Anda di halaman 1dari 16

KERTAS KERJA

PANITIA MATEMATIK, SK KANGKAR PULAI


1.0 Tajuk Kertas kerja

Page 1 of 16
Kertas kerja sempena Bulan Matematik Tahun 2012, anjuran Panitia
Matematik, SK Kangkar Pulai, Johor Bahru.

2.0 Pengenalan

Bulan Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk
memahami dan menghayati mata pelajaran Matematik. Bidang ini biasanya
dilabel sebagai bidang abstrak yang hanya mereka yang mempunyai IQ
tertentu sahaja yang mampu menguasainya. Ini berpunca daripada ketiadaaan
kemahiran atau keupayaan berfikir dalam kalangan majoriti murid.

Justeru, bagi memanggil semua lapisan murid mendekati bidang ini dengan
lebih mesra, Bulan Matematik diadakan. Harapan program ini agar murid-
murid akan bersedia membuka minda dan menerima pengajaran dan
pembelajaran Matematik dengan lebih baik daripada sebelumnya.

3.0 Objektif Program

3.1 Membuka minda murid bahawa matematik adalah fenomena yang


berlaku di sekeliling mereka.
3.2 Menyedarkan murid bahawa matematik adalah pelajaran yang
menyeronokkan di samping mencabar minda.
3.3 Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa
pertandingan.
3.4 Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa P&P
matematik di dalam kelas.
3.5 Membuka peluang meneroka alam matematik di luar bilik darjah
melalui pertandingan dan permainan.
3.6 Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa terlibat di
dalam aktiviti yang dianjurkan.

4.0 Tarikh Aktiviti

Aktiviti ini akan diadakan sepanjang bulan Mei tahun 2012 seperti mana yang
telah tertera di dalam Buku Manual Pengurusan Sekolah.

5.0 Masa Aktiviti

Pelan rancangan aktiviti adalah seperti di dalam Lampiran A.

6.0 Tempat Aktiviti

Page 2 of 16
Pelbagai aktiviti yang dirancang melibatkan aktiviti dalaman sahaja. Tempat
aktiviti dijalankan adalah seperti di dalam Lampiran A.

7.0 Senarai Jawatankuasa Pengelola

Pengerusi : En. Zakaria bin Md Yunus

Timb. Pengerusi : Pn. Hjh Simah binti Basir

Naib Pengerusi : Tn. Hj Rashid bin Othman


En. Zaba bin A. Rahman
Pn. Hajah Kartinah binti Abdul Kadir

Penyelaras Program : En. Shamsudin bin Mohd Rosli

Setiausaha : En. Hammad Nazir bin Hasbullah

Ahli Jawatankuasa : Pn. Suhaiza binti Jaafar


Pn. Hjh Che Bushra binti Hassan
Pn. Siti Nirwanie binti Mohd Amin
Pn. Diana binti Abu
Pn. Hairul Aniza binti Abd Hamid
Pn. Ruhaida binti Paiman
Pn. Suzaita binti Tahir
Pn. Siti Fatimah binti Misran
Cik Nurul Ain binti Che Harun

Pembahagian tugas jawatankuasa program adalah seperti di dalam


Lampiran B.

8.0 Penyertaan

Page 3 of 16
Semua warga SK Kangkar Pulai terutama murid dari darjah 1 hingga darjah 6
akan terlibat dengan program ini. Aktiviti yang dirancang mengikut tahun
adalah seperti yang disenaraikan di dalam Lampiran A.

9.0 Anggaran Perbelanjaan

Jumlah anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM640.00. Senarai terperinci


anggaran perbelanjaan adalah seperti di dalam Lampiran C.

10.0 Penutup

Bulan Sains dan Matematik ini diharapkan tidak akan berhenti bersama majlis
penutup. Kami akan berusaha supaya aktiviti-aktiviti sepanjang bulan ini akan
memberi kesan positif di dalam diri murid-murid yang aktif mengambil
bahagian dan juga yang memberi khidmat bersama guru-guru. Dengan
sokongan dan sumbangan pihak pentadbir kami berharap prestasi Sains dan
Matematik sekolah ini akan meningkat dengan lebih baik lagi.

