Anda di halaman 1dari 2

Pembelajaran menurut Crow dan Crow (1983), adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan

sikap. Oleh kerana wujud perbezaan individu ini menyebabkan wujudnya ketidaksamaan
persekolahan seperti ketidaksamaan gender, perbezaan keupayaan, perbezaan bahasa,
perbezaan gaya pembelajaran, perbezaan pencapaian akademik dan ketidaksamaan layanan.
Menurut Slavian ( 1997), kepelbagaian murid terdapat dalam tahap prestasi,kadar belajar,
gaya kognitif, etnik, budaya,, kelas sosial,, bahasa, jantina, bakat dan minat. Kepelbagaian
antara murid ini akan memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal hanya tertumpu kepada


pembinaan sekolah di kawasan bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi. Namun, pada
masa yang sama, peluang pendidikan di kawasan luar bandar dan pedalaman amat
terhad. Keadaan ini akhirnya telah menyebabkan wujudnya jurang dalam pendidikan,
diantara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap
keupayaan pelajar.

Jurang ketidaksamaan peluang pendidikan antara jantina juga amat ketara. Lazimnya, kita
mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di peringkat IPT sering dimonopoli oleh satu-satu
jantina sahaja. Ini jelas membuktikan bahawa ketaksamaan peluang pendidikan wujud
dengan ketara di antara kedua-dua jantina ini. Seorang penyelidik, Aminah Ahmad (2000)
menyatakan bahawa penglibatan wanita menggalakkan tetapi masih wujud segreagasi
mengikut gender terutamanya dalam pendidikan sekolah menengah teknik atau
vokasional, dan juga institusi pengajian tinggi seperti di politeknik.

Menurut Mohd Sharani Ahmad (2008), kelemahan atau masalah sewaktu berkomunikasi
berkait rapat dengan kelemahan menggunakan bahasa lisan dan bukan lisan dengan jelas.
Masalah bahasa dan komunikasi ini merupakan satu perkara yang harus diambil perhatian
serius dalam mencari jalan penyelesaiannya. Bahasa sebagai media yang menghubungkan
antara dua guru dan murid. Sekiranya bahasa yang digunakan kurang jelas contohnya loghat
guru dan murid yang berlainan akan menyebabkan masalah kepada guru dan murid.

Gaya kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjah akan memberi kesan kepada iklim dan
suasana persekitaran bilik darjah. Kecemerlangan hanya akan dapat dicapai oleh para pelajar
sekiranya mengamalkan pembelajaran yang bersesuaian. Setiap individu berbeza dari segi
keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya. Murid-murid
mempunyai aras kognitif yang berlainan. Mereka mungkin memproses rangsangan-
rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Seorang
guru ataupun pendidik perlu mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah mengikut subjek atau matapelajaran
yang diajar. Gaya pembelajaran yang tidak bersesuaian dan tidak berkesan semasa
pembelajaran sudah pasti akan menyebabkan pencapaian akademik yang rendah.
Pengetahuan seorang guru amatlah penting dalam mengetahui tentang ketaksamaan
pelajarnya dalam aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosio ekonomi yang mana
sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.kemampuan
seorang guru mengenali pelajar didalam kelas,akan membawa kesan terhadap pencapaian
pelajar sama ada lebih cemerlang atau sebaliknya.Tanggungjawab guru untuk menangani
masalah-masalah ketaksamaan peluang pendidikan di negara kita.

Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan mungkin

disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

- lokasi sekolah,

- latarbelakang sosio-ekonomi pelajar,

- pencapaian akademik,

- kecenderungan semulajadi,

- peluang hidup,

- sosialisasi dan

- perbezaan bahasa.

Anda mungkin juga menyukai