Anda di halaman 1dari 4

MODUL: Sel

Lembaran Kerja 1.5: Ceritanya setakat ini


Amat penting untuk kita memahami penyelidikan yang telah dijalankan oleh klien kita, Paul dan
kumpulannya, dan kejayaan mereka setakat ini. Berikut ialah artikel daripada sebuah majalah
sains yang popular mengenai penemuan yang telah dibuat oleh kumpulan tersebut selama
ini. Saya telah mencadangkan beberapa tugasan untuk anda lakukan setelah anda membaca
artikel tersebut.

Membahagi atau tidak membahagi


Sir Paul Nurse dan ahli sains lain yang bekerja di United Kingdom and Amerika telah
mencapai satu kejayaan besar dalam penyelidikan berkenaan kanser dan bagaimana
pembahagian sel dikawal.
Semua hidupan membesar. Apabila ini terjadi, selnya menjadi semakin besar. Apabila tiba
waktunya, sel ini akan membiak menjadi dua dan membentuk dua sel baharu. Proses ini
disebut pembahagian sel. Sir Paul Nurse ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana proses ini
dikawal, oleh itu beliau menjalankan eksperimen ke atas sel yis.
Pembahagian sel adalah proses yang berlaku apabila satu sel membiak dan menghasilkan
sel yang lain. Kita semua bermula dengan satu sel tunggal yang sangat kecil sel telur yang
baharu disenyawakan. Selepas berlakunya banyak kali pembahagian, embrio terbentuk.
Tubuh seorang manusia dewasa terdiri daripada berjuta-juta sel.

Satu sel Sel membesar Nukleus sel (pusat Sel menjadi genting di Sel berpecah
kawalan) tengah menjadi dua.

(Sel yang baharu


sama seperti sel
yang asal)

Selepas banyak kali


pembahagian sel,
tubuh manusia yang
lengkap terhasil.

1
Paul ingin mengetahui
bagaimana pembahagian sel
dikawal, kerana kadang-kadang
proses ini tidak berlaku dengan
betul di dalam tubuh manusia.
Keadaan ini menyebabkan
terjadinya penyakit yang disebut
kanser.
Paul telah bekerjasama dengan
ahli sains dari seluruh dunia
seperti Leland Hartwell dari
Amerika dan Timothy Hunt dari
UK.
Mereka melakukan penyelidikan
bersama-sama dan menunjukkan
bagaimana hidupan mengawal
pembahagian sel. Mereka
berharap untuk menemui jalan
bagi merawat dan menghalang
kanser.
Paul mengkaji salah satu hidupan terkecil yis. Yis ialah mikroorganisma yang sangat berguna.
Yis digunakan untuk membuat roti dan bir. Lebih penting lagi, yis boleh dibiakkan dengan
mudah dan cepat di dalam makmal. Paul menjalankan eksperimennya dengan menggunakan
sejenis yis istimewa yang disebut yis pembelahan. Pembelahan bermakna berpecah. Oleh itu,
untuk membuat sel yang baharu, sel yis berpecah menjadi dua!
Paul tahu bahawa di dalam setiap sel terdapat satu nukleus. Nukleus tersebut mengawal
semua aktiviti sel. Nukleus mengandungi struktur yang disebut gen. Gen ialah bahagian-
bahagian DNA. DNA ialah bahan kimia yang mengandungi arahan yang diperlukan oleh
sel yang sihat untuk membesar. Arahan ini memberitahu sel untuk membahagi, berhenti
membahagi, dan akhirnya mati.
Kromosom (terdiri daripada
Sel haiwan yang gen)
biasa

Di dalam nukleus
Nukleus
DNA - bahan kimia yang
mengandungi arahan

2
Paul menambahkan sejenis bahan, iaitu mutagen kepada sel yis.
Mutagen menyebabkan DNA menjadi rosak. Setelah beliau merawat
sel tersebut, Paul membiarkan sel itu untuk membesar. Kemudian
apabila beliau meneliti sel tersebut di bawah mikroskop, inilah yang
dilihat oleh Paul.

Sel yis tanpa rawatan Sel yis dengan rawatan

Paul menyedari bahawa bahagian DNA yang telah dirosakkannya ialah bahagian yang
mengawal bagaimana sel membahagi. Beliau telah menghasilkan sel yis yang mutan dan
memberikan nama kepada dua jenis sel mutan tersebut.

Sel normal mutan cdc mutan wee

Dengan melakukan eksperimen ini, Paul telah menemukan sejenis gen. Gen ini mengawal
bagaimana sel yis membahagi. Paul mendapat idea daripada dapatan ini. Beliau percaya
bahawa gen yang sama mungkin terdapat di dalam semua sel hidupan.
Sementara itu, di Kanada dan Amerika Syarikat, ahli sains telah mencuba eksperimen yang
serupa terhadap hidupan lain. Mereka telah membandingkan keputusan eksperimen dan
bersetuju semua hidupan, termasuk manusia, mengawal pembahagian sel dengan cara yang
sama.
Sel manusia yang sihat bertindak dalam cara yang terkawal. Sel membesar, membahagi,
berhenti membahagi dan akhirnya mati. Dalam kanser, proses ini terganggu. Kini, Paul boleh
menggunakan sel yis untuk mempelajari bagaimana sel kanser membahagi dan membesar
menjadi tumor. Tumor adalah sejenis bengkakan atau ketumbuhan yang boleh terjadi hampir di
mana-mana bahagian tubuh. Sel yis boleh membantu ahli sains seperti Paul menemukan cara
baharu untuk merawat dan menghalang kanser.

3
Bincangkan soalan yang berikut dan tulis jawapan di dalam log
penyelidikan anda.
1. Apakah pembahagian sel?
2. Apakah proses normal pembahagian sel?
3. Apakah eksperimen yang dijalankan oleh Paul?
4. Apakah keputusan eksperimen tersebut?
5. Apakah yang telah ditemukannya?
6. Mengapakah ahli sains tersebut memutuskan untuk menjalankan eksperimen yang
sama ke atas hidupan lain?
7. Kenapakah sel yis berguna dalam mencari cara baharu untuk merawat kanser?

Lukisan di bawah menunjukkan sebuah gambar rajah sel yis. Sel ini mempunyai banyak
bahagian yang sama seperti sel tumbuhan dan haiwan. Labelkan gambar rajah tersebut
dengan memilih perkataan daripada senarai. Sel yis juga mempunyai dinding sel.

Sel yis

dinding sel membran sel nukleus sitoplasma

Paul membuat sedikit catatan mengenai eksperimen menggunakan sel yis. Lengkapkan ayat di
bawah.
Saya telah menjalankan eksperimen dengan menggunakan sel ______. Saya telah merawat
sel dengan bahan kimia yang merosakkan DNA di dalam __________. Apabila saya meneliti
sel tersebut menggunakan ____________ saya mendapati bahawa sebahagian sel kelihatan
sangat kecil, manakala yang lain pula kelihatan sangat_____. Saya merasakan sel yang lebih
kecil telah membahagi terlalu ________ manakala sel yang besar langsung tidak membahagi.

Anda mungkin juga menyukai