Anda di halaman 1dari 15

Penerangan jenazah hangus terbakar dan sebahagian anggota.

Apabila seorang Islam telah sabit meninggal dunia, maka orang Islam yang masih
hidup wajib melakukan empat perkara terhadap orang Islam yang sudah meninggal
itu, iaitu memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengkebumikannya. Berkata
Imam An-Nawawi:

Ertinya: "Dan hendaklah disegerakan memandikannya apabila sudah diyakini
kematiannya. Memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengkebumikannya
adalah fardhu kifayah. " (Minhaj Ath- Thalibin: 56)
Kaitan kewajiban empat perkara ini hanyalah mayat orang Islam yang dalam
keadaan normal, seperti mayat yang tidak ditegah menyembahyangkannya, mayat
itu hadir, mayat itu tidak larut atau hancur luluh jika dimandikan dan sebagainya.
Jika mayat berkenaan tidak berkeadaan normal, seperti orang yang mati syahid di
medan perang, yang tenggelam, yang sudah menjadi debu dan sebagainya, maka
adakalanya hanya sebahagian saja daripada yang empat perkara itu yang menjadi
fardhu kifayah.
Khusus mengenai mayat yang sudah menjadi debu, maka hukum memandikannya
tidak lagi wajib. Ini kerana jika ia terkena air maka ia akan menjadi cair atau hancur
luluh. Keadaannya yang seperti ini dianggap sebagai salah satu sebab penghalang
atau suatu keuzuran untuk ia dimandikan.
Sekiranya mayat itu tidak dapat dimandikan, maka ia hendaklah ditayammumkan.
Pengarang kitab Nihayah Az-Zain berkata:

Ertinya: "Dan mayat yang uzur memandikannya kerana ketiadaan air atau
seumpamanya, seperti mayat yang terbakar jika dimandikan akan hancur, maka ia

ditayammumkan. "(Nihayah AI-Zain: 151)


Berkata Imam An-Nawawi:

Ertinya: "Jikalau seseorang Islam terbakar sekira-kira jika dia dimandikan dia akan
hancur lumat, dia tidaklah dimandikan, bahkan cukuplah ditayamumkan." (ArRaudhah 2/108)
Dengan adanya kesan terhalangnya mayat daripada dimandikan, seperti yang jatuh
ke dalam lubang dan tidak dapat dikeluarkan dan tidak dapat dimandikannya, maka
dia tidaklah lagi disembahyangkan kerana sudah luput syarat. Inilah pendapat yang
muktamad. (Fath AI-' Allam 3/248)
Akan tetapi Ad-Darami dan lain-lain ulama telah memutuskan bahawa orang mati
yang tidak dapat dimandikan oleh kerana sesuatu halangan, maka orang itu
disembahyangkan.
Kata Ad-Darami: "Sekiranya orang yang berkeadaan seperti itu tidak
disembahyangkan, maka orang yang terbakar sehingga menjadi debu atau yang
dimakan binatang buas juga tidaklah disembahyangkan, sedangkan sepengetahuan
saya tidak ada ulama-ulama kita yang berpendapat tidak disembahyangkan (orang
yang terbakar sehingga menjadi debu dan yang dimakan binatang buas)."
Mengikut pengarang I'anah Ath-Thalibin, pendapat inilah yang lebih
dicenderunginya, akan tetapi mengikut pendapat yang muktamad tidak
disembahyangkan mayat-mayat yang terhalang daripada dimandikan, seperti yang
jatuh ke dalam lubang atau tenggelam di laut yang tidak dapat dikeluar dan
dimandikan sebagaimana yang disebutkan di atas. (I'anah Ath-Thalibin 2/131 - Fath
AI-'Allam 3/248 - 249)
Dengan yang demikian, orang Islam yang mati dalam kebakaran yang habis seluruh
tubuhnya menjadi debu tidaklah wajib dimandikan, dan mengikut pendapat yang

muktamad, tidak juga disembahyangkan. Bagaimanapun segolongan ulama fiqh


berpendapat (muqabil al-mu 'tamad), ia disembahyangkan atas alasan:
(i) Hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:

Maksudnya: "Dan apabila aku menyuruh kamu dengan suatu suruhan, maka kamu
laksanakan ia mengikut kadar kemampuan kamu.(Hadis riwavat Bukhari. Muslim.
Ibnu Majah dan lain-lain)
(ii) Kaedah fiqh:

Ertinya: "Suatu perbuatan yang mudah dijalankan tidak dapat digugurkan dengan
perbuatan yang sukar dijalankan. "
lni adalah kerana maksud menyembahyangkan itu ialah mendoa dan memohonkan
supaya dikumiakan syafaat bagi mayat

Cara pengurusan jenazah nahas kapal terbang muslim dan bukan


muslin.
Memandikan, mengafani, menshalatkan, dan menguburkan jenazah seorang
Muslim merupakan fardhu kifayah bagi kaum Muslimin yang berada di
sekitarnya. Kecuali orang yang mati syahid dalam medan pertempuran di
jalan Allah SWT maka wajib bagi karib kerabat, tetangga, dan umat Islam
yang dekat dengan mayat itu menanganinya dari memandikan hingga
menguburkannya.

Allah

tidak

membebani

seseorang

melainkan

sesuai

dengan

kesanggupannya. Ia mendapat pahala ( dari kebajikan ) yang diusahakannya


dan ia mendapat siksa ( dari kejahatan ) yang dikerjakannya. ( QS alBaqarah [2] : 286 ). Begitu pula dari peristiwa jatuhnya pesawat. Jenazah
Muslim

harus

dimandikan,

dikafani,

dishalatkan,

dan

dikuburkan

sebagaimana kita menyelenggarakan jenazah seorang Muslim.


Setiap jenazah yang anggota tubuhnya hancur dan hangus terbakar sedapat
mungkin dikumpulkan menjadi satu. Jika tidak ditemukan, kecuali sebagian
badannya, maka sebagian anggota tubuh itu saja yang diselenggarakan
dengan memandikan, mengafani, menshalatkan, serta menguburkannya.
Syekh Ibnu Dhauyan dalam kitabnya Manar al-Sabil menjelaskan, jika ada
anggota badan mayat yang jatuh diletakkan bersama anggota tubuh yang
lain dalam kafannya sebagaimana yang dilakukan Asma binti Abu Bakar
terhadap jenazah anaknya, Abdullah bin Zubair. Jika tidak ada, kecuali
sebagian anggota badan si mayat, ia dimandikan dan dishalatkan sesuai
ijma para sahabat.
Diriwayatkan Imam Ahmad bahwa Abu Ayyub menshalatkan satu kaki, Umar
menshalatkan tulang belulang di Syam, dan Abu Ubaidah menshalatkan
kepala juga di Syam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin
Ahmad. Imam Syafii juga menjelaskan, seekor burung menjatuhkan satu
tangan dari lokasi Perang Jamal. Dari cincin yang melekat, tangan itu milik
Abdurrahman bin `Utab bin Usaid.
Lalu, penduduk Makkah menshalatkan jenazah itu. Ada perbedaan pendapat
antara ulama tentang seberapa besar anggota tubuh dari orang meninggal
itu yang harus dishalati. Mazhab Hanafi berpendapat, tidak disyariatkan
shalat pada sebagian kecil anggota tubuh mayat meskipun itu setengah
bagian tubuh mayat.

Yang harus dishalatkan menurut mereka adalah lebih dari setengah bagian
atau sebagian besar tubuh mayat. Menurut Mazhab Maliki, tidak wajib
dishalatkan kecuali dua pertiga dari anggota tubuh atau setengah lebih dan
kurang dari sepertiga tapi disertai kepala mayat tersebut.
Sedangkan Mazhab Syafii dan Hanbali mengatakan, harus dilaksanakan
shalat pada anggota tubuh, seperti badan atau kaki, dengan syarat pemilik
anggota tubuh tersebut telah meninggal, jika dia belum meninggal maka
tidak dishalatkan. Dan, pendapat ini yang lebih kuat.
Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni menjelaskan, jika tidak ada, kecuali
sebagian tubuh mayat, maka menurut Mazhab Hanbali ia dimandikan dan
dishalatkan dan ini juga merupakan pendapat Syafii.
Adapun mengenai autopsi mayat, pada dasarnya kehormatan tubuh mayat
seorang Muslim itu sama dengan ketika ia masih hidup. Sehingga, haram
hukumnya melakukan autopsi mayat seorang Muslim tanpa sebab.
Tapi, ada kaidah syara, jika dua maslahat bertentangan maka diambil yang
maslahatnya paling kuat pengaruhnya. Dan, jika ada dua mafsadah yang
bertentangan maka diambil yang paling ringan. Oleh karena itu, ulama
membolehkan autopsi mayat dalam beberapa keadaan yang memang
memerlukannya. Misalnya, untuk penyelidikan kasus pembunuhan, dan
mengetahui

