Anda di halaman 1dari 2

Bukan Kemahuan Fikiran

Lambat. Dia tahu dia lambat. Sengaja dia memperlahankan langkahnya.

Kringgggggggggggggggggggg!

Dari kejauhan Nur Baiti mendengar bunyi loceng sekolahnya. Menandakan telah bermulanya
sesi persekolahan untuk hari itu.

Beberapa murid yang lain berlari-lari anak. Sambil membawa beg sekolah, sudah pasti tidak
boleh berlari laju. Pasti mereka tidak mahu ditahan pengawas bertugas, lantas nama mereka
dicatatkan di dalam Buku Rekod Datang Lewat.

Biarlah lambat, desis hati kecilnya. Dia malu jika ada yang terlihat dia hanya memakai
selipar buruk. Dia sangat-sangat malu.

Kasut sekolahnya masih basah pagi tadi. Petang semalam Nur Baiti tidak fikir semua itu,
ketika ternampak seekor anak kucing terjatuh ke dalam longkang. Laju sahaja dia terjun
untuk menyelamatkan anak kucing malang tersebut.

Nur Baiti tiba di pintu pagar sekolahnya sepuluh minit kemudian. Sehabis lambat dia
berjalan. Pertama kali dia lewat. Pertama kali dia SENGAJA lewat.

Ketua Murid pun lewat juga, sebalnya di dalam hati.

Mujurlah kelasnya 6 Anggerik terletak di tepi pintu pagar sekolah. Laju sahaja dia melangkah
kaki memasuki kelasnya. Puan Sakinah, guru Bahasa Inggerisnya berhenti mengajar dan
terus bertanya kenapa dia lewat dan hanya berselipar.

Diam. Kelu. Membisu.

Dia tiada jawapan untuk soalan itu. Bukan hendak menipu, dia bimbang jika dia memberi
jawapan, dia akan kelihatan seperti tidak hormatkan guru yang sangat dia sayangi itu.

Puan Sakinah tidak memaksa. Melihat dia berdiam diri, Puan Sakinah memberi isyarat
supaya Nur Baiti duduk.

Tengahari itu, Nur Baiti di panggil Guru Disiplin, Encik Nor Azhar. Garau suaranya menambah
resah di hatinya. Hari ini dalam sejarah Nur Baiti. Awak lambat dan hadir ke sekolah
memakai selipar pula. Ada apa-apa yang ingin awak kongsikan dengan cikgu?, soal Encik
Nor Azhar. Ma maafkan saya, cikgu!. Hanya itu saja yang mampu Nur Baiti lafazkan.
Sebelum membenarkan Nur Baiti pulang, Encik Nor Azhar sempat berpesan, Cikgu harap
kejadian hari ini tidak akan sama sekali berulang pada masa akan datang. Awak tahu
sebagai Ketua Murid, awak perlu menunjukkan contoh yang baik kepada murid lain. Lembut
nadanya tetapi ada ketegasan.

Walau baru saja ditegur oleh guru displin, Nur Baiti pulang dengan gembira
memikirkan yang esok hari Sabtu. Maka kasut sekolahnya nan satu itu sempat kering. Dan
dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Dia tidak mahu menjadi murid
bermasalah, seterusnya memalukan kedua ibu bapanya. Sudahlah mereka orang miskin,
jangan dibenci orang pula kerana sikap yang tidak baik.
Tengahari Sabtu itu, Nur Baiti dikejutkan dengan kehadiran Encik Nor Azhar, Puan
Sakinah dan guru kelasnya, Puan Fauziah. Puan Fauziah dengan lemah lembutnya meminta
izin untuk membawa Nur Baiti keluar bersiar-siar daripada ibu. Ibu membenarkan
sementelah mengetahui mereka bertiga adalah guru-guru Nur Baiti.

Rupa-rupanya Encik Nor Azhar dan Puan Sakinah


sangat mengambil berat tentang Nur Baiti dan berusaha
mendapatkan maklumat tentangnya dari Puan Fauziah.
Mereka membawa Nur Baiti ke pasaraya dan membelikan
sepasang kasut sekolah baharu untuknya. Nur Baiti merasa
sangat terharu dan menitiskan air mata di dalam perjalanan
pulang.

Puan Sakinah yang ternampak air mata di pipi Nur


Baiti kemudian berkata, Bukan kemahuan fikiran kita untuk
menjadi miskin. Nasib kita berbeza, tetapi kita semua
inginkan yang sama, kejayaan. Maka berusahalah dan
jangan malu dengan kenyataan siapa kita. Kami dapat
lihat potensi awak, Nur Baiti. Awak murid yang baik, hormat
pada guru dan boleh memimpin. Berusahalah untuk
mengubah nasib awak!, tambah Encik Nor Azhar pula.

Tersemat kukuh pesanan guru-guru Nur Baiti di sanubarinya. Hasil usaha dan semangatnya
untuk mengubah nasib diri dan keluarga, Nur Baiti akhirnya menjadi seorang doktor. Dia
sentiasa mendoakan kesejahteraan guru-gurunya kerana tidak pernah berputus asa
terhadapnya. Terima kasih, cikgu!

Nukilan;
Aida Omer
SKDD1

Anda mungkin juga menyukai