wakil dari Pihak
Bomba dan Penyelamat Mukah.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada _______________ atas
penyempurnaan acara itu tadi.
Lagi IBU Hadirin hadirat sekalian,
PERTIWIKU
Tuan puteri tersenyum senyum,
Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung majlis.

Sebelum mengakhiri majlis kita pada pagi ini, diminta semua


hadirin untuk bersama-sama menyanyikan lagu IBU PERTIWIKU.
Penutup Untuk itu, saya mewakili barisan jawatankuasa majlis memohon
maaf sekiranya terdapat sebarang kesilpan sepanjang
berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada
semua yang hadir dan sudi memeriahkan majlis.

Dipersilakan YDP PIBG SK KUALA KENYANA, En Suklen bin Pulus,


wakil dari pihak bomba dan penyelamat mukah, tuan Guru besar,
penolong-penolong kanan, para guru serta ibu bapa untuk
menjamu hidangan ringan di __________. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai