Anda di halaman 1dari 3

CLASSROOM INVESTIGATION

ROZANA BT HASSIM
SMK KUBANG KERIAN, KOTA BHARU, KELANTAN

SUBJEK : ASAS SAINS KOMPUTER


KELAS : 1 ARAB

TAJUK PROJEK
Lets Write

APA YANG HENDAK DIKETAHUI


Murid-murid dapat mengaplikasikan teknik dalam pemikiran
komputasional untuk menghasilkan karangan band A.

PERLAKSANAAN

1. Pelajar akan diberikan beberapa petikan dari cerita pendek


yang perlu dipelajari dalam subjek Bahasa Inggeris Tingkatan
3
2. Pelajar dikehendaki baca petikan tersebut dan mengenalpasti
elemen (character, theme, important event, moral
lesson/value) yang terdapat dalam petikan tersebut. teknik
pemikiran komputasional akan diaplikasikan pada aktiviti ini.
3. Hasil daripada aktiviti no.2, pelajar dikehendaki membina
peta minda ringkas, mengenai setiap elemen yang
dikenalpasti. teknik pemikiran komputasional akan
diaplikasikan pada aktiviti ini.
4. Pelajar diberikan penerangan ringkas mengenai bagaimana
menghasilkan karangan band A kriteria yang perlu ada.
teknik pemikiran komputasional akan diaplikasikan pada
aktiviti ini.
5. Pelajar akan diberikan soalan (essay writing) mengenai salah
satu daripada elemen yang telah dikenalpasti pada aktiviti
no.2.
6. Berdasarkan peta minda yang dihasilkan pada aktiviti no.3,
pelajar dikehendaki menghasilkan karangan band A mengikut
kriteria yang telah dibincangkan dalam aktiviti no.4.
7. Karangan akan disemak sama ada mendapat band A,
sekiranya masih belum mendapat band A, pelajar
dikehendaki mengenalpasti kesalahan yang telah dilakukan.
Aktiviti akan diteruskan sehingga pelajar dapat menghasilkan
karangan band A mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
PERNAHKAH DILAKSANAKAN SEBELUM INI?
Tidak pernah, tapi ada kaitan dengan tajuk pemikiran
komputasional. Murid-murid akan dapat melihat perkaitan antara
keduanya.
PENILAIAN
Saya akan berbincang (mengenai teknik pemikiran
komputasional yang digunakan untuk setiap aktiviti yang
berkaitan) dengan murid-murid berdasarkan jawapan yang diberi.
Murid-murid akan memberi maklumbalas berdasarkan apa yang
telah dihasilkan.

BAGAIMANA MEMASTIKAN PENYIASATAN DILAKSANAKAN


SECARA BERETIKA
Menyediakan senarai semak.

BAGAIMANA PENYIASATAN INI MEMBANTU PENGAJARAN


ANDA
Saya berharap dapatan daripada penyiasatan ini dapat
menghubungkaitkan penggunaan pemikiran komputasional
dalam subjek lain selain daripada subjek Asas Sains Komputer.

Anda mungkin juga menyukai