Anda di halaman 1dari 5

1 Bolehkah teknologi menambahbaik P&P ini?

Kalau ya, cadangkan bagaimana.

Dalam kelas Sains, guru sedang berkongsi tentang


konduktor dan penebat. Beliau menerangkan tentang beza
konduktor dan penebat melalui bahan bantuan buku teks.
Pelajar ditanya tentang penggunaan konduktor dan
penebat dalam kehidupan seharian. Pelajar diminta
menulis dalam Post-It jawapan mereka dan tampal di
kertas mahjong pada papan putih.
Pelajar kemudiannya diberi kertas kerja kuiz tentang bahan
konduktor dan penebat. Markah kuiz akan diberikan kepada
pelajar selepas guru semak kertas kerja tersebut.

| educate . inspire . learn . discover


| educate . inspire . learn . discover

2 Bolehkah teknologi menambahbaik P&P ini?


Kalau ya, cadangkan bagaimana.

Untuk subjek Matematik, guru memperkenalkan konsep


data dan graf. Beliau menunjukkan contoh graf yang
berlainan dan menerangkan beza data yang digunakan
untuk setiap jenis graf.
Guru kemudiannya memberikan bahan cetakan sebagai
latihan untuk pelajar mengenal pasti jenis graf untuk data
yang diberikan. Perbincangan diadakan secara verbal.
Pelajar kemudiannya diberi tugasan untuk cuba
menghasilkan graf untuk data yang diberikan dalam buku
teks.
3 Bolehkah teknologi menambahbaik P&P ini?
Kalau ya, cadangkan bagaimana.

Untuk Sejarah, pelajar membaca maklumat tentang


institusi raja di Asia.
Sebagai aktiviti kelas, guru menjalani kuiz tentang lokasi
setiap negara di Asia dahulu. Kemudiannya, pelajar
bertanding dalam kumpulan untuk menjawab kuiz secara
verbal tentang institusi raja di Asia.
Sebagai kerja rumah, pelajar diberi bahan cetakan untuk
dilengkapi tentang gelaran raja dan nama setiap negara di
Asia. Kerja rumah ini perlu dikembalikan untuk disemak
keesokan harinya.
4 Bolehkah teknologi menambahbaik P&P ini?
Kalau ya, cadangkan bagaimana.

Dalam kelas Bahasa Inggeris, pelajar perlu mengingati


nama planet dalam sistem suria. Guru mengedarkan nota
sistem suria kepada pelajar dan menggunakan flashcard
sebagai bahan bantuan mengajar.
Sebagai latihan pengukuhan, guru memberikan bahan
cetakan isi tempat kosong kepada pelajar untuk
menamakan planet. Jawapan dibincangkan semasa kelas.
Sebagai tugasan, pelajar perlu mencari dan menulis 3 fakta
tentang setiap planet dan melukis sistem suria dalam buku
latihan.
5 Bolehkah teknologi menambahbaik P&P ini?
Kalau ya, cadangkan bagaimana.

Dalam kelas Pendidikan Jasmani, seorang guru sedang


mengajar tentang permainan bola tampar.
Pelajar dibawa ke gelanggang bola tampar untuk mencuba
servis bola dan pelbagai jenis pukulan dan teknik dalam
permainan bola tampar. Pelajar kemudiannya diberi masa
untuk bermain perlawanan persahabatan antara rakan
sekelas.
Sebagai refleksi, guru memulakan perbincangan secara
verbal dengan pelajar tentang kemahiran yang dipelajari
semasa bermain bola tampar dan bagaimana kemahiran ini
membantu kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai