Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN PERDANA PASUKAN BADAN BERUNIFORM 2013


SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR GAJAH 1
ALOR GAJAH, MELAKA

1.0 RASIONAL

Program Perkhemahan Perdana Unit Badan Beruniform diadakan pada setiap tahun di
sekolah ini. Ianya bertujuan memupuk dan menjalinkan hubungan yang erat sesama murid
dengan guru-guru di sekolah. Murid dapat menimba sendiri pengalaman baru terutamanya
dari segi kesedaran dalam hubungan murid-guru dan seterusnya membina sahsiah yang
baik semasa program perkhemahan. Selain itu, pemupukan nilai-nilai murni seperti
kerjasama, persefahaman dan semangat kerja pasukan dapat diterapkan di antara murid-
murid sepanjang program ini.

2.0 MATLAMAT

Unir Badan Beruniform merancang untuk memberi pendedahan kepada semua pemimpin
dan ahli supaya mereka lebih mahir dalam memimpin, berdikari, timbul rasa
bertanggungjawab dalam unit uniform yang diwakili. Melalui perkhemahan ini mereka dapat
mengetahui cara-cara untuk berkomunikasi dengan lebih baik antara ahli-ahli dengan guru-
guru yang lain.

3.0 OBJEKTIF

Memberikan pendedahan, pengetahuan dan kemahiran secara praktik mengenai


program perkhemahan.
Menilai pretasi, kesungguhan dan semangat bekerjasama dalam kalangan ahli
pasukan beruniform.
Memberikan keyakinan kepada murid-murid untuk mengendalikan program
perkhemahan dengan lebih berkesan pada masa akan datang.
Membina sifat-sifat kepimpinan dalam kalangan murid agar dapat memimpin diri
untuk memimpin rakan sepasukan.
Menggalakkan integrasi antara guru dan murid yang berbilang kaum.

4.0 TARIKH / MASA

14-16 JULAI 2017 (Jumaat Ahad : 3 hari 2 malam)

5.0 TEMPAT

Kem Wira Jaya DForest Resort, Sungai Congkak.

6.0 ANJURAN

Program ini dianjurkan oleh Unit kokurikulum SMK Taman Dato Harun, Petaling
Jaya, dengan kerjasama semua Pasukan Unit Beruniform dan Wira Jaya Training.

7.0 PERASMI
Puan Habsah binti Atan
(Pengetua SMK Taman Dato Harun)

1
8.0 SASARAN
Program ini mensasarkan penglibatan 90 orang murid yang terdiri daripada semua
Pasukan Unit Beruniform. Peserta dipilih oleh Guru Penasihat setiap pasukan.

9.0 SENARAI JUMLAH PESERTA PERKHEMAHAN

UNIT L P JUMLAH

Pengakap

PBSM

PPIM
Pandu Puteri /
Renjer Puteri
Kadet Bomba dan
Penyelamat
Kadet Polis

Kadet Remaja Sekolah

Kadet JPJ

JUMLAH

10.0 SENARAI AKTIVITI

Semua aktiviti di bawah seliaan pihak Wira Jaya Training

11.0 JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN

Penasihat : Puan Habsah binti Atan (Pengetua)


Pengerusi : Puan Fuziah binti Hassan (GPK Kokurikulum)
Timbalan Pengerusi : Cik Hajah Norsinta binti Awad (GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi : En Vaitis Varan a/l Arumugam (GPK HEM)
Setiausaha : Pun Suliza binti Othman
Penolong Setiausaha : Puan Ng Lian Hya
AJK : (Dokumentasi)
: (Pendaftaran)
: (Sijil Penyertaan)
: (Pengiring)

2
Jawatankuasa Senarai Semak Tugas JK

Pendaftaran: Mengambil kedatangan peserta jam 2.30


1. petang di Arena Juara.
2. Memastikan semua murid didaftarkan.
3. Menyerahkan senarai nama murid yang
berdaftar kepada guru pengiring

Dokumentasi: Menyediakan alatan dan kemudahan untuk


1. tujuan dokumentasi.
2. Menyediakan laporan dalam bentuk Hard
copy dan soft copy
Sijil Penyertaan : Menyediakan sijil penyertaan kepada semua
1. peserta perkhemahan.
2.

Buku Program/Brosur: Menyediakan buku program/ brosur


1. lengkap dengan pengenalan, matlamat,
2. objektif, senarai tugas guru, peraturan
perkhemahan serta jadual aktiviti.

Hadiah dan Cenderahati Menyediakan hadiah dan cenderahati


1. untuk diberikan kepada peserta terbaik.
2.

12.0 SUMBER
Bagi menjayakan program ini, sumber perbelanjaan didapati daripada:
i. Peruntukan Unit kokurikulum.
ii. Sumbangan daripada PIBG
iii. Sumbangan / Tajaan
iv. Bayaran Peserta Perkhemahan (RM 50.00 setiap murid)

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah (RM)


1 Pakej disediakan (RM75 x 90 orang) 6750.00
2 Pengangkutan (RM600 x 2 buah) 1200.00
3 Sijil 100.00
4 Hadiah 200.00
JUMLAH 8250.00

14.0 PERALATAN PERKHEMAHAN

3
Individu/pasukan/sekolah

Pakaian
- Uniform lengkap
- Baju-T
- Seluar/Trek bottom hitam/biru gelap
- Kasut sukan
- Selipar
- Stoking
- Lain-lain yang difikirkan perlu

Peralatan mandi
- Berus gigi/ubat gigi
- Sabun mandi
- Tuala
- Kain basahan
- Lain-lain yang difikirkan perlu

Pakaian Solat
- Kain sarung/Baju melayu/Sejadah (Lelaki)
- Kain telekong/Sejadah (Perempuan)

Ubatan Peribadi
- Ubat-ubatan dengan kebenaran doktor
- Minyak panas/angin
- Plaster luka
- Lain-lain yang difikirkan perlu

Lain-lain keperluan
- Sleeping bag
- Lampu picit
- Baju hujan
- Alat tulis
- Makanan ringan (Sekiranya perlu)
- Lain-lain yang difikirkan perlu

*Sediakan mengikut keperluan 3 hari dua malam.

15.0 TENTATIF PROGRAM

4
14/7/2017 (Jumaat)
02.30-03.00 Pendaftaran Peserta
03.00-04.00 Bertolak ke Dr. Campsite, Hulu Langat
04.00-05.00 Pndaftaran Masuk / Taklimat program
05.00-05.30 ICE BREAKING Pembentukan kumpulan
05.30-06.00 Solat asar / Minum petang
06.00-07.00 Agihan penginapan
07.00-08.00 Khidmat diri / makan malam / solat maghrib
08.00-09.00 Ceramah 1 Tugas & tanggungjawab seorang pemimpin
09.00-10.00 Solat Isyak
10.00-12.00 LDK 1 Wasiat
12.00 Rehat

15/07/2017 (Sabtu)
06.00-07.00 Solat Subuh/Kuliah Subuh/Kendiri
07.00-08.00 Senaman pagi / Istiadat
08.00-9.00 Sarapan Pagi
09.00-10.00 Menara Pangsa
10.00-11.00 One Happy Family
11.00-01.00 Survivor Course
01.00-02.00 Makan Tengahari / Solat Zohor
02.00-05.00 TB2 Walk Rally (Games Station)
05.00-05.30 Solat/Minum petang
05.30-07.00 LDK3- Periuk Api
07.00-08.15 Khidmat Diri / Makan Malam / Solat Maghrib
08.15-09.45 Debat Parlimen
09.45-10.00 Solat Isyak
10.00-10.15 Supper
10.15-12.00 TB5 Ikrar Perwira
12.00-02.00 Night Walk
02.00 Rehat

16/07/2017 (Ahad)
06.00-07.00 Solat Subuh/Kuliah Subuh/Kendiri
07.00-07.30 Senaman Selamat Pagi Malaysia
07.30-08.30 Sarapan Pagi / Khidmat Diri
08.30-10.00 Jungle Treking
10.00-01.00 Rescue
01.00-02.00 Makan Tengahari / Khidmat Diri / Solat Zuhur
02.00-03.00 Rumusan
03.00 Penutup & Bersurai

5
16.0 PENGANGKUTAN

Jawatankuasa pelaksana akan menyediakan pengangkutan sebelum, semasa dan


selepas perkhemahan untuk semua peserta dan guru yang terlibat. Dengan itu
semua peserta perlu menaiki bas di SMK Taman Dato Harun, jam 3 petang pada
Hari Jumaat (14 Julai 2017).

17.0 TINDAKAN SUSULAN

Sekiranya kertas kerja ini diluluskan, guru-guru bersama pihak penganjur akan
bekerjasama sepanjang kem ini dalam menjalankan aktiviti serta mengawal disiplin
peserta.

18.0 PENUTUP

Adalah diharap perkhemahan kali ini akan dapat memberi sesuatu yang membina
demi mempertingkatkan martabat peserta yang selama ini disemai dan dipupuk di
kalangan ahli. Penyertaan yang menyeluruh dari semua ahli akan dapat memberikan
persaingan yang positif dalam mengenal imej dan wawasan sebenar Pasukan Unit
Beruniform.

Psukn Unit Beruniform adalah pasukan yang dikenali kerana berwibawa dari segala
aspek disiplin dan latihan diri. Kepimpinan yang ditanam pada setiap peserta bakal
memberikan satu kesinambungan bahawa didikan ini memberikan manfaat kepada
semua murid. Perkhemahan yang bakal kita tempuhi bersama akan dapat mengukur
sejauh mana komitmen kita kepada pasukan ini. Segala usaha yang kita laksanakan
itu nanti mudah-mudahan akan diberkati.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

...................................... ......................................... .........................................


(SULIZA BINTI OTHMAN) (FAUZIAH BINTI HASSAN) (HABSAH BINTI ATAN)
SU Kokurikulum GPK Kokurikulum Pengetua
SMK Taman Dato Harun SMK Taman Dato Harun SMK Taman Dato Harun

Anda mungkin juga menyukai