Anda di halaman 1dari 18

1.0 Pendahuluan.

Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan intelek


yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Pada masa yang sama,
kelebihan ini akan menimbulkan beberapa masalah dalam kehidupan mereka.
Sebagai golongan minority, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak
dipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada
sifat unik yang ada pada diri mereka. Antara masalah yang dihadapi oleh kanak-
kanak pintar cerdas termasuklah konsep kendiri, fobia, perkembangan fizikal, emosi
dan sosial, dan maslah mengembangkan potensi.
Oleh yang demikian, faktor persekitaran seperti masalah komunikasi,
diskriminasi terhadap golongan ini, masalah keluarga, masalah tidak dapat
menyesuaikan diri dengan sistem persekitaran dan pandangan orang lain terhadap
mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah.
Menurut Davis & Rimm (1998), semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka
semakin tinggi keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya. Perkara ini
penting untuk mengelakkan daripada potensi kanak-kanak tersebut berada dibawah
tahap pencapaian sebenar mereka.
Selain itu juga, Davis George (1997) telah memfokuskan beberapa komponen
bagi kanak-kanak pintar cerdas iiaitu kecerdasan merujuk kepada :

Kecemerlanagn dalam subjek akademik


Memahami arahan dengan baik
Mempunyai kemahiran belajar yang baik
Memproses maklumat dengan cepat
Daya ingatan yang baik
Mempunyai pemikiran abstrak yang baik

2.0 Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial.

1
2.1 Perkembangan Fizikal

Menurut tokoh, perkembangan adalah suatu proses yang komplek. Menurut


Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh
dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi
pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan
dunia persekitaran mereka. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-
kanak ini adalah keseimbangan, pergerakan, dan manipulasi.

KESEIMBANGAN PERGERAKAN MANIPULASI

Keseimbangan Pergerakan Manipulasi


merujuk adalah aspek adalah
kebolehan yang berkaitan kemahiran
kanak-kanak dengan kanak-kanak
mengekalkan tingkahlaku berhubung
kedudukan kanak-kanak dengan objek di
badan mereka tersebut persekitarannya
relatif kepada .
tindakan graviti

Rajah 1 : 3 kategori perkambangan fizikal.

Sesuatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara


kematangan kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-
kanak tersebut. Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model peralihan,
mereka mengaitkan kamatangan individu dengan proses pembelajaran dan
pengalaman. Proses pembelajaran ini pula berlaku dalam ruang persekitaran
serta perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanak-
kanak tersebut.

2
Selain itu juga, perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang
menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan
sihat, selamat, dan ceria. Menurut Kurikulum Prasekolah kebangsaan
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2003), perkembangan fizikal kanak-kanak
boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebersihan alam sekitar,
keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan
kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot dan koordinasi untuk
menjalankan aktiviti harian.

Justeru itu, dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan dan


pertumbuhan fizikal seharusnya diberi perhatian. Seorang kanak-kanak tidak
akan dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. Misalnya
seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan dapat mencpai kejayaan sekiranya
kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau persekitarannya kurang
sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan dalam cara amalan
dan langkah untuk menjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut.

2.2 Perkembangan Emosi

Pemikiran kognatif yang tinggi dianggap penunjuk yang kuat kejayaan dan
kesejahteraan dalam segala bidang hidup. Namun demikian, kanak-kanak pintar
cerdas menghadapi pelbagai masalah sosio-emosi yang disebabkan oleh ciri-ciri
unik dalam dirinya sendiri serta lingkungan faktor seperti kehidupan keluarga,
persekitaran sekolah, dan salah faham dari orang lain.

Faktor ini menghalang mereka daripada membangunkan potensi mereka


sepenuhnya. Perkara ini menjelaskan mengapa tidak semua individu berbakat
dapat mencapai produktiviti dan kreativiti dalam hidup mereka. Oleh yang
demikian, berikut merupakan definisi yang jelas berkaitan emosi dan kecerdasan
emosi seseorang.

3
EMOSI

Perkataan yang berasal dari perkataan Greek emovere yang


bermaksud untuk keluar

Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi


kepuasan seseorang

Satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan


beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi.

Rajah 2 : Emosi

2.3 Perkembangan Sosial.

Perkembangan sosial, menurut Syamsu Yusuf (2007) adalah merupakan


pencapaian kematangan dalam hubungan sosial, proses belajar untuk
menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelompok dan tradisi meleburkan diri
menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan bekerjasama.

