Anda di halaman 1dari 17

BAB 2

HURAIAN PROJEK PENANDAARASAN

2.1 Situasi

Ponteng sekolah ditakrifkan sebagai tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran daripada
Guru Besar atau Pengetua (Unit Disiplin Bahagian Sekolah KPM, 1994). Merujuk
kepada laporan salah laku murid tahun 2001-2003 untuk Sepuluh Salah Laku Tertinggi
Sekolah Rendah dan Menengah mendapati ponteng sekolah berada di tempat teratas
dari kesalahan salah laku yang dikaji (Ang, 2005). Menerusi hasil dapatan tersebut
adalah konsisten dengan laporan-laporan disiplin yang dikeluarkan oleh Unit Disiplin,
Bahagian Sekolah untuk tahun-tahun sebelum itu. (Panduan Bagi Mengatasi Masalah
Ponteng, 1994)

Merujuk kepada visi sekolah, Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 25 Menjadi


Sekolah Cemerlang di Peringkat Negeri Pahang Menjelang Tahun 2020, pihak sekolah
telah merancang dan melaksanakan program Jom Sekolah kerana menyedari bahawa
visi tersebut sukar direalisasikan jika masalah utama dalam kalangan murid iaitu
ponteng sekolah tidak dapat diatasi. Berdsrkan banyak kajian-kajian yang pernah
dijalankan sebelum ini jelas menunjukkan bahawa kecemerlangan dan kejayaan dalam
pembelajaran hanya dapat dicapai jika peratus kehadiran murid ke sekolah mencecah
hampir seratus peratus kehadiran sepanjang tahun. Kajian ini merujuk kepada
pendapat Mortimore, kejayaan murid menguasai kemahiran asas (membaca, menulis
dan mengira) sangat dipengaruhi peratus kehadiran murid ke sekolah.

Bagi merealisasikan matlamat ini, pelaksanaan program ini adalah untuk


mencapai objektif seperti berikut :-

i.. Melahirkan murid yang suka untuk hadir ke sekolah dan bersedia untuk
menimba ilmu pengetahuan.
ii. Menanamkan kesedaran dalam minda murid-murid dan guru-guru

bahawa kecemerlangan hanya boleh dicapai sepenuhnya sekiranya


kehadiran murid memberangsangkan.

iii. Membolehkan para guru menyampaikan ilmu secara total kerana tiada
murid yang tercicir daripada mendapat apa yang perlu disampaikan oleh
guru.

iv. Menimbulkan rasa bertanggungjawab dan kesedaran kepada ibu bapa,


penjaga dan seluruh komuniti betapa pentingnya pendidikan kepada
anak-anak bermula dari peringkat rendah lagi.

Program ini telah dilaksanakan bermula dari bulan Januari hingga ke bulan
November tahun 2015. Analisa kehadiran murid di setiap bulan GPK Hem akan
mengenalpasti kelas-kelas yang menunjukkan peratus kehadiran yang tertinggi. Kelas
yang mencatatkan peratusan kehadiran tertinggi itu akan diumumkan sebagai Juara
Jom Sekolah dalam perhimpunan mingguan pada hari Isnin. Sebagai penghargaan
dan ganjaran, pihak sekolah menyampaikan hadiah berupa hamper dan sijil
penghargaan kepada kelas yang mencatatkan kehadiran penuh. Penghargaan yang
diberikan akan menjadi motivasi kepada semua murid untuk memberi sumbangan
kepada kelas masing-masing dengan cara sentiasa hadir ke sekolah dan dengan
secara tidak langsung menggalakkan menagtasi masalah murid tidak hadir ke sekolah
tanpa sebab. Secara tidak langsung melalui pelaksanaan program tersebut juga dapat
memberikan kesedaran kepada mereka bahawa kehadiran penuh ke sekolah adalah
amat penting supaya mereka tidak mengalami defisit pembelajaran dan sekali lagus
menyumbang kepada kemorosotan dalam pencapaian akademik mereka.

