Anda di halaman 1dari 8

Soalan 21

Garisi kata bantu yang terdapat dalam ayat yang diberi.

1. Bau hanyir ikan yang sedang kakak siang itu menusuk ke hidung saya.

2. Bapa tidak pernah menjejakkan kakinya ke Kuala Lumpur walaupun usianya


mencecah 60 tahun.

3. Selaku Pengerusi Rukun Tetangga, Encik Amin telah mengagihkan tugas kepada
anak buahnya agar semua kerja berjalan dengan lancar.

4. Siti akan menyertai pertandingan teka silang kata pada hujung bulan ini.

Soalan22

a.Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat perintah :
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Jawapan : Baiklah, ibu.Saya akan kupas bawang-bawang ini.
[2markah]

b.Tulisdialogyangsesuaibagiwatakdibawah.

Acara olahraga hari ini


terpaksa dibatalkan kerana
hujan lebat.

Cikgu Kamal Cikgu Ravi

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2markah]
c.Soalanberikutberdasarkangambardi bawah.

Nyatakanperibahasayangsesuaiberdasarkangambardiatas.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2markah]

Soalan 23

Baca pengumuman di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Syarikat Perkhidmatan Bas Cyber Sdn. Bhd.

Pengumuman ini ditujukan kepada penumpang-penumpang yang menggunakan bas ini untuk
berulang-alik dari Tanjung Dawai ke bandar Aman Jaya setiap hari.

Mulai 2 Mac 2016, bas ini akan dihentikan perkhidmatannya untuk sementara waktu.
Hal ini adalah disebabkan oleh pihak pengurusan akan mengadakan beberapa rundingan
dengan kakitangan dan pihak awam tertentu. Rundingan ini diadakan ekoran beberapa
rungutan yang diterima daripada orang ramai tentang perkhidmatan bas tersebut..
Perkhidmatan ini akan berjalan seperti biasa selepas rundingan selesai dan persetujuan
dicapai.

Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan bas setiap hari dinasihatkan


menggunakan kenderaan sendiri. Mereka juga boleh menyewa sebuah kenderaan khas secara
berkongsi untuk memudahkan mereka berulang-alik dari kampung ke bandar Aman Jaya
sementara menunggu perkhidmatan ini dipulihkan semula.

a Pemberhentian sementara perkhidmatan bas akan dilaksanakan pada ________________


[ 1 markah ]
b Mengapakah penumpang-penumpang bas dinasihatkan menggunakan kenderaan sendiri
untuk ke tempat kerja?
_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan


sebagai contoh.

Rungutan orang ramai ialah punca


rundingan terpaksa dijalankan antara pihak
pengurusan dengan orang ramai.

Perkhidmatan bas akan diberhentikan


betul
selepas kerja penambahan bilangan bas ke
kampung itu selesai.

Pengumuman ini ditujukan kepada


penumpang-penumpang yang menggunakan salah
bas ini untuk berulang-alik dari Tanjung
Dawai ke bandar Aman Jaya setiap hari.

Bas ini akan diberhentikan perkhidmatan


untuk sementara waktu.

[ 2 markah ]

Soalan 24

Baca laporan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN MALAM GEMILANG BUDAYA SJKC CHONG HWA

Pada 9 Februari 2016 yang lalu, Kelab Kebudayaan SJKC Chong Hwa telah
mengadakan program sambutan Malam Kebudayaan. Sambutan Malam Kebudayaan telah
diadakan di Dewan Utama SJKC Chong Hwa. Sambutan ini bermula pada pukul 8.00 malam.
Sambutan itu diadakan bertujuan untuk mendedahkan kebudayaan masyarakat Malaysia
terdiri daripada pelbagai kaum.

Program ini dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kluang, iaitu Encik
Sharuddin Bin Basri. Beliau yang diiringi oleh guru besar tiba di dewan tepat pada masanya.
Menurut beliau dalam ucapan perasmiannya, beliau menyatakan bahawa beliau amat
mementingkan masa kerana setiap saat yang terlepas tanpa melakukan sesuatu yang
berfaedah sangatlah merugikan.

Program sambutan Malam Kebudayaan membuka tirai dengan persembahan


melibatkan pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia. Ada pelbagai jenis tarian tradisional
daripada tiga kaum utama di Malaysia. Tidak lupa juga, persembahan kebudayaan dari negeri
Sabah dan Sarawak.
Program sambutan Malam Kebudayaan itu diakhiri dengan jamuan ringan di kantin.
Program tersebut berjalan dengan lancar.

Laporan disediakan oleh, 15 FEBRUARI 2016

( TAN LING LING)


Setiausaha,
Kelab Kebudayaan,
SJKC Chong Hwa.

a. Perkataan berfaedah dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan ___________

(1markah)
b. Mengapakah program sambutan Malam Kebudayaan ini diadakan ?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

(2markah)

c. Apakah pengajaran yang terdapat di dalam ucapan perasmian program sambutan Malam
Kebudayaan tersebut?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

(2markah)

d. Jika anda sebagai pihak sekolah, adakah anda akan menganjurkan program sambutan
Malam Kebudayaan itu lagi pada tahun akan datang? Mengapa?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

(3markah)

Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan -soalan yang berikutnya.

Cincin emas bertatah nilam,


Dipakai oleh Puteri Sejinjang;
Ayah bekerja siang dan malam,
Untuk keselesaan anak tersayang.

Padi dibendang belum dituai,


Setelah dituai ditumbuk kasar;
Sayang ayah tidak ternilai,
Anak-anak bahagia membesar.

Mencari gaharu hingga ke Bentan,


Singgah sebentar di Tanjung Tuan;
Kasih ibu tiada sempadan,
Walau nyawa bercerai badan.

Kaki terpijak pohon dedalu,


Duri semalu tercucuk tangan;
Ayah dan ibu dihormati selalu,
Semoga hidup diberkati Tuhan.

Songket dipakai zaman-berzaman,


Menjadi busana puteri rupawan;
Nasihat ibu dilupa jangan,
Jadikan azimat petunjuk jalan.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

b. Mengapakah kita perlu menghormati ibu bapa ?


_________________________________________________________________________

[1 markah]

c Tandakan ( /) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Kasih ibu terhadap anak tiada batasan.

Anak-anak tidak membesar dengan bahagia.

[1 markah]

Nasihat ibu dilupa jangan,


Jadikan azimat petunjuk jalan.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[3 markah]

Anda mungkin juga menyukai