Page 4 of 16
LAMPIRAN A PELAN RANCANGAN AKTIVITI BULAN MATEMATIK

TATACARA
TARIKH & MASA SASARAN
BIL AKTIVITI TEMPAT PELAKSANAAN /
CADANGAN PENYERTAAN
CATATAN
1 Pelancaran program 30 April 2012 (Isnin) Semua murid dan Tapak perhimpunan
07:15 a.m 07:45 a.m guru
2 Bacaan sifir dan nyanyian lagu Setiap hari sepanjang bulan Semua murid Tapak perhimpunan 1 kali bacaan sifir pada
KASDIM Mei waktu pagi dan 1 kali
07:05 a.m 07:15 a.m nyanyian lagu KASDIM
10:00 a.m 10:05 a.m semasa perhimpunan
selepas rehat
3 Jelajah Kira 09 Mei 2012 (Rabu) Murid tahun 6 Dewan Terbuka Rujuk Lampiran D
07:15 a.m 09:45 a.m
4 Fun With Symbol 02 Mei 04 Mei (Rabu Murid tahun 1 Diedarkan di kelas masing-masing Rujuk Lampiran F
Jumaat) mengikut guru mata pelajaran
5 Mathematics Puzzles 02 Mei 04 Mei (Rabu Murid tahun 2 Diedarkan di kelas masing-masing Rujuk Lampiran F
Jumaat) mengikut guru mata pelajaran
6 Bijak Kira 07 Mei 11 Mei (Isnin Murid tahun 3-5 Diedarkan di kelas masing-masing Rujuk Lampiran F
Jumaat) mengikut guru mata pelajaran
7 Sifira Challenge 07 Mei 18 Mei (Isnin Murid tahun 3-5 Terbuka dan boleh diadakan di dalam Rujuk Lampiran F
Jumaat) kelas, bilik guru dan bilik ABM
sebelum atau selepas waktu mengikut kelapangan guru.
pnp; waktu rehat murid
8 Cabaran Bongkah 14 Mei 2012 (Isnin) Murid tahun 5 Dewan Terbuka Rujuk Lampiran F
07:15 a.m 09:45 a.m
9 Teka Berat Saya 02 Mei 15 Mei Terbuka Bilik ABM Rujuk Lampiran F
sebelum atau selepas waktu
pnp; waktu rehat murid
10 Penutup dan penyampaian hadiah 21 Mei 2012 (Isnin) Semua murid dan Tapak perhimpunan
07:15 a.m 07:45 a.m guru

Page 5 of 16
LAMPIRAN B PEMBAHAGIAN TUGAS JAWATANKUASA PROGRAM

BI
SENARAI TUGAS GURU
L
1 Pelancaran program / majlis penutup Shamsudin bin Mohd Rosli
Tempah dan menggantung banner
Bekerjasama dengan bahagian hadiah untuk
penyampaian hadiah kepada pemenang

2 Hadiah pemenang Siti Fatimah binti Misran


Menguruskan pembelian dan pembungkusan hadiah. Nurul Ain binti Che Harun
Melabel hadiah mengikut kategori pemenang.

3 Penyelaras aktiviti Jelajah Kira Siti Nirwanie binti Mohd


Menyelaras penyertaan murid Amin
Aturkan aktiviti dan menyediakan keperluan
sepanjang aktiviti dijalankan. Semua guru yang
Dokumentasikan penyertaan dan keputusan mengajar tahun 6

4 Penyelaras aktiviti Fun With Symbol Siti Fatimah binti Misran


Perbanyakkan kertas soalan
Kumpulkan dari guru mata pelajaran / kelas yang lain Semua guru yang
Cari pemenang mengajar tahun 1
Dokumentasikan penyertaan dan keputusan

5 Penyelaras aktiviti Mathematics Puzzles Hammad Nazir bin Hasbullah


Perbanyakkan kertas soalan
Kumpulkan dari guru mata pelajaran / kelas yang lain Semua guru yang
Cari pemenang mengajar tahun 2
Dokumentasikan penyertaan dan keputusan