Bagi menjayakan program ini, golongan sasar yang terlibat ialah semua murid di
Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 25 iaitu dari kelas Pra Sekolah sehingga Tahun 6.
Program ini dilaksanakan dengan cara kehadiran murid bagi setiap kelas akan dipantau
pada setiap akhir bulan iaitu bermula dari bulan Januari sehingga ke bulan November.
Seterusnya penilaian kehadiran tertinggi kelas dilihat berdasarkan laporan pengiraan
peratusan kehadiran kelas setiap akhir bulan. Dalam hal ini peranana guru kelas
sangat penting untuk membuat kempen dan menggalakkan murid kelas masing-masing
supaya sentiasa hadir selain memantau dan merekodkan kehadiran murid-murid di
bawah tanggungjawab mereka pada setiap hari dan seterusnya mengira peratusan
kehadiran pada setiap hujung bulan.

Program Jom Sekolah ini dipilih sebagai program utama unit hem di Sekolah
Kebangsaan LKTP Jengka 25 ialah bagi mendisiplinkan murid-murid agar hadir setiap
hari ke sekolah. Murid yang selalu ponteng lazimnya hilang sifat bertanggungjawab,
suka berbohong, berdolak-dalik dan bersifat negatif terhadap semua perkara yang
akhirnya menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran, terlibat dalam kegiatan
negatif dan seterusnya membawa kepada keciciran dalam pembelajaran di sekolah.
Dalam hal ini, murid yang tidak hadir ke sekolah dikategori sebagai ponteng kecuali di
atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan seperti demam, sakit dan urusan
keluarga yang penting.

Selain itu program ini juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dalam
meningkatkan GPS sekolah kerana murid-murid yang terlibat sebenarnya sangat
berpotensi untuk berjaya dengan cemerlang dalam akademik jika masalah kehadiran
mereka ke sekolah dapat diatasi. Oleh itu, matlamat serampang dua mata program ini
adalah untuk mengurangkan masalah ponteng sekolah dan turut membantu ke arah
kecemerlangan akademik murid-murid di sekolah ini.

Semenjak Program Jom Sekolah ini dilaksanakan pada tahun 2015 di sekolah
ini telah banyak berlaku perubahan terhadap peratus kehadiran setiap kelas pada
setiap bulan. Data yang diperoleh jelas menunjukkan berlaku peningkatan peratus
kehadiran dari bulan Januari hingga bulan November. Peningkatan tersebut dapat
dilihat dalam jadual analisa kedatangan berikut:

Jadual 14: Analisa Peratus Kedatangan Murid

KELAS BULAN
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sept Okt Nov
Pra
96.6 92.9 90.1 92.9 88.6 89.1 91.4 86.6 88.6 88.7 88.7
Sek.
Tahun
95.5 96.6 96.0 93.2 98.0 95.3 96.5 90.1 86.8 91.5 73.6
1
Tahun
94.1 97.8 95.7 96.5 96.6 99.0 96.1 97.9 97.2 97.1 89.7
2
Tahun
97.4 97.8 98.5 95.5 95.2 91.2 98.0 98.6 93.4 95.3 87.5
3
Tahun
96.0 97.9 97.2 96.3 97.7 93.8 96.6 94.7 95.0 93.2 88.7
4
Tahun
94.5 96.6 99.6 97.7 98.4 92.0 96.8 95.5 92.2 95.6 98.2
5
Tahun
99.1 99.7 99.1 99.5 99.4 96.6 99.5 99.1 99.3 98 94
6

Walaupun berdasarkan analisis data kehadiran pada tahun 2016 tersebut

menunjukkan tiada sebuah kelas pun yang mencatatkan kehadiran penuh 100%,
namun peningkatan peratus kehadiran yang ditunjukkan amat membanggakan. Namun
begitu, berdasarkan dapatan dari analisis kehadiran murid-murid di Sekolah
Kebangsaan LKTP Jengka 25 dari bulan Januari hingga febuari 2017, didapati terdapat
kelas yang mencatatkan kehadiran penuh 100% selama 2 bulan berturut-turut.
Kejayaan mengekalkan kehadiran 100% selama 2 bulan tersebut amat membanggakan
dan wajar dicontohi oleh kelas-kelas yang lain. Ini jelas membuktikan bahawa
pelaksanaan Program Jom sekolah ini telah berjaya mengubah sikap murid untuk
sentiasa hadir ke sekolah. Data dan analisis peratus kedatangan dari bulan Januari
hingga Febuari pada tahun 2017 dirumuskan seperti berikut:

Jadual 15: Analisa Peratus Kedatangan Murid (Januari Febuari 2017)

KELAS BULAN
JAN FEB
PRA 93.01 93.78
TAHUN 1 98.02 97.22
TAHUN 2 96.97 94.55
TAHUN 3 100 100
TAHUN 4 99.68 99.56
TAHUN 5 97.78 97.78
TAHUN 6 98.81 98.75

Selain itu keberkesanan program ini dapat dilihat berdasarkan kepada


peningkatan GPS sekolah dalam UPSR dari tahun 2016 semenjak Program jom
Sekolah ini dilaksanakan. Berdasarkan jadual di bawah, kita dapat lihat peningkatan
GPS sekolah yang berlaku.

Jadual 16: Pencapaian GPS Semenjak Pelaksanaan Program Jom Sekolah

PEPERIKSAAN TAHUN

UPSR 2014 2015 2016

GPS 1.43 2.00 1.89

Peningkatan ketara GPS ini menjadi petunjuk kepada kejayaan dan dorongan
agar program ini diteruskan pada setiap tahun di samping melakukan penambahbaikan
dari segi pelaksanaannya.
Berdasarkan temu bual bersama GPK Sekolah Kebangsaan Jengka 25 iaitu,
Encik Abdul Razak bin Abd Aziz beliau menyatakan bahawa Program Jom Sekolah
telah berjaya mengurangkan bilangan murid yang ponteng sekolah pada setiap bulan.
Sikap ibu bapa pula menjadi lebih bertanggungjawab di atas ketidak hadiran anak
mereka ke sekolah apabila mereka akan mengukakan dokumen-dokumen sokongan
seperti surat pemberitahuan atau surat sakit dari klinik atau hospital kepada pihak
sekolah. Temu bual yang dilakukan terhadap wakil murid kelas Tahun 3 yang
memperoleh hadiah hamper dan sijil penghargaan kerana kejayaan mencatatkan
kehadiran penuh 100% selama 2 bulan berturut-turut pula mengatakan bahawa
Mereka merasa sangat gembira apabila kelas mereka dianugerahkan hadiah dan sijil
penghargaan Sifar Ponteng dan berazam hendak mengekalkan kemenangan tersebut
pada setiap bulan. Berdasarkan temu bual terhadap kelas-kelas yang gagal mencapai
kehadiran penuh, didapati bahawa mereka berazam untuk mencatatkan kehadiran
penuh dan berjanji untuk menyumbang kepada pencapaian kehadiran kelas dan
pencapaian dalam pembelajaran pada masa akan datang.

Namun begitu tidak dinafikan bahawa sebuah program yang baik pasti akan
berhadapan dengan beberapa cabaran sama ada ketika peringkat perancangan
mahupun ketika di peringkat pelaksanaan. Dalam hal ini kebijaksanaan Guru Besar
dan pentadbir sekolah adalah amat penting untuk melakukan post-mortem bagi
memperbaiki program tersebut.

