Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Konsep Pendidikan Islam


1.1 Pendahuluan

Subjek Pendidikan Islam masa hadapan adalah satu mata pelajaran


yang merangkumi keseluruhan bidang pengajian dalam pembelajaran tradisi
pendidikan Islam. Keunikan subjek ini memberi penjelasan tentang
pandangan alam Islam yang berkisar di sekitar prinsip dan konsep asas
dalam Islam. Ini bertujuan untuk membentuk pemikiran dan kefahaman
syumul tentang Islam yang menjangkau aspek agama, budaya atau cara
hidup. Untuk kemashalatan hari ini,Islam perlu diterjemahkan sebagai satu
peradaban yang merangkumi aspek agama dan kerohanian, ibadah dan
muamalah, perundangan dan keadilan, politik dan pemerintahan, ekonomi,
pendidikan dan keilmuan, seni dan kesusasteraan, kebudayaan, pemakanan
dan kesihatan, sains dan teknologi serta alam sekitar. Cabaran dan
permasalahan kontemporari hari ini memerlukan satu model penyelesaian
dalam kerangka pemikiran Islam yang berlandaskan satu pandangan alam
yang sahih.

Pandangan alam Islam yang berkisar di sekitar ketauhidan, kerasulan,


tujuan dan kejadian insan, akhlaq, nilai, ilmu, kejadian dan kesudahan alam
akan menjadi benteng yang kukuh untuk menepis segala macam kecelaruan
serta kekeliruan yang terhasil dari pandangan alam Barat.Pandangan yang
salah ini telah berjaya membentuk pemahaman dan pemikiran sebilangan
besar Ummah berhubung dengan aspek-aspek agama, ilmu, adab dan
pendidikan, sains dan teknologi, tradisi, kemodenan serta pembangunan.
Satu penjajahan pemikiran secara senyap ini telah menghasilkan satu nilai,
budaya, pemikiran malah pegangan yang asing di kalangan generasi Muslim
hari ini. Oleh kerana itu, tindakbalas yang terhasil atau penyelesaian yang
ditawarkan kepada permasalahan hari ini bukanlah penyelesaian sebenar
malah menghasilkan masalah baru atau membawa kepada lebih banyak
kemusnahan. Untuk menterjemahkan Islam sebagai peradaban,

1
pembelajaran kurikulum tradisi pendidikan Islam akan disampaikan dalam
bentukpandangan alam. Dua pra-syarat untuk melaksanakannya ialah:
Kurikilum tidak harus dipisah-pisahkan kepada bidang-bidang yang
tradisi tetapi menyepadukan aspek-aspek aqidah, akhlak, sirah serta
Al-Quran dan Al-Hadis.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran harus berbentuk multi-
disiplin dan inter-disiplin, hikmah diserlahkan, izzah dipupuk dan
pengumpulan maklumat yang terlampau dielakkan.

Untuk memenuhi keperluan di atas, subjek Pendidikan Islam masa


hadapan diolah berasaskan bidang-bidang utama berikut iaitu Sumber
Pemikiran Islam, Pandangan Alam Islam, Asas-Asas Peradaban Islam, Fiqh al-
Waqi serta Program Khalifah.
Dengan pendedahan yang sebegini, pelajar-pelajar dapat membentuk
jatidiri Islam dari aspek pemikiran, penghayatan, kejiwaan dan
kemasyarakatan. Pelajar juga berupaya melihat kepada cabaran dan
permasalahan kontemporari selari dengan kepesatan kemodenan, sains dan
teknologi, dan pembangunan menurut pandangan alam Islam serta
berupaya menawarkan penyelesaian berpandukan contoh-contoh dari
peradaban Islam terdahulu.

1.2 Organisasi Subjek


Ilmu-ilmu Islam perlu diolah sepaya berasaskan bidang-bidang utama
berikut:

2
Sumber pemikiran Islam

Pandangan Alam Program Khalifah


Islam

Bidang-bidang
utama.