penyakit

yang

menyebabkan

kematiannya

sehingga

memungkinkan untuk membuat obat yang dapat mencegah dan mengobati


penyakit itu.
Dalam kasus di atas, jika memang diperlukan autopsi atau tes DNA untuk
mengetahui mayat ini atas nama siapa sehingga memungkinkan untuk
menentukan dan membedakan mayat orang Muslim dengan yang lainnya,
hal itu tidak apa-apa dilakukan. Wallahu alam bish shawab.

Perbezaan kaedah pengurusan jenazah lelaki dan perempuan.

1. Mayat diletakkan di atas kain yang sudah siap di susun.


2. Letakkan kapas pada rongga-rongga pada badan mayat seperti telinga,
tempat luka jika ada, anggota-anggota sujud seterusnya sampai ke
kaki.
3. Tangan diqiamkan atau diluruskan.

4. Pakaikan kain, baju, telekong dan seterusnya 2 lapisan kain yang


menutupi seluruh badan. (mulakan dari kiri ke kanan dan kanan ke
kiri).
5. Percikkan air mawar atau minyak atar di atas kapan.
6. Akhirnya diikatkan dengan tali ikatan yang disediakan (hujung kepala,
dada, pinggang, lutut dan hujung kaki).
Perbezaan Kapan Lelaki, Perempuan Dan Kanak-kanak
1. Lekali 3 lapis
2. Perempuan 5 lapis
3. Kanak-kanak 3

(makruh sekiranya kita menggunakan kain kafan yang mahal kerana ini
adalah amalan yang membazir). Sabda Rasulullah saw :
Jangan kamu permahalkan tentang kafan kamu, kerana sesungguhnya ia
segera reput atau rosak. (Riwayat Abu Daud)
Jenazah Di Dalam Ihram Haji Atau Umrah
Hendaklah dikafankan dengan pakaian ihram selepas dimandikan tidak boleh
diletakkan minyak wangi atau wangian kepadanya.
Bagi mayat lelaki hendaklah dibuka kepalanya.
Bagi mayat perempuan hendaklah dibuka mukanya.
Pendahuluan
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila
sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang

lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang
mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu
kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.
Orang Yang Berhak Menguruskan Jenazah
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari
kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya
sendiri kalau simati bapanya. Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau
pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk
menguruskannya.
Perkara Yang Perlu Diuruskan Oleh Warisnya
Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan
kematian. Di antara perkara yang perlu diuruskan oleh warisnya ialah :
1. Urusan di Balai Polis bagi melaporkan kematian. Nota: Sekiranya
jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau
pengesahan dari doktor.
2. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
3. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
4. Urusan menggali kubur.
5. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
6. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
7. Ucapan takziah.
Syarat Mandi (ke atas mayat)

1. Beragama Islam.
2. Ada bersifat manusia.
3. Ada tubuh manusia walaupun sebahagian daripadanya (ada mayat).
4. Bukan mati syahid yang menegakkan kesucian Islam.
5. Syarat Ke atas Orang Hendak Memandikan Mayat
6. Beragama Islam.
7. Bukan musuh.
8. Orang dewasa.
9. Merdeka.
10.

Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

11.

Sabar.

12.

Tabah dan berani.

13.

Beramanah.

Rasulullah saw bersabda: Barang siapa yang memandikan mayat dan ia


menyembunyikan ke atas apa yang dilihatnya, diampunkan oleh Allah swt
empat puluh kali.

Peralatan Dan Persiapan Mandi

1. Tempat mandi/bilik mandi/tabir.


2. Kain basahan dan tuala mandi.
3. Air sabun 1 baldi.
4. Air cendana dan air kapur barus 1 ceret.
5. Sarung tangan.
6. Kain sugi 5 & 6 helai.
7. Kain sugi 7 & 9 gulung.
8. Air daun bidara 1 baldi.
9. Kemeyan/setanggi sekiranya diperlukan.
10.

Pencebok atau gayung secukupnya.

11.

Tanah untuk tayammum.

Cara Memandikan Jenazah


Pada asasnya, mandi mayat sama dengan mandi wajib yang lain. Iaitu
mengandungi 2 rukun. Pertamanya niat mandi dan keduanya meratakan air
keseluruhan badan termasuklah bulu-bulu rambut dan umbi rambut. Caracaranya ialah:
1. Mayat diletakkan di tempat yang di khaskan.
2. Dimandikan dalam sehelai kain yang boleh menyerapkan air serta
menutup aurat. Sesungguhnya Nabi saw telah dimandikan di dalam
gamisnya (baju labuh). Maksud hadis.

3. Bersihkan najis-najis pada tubuh dan kemaluannya. Kemudian diurut


serta menekan perutnya supaya mengeluarkan najis atau kotoran yang
ada dan membersihkannya. Niat beristinjak : Sahaja aku beristinjak ke
atas mayat ini kerana Allah taala.
4. Wudukkan mayat sepertimana orang hidup. Niat wuduk :Sahaja aku
mengambil wuduk yang sunat bagi mayat ini kerana Allah taala.
5. Mulakan mandi dengan air bersih. Disertai niat memandikan jenazah
(hukum niat adalah sunat) (mandi adalah wajib). Lafaz niat : Sahaja
aku mandikan ke atas jenazah ini kerana Allah taala.
6. Setiap anggota mulakan disebelah kanan dahulu, dari Ummu Athiyah
mengatakan ketika kami memandikan puteri Rasulullah saw, Zainab.
Rasulullah bersabda mafhumnya :Mulakan dengan memandikan
bahagian anggota-anggota yang kanan dan anggota wuduk. (Riwayat
Al-Bukhari).
7. Setelah dimandikan dengan air sabun, air daun bidara dan air mutlak
sebanyak 3 kali, sekiranya tidak cukup memuaskan, maka lebihkan
mandian

menjadi

atau

kali.

Rasulullah

saw

bersabda

Mandikanlah jenazah-jenazah itu secara ganjil tiga, lima, tujuh kali


atau lebih jika kamu pandang perlu.
8. Akhirnya mandikan dengan air kapur barus dan air cendana.
Beberapa Peringatan
1. Ketika membasuh di sebelah kanan. Ampunkanlah dia wahai tuhan
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
2. Ketika membasuh di sebelah kiri. Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang
Maha Pemurah dan kepada Engkau tempat kembali.

3. Ketika

mencurah

air

kapur

barus

(diakhir

mandi

jenazah).Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan


kepada Engkau tempat kembali.
4. Sunat orang yang telah selesai memandikan jenazah, mandi sunat
dengan niat Sahaja aku mandi sunat selepas memandikan mayat
kerana Allah Taala. Begitu juga dengan orang yang mengangkatkan
jenazah, sunat berwuduk untuk dirinya.
5. Doa untuk mengelakkan dari badi mayat. Dengan nama Allah yang
tidak memberikan kemudharatan oleh sesuatu di bumi dan di langit.
Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Permasalahan
1. Mayat lelaki atau perempuan dalam keadaan janabah (Berhadas besar)
tidak dituntut mandi lagi kerana mandi mayat sudah memadai.
2. Jika di dapati keluar najis atau darah setelah sempurna dimandikan
memadai dibersihkan sahaja darah atau najis tersebut. Jika berlarutan
keluarnya diikat dan dibalut dengan kapas atau kain.
3. Jika rambut, kulit atau lainnya yang tanggal dari anggota badannya,
wajib

diambil

dan

dibasuh

kemudian

kapankan

bersama-sama

jasadnya.
4. Jika didapati mayat di dalam sungai atau lombong yang sudah berubah
atau reput, maka boleh kita selamkan semula mayat itu dalam 1 atau
2 minit dengan niat memandikan mayat (kira-kira meratakan air di

seluruh anggotanya, nescaya sahlah mandinya jika tidak ada najis di


badannya.
5. Keguguran mengikut Imam Syafie, bayi cukup bulan ialah berumur
dalam kandungan 6 bulan lahzah. Manakala bayi yang tidak cukup
bulan ialah berumur 6 bulan lahzah ke bawah.
6. Keguguran bayi cukup bulan, wajib disempurnakan empat perkara
sepertimana jenazah orang dewasa iaitu mandi, kafan, sembahyang
dan kebumikan.
7. Keguguran bayi yang tidak cukup bulan : Jika keguguran itu ada tandatanda hidup seperti bersuara atau bergerak wajib disempurnakan
sepertimana jenazah orang-orang dewasa (mandi, kafan, sembahyang
dan di kebumikan). Jika keguguran itu tidak ada tanda-tanda hidup
wajib disempurnakan tiga perkara sahaja iaitu mandi kafan dan
kebumikan dengan tidak perlu disembahyangkan. Jika keguguran itu
seketol darah dan belum bersifat manusia, sunat dibungkuskandengan
kain lalu ditanamkan sahaja.
8. Mayat kanak-kanak yang lahir, mati sebelum dipotong urinya. Sebelum
dimandikan hendaklah dipotong urinya terlebih dahulu, kerana uri itu
bukan anggota kanak-kanak tersebut dan bukan dari anggota ibunya.
Uri itu najis, jika tidak dipotong, tidak sah sembahyang keatas kanakkanak tersebut. Potong uri tidak dinamakan menyiksa mayat. Haram
dimandikan, disembahyangkan dan ditanam uri bersama kanak-kanak
tersebut. Uri perlu dibungkus dan ditanam begitu sahaja.
9. Mengkebumikan mayat wanita mengandung. Diakui oleh doktor
perubatan atau bidan yang anak dalam kandungan itu telah mati, baru
boleh dikebumikan. Haram membelah perut ibu untuk mengeluarkan
mayat anaknya di dalam kandungan. Sekiranya disahkan oleh doktor

perubatan atau bidan, anak dalam kandungan masih hidup hendaklah


dibelahkan perut ibunya untuk menyelamatkan anaknya.
Tayammum Dari Aspek Keadaan Mayat
Tayammum ialah menggunakan debu tanah yang suci lagi kering sebagai
ganti daripada mandi mayat dan anggota yang tidak dapat kena air.
1. Mayat yang harus ditayammum : Kerana ketiadaan air, mayat harus
ditayammum berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud : Jika
kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka
hendaklah kamu bertayamum. (An-Nisa : 43). Mayat yang terlalu uzur
(mati terbakar) kalau dimandikan hancur dagingnya. Mayat lelaki atau
perempuan yang meninggal tempat yang terpencil yang susah
mendapatkan air mutlak. Rasulullah saw bersabda mafhumnya : Jika
seorang wanita meninggal di lingkungan lelaki hingga tidak ada wanita
lain, atau lelaki di lingkungan wanita-wanita di mana tidak ada lelaki
lain,

maka

hendaklah

mayat

tersebut

ditayammumkan

lalu

dimakamkan kedua mereka itu sama halnya dengan yang tidak


mendapatkan air.Kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan. Mayat
yang reput atau hancur.
2. Niat Tayammum Sahaja aku tayammumkan ke atas jenazah ini kerana
Allah taala.

Jenazah Yang Tidak Perlu dimandikan Atau Ditayammumkan

Orang yang mati di medan pertempuran kerana menegakkan agama Allah


dari musuh yang bukan Islam. Dari Jabir Bin Abdullah berkata mafhumnya :
Sesungguhnya Nabi saw memerintah untuk menanamkan mereka yang
terbunuh di medan perang Uhud dengan darah serta pakaian mereka dan
tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disembahyangkan. (Riwayat AlBukhari)
Perkara Yang Haram Di Waktu Mandi
1. Meniarapkan mayat.
2. Menyentuh kemaluan dengan tidak berlapik.
3. Melihat aurat antara pusat ke lutut dengan tidak ada sesuatu hajat.
4. Menceritakan kepada orang lain apa yang dilihat sewaktu memandikan
jenazah,

seperti

sebagainya.

hitam

mukanya,

lebam,

berubah

baunya

dan

Anda mungkin juga menyukai