2.2 Peluang dan Cabaran Pelaksanaan Projek

Kejayaan bagi Program Jom Sekolah ini adalah berkat kesungguhan kepimpinan
sekolah untuk menjelaskan matlamat yang hendak dicapai daripada program tersebut
serta kesedaran dari guru-guru tentang peranan mereka dalam menitik beratkan
kehadiran murid ke sekolah. Kerjasama dari semua pihak dan sokongan kuat daripada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga telah memotivasikan pihak sekolah untuk
menjayakan program ini. Guru Besar selaku pemimpin instruksional sekolah telah
bertindak secara proaktif memastikan kejayaan program tersebut agar masalah ketidak
hadiran murid ke sekolah dapat diatasi.

Justeru sebelum Program Jom Sekolah ini dilaksanakan, satu analisis SWOC
telah dibina untuk melihat perkara-perkara berikut:

i. Kekuatan sumber dalaman.


ii. Kelemahan sumber dalaman.
iii. Peluang-peluang daripada luaran yang terbaik.
iv. Ancaman dan cabaran luar.

Analisis SWOC telah digunakan oleh Jawatakuasa HEM dan pentadbiran


sekolah untuk membuat analisis terhadap persekitaran yang dapat mempengaruhi
pelaksanaan Program Jom Sekolah ini. Analisis SWOC yang dibina adalah seperti
berikut:

Jadual 17: Analisis SWOC Program Jom Sekolah


Kekuatan (S) Kelemahan (W)

1. Guru berkomitmen tinggi. 1. Murid kurang berminat ke


2. Barisan pentadbiran yang
sekolah.
berpengalaman dan berdedikasi. 2. Murid malas
3. Enrolmen murid yang mudah
diurus.

Peluang (O) Cabaran (C)

1. Hubungan baik dengan komuniti. 1. Ibu bapa tidak prihatin terhadap


2. Kerjasama erat dengan PIBG.
kehadiran anak-anak.
2. Tarikan daripada unsur-unsur
negatif di luar

Berdasarkan Analisis SWOC yang telah dibina, Guru Besar telah berjaya
mengenal pasti kekuatan dan peluang dalam menangani kelemahan dan cabaran yang
perlu untuk menjayakan Program Jom Sekolah tersebut. Hasilnya beliau berjaya
mendapat sokongan padu daripada warga sekolah keseluruhannya melalui penjelasan-
penjelasan yang diberikan di peringkat mesyuarat guru dan taklimat penuh tentang
keperluan dan rasional program ini dilaksanakan dari kelas Pra Sekolah hingga Tahun
6. Murid-murid juga sentiasa diingatkan tentang kepentingan kehadiran penuh ke
sekolah dan implikasi negatif ponteng sekolah sama ada semasa perhimpunan
mingguan mahupun di dalam bilik darjah. Beliau juga sentiasa berbincang bersama
guru-guru serta ibu bapa tentang masalah ketidak hadiran murid dan langkah susulan
yang diambil terhadap murid yang terlibat berdasarkan rujukan terhadap Panduan Bagi
Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Pihak sekolah berharap sepanjang melaksanakan program tidak timbul perkara-


perkara yang tidak diingini. Justeru, guru guru-guru diminta untuk memberi penerangan
yang jelas dan memotivasikan murid untuk menghadirkan diri demi kecemerlangan
mereka di masa hadapan. Mereka diminta untuk mengambil tindakan terhadap murid
yang ponteng sekolah dengan mengikut garis panduan yang telah digariskan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia supaya mereka tidak mengalami masalah ketika
menangani kes ponteng tersebut. Harapan utama Guru Besar adalah agar murid-murid
mendapat impak positif ekoran pelaksanaan program tersebut iaitu sentiasa hadir ke
sekolah kecuali atas sebab-sebab tertentu disertakan dengan dokumen atau surat
pemberitahuan daripada ibu bapa, sijil sakit dari klinik ataupun hospital. (Rujuk
Lamppiran)

Pentadbiran Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 25 amat bertuah kerana


walaupun mempunyai bilangan guru hanya seramai 17 orang, namun ia tidak menjadi
penghalang kepada sesuatu program dilaksanakan dengan jayanya di sekolah
tersebut. Ia sebaliknya memudahkan Guru Besar untuk berinteraksi dan bekerjasama
dengan mereka dalam memastikan program yang dirancang berjalan dengan lancar.
Guru-guru ini juga mudah dibimbing dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap
profession mereka dalam bidang pendidikan. Ini berlaku dengan sistem pengagihan
kerja dan tugasan yang mengambil kira kebolehan guru yang membantu mereka
menjalankan tugas dengan baik dan tanpa rasa terbeban. Guru Besar yang bersikap
terbuka dan sentiasa menerima cadangan dan pendapat yang dikemukakan oleh guru-
guru di samping memastikan setiap guru memahami tugas dan tanggungjawab mereka
terhadap murid sepenuhnya. Beliau juga sentiasa mendorong guru-guru untuk
mencapai tahap kecemerlangan dalam profesion dimasa hadapan.

Namun begitu, pihak sekolah tidak telepas dari cabaran dalam pelaksanaan
Program Jom Sekolah ini. Cabaran yang dihadapi adalah dari pihak ibu bapa sendiri
seperti ada dalam kalangan ibu bapa yang tidak memahami aspirasi pihak sekolah
dalam melaksanakan program tersebut. Mereka merasakan bahawa program tersebut
menyulitkan urusan seharian mereka kerana perlu mengemukakan permohonan cuti
bagi anak mereka atau mengemukakan dokumen-dokumen lain dari pihak klinik
mahupun hospital jika anak mereka tidak hadir ke sekolah. Golongan seperti ini kerana
mereka mempunyai tidak cakna dan merasa tidak selesa apabila berada dalam
peraturan akibat sudah selesa dengan keadaan tidak mengapa selama ini. Keadaan
ini dipengaruhi oleh latar belakang sosio ekonomi sesebuah keluarga yang turut
mempengaruhi keprihatinan mereka terhadap ketidak hadiran anak mereka di sekolah.
Namun begitu pihak sekolah beranggapan cabaran tersebut boleh diatasi dengan
memberikan kesedaran secara terperinci kepada ibu bapa terhadap rasional program
Jom Sekolah dilaksanakan. Pihak sekolah berharap ibu bapa dapat membuka minda
mereka menerima pembaharuan yang cuba dilakukan dan beransur-ansur menerima
peraturan yang ditetapkan yang secara tidak langsung berkait rapat juga dengan
kecemerlangan anak-anak mereka dalam pelajaran.

2. Penglibatan kepimpinan sekolah

Barisan pentadbiran sekolah melibatkan Guru Besar dan barisan Guru Penolong Kanan
memainkan peranan penting dalam merancang, melaksana, memimpin dan mengelola
pelaksanaan program ini. Seawal program ini dirancang, dibincangkan dalam
mesyuarat guru, dikemukakan dalam mesyuarat PIBG, sehingga dilaksanakan, pihak
kepimpinan sekolah mengambil peranan aktif menggerakkan jawatankuasa terlibat
membuat persediaan sewajarnya untuk memastikan Program Sifar Ponteng terlaksana
dengan jayanya. Kepimpinan sekolah sama-sama turun padang menyelia dan bertanya
khabar murid, guru dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Kepimpinan
turun padang ini sebenarnya memberi satu mesej kepada guru-guru dan murid-murid
bahawa program ini sangat dititikberatkan oleh pentadbir.

