Anda di halaman 1dari 4

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor

JURNAL PRAKTIKUM
NAMA PELAJAR

: MOHAMAD FAZLEE BIN MOHAMAD ZUBIAR

KURSUS

: DPLI MOD LPBS SR j-QAF PENDIDIKAN KHAS 2013

TEMPOH PRAKTIKUM

: 20.1.2014 HINGGA 18.4.2014

PENGKHUSUSAN

: PENDIDIKAN ISLAM

NAMA GURU PEMBIMBING

: EN. AZRIL HISHAM BIN ABDOL RASHID

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : USTAZ MAHADZIR BIN BAHARI


BILANGAN JURNAL

: 3/12

MINGGU PRAKTIKUM

:3

TARIKH

: 3.7.2014 7.2.2014

TAJUK JURNAL

: PENGURUSAN BILIK DARJAH

Bilangan jurnal : Ketiga


Minggu praktikum : 3
Tarikh : 3.2.2014 7.2.2014
Tajuk jurnal : Pengurusan Bilik Darjah
1.0

Masalah/Peristiwa
Minggu ini merupakan minggu ketiga saya praktikum. Sekolah saya bercuti sempena sambutan

tahun batu cina yang bermula 31 Januari 2014 2 Februari 2014. Pada minggu ini saya membuat
keputusan untuk menyediakan satu lagi fail untuk menyimpan hasil lembaran kerja yang telah diwajibkan
oleh murid-murid saya. Saya dapat memantau perkembangan anak murid saya dari semasa ke semasa.
Saya sedaya upaya menyediakan persiapan pengajaran dan pembelajaran saya dengan sebaik mungkin
untuk pengajaran pada setiap hari. Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Berhubung dengan masalah komunikasi yang saya hadapi pada minggu lalu, saya telah sedaya
upaya memperbaiki kelamahan tersebut. Saya telah cuba untuk bersuara dengan lebih lantang dan tegas
bagi memastikan setiap murid mendengar serta menerima isi pembelajaran yang saya sampaikan.
Berbekalkan tunjuk ajar dari guru pembimbing, saya telah memanggil dan menyebut nama murid yang
tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran dengan lebih kerap. Saya juga telah meminta murid
tersebut untuk duduk di bahagian hadapan kelas bagi membolehkan saya memantau beliau dengan lebih
kerap. Walau bagaimanapun, saya tetap akan mempertingkatkan kemahiran komunikasi saya dari semasa
ke semasa.
Namun, pada minggu ini saya telah berhadapan dengan satu masalah baru iaitu pada hari Khamis
bersamaan 6 Februari2014, dalam sesi pembelajaran kelas SK 2 tajuk mengenal anggota wuduk. Pada set
induksi itu, saya telah menggunakan pupet untuk merangsang kognatif murid dan mengaitkan denan isi

pembelajaran. Namun murid SK 2 Nur Sakinah mengatakan pupet itu membosankan. Pada pandangan
saya, murid lain sangat teruja untuk mendengar dialog cerita tersebut.
2.0

Analisis
Saya berpendapat bahawa masalah ini berpunca daripada kelemahan strategi pengajaran dan

pembelajaran. Saya telah menyediakan aktiviti P&P yang kurang menarik dan kurang mencabar minda
murid. Selain itu juga, bahan bantu mengajar seperti pupet tersebut mungkin kurang menarik.
3.0

Cadangan untuk penambahbaikan.

Bagi menangani masalah ini, saya perlu mengambil langkah-langkah berikut:

Saya perlu memikirkan dan menyediakan aktiviti yang lebih mencabar minda murid seperti
mengadakan pertandingan.

Saya perlu menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan masa pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Memandangkan P & P bermula selepas murid rehat dan makan, saya perlu mengadakan
aktiviti yang boleh meransang pergerakan murid dan menyeronokkan. Hal ini bagi memastikan
murid tidak berasa bosan dan mengantuk. Antara sativiti yang boleh dijalankan seperti permainan
kotak muzik, bowling dan sebagainya.

Saya perlu memperbanyakkan pembacaan yang berkaitan dengan profesion keguruan dalam usaha
untuk mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Saya perlu menyediakan bahan bantu mengajar seperti pupet pada set induksi yang lebih menarik
dan cantik.

4.0

Tempoh masa penyelesaian


Saya mengharapkan agar penyelesaian bagi masalah ini dapat diatasi pada akhir minggu ini agar

saya boleh menjalani praktikum pada minggu hadapan dengan lancar dan baik.

5.0

Tindakan susulan
Saya akan meminta kerjasama dan nasihat daripada pensyarah serta guru pembimbing untuk

memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan dari rakan-rakan guru yang lain.

6.0 Pandangan / komen guru pembimbing.


1.

Disemak oleh guru pembimbing.

Tarikh :

2.

Tandatangan

:.

Nama

Disemak oleh pensyarah pembimbing.

Tarikh :

Tandatangan

:.

Nama

:.

Anda mungkin juga menyukai