Asas-asas Peradaban Kefahaman Kontemporari


Islam

Rajah 1
Pemikiran Islam adalah bersumberkan wahyu dan akal. Wahyu yang
terkandung di dalam al- Quran dan diterjemahkan oleh al-Sunnah telah
dikembangkan lagi dengan penggunaan akal fikiran yang terpimpin.
Persekitaran intelektual pada awal peradaban Islam telah merancakkan
pertukaran ilmu berhubung dengan agama, falsafah, teologi, metafizik dan
logik. Aktiviti yang disertai oleh bukan sahaja Muslim tetapi juga pelbagai
agama, budaya, dan bangsa telah memberi sumbangan kepada pengkayaan
khazanah ilmu Islam. Warisan ilmu yang terhasil menyentuh pelbagai aspek
dengan luas dan terperinci serta merangkumi ulum al-quran, ulum al-hadith,
usul al-fiqh, ilmu kalam, tasawwuf, falsafah, logik dan sains. Bahagian ini
akan mengenalpasti skop dan bidang dalam pemikiran Islam yang
bersesuaian.

Pandangan alam Islam berkisar di sekitar prinsip dan konsep asas


dalam Islam yang terdiri daripada ketuhanan, kerasulan, kejadian manusia
dan alam, ilmu serta nilai. Alam yang dijadikan indah dan terbentang luas
mesti mendorong manusia untuk dapat merasakan kewujudan Penciptanya.

3
Seterusnya manusia memanafaatkannya dengan mentadbir alam ini dengan
penuh rahmah. Kehidupan sementara dan akhirat yang kekal abadi mesti
menjadikan manusia berwaspada ke atas segala tindak tanduknya, asal
kejadian manusia yang hina dan kerdil mesti menyedarkan mereka akan
tanggungjawab untuk memakmurkan bumi agar keadilan Allah SWT dapat
dijelmakan. Ilmu dan nilai mesti merujuk kepada sumber yang sahih,
mendorong untuk mendapat keyakinan serta selanjutnya mengenal
kebenaran. Kesimpulannya bahagian ini akan tertumpu kepada iman Islam
dan ihsan serta perkara-perkara yang berkaitan untuk menjelaskanlagi
prinsip dan konsep yang dibincangkan.
Sirah al-Rasul SAW menjadi asas rujukan kepada peradaban Islam
kontemporari. Usaha dan sumbangan awal oleh Khulafa al-Rashidin diikuti
dengan pemerintahan Islam sebelum dan selepas serangan tentera Mongol
memberi kefahaman mengenai bentuk peradaban terdahulu yang
mempunyai sistem dan institusi yang mendokongnya. Berpandukan prinsip
asas dari al- Quran dan al-Sunnah serta model-model ini, satu bentuk
peradaban kontemporari dapat direalisasikan. Sirah, sejarah, konsep dan
prinsip serta beberapa sistem dan institusi pilihan akan dikenal pasti sebagai
sebahagian daripada bidang ini.
Kehidupan hari ini memerlukan kefahaman yang sebenar tentang
realiti dan perubahan. Keadaan masyarakat dan Ummah hari ini terbentuk
atas sebab pelbagai faktor. Usaha untuk mengenal pasti faktor-faktor ini
penting supaya satu penyelesaian yang sahih dapat diutarakan. Cabaran
pemikiran moden dan barat, globalisasi, sains dan teknologi serta perubahan
dan pembangunan perlu dinilai mengikut kerangka pemikiran Islam.
Selanjutnya, menawarkan usaha-usaha pembaikan serta fiqh yang
bersesuaian.

Program Khalifah memberi peluang kepada pelajar untuk


mempraktikkan teori dalam situasi yang sebenar. Ia juga memberi peluang
untuk berkhidmat kepada masyarakat, ummah dan alam. Program ini juga

4
perlu membentuk pelajar secara keseluruhan termasuk memperkenalkan
Islam kepada Ummah. Aktiviti berbentuk kajian secara objektif serta
penglibatan mendalam dicadangkan sebagai sebahagian daripada program
ini.