Lewis, (1995) Lewis Books Gunn (1979), menyatakan perkembangan sosial


juga merupakan satu proses apabila anak-anak belajar berhubung dengan orang
lain mengikut cara lain, penghargaan kendiri, kawalan kendiri dan juga

4
pembentukan kendiri. Identiti sosial dan juga kefahaman kanak-kanak yang
berkembang dalam dua peringkat iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri.

2.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi Perkembangan Individu.

Setiap individu mempunyai peringkat perkembangan yang sama tetapi


berbeza dari segi fizikal, kognatif, emosi dan sosial. Tiada individu yang
mempunyai kadar perkembangan yang sama diantara satu sama lain.

Faktor Baka.

Faktor baka ini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotien
yang menentukan baka atau ciri keturunan. Gen-gen mempunyai sifat
baka dibawa oleh DNA dan RNA yang terdapat dalam kromosom. Gen
tersebut merupakan penentu utama sebagai pewarisan ciri-ciri
perkembangan individu. Perbezaan fizikal dapat dilihat apabila setiap
individu mempunyai ciri fizikal seperti saiz badan, tinggi, berat serta
kemahiran fizikal yang unik. Kajian menujukkan ciri fizikal ini diwarisi
daripada gen-gen ibu bapa. Perbezaan dari segi mental pula adalah
setiap individu mempunyai tahap kecerdasan dan kebolehan intelek
yang berbeza diantara satu sama lain. Berdasarkan kajian yang
dijalankan ahli psikologi, ibu bapa yang pintar cerdas melahirkan anak-
anak yang pintar cerdas. Emosi seseorang individu juga adalah diwarisi
daripada baka kedua-dua ibu bapa.

Faktor Persekitaran

Berdasarkan teori yang dikeluarkan oleh Eric Bronfrenbrenner iaitu teori


ekologi (2004) menfokuskan sosio bidaya persekitaran terhadap
perkembangan individu dati lahir hingga dewasa. Dalam teori ini
terdapat lima sistem ekologi yang terdiri daripada lima jenis sistem iaitu
mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem
yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Mikrosistem merujuk
kepada persekitaran yang kebanyakan masa kanak-kanak berinteraksi

5
secara langsung dengan ibu bapa, rakan sebaya, guru-guru dan orang
dewasa serta alam persekitaran manakala mesosistem merujuk kepada
perkaitan antara dua mikrosistem iaitu antara keluarga dan sekolah.

3.0 Teori.
3.1 Teori Perkembangan Sosio-Emosi

Diperkenalkan oleh Erik Erikson yang merupakan ahli neo-Freudian yang


menerima rangka kerja psikoseksual Freud. Walau bagaimanapun, beliau telah
menambahbaikkan gambaran dengan menambahkan peringkat perkembangan
sosio-emosi manusia daripada lima kepada lapan peringkat, mulai dari peringkat
bayi hingga peringkat tua. Beliau menyatakan bahawa didalam setiap peringkat
tingkah laku positif dan negative akan timbul yang menyebabkan penyesuaian
psikologikal kerana konflik emosinya. Berikut adalah jadual konflik emosi dan ciri-
ciri yang dikenalpasti oleh Erikson dari peringkat bayi hingga tua.

Peringkat Konflik Ciri-ciri Perkembangan Emosi


0-11/2 (bayi) Rasa kepercayaan dibina dalam tahun pertama
Kepercayaan lawan Membina rasa kepercayaan secara peringkat
Membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak
ketidakpercayaan
dapat dipenuhi
Ketidakpercayaan akan membentuk tingkah laku
negative
11/2-3 Keinginan memiliki kuasa
(awal kanak-kanak) Keinginan membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri
Merasa malu jika tidak diberi kuasa
Autonomi lawan Merasa malu didepan orang
malu dan ragu Merasa takut melakukan kesalahan
3-6 Belajar cepat
(awal kanak-kanak Bergerak cepat
Peka kepada yang betul dan salah
tadika) Merasa serba salah jika ketawa
Inisiatif lawan serba Membina sikap negative jika merasa serba salah
salah
6-11 Keinginan menguasai sesuatu
(kanak-kanak) Keinginan Berjaya
Menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial
Kerajinan lawan Memerlukan peneguhan positif/ penghargaan terhadap

6
Kompleks tugas yang disempurnakan
Merasa komplek rendah diri jika dikritik
12-20 Cuba memahami diri
(remaja) Menghadapi krisis identity
Sensitive kepada perubahan badan dan imej diri
Identiti lawan Membentuk konsep kendiri positif dan juga negative
Kuliruan Identiti Perkembangan emosi berlandaskan emosi dari
peringkat-peringkat dahulu
21-25 Berusaha terus mencari identity
(awal remaja) Berusaha membentuk ikatan kemesraan
Sesetengah individu yang gagal kerana pengalaman
Kemesraan lawan
kecewaan, terus keterasingan
Keterasingan
26-60 Generativiti bernaksud memberi sumbangan kepada
generasi berikutnya atau melakukan aktiviti produktiviti
Individu akan merasa kecewaan kerana gagal dalam
pencapaian yang bermakna
61 keatas Integrity adalah hasil kebanggan terhadap kehidupan
yang berharga
Orang tua yang kurang puas hati dengan kehidupannya
akan takut mati

4.0 Kes Kajian Ketagori Pintar Cerdas.

7
4.1 Maklumat Responden

NAMA MOHAMAD HAFIZ BIN KHAIRI


TARIKH LAHIR 24 JANUARI 2003
TEMPAT LAHIR HOSPITAL PULAU PINAG
UMUR 10 TAHUN
MASALAH PINTAR CERDAS (ADHD)
YANG
DIHADAPAI
NAMA BAPA KHAIRI SARIKAWI
UMUR 48 TAHUN
PEKERJAAN JURU TEKNIK KILANG
NAMA IBU SHARIFAH ZAINI BT SYED ZAIN
UMUR 43 TAHUN
PEKERJAAN SURI RUMAH

4.2 Perkembangan Fizikal Responden

Perkembangan fizikal responden adalah seperti kanak-kanak yang lain.


Walau bagaimanapun, responden memiliki sedikit perbezaan daripada kanak-
kanak lain iaitu responden didapati dapat berjalan pada umur yang lebih awal
iaitu pada berumur 8 bulan. Antara kronologi perkembangan fizikal responden
yang dikaji adalah sejak berumur dua tahun hingga enam tahun.

Umur Perkembangan fizikal


2 tahun hingga Pertambahan berat badan yang sederhana
3 tahun Koordinasi berjalan yang baik
Perkembangan kemahiran berlari, melompat,
melontar dan menangkap
Boleh menggunakan sudu dengan baik
Mula memegang pensil dan cuba untuk menulis
atau menconteng
Boleh menanggal baju dengan sendiri

8
3 tahun hingga Berat badan menurun sedikit
4 tahun Koordinasi lebih berkesan
Mengenal huruf dan abjad serta menulis
mengikut abjad atau huruf
5 tahun hingga Pertambahan berat badan berlaku
6 tahun Kemahiran menulis bertambah baik

4.3 Perkembangan Sosio Emosi Responden

Responden didapati memiliki beberapa ciri-ciri emosi kanak-kanak pintar


cerdas. Walau bagaimanapun ciri-ciri yang dimiliki oleh responden memberi
kesan yang positif dan negative pada responden itu sendiri:

Mempunyai tahap tumpuan yang tinggi.


Menurut Gottfried & Gottfried (1996), antara ciri-ciri emosi kanak-kanak
pintar cerdas adalah menunjukkan ketekunan, perhatian, perasaan
ingin tahu, kenikmatan belajar dan orientasi terhadap penguasaan dan
cabaran dari tahun-tahun awal mereka melalui masa remaja.
Responden memiliki tahap tumpuan yang tinggi apabila mempelajari
sesuatu perkara yang baru. Ciri ini dapat diperhatikan apabila
responden dapat menggunakan alatan elektronik atau alatan seperti
komputer, komputer riba, MP3 dengan baik.
Nilai keadilan yang tinggi.
Responden merupakan seorang yang sangat teliti dalam hal-hal betul
atau salah, bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain. Ciri
ini dapat dilihat dalam diri responden apabila melihat guru membuat
sesuatu yang difikirkannya salah, responden akan segera menegur
gurunya.
Pentingkan kesempurnaan.
Sikap yang mementingkan kesempurnaan yang terdapat pada
responden boleh dilihat apabila responden membuat sesuatu yang
diarahkan atau keinginannya sendiri, resonden akan memastikan
hasilnya adalah sempurna. Sekiranya sesuatu yang dihasilkan tidak
sempurna, responden akan terus mencuba membuat sesuatu yang