6 Penyelaras aktiviti Bijak Kira Hairul Aniza binti Abd


Perbanyakkan kertas soalan Hamid
Kumpulkan dari guru mata pelajaran / kelas yang lain
Cari pemenang Semua guru yang
Dokumentasikan penyertaan dan keputusan mengajar tahun 3,4,5

7 Penyelaras aktiviti Sifira Challenge Zaba bin A. Rahman


Mencari peserta
Melaksanakan pertandingan Semua guru yang
Merekod keputusan mengajar tahun 3,4,5
Mencari pemenang dan dokumentasikan penyertaan
dan keputusan

Page 6 of 16
BI
SENARAI TUGAS GURU
L
8 Cabaran Bongkah Suhaiza binti Jaafar
Menyelaras penyertaan murid
Aturkan aktiviti dan menyediakan keperluan Semua guru yang
sepanjang aktiviti dijalankan. mengajar tahun 5
Dokumentasikan penyertaan dan keputusan

9 Teka Berat Saya Diana binti Abu


Menyelaras penyertaan murid
Menyediakan bahan untuk timbangan
Aturkan aktiviti dan menyediakan keperluan
sepanjang aktiviti dijalankan.
Dokumentasikan penyertaan dan keputusan

10 Bacaan sifir dan nyanyian lagu KASDIM Suzaita binti Tahir


Menyelaras penyertaan murid
Membekalkan lirik lagu kepada murid
Aturkan aktiviti dan menyediakan keperluan
sepanjang aktiviti dijalankan.
Dokumentasikan penyertaan dan keputusan

Page 7 of 16
LAMPIRAN C ANGGARAN PERBELANJAAN

AKTIVITI / KOS SEUNIT JUMLAH KOS


BIL ITEM
BAHAN (RM) (RM)
1 Banner 150.00 150.00

2 Hadiah aktiviti Tempat 1: 1 kumpulan RM50.00 untuk 1 150.00


Jelajah Kira Tempat 2: 1 kumpulan hamper
Tempat 3: 1 kumpulan
(RM5.00 x 30
10 orang dalam setiap orang)
kumpulan. Jumlah murid
ialah 30 orang

3 Hadiah aktiviti Fun Tempat 1 hingga 10 terbaik 3.00 30.00


With Symbol dalam setiap aliran
(RM3.00 x 10
(Tahun 1 sahaja) orang)

4 Hadiah aktiviti Tempat 1 hingga 10 terbaik 3.00 30.00


Mathematics Puzzles dalam setiap aliran
(RM3.00 x 10
(Tahun 2 sahaja) orang)

5 Hadiah aktiviti Bijak Tempat 1 hingga 10 terbaik 3.00 90.00


Kira dalam setiap aliran
(RM3.00 x 10
(Tahun 3, 4 dan 5) orang x 3 aliran)

6 Hadiah aktiviti Sifira Tempat 1 hingga 10 terbaik 3.00 90.00


Challenge dalam setiap aliran
(RM3.00 x 10
(Tahun 3, 4 dan 5) orang x 3 aliran)

7 Hadiah aktiviti Tempat 1 hingga 3 RM25 untuk 1 75.00


Cabaran Bongkah Hadiah berupa hamper hamper
dengan peruntukan untuk
10 orang dalam 1 (RM2.50 x 10
kumpulan orang x 3 unit)

8 Hadiah Teka Berat Tempat 1 hingga 5 5.00 25.00


Saya Hadiah berbentuk individu
(terbuka) (RM5.00 x 5
orang )

JUMLAH RM640.00

Page 8 of 16
Page 9 of 16
LAMPIRAN D TATACARA MENGENDALIKAN AKTIVITI JELAJAH KIRA

STESYEN /
SKOP SOALAN BAHAN DIPERLUKAN CATATAN / CONTOH SOALAN
TOPIK

1 Menyelesaikan penyelesaian 10 set soalan (penyelesaian masalah) Murid memilih 1 soalan secara rawak daripada
Whole numbers masalah melibatkan operasi yang tidak sama. 10 soalan yang disediakan. Murid menyelesaikan
bergabung dan soalan tersebut di stesen.
Bekas untuk menyimpan soalan
tersebut (kotak).