Dengan pendedahan kurikulum yang sebegini, pelajar-pelajar akan dapat


membentuk jatidiri Islam dari aspek pemikiran, penghayatan, kejiwaan dan
kemasyarakatan. Pelajar juga berupaya melihat kepada cabaran dan
permasalahan kontemporari selari dengan kepesatan kemodenan, sains dan
teknologi, dan pembangunan menurut pandangan alam Islam serta
berupaya menawarkan penyelesaian berpandukan contoh-contoh dari
peradaban Islam terdahulu. Dengan itu pelajar dapat menghayati
peranannya sebagai abid dan khalifah yang akan menjurus kepada
membawa rahmatan lil alamin bersandarkan keupayaannya atau kepakaran
masing-masing. Pelajar yang mengikuti sukatan subjek Pendidikan Islam
masa hadapan yang dicadangkan ini akan dapat:
Memahami dan menghayati kesyumulan Islam.
Memahami dan menghayati pendangan alam Islam.
Memahami dan menghayati peranan sebagai Adib dan Khalifah kea
rah pembaikan diri, ummah dan alam.
Menilai dan menganalisa permasalahan semasa.
Menyelesaikan permasalahan semasa menurut kerangka pendangan
alam Islam.

2.0 Cabaran guru j-QAF dalam memartabatkan Pendidikan Islam.


2.1 j-QAF
Program J-QAF adalah alat yang bertujuan memperkasakan Pendidikan
Islam melalui penekanan khusus kepada proses Pengajaran & Pembelajaran
dalam Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Program ini dijalankan
menggunakan model dan modulnya yang tersendiri hasil usaha pemikir dan
cerdik pandai dalam bidang masing-masing. Tenaga pengajar pula
datangnya melalui graduan yang mengikuti kursus J-QAF yang khusus

5
dibekalkan kepada sekolah untuk memberi bimbingan, pemulihan,
kemahiran, pengukuhan, pengkayaan dan penghayatan murid. Pada asasnya
program ini tidak mengubah peruntukan waktu pendidikan Islam sedia ada,
cuma kurikulumnya melalui proses penambahbaikan dan diperhalusi
mengikut peringkat penguasaan murid. Secara ringkas, objektif
perlaksanaan program J-QAF ini akan cuba untuk membolehkan semua murid
Islam sekolah rendah akan dapat:
Menguasai bacaan dan tulisan jawi
Khatam Al-Quran
Menguasai Bahasa Arab
Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain

2.2 Isu-isu pengajaran dan pembelajaran.


2.2.1 Tempoh 6 bulan untuk murid tahun 1 menguasai bacaan
Al-Quran tidak mencukupi. Mengikut dasar pelaksanaan
kurikulum j-QAF, murid tahun 1 akan didedahkan dengan
penguasaan kemahiran membaca Al-Quran melalui kaedah
Iqra. Mengikut sukatan yang diberikan oleh kementerian,
murid harus menguasai kemahiran membaca Al-Quran
dengan membaca 2-5 muka surat buku Iqra pada setiap
minggu. Dengan waktu yang singkat ditambah pula
dengan pelbagai aktiviti sekolah. Murid tidak dapat
menguasai kemahiran membaca mengikut waktu yang
ditetapkan. Ini dapat dibuktikan dengan dapatan yang
berakhir Februari 2010 menunjukkan hanya 19 dari 90
orang murid satu telah menguasai iqra 1. Sedangkan
mengikut sukatan pelajaran, murid ini seharusnya sudah
menguasai iqra 2. Masalah ini timbul kerana pada awal
sesi persekolahan murid ini mengikuti Program Transisi
Guru Penyayang selama 2 minggu dan pelbagai lagi aktiviti
sekolah termasuk sukan tahunan dan sebagainya.
2.2.2 Murid tahun 2-5 terpaksa mengikut sukatan bacaan Al-
Quran walaupun tidak menguasai bacaan. Hal ini berlaku

