Anda di halaman 1dari 3

Kesihatan amat penting bagi diri.

Tuliskan sebuah karangan mengenai amalan penjagaan kesihatan diri.

1. WHAT=APA? Apa yang anda faham mengenai kesihatan?


2. HOW=BAGAIMANA? Bagaimana anda menjaga kesihatan diri?

Contoh isi :

- Bersenam
- Pengambilan makanan seharian
- Rawatan doktor (Pemeriksaan Kesihatan)
- Tidur yang secukupnya (Bahagi masa dengan rutin harian)

Penutup :
- Kesimpulannya..

Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan merujuk
satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti ada penyakit
kencing manis dan mudah diserang penyakit berjangkit lain. Terdapat pelbagai langkah yang
boleh diamalkan oleh seseorang untuk memiliki tahap kesihatan yang baik.

Bersenam ialah salah satu untuk menjaga amalan penjagaan kesihatan diri. Bersenam dapat
mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Seseorang individu mestilah menjalankan aktiviti
fizikal seperti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap
sesi.Hal ini demikian kerana bersenam akan dapat menyihatkan tubuh badan di samping
meningkatkan tahap kecergasan fizikal.

Seterusnya, pengambilan makanan seharian kita juga hendaklah makanan yang seimbang.
Contohnya, perbanyakkan makan-makanan yang berprotein, karbohidrat, dan sebagainya. Kita
juga hendaklah kurangkan makan-makanan yang berlemak, kolestrol tinggi, gula garam yang
berlebihan dan makanan berminyak. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan masalah berat
badan, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Selain itu, kita mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali dalam
setahun.Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan berada dalam keadaan yang baik
tanpa sebarang penyakit.Pemeriksaan kesihatan mestilah kerap dilakukan supaya dapat
memulakan rawatan dari peringkat awal sekiranya didapati menghidap sebarang penyakit.

Di samping itu,setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.Dalam
kesibukan menjalani aktiviti harian,keperluan tubuh badan tidak wajar diabaikan.Tubuh badan
kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus berfungsi dengan baik.Tanpa rehat yang
secukupnya,tubuh badan akan menjadi letih dan lesu ini akan menyebabkan semua aktiviti
akan tergendala. Oleh itu, kita perlulah mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya.

Kesimpulannya, kita mestilah menjaga kesihatan diri dengan baik. Menjaga kesihatan
merupakan satu tanggungjawab yang harus kita lakukan dengan penuh amanah. Kesihatan
yang baik bukan sahaja menjimatkan kos perubatan seseorang itu melah memberikan satu
kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga.

294 patah perkataan

Saya menjalani aktiviti perkhemahan di dalam hutan bersama rakan-rakan. Sedang


dalam perjalanan mencari tapak yang sesuai bagi mendirikan khemah. Tiba-
tiba

Sambung cerita ini.

1. Ceritakan reaksi anda terhadap apa yang terjadi.


2. Nyatakan tindakan anda berdasarkan apa yang anda lakukan di dalam
cerita ini.

Saya menjalani aktiviti perkhemahan di dalam hutan bersama rakan-rakan. Sedang dalam
perjalanan mencari tapak yang sesuai bagi mendirikan khemah. Tiba-tiba salah seorang dari
kawan saya yang bernama Aina, kakinya tersadung dan terseliuh. Kami terus mengangkatnya
dan dia memberi tahu bahawa kakinya agak sakit dan mungkin terseliuh, kami tidak dapat
meneruskan perjalanan dan terpaksa berhenti seketika. Hari sudah gelap, kami terpaksa
memapah dia dan pergi cari kawasan yang sesuai. Kami bercadang untuk sambung perjalanan
kami pada keesokan pagi. Saya menyuruh Alia dan Aminah pergi mencari ranting-ranting kayu
untuk membuat kayu api agar kami semua tidak kesejukan.

Pada keesokan pagi, kami bangun dan bersiap-siap untuk menjalani aktiviti perkhemahan.
Tetapi Aina masih tidak menyedarkan diri, apabila kami periksa badannya, badannya agak
panas dan kakinya bengkak teruk. Lalu, kami mencadangkan untuk batal sahaja aktiviti ini
kerana keadaan tidak mengizinkan. Alia menelefon ibu bapa Aina dan memberitahu hal
sebenar, dan menyuruh ibu bapa Aina menelefon pihak berkuasa juga.

Kami sangat sedih dan berasa salah kerana tidak menjaga Aina elok-elok. Sejam kemudian, ibu
bapa Aina dan pihak berkuasa sudah sampai. Ibu bapa Aina sangat sedih dan risau apabila
melihat keadaan anaknya itu. Kami meminta maaf kepada mereka. Lalu, dia dibawa ke hospital
untuk rawatan selebih lanjut.
Kami turut pulang bersama. Sesudah sampai ke rumah saya menceritakan hal yang terjadi
kepada keluarga saya dan saya bersiap untuk pergi ke hospital untuk melawat Aina bersama
rakan-rakan saya. Apabila kami sampai ke hospital, kami mendapat berita bahawa Aina sudah
menyedarkan diri. Kami berasa sangat gembira. Kami meminta maaf kepadanya dengan apa
yang telah terjadi.

Akhir sekali, selang beberapa hari kami mendapat panggilan daripada ibu bapa Aina, mereka
memberitahu bahawa Aina sudah keluar dari hospital dia juga sudah sembuh dan pulih
sebaiknya. Saya berasa lega dan gembira, saya dan rakan-rakan pergi ke rumahnya untuk
berjumpa dengan dia.

297 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai