Anda di halaman 1dari 4

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor

JURNAL PRAKTIKUM
NAMA PELAJAR

: MOHAMAD FAZLEE BIN MOHAMAD ZUBIAR

KURSUS

: DPLI MOD LPBS SR j-QAF PENDIDIKAN KHAS 2013

TEMPOH PRAKTIKUM

: 20.1.2014 HINGGA 18.4.2014

PENGKHUSUSAN

: PENDIDIKAN ISLAM

NAMA GURU PEMBIMBING

: EN. AZRIL HISHAM BIN ABDOL RASHID

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : USTAZ MAHADZIR BIN BAHARI


BILANGAN JURNAL

: 4/12

MINGGU PRAKTIKUM

:4

TARIKH

: 10.2.2014 14.2.2014

TAJUK JURNAL

: PENGURUSAN MASA

Bilangan jurnal : Keempat


Minggu praktikum : 4
Tarikh : 10.2.2014 14.2.2014
Tajuk jurnal : Pengurusan Masa
1.0

Masalah/Peristiwa
Minggu ini merupakan minggu keempat saya praktikum. Pada minggu ini saya ditugaskan

sebagai guru bertugas bersama-sama dengan Ustazah Zahidah Bt Mustafa guru j-QAF di aliran perdana.
Saya bertugas bermula dari hari isnin 10.2.2014 hingga 14.2.2014.Tema diberi pada minggu ini adalah
Menghayati Perjuangan Rasulullah. Seperti biasa semua guru wajib untuk menghadiri perhimpunan
pagi yang bermula pada pukul 7.40 pagi hingga 8.10 pagi. Saya ditugaskan untuk memberi ucapan dan
menghuraikan tentang tema iaitu menghayati perjuangan Rasulullah. Pada setiap pagi, saya telah datang
lebih awal ke sekolah untuk mempersiapkan murid di perhimpunan pagi yang bermula pada pukul 7.30
hingga 7.40 pagi.
Sehubungan dengan itu, saya menghadapi masalah dalam menguruskan masa untuk memulakan kelas
pada hari rabu dan jumaat kerana kelas saya bermula pada pukul 7.40 pagi. Disebab dengan itu, kelas saya
telah terganggu dengan kesuntukan masa. Saya terpaksa meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran
seperti biasa dan menghadkan masa supaya semua isi pembelajaran dapat disampaikan dan mencapai
objektif. Namun begitu, saya terpaksa mengurangkan masa pada sesi permainan dari 20 minit kepada 10
minit. Ini menyebabkan murid tidak sempat untuk menghabis sesi permainan tersebut.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah dalam pengurusan masa dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang lain, kerana aktiviti yang dirancang terlalu banyak dan menyebabkan masa tidak
mencukupi.

2.0

Analisis
Saya berpendapat bahawa masalah ini berpunca daripada kelemahan saya dalam pengurusan masa.

Saya telah menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang baik dan terlalu banyak aktiviti. Saya
perlu mengurangkan akitiviti permainan supaya dapat mengimbangkan dengan sesi pengajaran dan
permainan.
3.0

Cadangan untuk penambahbaikan.

Bagi menangani masalah ini, saya perlu mengambil langkah-langkah berikut:

Saya perlu menguruskan masa dengan lebih cekap dan berkesan pada sesi pengajaran dan
pembelajaran akan datang.

Sekiranya saya ditugaskan pada minggu akan datang, saya akan menguruskan masa dengan baik
dan datang lebih awal ke sekolah.

Saya perlu meletakkan jam dinding di dalam kelas supaya saya lebih senang untuk menguruskan
masa pada setiap langkah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

4.0

Tempoh masa penyelesaian


Saya mengharapkan agar penyelesaian bagi masalah ini dapat diatasi pada akhir minggu ini agar

saya boleh menjalani praktikum pada minggu hadapan dengan lancar dan baik.

5.0

Tindakan susulan
Saya akan meminta kerjasama dan nasihat daripada pensyarah serta guru pembimbing untuk

memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan dari rakan-rakan guru yang lain.

6.0 Pandangan / komen guru pembimbing.


1.

Disemak oleh guru pembimbing.

Tarikh :

2.

Tandatangan

:.

Nama

Disemak oleh pensyarah pembimbing.

Tarikh :

Tandatangan

:.

Nama

:.

Anda mungkin juga menyukai