9
diinginkannya sehingga responden puas. Sebenarnya ciri
mementingkan kesempurnaan yang terdapat dalam diri responden
bukannya pengaruh atau baka daripada ibu bapa responden.
Dabrowski (1972), Kerr (1991) dan Silverman (1990) menyatakan
bahawa sikap kesempurnaan wujud dalam diri individu sejak lahir lagi
dan tekanan kualiti tinggi dating dari diri anak-anak tersebut.
Mempunyai konsep kendiri yang tinggi.
Responden dalam kajian ini didapati memiliki lebih banyak konsep
kendiri yang positif berbanding negative. Antara jenis-jenis konsep
kendiri yang terdapat pada responden adalah seperti mudah bersosial
dengan orang lain, bangga diri dan berani mencuba, mudah diterima
dengan orang lain dan mempunyai keyakinan diri sendiri. Konsep
kendiri yang positif ini dapat dilihat dalam diri responden apabila
terlibat dengan pelbagai program, persembahan dan aktiviti didalam
kelas. Menurut guru kelasnya, responden akan menawarkan dirinya
untuk mengetuai atau mencuba sesuatu semasa aktiviti didalam kelas
dijalankan oleh guru didalam kelas. Situasi ini menunjukkan responden
memiliki konsep kendiri yang positif dan seharusnya diteruskan sikap
ini.

5.0 Kes Kajian Kategori Sindrom Down

5.1 Maklumat Responden

10
NAMA MOHAMAD ZULKARNAIN
TARIKH LAHIR 08 OGOS 2003
TEMPAT LAHIR HOSPITAL DAERAH SELAMA
UMUR 10 TAHUN
MASALAH SINDROM DOWN
YANG
DIHADAPAI
NAMA BAPA CIK MOHD RAZALI BIN ZAINOL
UMUR 39 TAHUN
PEKERJAAN BEKERJA SENDIRI
NAMA IBU SUNITA@KARIMAH BT ABDULLAH@MOHD KHIR
UMUR 38 TAHUN
PEKERJAAN SURI RUMAH

5.2 Perkembangan Fizikal Responden

Perkembangan fizikal responden tidak begitu ketara jika hendak


dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Saiz fizikal mereka selalunya lebih
besar dari kanak-kanak biasa, badan mereka selalunya lebih gempal tetapi otot-
ototnya Nampak lembik. Ini kemungkinan disebabkan oleh keadaan mereka
yang kurang aktif menyebabkan otot-otot mereka tidak kuat seperti kanak-kanak
biasa yang terlalu aktiv pada peringkat itu.

Perkembangan Huraian
Fizikal Keupayaan responden mengangkat. Berjalan, berlari
dan melompat tidak sama dengan kanak-kanak biasa.
Sosial Responden tidak dapat membezakan peranan antara
lelaki dan perempuan
Pergaulan responden dengan rakan-rakan sebaya juga
tidak menampakkan kematangan .
Tidak dapat mengikut dan mempraktikkan disiplin
kumpulan dengan baik seperti kanak-kanak normal
Emosi Tidak dapat menguasai perasaan serta mengawal
perasaan ketika marah atau cemburu
Responden kurang mempunyai perasaan malu
berbangding rakan sekelasnya yang lain
Responden selalu menjerit dan menangis tanpa segan

11
silu.
Kognatif Kurang mempunyai kemahiran bahasa, angka,
pemikiran, menaakul, pembentukan konsep dan
ingatan.
Tahap pemikiran yang rendah berbanding kanak-kanak
biasa.
Personality Responden mempunyai personality introvert
Kurang aktif dalam pergaulan dan suka menyendiri.
Pemalu
Sukar untuk berbicara

6.0 Implikasi perbezaan individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza diantara satu. Menurut Khairul
Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek
perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi dikalangan individu. Oleh yang
demikian, guru-guru perlu memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia
boleh mempengaruhi pembelajaran didalam kelas.

Menurut pandangan Tang (1993), perbezaan individu adalah satu hakikat yang
tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil
tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai seorang guru, adalah betapa
penting untuk mengetahui dan mengambil perhatian terhadap wujudnya perbezaan
individu dengan mengetahui setiap murid adalah berbeza dari aspek budaya, latar
belakang keluarga, tahap sosioekonomi dan lain-lain lagi. Perbezaan individu ini akan
membawa kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Demi mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan memahami dan mengenali
setiap jenis murid di dalam kelas, impaknya murid dapat mencapai kejayaan daripada
hasil pembelajaran mereka di sekolah.

12
6.1 Aspek-aspek Perbezaan Individu.