Guru Besar dan barisan pentadbiran Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 25


mempunyai barisan pasukan guru yang mantap dan berdedikas. Adalah tidak menjadi
masalah untuk mereka bekerjasama dalam satu pasukan untuk merealisasikan misi
dan visi sekolah yang mempupnyai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.
Hubungan di antara Guru Besar dan barisan pentadbiran adalah mesra dan sering
menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan mereka ketika
mengendalikan apa jua program sekolah. Guru-guru secara tidak langsung dapat
melihat dan mencontohi sikap tersebut dan menghormati kepimpinan yang ditunjukkan.
Teladan yang baik yang diamalkan itu diterapkan secara langsung kepada bukan
sahaja guru-guru dan staf sokongan yang lain namun juga dalam kalangan murid-
muridnya.

Selain itu jawatankuasa PIBG juga terlibat secara tidak langsung dalam
memastikan kejayaan program Sifar Ponteng. Jawatankuasa tertinggi PIBG yang
diterajui oleh Yang Dipertua PIBG sentiasa mengambil berat terhadap Program Sifar
Ponteng yang dilaksanakan di sekolah. Ibu bapa yang terlibat dalam jawatankuasa
tersebut turut memainkan peranan yang amat penting untuk menyalurkan hasrat dan
matlamat pihak sekolah melaksanakan program tersebut dalam aktiviti-aktivit
kemasyarakatan mereka. Mereka memainkan peranan memberikan penerangan
kepada komuniti di sekitar sekolah agar benar-benar memahami hasrat sebenar pihak
sekolah melaksanakan program Sifar Ponteng tersebut.

Oleh kerana semua pihak telah menjalankan peranan masing-masing, maka


program Sifar Ponteng di Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 25 dapat dilaksanakan
dengan cemerlang. Setiap pandangan yang dikemukakan oleh semua pihak untuk
penambahbaikan program tersebut diterima dengan minda terbuka oleh pihak sekolah.
Semua pihak memahami peranan masing-masing bagi menjayakan program ini. Inilah
antara kekuatan yang terdapat di sekolah ini semasa pelaksanaan Program Sifar
Ponteng ini.

2.5 Stail pengurusan dan kepimpinan sekolah

Kewibawaan Guru Besar sebagai pemimpin utama sekolah menjadi dorongan kepada
semua guru dan kakitangan untuk bekerja dengan cemerlang. Guru Besar Sekolah
Kebangsaan LKTP Jengka 25 tuan Haji Ahmad bin Omar mengamalkan kepimpinan
melalui teladan. Beliau menanam sikap bahawa orang bawahan akan menilai apa yang
pemimpin lakukan. Oleh itu adalah sangat penting pemimpin menunjukkan satu
karektor yang mampu diteladani oleh orang bawahannya. Selain dari, itu kepimpinan
secara demokratik tetapi tegas juga diterapkan dalam kepimpinan beliau. Demokratik
bermaksud, orang bawahan boleh memberi pandangan dan idea bersama dalam
merancang kemajuan sekolah. Namun ketegasan dalam membuat keputusan sangat
diperlukan agar tiada perkara-perkara berbangkit sewaktu suatu program akan atau
sedang dijalankan.

Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, Ph.D. (2011), ciri-ciri yang lazimnya
ada pada pemimpin yang berkesan adalah:

i) Berintegriti dan amanah


ii) Dorongan kejayaan
iii) Dorongan kuasa kepimpinan
iv) Keyakinan diri
v) Kepintaran .
vi) Keberanian
Corak kepimpinan yang diamalkan oleh sesorang pemimpin akan menentukan
kejayaan bagi sesorang pemimpin termasuk Guru Besar dalam kerjayanya. Guru
Besar yang autokratik sentiasa melihat kepada kecekapan dalam mengendalikan kerja
tanpa memikirkan soal kemanusiaan. Manakala bagi guru besar yang demokratik pula
melihat kepada kecekapan mengendalikan kerja dan hasil yang diperoleh, tetapi lebih
komitmen kepada pekerja-pekerja di bawahnya. Guru Besar yang memikirkan
kebebasan (Laissez-faire) hanya mengeluarkan usaha bekerja yang minimum untuk
menjaga hubungan organisasi bagi mencapai kejayaan. Guru Besar Sekolah
Kebangsaan LKTP Jengka 25 berjaya menggunakan kebijaksanaannya
menggabungkan corak kepimpinan demokratik dan autokratik berasaskan situasi
semasa.