6
rentetan daripada kegagalan murid menguasai kemahiran
membaca Al-Quran pada tahun 1. Walaupun murid ini
mengikuti kaedah baca ikut guru (BIG), namun kualiti
bacaan murid ini amat rendah malahan ada diantara
mereka yang masih lagi tiak mampu untuk mengenal huruf
hijayyah. Mengikut pelaporan j-QAF 2009 seramai 36 orang
murid masih lagi belum menguasai iqra 1 hingga 3.
Keadaan ini dibimbangi dapat menjejaskan kualiti murid ini
walaupun mereka telah khatam membaca Al-Quran tetapi
tidak menguasai bacaan Al-Quran.
2.2.3 Ibu bapa tidak lagi menghantar anak mereka ke kelas
mengaji. Semenjak j-QAF diperkenalkan, ibu bapa telah
mula berkeyakinan dengan sistem pendidikan islam di
sekolah rendah. Keadaan ini telah menyebabkan ibu bapa
tidak lagi menghantar anak mereka menghadiri kelas
mengaji di luar. Situasi ini sebenarnya memberi kesan yang
kurang baik kepada program j-qaf itu sendiri. Kelas mengaji
di luar sebenarnya membantu penguasaan kemahiran
membaca Al-Quran kepada murid secara langsung.
Sekiranya murid ini betgantung sepenuhnya kepada guru-
guru j-QAF, dibimbangi murid ini akan lambat untuk
menguasai dan mengkhatam bacaan atau lebih teruk lagi
keciciran dari segi penguasaan bacaan Al-Quran.
2.2.4 Kekurangan bahan (Buku Iqra dan Al-Quran) dalam kelas.
Secara dasarnya setiap sekolah akan dibekalkan dengan
buku Iqra dan setiap murid akan dibekalkan sebuah Al-
Quran seorang untuk model 6 bulan khatam Al-Quran.
Namunbegitu terdapat juga bilangan buku iqra yang tidak
mencukupi bagi murid tahun satu kerana bilangan murid
tahun satutang bertambah pada sesetengah tahun.
Keadaan ini juga bertambah buruk apabila ada diantara

7
buku iqra dan Al-Quran yang telah rosak akibat
penggunaan yang kerap dan tidak cermat oleh murid-
murid. Apabila keadaan ini terjadi, murid akan meminjam
Al-Quran dari murid lain dan menjadikan keadaan lebih
rumit dan tidak membantu penguasaan murid dalam
bacaan Al-Quran.
2.3 Cabaran j-QAF dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.3.1 mengubah keadah belajar mengaji secara tradisional ke
arus pendidikan perdana. Sebelum ini kaedah mempalajari
Al-Quran dijalankan secara tradiasional di rumah ustaz
ataupun guru-guru Al-Quran mengikut kaedah dan teknik
yang pelbagai dan berbeza antara satu sama lain.
Lemunculan program j-QAF telah mengubah scenario yang
sedia ada. Keadah mengajar telah disusun secara
sistematik dan terurus menggunakan buku iqra sebagai
asas kepada kemahiran membaca Al-Quran. Koncep
pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas
mengikut prosedur da pedagogi yang sesuai. Guru-guru
pula diberi latihan khusus dan diberikan pengiktirafan
dalam mengajar murid-murid. Bagi guru yang baharu
mengajar, keadaan ini berbeza dengan cara mereka belajar
mengaji dahulu. Secara tidak sedar mereka terikut-ikut
dengan kaedah lama belajar mengaji sedangkan kaedah
yang baru dan sistematik telah diperkenalkan.
2.3.2 Tempoh waktu mengajar yang singkat berbanding murid
yang ramai. Secara puratanya seorang guru j-QAF akan
membimbing seramai 122 orang murid dalam moel tasmik.
Setelah dibantu oleh guru Pendidikan Islam jumlah ini
berkurangan kepada 100 orang. Dengan waktu mengajar
sebanyak 240 minit seminggu, seorang murid hanya dapat
dibimbing selama 2 minit 20 saat sahaja dalam seminggu.
Keadaan ini amat tidak membantu kepada penguasaan

