Anda di halaman 1dari 15

Jadikan tiga barisan

Hukuman: Skuad masuk baris

Kesalahan biasa:
- datang beratur tiada berlari
- bercakap-cakap
-barisan terlalu jauh atau terlalu rapat daripada jurulatih

Paras
Hukuman : Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan.........paras/ Yang tinggi ke
kiri, rendah ke kanan, dalam satu barisan.........paras

Nombor
Hukuman : Skuad! Dari kanan ......Nombor!
Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke
belakang......gerak
Hukuman : Orang kanan sekali, Diam, Nombor ganjil ke kanan, nomb0r genap ke kiri. Barisan
kanan dan kiri......Pusing
Hukuman : Jadikan tiga barisan......Cepat jalan.
Hukuman : Ke kanan lurus.

Kesalahan biasa :
- tidak bilang nombor dengan cepat
- menyebut nombor dengan suara yang perlahan
- lupa nombor masing-masing

Sedia
Hukuman : Skuad,skuad......sedia

Kesalahan biasa :
-kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan
-berdiri tidak tegap dan mata bergerak
-kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat
-tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan
-belakang tangan menghala ke hadapan
-badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata
-tidak memandang 200m ke hadapan
-semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapt dua bunyi

Senang diri
Hukuman : Senang ......diri

Kesalahan biasa :
-siku bengkok
-lutut tidak tegap dan tiada bertahan
-jarak kaki kanan dan kaki kiri tidak cukup 12 inci atau seluas ukuran bahu
-menggerakkan kaki kiri
-pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan
-jatuh tumit atau hujung kaki dahulu

Rehatkan diri
Hukuman : Rehatkan ...... diri

Kesalahan biasa :
-kedua-dua tapak kaki bergerak
-menggeliat dan bercakap-cakap

Membetulkan barisan
Hukuman : Ke kanan...... lurus
Pandang......depan

Kesalahan biasa :
-kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa mengambil lurus
-pinggang lemah semasa kaki bergerak
-badan dan kepala tidak tegak
-siku bengkok
-turun tangan dengan lambat

Buka dan tutup barisan


Hukuman : Buka barisan......gerak
Tutup barisan......gerak

Kesalahan biasa:
-kedua-dua badan tidak rapat ke badan
-tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang
-tangan dan bahu bergerak
-mata pandang ke bawah
-badan tidak tegak

Berpusing
Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan......pusing ; bergerak ke kiri, kiri ......pusing; menghadap
ke belakang, belakang .......pusing; menghadap ke hadapan, belakang ......pusing ; bergerak ke
kiri, belakang ......pusing; bergerak ke kanan, belakang......pusing; menghadap ke belakng,
kanan/kiri......pusing ; menghadap ke hadapan, kanan/kiri......pusing

Kesalahan biasa :
-badan berlonjak semasa berpusing
-tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing
-tumit bergerak dari tempatnya semasa berpusing
-kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki
-keberatan badan di atas kaki yang belakang
-menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang di belakang
-membongkokkan badan semasa merapatkan kaki yang di belakang

Bersurai dan keluar baris


Hukuman : Ber......surai
Hukuman : Keluar......baris

Kesalahan biasa ;
-bersurai tanpa memberi hormat kepada ketua dalam baris

Berjalan
Jarak langkah( ukuran dari tumit ke tumit )
~ Perlahan dan cepat jalan- setiap satu langkah 30 inci
~ Panjangkan langkah- setiap satu langkah 33 inci
~ Pendekkan langkah- setiap satu langkah 21 inci
~ Berlari- setiap satu langkah 40 inci

Masa berjalan
~Perlahan jalan- 65 langkah dalma satu minit
~Cepat jalan- 120 langkah dalam seminit
~ Cepat jalan 140 langkah dalam satu minit bagi semua pelatih
~ BErlari- 180 langkah dalam satu minit

Cepat jalan
Hukuman : Skuad, dari kanan/ kiri .......cepat jalan

Ingatan:
- Langgang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hinggga ke hujung tangan, tingginya
separas bahu.
- Langkah itu ialah dari pangkal paha hingga ke kaki.