Beliau juga mengamalkan kepimpinan aras lima iaitu pemimpin yang turun
padang iaitu sentiasa bersama guru-guru melaksanakan sebarang aktiviti. Kepimpinan
360 juga diamalkan dengan pendekatan berbeza apabila berada dalam situasi yang
berbeza. Pendekatan ini penting apabila berhadapan dengan peringkat kliennya seperti
murid, ibu bapa, guru, kumpulan sokongna dn sebagainya .

Guru Besar memainkan peranan yang sangat penting bagi melaksanakan


program ini. Tanggungjawab utama beliau adalah memastikan program ini berjalan
dengan lancar. Oleh itu kepimpinan beliau meliputi proses merancang, memimpin,
mengelola dan menilai program Jom Sekolah ini dilaksanakan dengan berkesan.

2.5 Pengiktirafan

Pengiktirafan merupakan suatu yang menjadi lumrah bagi manusia yang normal dalam
melaksanakan sesuatu dalam kehidupan seharian. Pengiktirafan tidak mengiran dalam
bentuk apa sekalipun sangat diperlukan oleh naluri manusia. Kata-kata manis
berunsurkan pujian akan menjadi penawar atas segala kesukaran dan kesusahan yang
dilalui. Menurut Locke (1978) pengiktirafan melalui pujian dan peneguhan positif adalah
faktor utama dalam kepuasan bekerja seseorang individu. Ini bermakna setiap manusia
suka dipuji dan diberi perhargaan atas apa yang mereka telah usahakan.

Bersandarkan itu, guru besar selalu menekan bahawa kejayaan murid-murid


mengekalkan kehadiran penuh ke sekolah akan mempengaruhi kejayaan mereka
dalam pelajaran. Kejayaan mereka merupakan kejayaan bersama bagi semua warga
sekolah. Selain dari itu, barisan kepimpinan juga menghargai setiap pengorbanan yang
telah dilakukan oleh semua guru dan kakitangan sekolah. Kejayaan kelas yang
mencatatkan keadiran penuh ke sekolah dihargai dengan diberikan hadiah hamper dan
dianugerahkan sijil penghargaan supaya menjadi perangsang kepada kelas-kelas yang
lain.

Sikap sentiasa memberi pengiktirafan dan sokongan kepada orang bawahan


adalah satu daripada ciri-ciri tingkah laku pemimpin yang berkesan. Mereka banyak
memberi dorongan dan pujian bagi setiap usaha orang bawahannya. Tingkah laku ini
menaikkan semangat kerja dan dapat mengelakkan gejala burn-out ataupun perasaan
mati semangat mahu bekerja lagi. (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, PH.D) Situasi
ini dapat dilihat dalam mesyuarat post mortem, apabila Guru Besar mengucapkan
terima kasih kepada guru-guru dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
program ini. Beliau berharap segala segala kelemahan yang dikenalpasti dapat diberi
penambah baikan. Pujian dan pengiktirafan ini secara tidak langsung akan
meningkatkan semangat guru untuk terus bekerjasama bagi mencapai kecemerlangan
sekolah.

2.6 Tindak Ikut


Berdasarkan kepada peningkatan GPS sekolah dalam UPSR 3 tahun kebelakangan
ini, ia menjadi satu petunjuk jelas bahawa program Jom Sekolah ini telah menjadi salah
satu penyumbang utama dalam pencapaian GPS terbaik dalam UPSR. Program ini
juga dinilai melalui peratus pelajar yang lulus dalam semua subjek UPSR. Berdasarkan
jadual di bawah dapat kita rumuskan bahawa program ini telah berjaya mengapai
matlamat yang dikehendaki oleh guru besar.

Jadual 18: Peratus Lulus Semua Subjek UPSR

UPSR 2014 2015 2016

% LULUS 100 72.22 100

GPS 1.43 2.00 1.89

Cabaran utama kepimpinan sekolah kini adalah untuk memastikan program Jom
Sekolah ini dapat diteruskan dan diberi penambahbaikan agar GPS sekolah semakin
mengecil dan jumlah pelajar yang semua A akan terus meningkat. Semua ini tidak akan
berlaku semudah menggapai visi kerana mengekalkan adalah lebih sukar dari
mencapai. Justeru itu tahap kesedaran pelajar terhadap kepentingan kehadiran mereka
ke sekolah dan kerjasama daripada ibu bapa sentiasa diutamakan.

Meskipun program Jom Sekolah ini berjaya dilaksanakan namun hasilnya masih
belum boleh dijadikan pengukuran kejayaan sekolah sepenuhnya. Guru Besar
bagaimanapun yakin terhadap kepentingan faktor kerjasama, komitmen dan
kesungguhan beserta sokongan padu daripada guru-guru dan ibu bapa maka program
Jom Sekolah ini akan mencapai kejayaan yang diharapkan.
Bagi Jawatakuasa Program Jom Sekolah berpendapat bahawa program ini perlu
dikekalkan pelaksanaannya pada tahun-tahun akan datang dengan melakukan
penambahbaikan pada aspek-aspek yang dikenalpasti ada kelemahannya. Pendapat
ini disokong sepenuhnya oleh semua pihak memandangkan terdapat unsur
penambaikan dalam semua aspek menjurus kepada peningkatan kepada sekolah.
Antara kebaikan yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

1. Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan kehadiran ke sekolah.


2. Membantu murid untuk lebih berdisiplin.
3. Membantu meningkatkan prestasi akademik.
4. Membantu mengelakkan defisit pembelajaran.
5. Membantu pihak sekolah dan komuniti mengatasi masalah sosial.
6. Membantu murid membentuk sahsiah yang lebih cemerlang.
7. Memberi keinsafan terhadap murid terhadap tanggungjawab mereka terhadap
diri sendiri.
8. Meningkatkan kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah.

Kesimpulannya, hasil daripada penilaian terhadap program Jom Sekolah yang


dilaksanakan di SK LKTP Jengka 25, ianya berjaya mengatasi masalah ponteng dalam
kalangan murid-murid. Guru Besar dilihat berjaya menjadi pengurus yang baik dalam
mengendalikan program tersebut melalui gabungan tenaga guru-guru, ibu bapa dan
dengan begitu berkesan.

2.7 Rumusan
Program Jom Sekolah telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancangkan.
Keberkesanan program telah dapat dilihat dari data peningkatan peratus kedatangan
pada setiap bulan. Murid-murid kini menyedari tentang kepentingan kehadiran mereka
ke sekolah.
Faktor sumber manusia yang diuruskan oleh Guru Besar dan pihak pengurusan
sekolah telah dikendalikan dengan baik dan berkesan sekali. Kepimpinan SK LKTP
Jengka 25 begitu jelas tentang peranan dan fungsi seorang pengurus. Ini
memudahkannya melibatkan diri dalam program yang dirancang. Aktiviti pengurusan
dalam merancang, mengelola, mengarah dan mengawal diambil perhatian dalam
melaksanakan program tersebut.

Berdasarkan apa yang telah dihuraikan, jelaslah bahawa sekolah ini dengan
kepimpinan guru besarnya serta sokongan padu dari barisan kepimpinan dan guru
serta sokongan PIBG merupakan tenaga penggerak ke arah terlaksananya Program
Jom Sekolah tersebut. Adalah diharapkan SK LKTP Jengka 25 akan terus mencapai
kecemerlangan dalam segala aspek baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurilum
terutama setelah kejayaan program Jom Sekolah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai