Anda di halaman 1dari 2

6.

1 Pemerhatian

Air sungai yang tercemar diletakkan di dalam dulang pada alat penyuling air
solar ini. Alat ini kemudiannya ditempatkan di kawasan yang panas dan terdedah
dengan cahaya matahari selama sehari (bermula pada 8 pagi). Keesokan harinya (8
pagi), air yang dihasilkan oleh alat ini diperhatikan dari aspek kuantiti air yang
dihasilkan, kejernihan, bau, warna dan rasa.
Kuantiti air yang dihasilkan disukat menggunakan silinder penyukat dan
perbandingan dibuat terhadap sebelum dan selepas air tercemar dimasukkan ke
dalam alat penyuling air solar ini. Kejernihan, bau dan warna pula diuji dengan
menggunakan deria manakala rasa air yang dihasilkan pula diuji dengan meminum
air yang dihasilkan oleh alat ini.

6.2 Borang soal selidik


Borang soal selidik ini diedarkan secara rawak kepada 10 orang responden.

Bil. Item Respon


1. Penyuling air solar ini sangat berguna dan Setuju/Tidak Setuju
rasional untuk digunakan untuk mendapatkan air
bersih sekiranya berlaku pencemaran sumber air
seperti sungai di kawasan pedalaman.
2. Reka bentuk penyuling air solar ini sesuai dengan Setuju/Tidak Setuju
fungsinya dan mudah untuk dikendalikan.
3. Alat penyuling air solar ini mudah untuk dibuat Setuju/Tidak Setuju
sendiri dan menjimatkan kos.
4. Air yang dihasilkan menggunakan penyuling air Setuju/Tidak Setuju
solar ini sangat sesuai untuk diminum.
5. Air yang dihasilkan oleh penyuling air solar ini Setuju/Tidak Setuju
bebas dari sebarang pencemaran.

6.3 Temu bual


Temu bual telah dijalankan terhadap 5 orang responden secara rawak.
Soalan temu bual:
1. Bagaimanakah rasa daripada air yang dihasilkan oleh alat penyuling air solar ini?
2. Adakah air yang dihasilkan oleh alat penyuling solar ini bersih dan selamat untuk
digunakan?
3. pada pendapat anda, adakah penggunaan penyuling air solar ini sesuai untuk
digunakan untuk mendapatkan sumber air yang bersih untuk kegunaan domestik?
4. adakah anda akan menggunakan alat ini sekiranya berlakunya pencemaran
sumber air atau ketiadaan sumber air yang bersih di kawasan kediaman anda?

Anda mungkin juga menyukai