8
bacaan murid. Dibimbangi murid ini tidak dapat mencapai
okjektif utama program j-QAF iaitu mengkhatam bacaan Al-
Quran sebelum tamat tahun 6.
2.3.3 Cuti sekolah yang lama mengganggu penguasaan murid.
Seorang murid hanya bersekolah selama 200 hari setahun,
selebihnya mereka bercuti. Jumlah hari persekolahan yang
singkat ini tidak membantu kepada penguasaan murid. Ini
menjadi lebih teruk apabila murid ini bercuti akhir tahun.
Ada diantara murid yang telah lupa dan tidak lagi
menguasai bacaan Al-Quran kerana tidak mengaji semasa
cuti sekolah. Guru terpaksa mengulang semula kemahiran
membaca Al-Quran kepada murid pada awal persekolahan.
Keadaan ini mengganggu jadual sukatan pelajaran yang
perlu dipenuhi oleh guru dan murid.
2.3.4 Tiada keselarasan kurikulum antara sekolah kebangsaan
dan sekolah agama rakyat. Program j-QAF dan kurikulum
sekolah agama rakyat tidak jauh berbeza. Kedua-dua
sekolah mempunyai subjek Al-Quran, namun silibusnya
tidak sama. Keadaan ini telah menimbulkan kekeliruan
murid kerana program Al-Quran J-QAF bermula dengan
surah Al-Baqarah manakala sekolah agama rakyat bermula
dengan ayat lazim. Bagi murid yang lemah, mereka keliru
di manakah tahap sebenar bacaan mereka dan yang
menakah yang benar atau yang betul.
2.4 Cadangan
2.4.1 menambah waktu bagi murid tahun 1 menguasai bacaan
Al-Quran dari 6 bulan kepada satu tahun. Rancangan
pengajaran tahunan model 6 bulan khatam Al-Quran tahun
1 perlu distruktur semula agar murid tahun 1 benar-benar
menguasai kemahiran membaca Al-Quran. Tempoh murid
untuk menguasai kemahiran membaca Al-Quran perlu

9
ditambah dan disesuaikan dengan peringkat umur murid
tahin 1.
2.4.2 Menambah bilangan guru-guru j-QAF di sekolah yang ramai
bilingan murid. Sekarang jumlah penempatan guru-guru j-
QAF adalah berdasarkan jumlah bilangan kelas mengikut
sekolah. Namun begitu ada sekolah yang bilangan murid di
dalam kelas kurang dan ada pula yang mempunyai murid
seramai 40 orang. Bilangan murid yang ramai amat
mempengaruhi penjadualan tasmik. Selain dari
menyandarkan kepada bilangan kelas penempatan guru-
guru j-QAF juga perlu berdasarkan jumlah bilangan murid
sesebuah sekolah bagi memastikan kelancaran program j-
QAF.
2.4.3 Menjalankan kerjasama dengan sekolah agama kerajaan
negeri dalam program Tasmik. Penyelarasan antara sekolah
kebangsaan dan sekolah agama rakyat perlulah dijalinkan
melalui satu jawatankuasa khas yang melibatkan kedua-
dua pihak. Selain dapat menyelaraskan sukatan, kerjasama
ini juga dapat membantu antara satu sama lain bagi
membina generasi yang seimbang dari aspek rohani dan
jasmani. Kerjasama ini juga bukan sahaja terhad kepada
program j-QAF sahaja tetapi boleh diperluaskan ke
peringkat kurikulum dan kokurikulum.

10
3.0 Ciri-ciri Guru j-QAF

MUDARRIS

MUA'LLIM MUADDIB

GURU J-QAF
MURSYID MURABBI
CEMERKANG

Rajah 2
3.1 Mudarris.
Menarik perhatian pelajar
Menstruktur pengajaran
Mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
Memperkenal tajuk pengajaran.
Menyampaikan maklumat yang mudah, tepat dan jelas.
Menggunakan papan putih dengan berkesan.
Menyesuaikan strategi pengajaran dengan masa, minat dan
kebolehan / tahap pelajar.

11
Menyesuaikan strategi pengajaran dengan sumber yang sedia
ada.
Mengawal bilik darjah dengan baik (pembelajaran yang
kondusif).
Menggunakan BBM (kertas majong,kad ayat,gambar,ICT,
komputer dan lain-lain)
Memiliki sifat kecindan/humor
Memiliki kemahiran interpersonal (body language, gesture, aye
contact).
Mempelbagaikan metodologi pengajaran dengan berkesan.
Mempelbagaikan teknik penyoalan.
Menjawab persoalan pelajar dengan penuh hikmah.
Mengesan masalah pembelajaran pelajar.
Menjarakkan pengajaran (lambat/cepat)
Mengajar mengikut turutan pengajaran.
Memberi peneguhan kepada pelajar.
Mengajar secara aktif/cergas.
Menggunakan tulisan jawi
Membuat penilaian formatif terhadap pempelajaran pelajar.
Membuat rumusan pengajaran.
Memberikan tugasan lanjutan/kerja rumah.
Muhasabah pengajaran menurut perspektif Islam.

