Anda di halaman 1dari 3

MEMBINA INSTRUMEN INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN ITEM PENTAKSIRAN

FORMAL DAN TIDAK FORMAL BERDASARKAN JENIS-JENIS INSTRUMEN YANG


BERIKUT :

SOALAN OBJEKTIF :

Soalan 1 : Aras Pengetahuan

Rajah 1

Apakah nilai yang terkandung di dalam Rajah 1 di atas?

a. rajin
b. harga diri
c. kasih sayang
d. kepercayaan kepada Tuhan

Soalan 2 : Aras Kefahaman

Jayden selalu membantu ibu dan ayahnya menyiram pokok bunga pada waktu petang.
Nyatakan nilai yang diamalkan oleh Jayden.

a. malas
b. rajin
c. amanah
d. hemah tinggi
Soalan 3 : Aras Aplikasi

Roger seorang pengawas di SK Sarikei. Ketika dia sedang melakukan


rondaannya di sekitar kawasan sekolah pada waktu rehat, dia
ternampak dua orang pelajar sedang mengangkut dan membuang
sampah di belakang Makmal Sains.

Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh Roger untuk
mengelakkan kejadian di atas berulang lagi demi menjaga keindahan dan kebersihan alam
sekitar?

a. Roger berdiam diri tanpa berbuat apa-apa


b. Roger turut membuang sampah di tempat yang sama
c. Roger mengajak rakan lain untuk membuang sampah di tempat sama
d. Roger membuat laporan kepada guru disiplin mengenai kejadian tersebut

Soalan 4 : Aras Analisis

Sebagai rakyat Malaysia yang jujur, amanah dan patuh akan peraturan dan undang-undang
negara, bagaimanakah cara anda untuk menunjukkan anda patuh kepada peraturan dan
undang-undang negara?

i. Memfitnah antara satu sama lain


ii. Memandu mengikut had laju yang ditetapkan
iii. Menjual atau membocorkan rahsia negara kepada pihak musuh
iv. Berhenti di belakang garisan putih semasa lampu isyarat merah dinyalakan

a. i dan ii
b. ii dan iv
c. i, ii, dan iii
d. Semua di atas
Soalan 5 : Aras Sintesis

Berikut merupakan situasi-situasi yang menunjukkan Afiqah seorang sentiasa bersih dari
segi mental dan fizikalnya dalam pergaulan seharian kecuali

a. Sentiasa merasa iri hati dengan kejayaan rakan sekelasnya


b. Sentiasa berpakaian kemas dan bersih ke sekolah
c. Sentiasa bersikap rasional semasa membuat keputusan
d. Sentiasa menerima pandangan rakan sekelas dengan hati yang terbuka

Soalan 6 : Aras Penilaian

Tugu Negara merupakan peringatan kepada lebih 11 ribu parajurit tanah air kita yang
terkorban dalam perang yang siap dibina pada 8 Februari 1966 yang terletak di
Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Pada 11 November setiap tahun, satu
perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Setiap patung tugu
melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan
pengorbanan parajurit kita.
Dengan merujuk kepada pernyataan diatas, ramalkan apakah yang akan berlaku sekiranya
kita tidak menyemai dan mengamalkan semangat cinta akan negara dalam diri kita.

a. Rakyat hidup dalam keadaan yang harmoni


b. Negara sentiasa dikunjungi pelancong luar negara
c. Negara kita akan sentiasa digeruni oleh pihak musuh
d. Pihak musuh akan lebih senang untuk menjajah semula negara kita

Skema Jawapan :

1. d
2. b
3. d
4. b
5. a
6. d

Anda mungkin juga menyukai