2 Menambah pecahan dengan 2 rajah yang menunjukkan pecahan. Lorekkan rajah tersebut.
Fractions berpandukan rajah pecahan yang
diberi. Kertas jawapan. Pastikan soalan akan menyebabkan murid perlu
memudahkan pecahan tersebut (jawapan dalam
bentuk termudah).

1 3 1

Contoh soalan : 5 10 2

3 Mewarnakan petak mengikut Kertas yang mengandungi 100 Soalan : Lorekkan 47 % daripada rajah berikut.
Decimals nombor perpuluhan yang diberi. petak. Boleh menggunakan kertas
buku matematik murid 10 helai
(mengikut jumlah kumpulan murid).
Pensel warna.
Kad nombor perpuluhan

Page 10 of 16
STESYEN /
SKOP SOALAN BAHAN DIPERLUKAN CATATAN / CONTOH SOALAN
TOPIK

4 Mengira peratus suatu objek Kertas berlainan berwarna yang Soalan : Berapa peratuskah kertas merah yang
Percentage daripada keseluruhan objek. dipotong kecil. ada daripada semua kertas ini?
7 keping warna hijau.
13 keping warna merah

5 Mendarab dan menambah wang. Tanda harga. Soalan : Berapakah jumlah yang perlu dibayar
Money Sehelai baju. jika anda membeli sehelai seluar dan 2 helai baju
Sehelai seluar. yang sama ?
Sepasang kasut.
Kasut diletakkan sebagai pengganggu sahaja.

6 Membaca jam dan seterusnya Jam dinding. Jam menunjukkan jam 4.25. Tunjukkan gambar
Time menukar masa ke sistem 24 jam. Gambar bulan atau matahari. matahari disebelah jam tersebut.
Kertas jawapan.
Soalan: Nyatakan waktu berikut dalam sistem 24
jam.

7 Mengukur panjang sesuatu objek Tali yang berlainan warna Memotong 2 utas tali dengan ukuran yang
Length dengan menggunakan unit Pembaris 1 meter berbeza. 32 cm dan 0.4 m.
centimeter (cm) dan meter (m). Gunting

Page 11 of 16
STESYEN /
SKOP SOALAN BAHAN DIPERLUKAN CATATAN / CONTOH SOALAN
TOPIK

8 Menimbang objek dengan Alat penimbang. Soalan : Sukat 350 g pasir ke dalam beg plastik
Mass menggunakan unit gram (g) dan Plastik berwarna putih. berwarna putih. Sukat pula 0.2 kg pasir ke dalam
kilogram (kg). Plastik berwarna merah. beg plastik berwarna merah.

9 Menyukat isipadu cecair mengikut Silinder penyukat Soalan : Buat aiskrim dengan isipadu berikut:
Volume of liquid kuantiti yang diarahkan dengan Air berwarna 2 warna berbeza. Aiskrim merah : 250 ml
menggunakan unit mililiter dan liter. Plastik membungkus aiskrim Aiskrim hijau : 0.3 liter
Senduk / cawan

10 Membuat bentangan untuk sesuatu Objek berbentuk kiub. Soalan: Buat bentangan untuk objek yang anda
Shape and space objek. Pembaris. lihat dengan menggunakan kertas yang
Pensel. disediakan.
Gunting.
Pastikan lokasi adalah rata.

Page 12 of 16
LAMPIRAN E PENYERTAAN AKTIVITI SIFIRA CHALLENGE

1. Masa maksima ialah 3 minit.


2. Batalkan penyertaan jika tempoh masa telah melebihi 3 minit.
3. Murid boleh menyertai pertandingan ini sekali sahaja dalam sehari tetapi boleh
mengulang semula untuk memperbaiki keputusan pada hari esoknya.