3.2 Muaddib
Memakai pakaian yang sesuai dan kemas (menutup aurat)
Menepati masa.
Menutur kata dengan sopan dan berhemah.
Menunjukkan kewibawaan (berautoriti dan berilmu).
Menunjukkan sikap prihatin terhadap kebajikan pelajar.
Mempamerkan sifat tawaddu dan rendah diri.
Mempamerkan sifat ceria.
Menerapkan akhlak semasa pengajaran.
Menambil berat terhadap adab pelajar.
Menjaga maruah diri.
Menampilkan perwatakan / personality yang baik.

3.3 Murabbi
Menerapkan unsur-unsur ketauhidan.
Menerapkan nilai-nilai kemanusiaan.

12
Menyahkan nilai-nilai bukan Islam.
Menggunakan bahasa komunikasi yang sesuai dengan pelajar.
Memotivasikan pelajar.
Mendampingi pelajar dengan mesra.
Menunjukkan kasih sayang terhadap pelajar.
Menghormati idea/potensi pelajar.
Menegur pelajar secara hikmah (tidak mengugut, sindir,
membebel)
Menghukum pelajar untuk mendidik dan bukan mendenda.
Memanggil pelajar dengan mesra.
Mewujudkan hubungan keibubapaan dengan pelajar.
3.4 Mursyid
Bersikap adil terhadap pelajar.
Mengamalkan ciri-ciri musyawarah.
Menunjukkan sikap tegas.
Menunjukkan kepimpinan yang mesra pelajar.
Menampilkan kepimpinan berhikmah.
Mencetuskan idea/semangat pelajar untuk maju dan Berjaya.
Bertindak pantas terhadap isu-isu pelajar.
Mengawal kelas dengan berkesan.
Menggalakkan daya kepimpinan pelajar.
Membimbing pelajar membuat keputusan.
Mengaitkan tanggungjawab pelajar sebagai khalifatullah
3.5 Muaalim
Memiliki dan menguasai ilmu.
Menghargai dan percambahan ilmu.
Menepati fakta (tiada kesalahan fakta).
Menyepadukan ilmu intra dan inter bidang.
Menguasai huraian dan sukatan pelajaran.
Mengetahui isu semasa.
Menggalakkan percambahan ilmu.
Merangsang pemikiran pelajar (KBKK).
Memahami konteks ilmu.
Mempelbagaikan sumber ilmu.
Menguasai kamahiran jawi
Menggalakkan pembelajaran kendiri.
Mengaplikasikan ilmu dan menjelaskan idea.
Mengamalkan budaya penyelidikan.

4.0 Refleksi

13
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah Sekalian Alam kerana dengan limpah
kurniaNya masih diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus
dengan penuh jayanya. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada En. Mohd Razali Bin Hashim kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada
saya dan rakan-rakan. Seterusnya saya ucapkan terima kasih kepada semua ahli
kumpulan yang sentiasa memberi sepenuh komitmen dan komited dalam menjalankan
tugas dan tidak lupa juga kepada keluarga saya di kampung tidak pernah putus
menyokong dan memberi dorongan kepada saya agar sentiasa teguh dan bersemangat
dalam meneruskan pengajian di IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Sebelum menyiapkan tugasan ini,saya mengalami beberapa masalah yang terus


mengganggu emosi saya. Pertama, tugasan ini diberi agak lewat dan harus disiapkan
serentak dengan tugasan lain. Pada mulanya, saya tidak bersemangat dan lesu melihat
bebanan kerja yang terlalu banyak sehinggakan timbul perasaan malas untuk
memulakannya. Perkara ini menyebabkan emosi saya tidak stabil dan tidak dapat
berfikir secara rasional namum dengan nasihat dan bantuan rakan-rakan saya kuatkan
diri, berfikir secara positif dan memulakan dengan jiwa yang tenang.

Semasa menjalankan tugasan ini, saya tidak mengalami banyak masalah namun rasa
letih dan lesu tetap menghimpit lantaran bebanan kerja. Untuk mengatasi masalah ini,
saya telah cuba perbaiki cara saya belajar iaitu mendengar radio sambil menyiapkan
tugasan ini. Hal ini dapat menimbulkan rasa segar didalam diri sekaligus memberi nafas
baru kepada saya. Perkara ini membuatkan saya menjalankan tugas dengan gembira
dan ceria tanpa rasa jemu dan letih. Selain itu, saya juga turut mengambil waktu rehat
selama beberapa minit untuk merehatkan minda dari kepenatan mencerna idea. Hal ini
membolehkan saya berfikir dengan lebih rasional dan positif. Tambahan pula, idea-idea
yang dikeluarkan lebih bernas dan bertetapan dengan tajuk yang dikaji.

Disamping itu, pembahagian masa juga agak tidak teratur pada permulaannya lantaran
terlalu banyak tugasan yang diterima. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah
mengatur waktu dengan efektif. Pembahagian waktu seimbang dan tepat dengan
kehendak yang sepatutnya. Namun, tidak semua waktu dan perkara yang dapat saya
ikut sepenuhnya mungkin kerana sikap lalai dan alpa saya sendiri. Justeru itu, saya

14
terpaksa menyiapkan tugasan ini dengan segera dan cepat walaupun terpaksa
mengorbankan masa rehat dan waktu tidur. Walaupun begitu, perasaan lega dan
gembira pasti akan tiba apabila segala tugasan selesai. Bak kata pepatah Berakit-
rakitlah dahulu, berenang-renang kemudian.

Setelah memulakan tugasan ini, iaitu mengenai penulisan dan pengumpulan Al-Quran
pada zaman Rasulallah s.a.w., zaman Abu Bakar dan Zaman Saidina Uthman, saya
dan rakan-rakan mula berbincang untuk mencari maklumat dan berkongsikan
pendapat. Banyak pengetahuan yang baharu yang saya dapat dari tugasan ini tentang
penulisan Al-Quran, pengumpulan Al-Quran dan sebagainya. Ini memberi saya suntikan
semangat untuk terus mencari rujukan yang berkualiti untuk dikaji sebaik mungkin untuk
dimuatkan maklumat dalam tugasan ini. Kami sering bertukar-tukar pendapat dan
berkongsi bahan rujukan membuatkan hubungan kami semakin erat demi untuk
menyiapkan tugasan ini bersama.

Setelah siap segala tugasan ini, saya dapat membuat beberapa kesimpulan terhadap
diri sendiri. Topic yang diberikan sangat berguna sekaligus menambah ilmu
pengetahuan kepada diri saya. Selain itu, saya dapat tingkatkan kemahiran membina
buku skrap ini. Akhir sekali saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang
terlibat dalam menjayakan tugasan ini mahupun secara langsung mahupun tidak
langsung. Sagala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi pastinya saya akan amalkan
dan sampaikan kepada murid-murid saya pada masa akan datang. Tugasan ini sangat
releven dan mencabar para guru pelatih untuk bersikap kreatif, mengawal emosi, dan
berfikir terbuka. Diharapkan agar tugasan ini akan diteruskan pada masa akan datang
dengan membuat beberapa tambahan baikkan. Pada pendapat saya, tugasan ini perlu
diberikan tempoh masa yang lebih panjang memandangkan tugasan ini agak sukar.
Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsi didalam refleksi saya ini, segala kesulitan
dan kesalahan mohon dimaafkan. Dan segala usaha saya ini diberkati oleh Allah s.w.t.

15
5.0 Rujukan
Buku Panduan, Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan
Kokurikulum
Program jQAF, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia

http://www.bpi.edu.my/index.php?
option=com_content&task=view&id=76&Itemid=127

16

Anda mungkin juga menyukai