Kesalahan biasa :
-lutut kendur
-lenggang tidak lurus
-hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit
-pinggang lemah, pandang ke bawah, dada terjengok dan semasa berjalan mengheret tumit.
-apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak sama dan turun naik tangan juga
tidak sama

Berhenti
Hukuman : Skuad, skuad...... henti

Kesalahan biasa :
- bergoyang selepas berhenti
-badan tidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti
-lurus, jarak , bersetentangan tidak betul selepas berhenti
-turun tangan terlalu lambat
- menangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan

Pusing ke belakang
Hukuman : Bergerak ke kanan/kiri, ke belakang......pusing

Kesalahan biasa :
- lutut bengkok semasa pusing
-membiarkan tangan berayun-ayun
-tidak mengangkat kaki cukup tinggi
-pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan

Tukar langkah
(cepat jalan)
Hukuman : tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah(ikut keperluan)

Kesalahan biasa :
-melenggangkan bahu dan tangan
- tidak membongkokkan lutut
-tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga

(semasahentak kaki sahaja)


Hukuman : tukar langkah

Kesalahan biasa :
-badan seolah-olah mengeliat
-terlalu pantas

Hormat semasa berjalan


Ke kanan hormat
Hukuman : Hormat, hormat ke kanan ...... hormat
hadapan hormat
Hukuman : Hormat, hormat ke hadapan......hormat

Kesalahan biasa :
-melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan.

Nama Kandungan: Kawad Kaki

Kawad kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu kawad kaki statik, kawad kaki
dinamik dan kawad formasi yang juga dikenali kawad senyap atau kawad hantu (dalam
tentera). Untuk tujuan mengajar kawad kaki, eloklah dimulakan dengan kawad kaki statik, iaitu
kawad yang belum melibatkan pergerakan berjalan.

Bagi tajuk-tajuk dalam kawad statik ialah:


1. sedia, senang diri dan rehatkan diri
2. berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang

3. langkah sebelah

4. hentak kaki

5. buka dan tutup barisan

6. luruskan barisan

7. hormat
Bahasa Hukuman Kawad Statik

1 - sedia
"BARIS..BARIIIIS SEDIA !"

2 - senang diri
"SENAAANG DIRI!"

3 - rehatkan diri
"REHATKAAAN DIRI!"

4 - berpusing ke kanan*
"BERGERAK KE KANAAAN, KE KANAAAN..PUSING!"

5 - berpusing ke kiri**
"BERGERAK KE KIRIII, KE KIRIII..PUSING!"

6 - berpusing ke belakang***
"BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKAANG, KE BELAKAAANG ..PUSING!"

*sekiranya platun (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawad). Untuk


menghadapkan semula platun ke hadapan, bahasa hukumannya: "BARIS AKAN MENGHADAP
KE HADAPAN, KE KIRIIII..PUSING!"

**sekiranya platun (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawad). Untuk


menghadapkan semula platun ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN
MENGHADAP KE HADAPAN, KE KANAAAAN..PUSING!"
***sekiranya platun (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawad). Untuk
menghadapkan semula platun ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN
MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKAAANG..PUSING!"

[Ingatan: Apabila berpusing ke belakang, hendaklah berpusing melalui sebelah kanan badan, walau ke arah mana pun

platun anda sedang menghadap]

7 - langkah sebelah
"SATU/DUA/TIGA LANGKAAAH.. KE KANAAAAN/KIRIII..GERAK!"

8 - hentak kaki
'HENTAK KAKIII..CEPAT!"
untuk menghentikan platun dari hentak kaki, bahasa hukumannya : "BARIIIS..HENTI!"

9 - buka/tutup barisan
"BUKA/TUTUP BARISAAAN..GERAK!"

10 - luruskan barisan
"KE KANAAAAN..LURUS!" apabila semua anggota dalam platun telah siap melakukan
pergerakan meluruskan barisan, berikan pula bahasa hukuman kawad
"PANDAAAANG..DEPAN!"

11 - hormat ke hadapan
"HORMAT, HORMAT KE HADAPAAAN..HORMAT!"

6.4 KAWAD ASAS

a) Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawad dalam 3 barisan berjalan, dalam
masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-tengah) ketua hakim. (128 - 135 langkah
seminit) Kelajuan yang lebih atau kurang daripada yang ditetapkan akan ditolak 5 markah.

b) Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke hadapan ...........kanan/kiri pusing. )

c) Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan.Gerak )

d) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus.pandang depan)

e) Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad
akan berada dalam keadaan sedia dan buka barisan.
( Assalamualaikum tuan, Pasukan Kadet Remaja Sekolah L4 ....... siap untuk diuji, tuan)

f) Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik daripada pergerakan berikut :
i) Bergerak ke kiri; kiri.........pusing.
ii) Bergerak ke kanan ; belakangpusing.
iii) Menghadap ke belakang ; kanan......pusing.
iv) Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing.

g) Tutup barisan ( hukuman : Tutup barisan.Gerak)

h) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus.pandang depan)

i) Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing).

j) Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman kiri belok
diberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (2).