BIL NAMA PENUH TARIKH KELAS MASA (saat)

10

11

12

13

14

15

Diselia oleh :

Tandatangan : ----------------------------------------

Nama guru : ----------------------------------------

Page 13 of 16
LAMPIRAN F TATACARA MENGENDALIKAN AKTIVITI

Aktiviti : Fun With Symbol, Mathematics Puzzles dan Bijak Kira

1. Guru memilih bahan soalan yang bersesuaian dengan tahap murid.


2. Guru memperbanyakkan bahan mengikut bilangan murid.
3. Guru mengedarkan bahan kepada murid di kelas masing-masing.
4. Beri peluang murid untuk menjawab di luar waktu PnP.
5. Guru mengumpulkan jawapan murid mengikut kelas masing-
masing.
6. Penyelaras aktiviti memilih pemenang.
7. Dokumentasikan bilangan penyertaan dan pemenang.
8. Jawapan pemenang hendaklah dilekatkan di kertas bersaiz A4
sebagai contoh jawapan terbaik.

Aktiviti : Sifira Challenge

1. Aktiviti ini mengkehendaki murid menyusun nombor (sifir) dengan


pantas dan betul.
2. Guru hendaklah bersedia dengan jam randik untuk mencatat masa
yang diambil oleh murid.
3. Masa maksima ialah 3 minit.
4. Batalkan penyertaan jika tempoh masa telah melebihi 3 minit.
Catatkan BATAL diruangan masa.
5. Jika jawapan murid salah, maka catatkan BATAL diruangan masa.
6. Murid boleh menyertai pertandingan ini sekali sahaja dalam sehari
tetapi boleh mengulang semula untuk memperbaiki keputusan pada
hari esoknya.
7. Murid yang terpantas menyusun jawapan akan menjadi pemenang.
8. Rekodkan penyertaan di dalam borang (Lampiran E).

Aktiviti : Cabaran Bongkah

1. Aktiviti ini mengkehendaki murid menyusun bongkah dalam


bentuk 3 dimensi untuk menjadi suatu replika pelbagai bentuk.
2. Selain objek 3 dimensi, objek 2 dimensi juga dibenarkan tetapi
tidak melebihi 50 % dari keseluruhan objek.
3. Bentuk yang disusun adalah bebas dan mengikut kreativiti murid.
4. Murid digalak menggunakan bahan terbuang.
5. Masa yang diperuntukkan ialah 2 jam sahaja.
6. Hasil kerja hendaklah disiapkan semasa berada di sekolah dalam
tempoh yang ditetapkan sahaja. Hasil kerja yang telah disiapkan
dirumah tidak dibenarkan.
7. Pemenang akan dipilih oleh pengadil dari kalangan guru.
8. Pemenang adalah bergantung kepada kreativiti dan kekemasan
bentuk yang dihasilkan.

Page 14 of 16
Aktiviti : Teka Berat Saya

1. Guru menyediakan satu objek yang hanya diketahui beratnya oleh


guru itu sahaja (dilabel sebagai objek X).
2. Pada masa yang sama, satu pemberat lain yang telah dilabel
beratnya (katakan sebagai 2 kg) akan diletakkan bersebelahan
dengan objek X itu tadi (dilabel sebagai objek Y).
3. Murid boleh mencuba mengangkat objek X dan Y sebagai
perbandingan dan meneka berat objek X tersebut.
4. Murid merekodkan tekaan mereka di dalam borang yang
disediakan.
5. Tekaan terhampir dikira sebagai pemenang.
6. Jika terdapat pertindihan pemenang, maka mereka yang cuba
meneka terlebih awal akan dianggap sebagai pemenang berbanding
mereka yang meneka lebih lewat.
7. Rekodkan penyertaan di dalam borang (Lampiran G).

Page 15 of 16
LAMPIRAN G PENYERTAAN AKTIVITI TEKA BERAT SAYA

BIL NAMA PENUH TARIKH KELAS BERAT

10

11

12

13

14

15

Diselia oleh :

Tandatangan : ----------------------------------------

Nama guru : ----------------------------------------

Page 16 of 16

Anda mungkin juga menyukai