Anda di halaman 1dari 1

WAJ 3105 : LITERASI NOMBOR

2.0 METHADOLOGI KAJIAN

Kerja kursus pendek WAJ 3105 Literasi Nombor memerlukan beberapa perkara
untuk mendapatkan maklumat yang kami perlukan. Oleh itu, kumpulan kami telah
menggunakan kaedah rujukan bagi memperoleh maklumat semasa melaksanakan
kerja kursus pendek ini. Kami membuat rujukan terhadap tiga sumber utama iaitu
rujukan melalui buku, internet dan melalui pensyarah pembimbing. Kami perlu mencari
maklumat mengenai pendekatan heuristik dan strategi strategi penyelesaian masalah
dalam metematik.

Selain itu, kami telah menggunakan kaedah perbincangan dengan rakan sekelas
untuk mencari maklumat tambahan dan menyelesai masalah matematik yang telah
diberikan. Kami perlu menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan dua
strategi yang berbeza. Kami perlu memilih strategi yang bersesuaian dan munasabah
supaya jawapan yang kami dapat pada akhir jalan penyelesaian tepat. Selepas itu,
kami perlu menganalisis strategi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang
diberikan. Kemudian kami perlu memberi alasan yang kukuh kenapa kami memilih
strategi tersebut.

Anda mungkin juga menyukai