k) Hukuman tukar langkah perlahan diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon
A (Perlahan jalan langkah 60-70 langkah dalam satu minit)

l) Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan hukuman
menghadap ke hadapan; kanan pusing diberikan apabila anggota platun selesai membelok.
Platun akan perlahan jalan dalam keadaan barisan melintang melintasi para hakim.
m) Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan pergerakan
berikut mengikut urutan:
i. Buka barisan
ii. Pandang kanan
iii. Pandang depan
iv. Tutup barisan

n) Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, hukuman bergerak ke kiri; kiri pusing diberikan.

o) Hukuman tukar langkah cepat, cepat jalan diberikan setelah platun berada antara kon C
dan kon D.

p) Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau) dan belok ke kiri diikuti dengan
pergerakan kawad mengikut urutan di bawah sehingga selesai (Rujuk Lampiran Pelan Litar
Pertandingan (3):

i. Hormat ke kanan, hormat


ii. Hormat ke hadapan hormat
iii. Tukar langkah semasa berjalan
iv. Hormat selaku terima sijil
v. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan
vi. Bergerak ke kanan, belakang pusing
vii. Tukarlangkah cepat, cepat jalan
viii. Bergerak ke kiri, belakang pusing
ix. Menghadap ke belakang, kiri pusing
x. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
xi. Hentak kaki
xii. Henti
xiii. Mara mengadap

q) Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap ( 11 langkah ). (Hukuman:
Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat.jalan).

r) Tamat bahagian kawad asas.

Catatan (1):

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman ketua platun
sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan / kiri semasa berjalan,
adalah TIDAK DIBENARKAN).

2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa
keseluruhan Kawad Asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke padang
kawad dan akan mara mengadap bersama anggota platunnya.

Setiap pergerakan yang dilakukan selain dari yang dinyatakan di atas akan ditolak 5 markah.

4. TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang alatan semasa membuat persembahan.

5. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa.

6.5 PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI

a) Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan pergerakan


membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masing-masing.

b) TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau pssss
bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan ( hentak kaki ) formasi dari ketua
platun sahaja.
c) Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya untuk tujuan memberi
hukuman/arahan kawad formasi.

d) Ketua platun boleh masuk dalam persembahan formasi.

e) Setiap skuad / platun dikehendaki mempersembahkan 4 formasi yang berlainan.


( Pergerakan setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan 3 barisan menghadap ke hadapan )

f) Pergerakan selain daripada kawad ( contoh silat, tatu dll.) dibenarkan tetapi tidak melebihi 5
pergerakan.

g) Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikut prosedur tabik yang
sebenarnya. Contoh seperti tabik sambil mencangkung atau dengan sebelah kaki atau
seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali.

h) Penalti (5 markah) akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut :


i) Keluar kawasan
ii) Memberi isyarat dll.

6.6 MELAPOR KELUAR

a) Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.


( Bahasa hukuman : Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan, kebenaran meneruskan
tugastuan. )

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk sepanjang tahun ini:

Januari
Pengambilan ahli baru
Pengenalan dan Pembelajaran

Februari
Latihan Kawad Sukan

Mac
Kawad Hari Sukan
Jualan Hari Sukan

Perkhemahan Orientasi
April
Merentas Desa/KRS Telematch
Latihan Kawad Daerah

Mei
Kawad Daerah
Mendaki Bukit Ungku Busu

Jun
Jualan Karnival ACS Sitiawan

Julai
Perkhemahan Kenaikan Pangkat
Jamuan

Anual General Meeting (AGM)

Ogos
Pekhemahan Hari KRS | Kenaikan Pangkat Koperal, Sarjan atau Staf Sarjan
Latihan Pusat | Penentuan untuk ke Peringkat Negeri

Perkhemahan Peringkat Negeri | Kenaikan Pangkat Pegawai Waran 2 atau 1

Aktiviti KRS-ACS Sitiawan pada 2009


0 KOMEN7:00 PTG Dicatat oleh Sarjan FalaH ImraN
Nama Kandungan: Aktiviti

Mesyuarat Agong KRS-ACS Sitiawan sesi 2008/2009


Jamuan Perpisahan

Aktiviti, latihan dan pembelajaran pada hari Sabtu

Kawad hari sukan

Jungle-trekking

Kem Orientasi
Kawad MSSPK

Kawad daerah Manjung

Karnival ACS Sitiawan

Kem kenaikan Pangkat + AGM + Jamuan Perpisahan

Kem Hari KRS (Sarjan dan Staf Sarjan)

Latihan Pusat

Kem PULARES (Staf Sarjan, Pegawai Waran 2 atau 1)

Anda mungkin juga menyukai