Kluckholn, Murray dan Schneider (1953), setiap manusia akan bertindak seperti
manusia yang lain dalam sesuatu perkara, mereka akan bertindak mengikut kumpulan
dalam sesuatu perkara dan mereka akan bertindak mengikut cara sendiri bagi sesuatu
perkara. Ini menunjukkan corak kehidupan bagi setiap manusia adalah unik dan setiap
individu adalah berbeza dari pelbagai aspek. Perbezaan individu boleh dihayati
daripada huraian beberapa aspek perbezaan seperti:
Fizikal.
Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi. Ini dapat kita memerhatikan
perbezaan individu dari segi kelihatan luaran seperti paras rupa, susuk badan dan
sebagainya, serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak
dan jumlah neuron. Ini dapat kita lihat perbezaan perkembangan saiz badan kanak-
kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa mencapai umur lingkungan 10
tahun sehingga 12 tahun semasa belajar di sekolah rendah. Contohnya kanak-
kanak perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat dan lebih tinggi daripada
kanak-kanak lelaki.
Kognatif / Mental.
Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul,
menganalisis serta bakatnya. Murid-murid mempunyai aras kognatif yang berlainan.
Mereka mungking memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada
persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Contohnya murid-murid perempuan
mempunyai kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada lelaki. Kajian
Santrock (2001) dapat membuktikan pencapaian murid-murid lelaki lebih baik
berbanding murid-murid perempuan bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan
Sukan. Manakala pencapaian murid-murid perempuan adalah baik berbanding
murid-murid lelaki dalam mata pelajaran memasak dan jahitan.
Emosi
Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan. Ini adalah kerana mereka
berasal dari keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-
kemahiran sosial yang berlainan. Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa. Tahap

13
kecerdasan emosi ini adalah berbeza. Contoh emosi, ketakutan, sensitive, cepat
marah, pemalu, pasif dan sebagainya. Kanak-kanak lelaki lebih bersifat temperamen
daripada kanak-kanak perempuan.
Guru perlu mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan menangani dengan
cara yang sesuai serta mendisiplin mereka. Guru-guru perlu merancangkan
pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut personality murid-
murid supaya dapat mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa
pembelajaran dijalankan.
Tingkah Laku
Tingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang diwarisi tetapi peluang
alam sekitar yang luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. Menurut
Mok Soon Sang (2008), perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi
pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial. Contohnya, terdapat peluang atau galakan
yang positif maka akan wujudnya tingkah laku seseorang itu positif. Dari segi
pengaruh persekitaran adalah seperti dari keluarga, sekolah, rakan sebaya,
media massa dan kebudayaan.
Sosial.
Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan sosial adalah mengikut
ciri-ciri semulajadi iaitu trait yang akan tentukan sama ada individu itu pemalu,
pendiam, mengasingkan diri, gugup, gelisah, impulsive. Manakala minat, sikap,
keperluan, kecenderungan serta temperamen juga turut mempengaruhi individu.
Manakala Bandura (1997) menekankan pengaruh model keatas tingkah laku
individu yang belajar tingkah laku tertentu melalui pemerhatian terhadap orang lain.
Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latar belakang sosio-
ekonomi seperti murid-murid yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang
tinggi, maka nutrisi adalah lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga dengan rapi. Di
dalam kelas, guru perlu mengenalpasti tahap sosial murid-murid dan sentiasa
menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
Rohani / Agama.

Kewujudan perbezaan rohani di kalangan murid-murid adalah disebabkan


terdapatnya perbezaan budaya dengan kepercayaan masing-masing. Aspek rohani

14
dalah lebih universal dengan hubungan tubuh badan-minda-jiwa. Murid-murid
dibesar mengikut sistem agama tertentu dari ibu bapa. Guru-guru
bertanggungjawab lebih sensitif terhadap agama dan menggunakan nilai-niali rohani
am untuk membina kesihatan dan kekuatan minda murid-murid supaya melahirkan
jiwa murid-murid yang stabil dan seimbang.

Selain daripda enam aspek yang utama ini telah menyebabkan perbezaan individu,
maka terdapat juga faktor lain yang turut mempengaruhi perbezaan ini seperti bakat
atau minat, perwatakan, pengunaan bahasa, sosialisasi, lokasi yang berbeza dan
sebagainya. Namun begitu, para pendidik perlu merancang strategi dan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang akur dengan gaya pembelajaran yang berbeza-
beza di kalangan murid supaya tahap pencapaian matlamat pengajaran dapat
dipertingkatkan.

7.0 Penutup.
Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti
yang diharap dan dirancang. Terdapat beberapa golongan kanak-kanak yang tidak
bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan
baik dan cemerlang. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang
mempunyai masalah dari segi pemikiran hingga menjejaskan pemahaman,
penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja
dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran
secara formal seperti pelajar lain.
Jesteru, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju secara normal di
sekolah.
Prestasi mereka menunjukkan mereka tidak ada kebolehan bergerak secara normal
dalam kerja-kerja sekolah. Mereka tidak dapat membuat kerja-kerja kelas yang
sesuai dengan umur mereka.
Beberapa pendekatan haruslah diambil untuk membantu masalah pelajar ini.
Pelajar-pelajar tersebut tidak mampu untuk bergerak dengan sendirinya tanpa
bantuan dan dorongan oleh orang lain. Keperluan pelajar ini harus diambil berat
agar mereka tidak akan rasa disisih dan mampu mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat yang lain.

15
8.0 Refleksi.
Saya amat bersyukur kerana akhirnya saya telah mampu menyiapkan tugasan
ini dengan baik. Bantuan dan juga tunjuk ajar yang amat berguna diberikan oleh
pensyarah saya iaitu En. Rosman yang amat saya hargai. Tanpa bimbingan beliau,
saya tidak akan mampu untuk menyiapkan tugasan tepat pada masanya yang telah
ditetapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi
sumbangan idea dalam melengkapkan lagi tugasan ini. Saya amat terharu dengan
jasa baik yang telah diberikan oleh semua orang yang mambantu saya. Terima kasih
saya ucapkan kerana telah membantu saya.
Tugasan ini memerlukan kajian tentang 2 orang pelajar yang bermasalah
pembelajaran. Kajian yang dibuat amat mencabar bagi saya kerana saya tidak
mempunyai pengalaman untuk berdepan dengan pelajar yang berkeperluan khas
nie. Saya telah banyak membuat rujukan terlebih dahulu dan bertanyakan kepada
beberapa guru pendidikan khas tentang cara untuk berdepan dengan pelajar
tersebut. Saya telah mendapat beberapa pendapat dalam memilih pelajar untuk
dijadikan sampel kajian saya. Pelajar yang saya pilih adalah pelajar Sindrom Down
dan juga pelajar Pintar Cerdas. Pelajar ini tidak mempunyai masalah kepada saya.
Dengan bantuan guru disitu, saya dapat menjalankan pemerhatian dan ujian keatas
pelajar tersebut dengan lancar.
Namun, saya mempunyai masalah untuk bertutur dengan pelajar tersebut.
Pelajar berkeperluan khas itu lebih suka berdiam dan dilihat takut dengan orang
yang tidak dikenali. Saya telah mengambil langkah, untuk mendekatkan diri saya
dengan sampel kajian saya. Walaupun pada awalnya pelajar itu sukar untuk
bercakap dengan saya, tetapi apabila sudah lama bersama dengan mereka, mereka
mula menjadi biasa dan senang untuk melakukan aktiviti bersama mereka seperti
mewarna, menulis perkataan dan melukis gambar.
Saya ingin melahirkan rasa bertuah kerana berpeluang untuk melakukan kajian
ini. Kajian ini banyak mengajar saya bagaimana untuk mengenali pelajar-pelajar
berkeperluan khas dengan lebih dekat lagi. Saya sudah mula untuk mengenali dan
memahami pelajar-pelajar tersebut. Saya amat bangga kerana mendapat
pendedahan seperti ini. Pengalaman yang telah deperolehi bersama pelajar
bermasalah pembelajaran ini tidak akan saya lupakan dan saya akan jadikan

16
panduan kepada saya untuk menjadi guru pendidikan khas yang cemerlang pada
suatu hari nanti.

9.0 Rujukan.

17
Mahani Razali, Mahzier Hamzah & Nor Junainah Mohd Isa (2009). Memahami
Tingkahlaku Kanak-kanak. Selangor. YCR Distributurs Sdn. Bhd.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004). Psikologi Pendidikan: pendekatan


kontemperori. Kulala Lumpur: McGraw Hill Malaysia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2008). Perkembangan kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Selangor

Kamarulzaman Kamaruddin (2009). Psikologi Perkembangan: Panduan untuk Guru.


Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim

Shahabuddin (2007). Psikologi Pendidikan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


Kuala Lumpur.

http://ms.wikipedia.org/wiki/SindromDown

18

Anda mungkin juga menyukai