Anda di halaman 1dari 3

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYATAKAN NILAI TAMBAHA BAWAH 20

DIKALANGAN MURID PRASEKOLAH DENGAN BELAJAR MELALUI BERMAIN

BERMAIN & BERCERITA JOM MAKAN DORAEMON

Rahmah binti Oleh

Guru Prasekolah SK Nuri


rahmah_saga@yahoo.com.my

1.0 SINOPSIS

Tujuan kajian ini ialah untuk menambahbaik pengajaran guru supaya


murid dapat menguasai kemahiran membuat operasi tambah dan
menyatakan nilainya dengan cara yang betul. 11 orang murid terlibat
dalam kajian ini. Satu ujian saringan telah diberikan kepada semua murid
di kelas Prasekolah Kasih. Hasil daripada ujian saringan itu, dua orang
murid telah dikenalpasti tidak boleh membuat operasi tambah dan
menyatakan nilai dengan betul. Murid lebih mudah mengingat, jika murid
lakukan sendiri aktiviti membuat operasi tambah dalam situasi yang
menyeronokan. Murid hendaklah diberi latihan dalam pelbagai teknik.
Guru memperkenalkan cara menyatakan operasi tambah melalui aktiviti
belajar melalui bermain iaitu dengan teknik bercerita.. Guru telah
memperkenal bentuk dan simbol-simbol yang diperlukan dalam operasi
tambah. Kajian ini juga menunjukkan bahawa Kaedah belajar melalui
bermain dapat membantu murid menguasai kemahiran mengenal simbol
dan menyatakan operasi nilai tambah dengan cepat dan tepat kerana ia
tidak membosankan. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi satu
alternatif kepada guru untuk mengajar murid yang bermasalah membuat
operasi tambah dan mengecam simbol nombor bentuk dengan cepat.Siri
karton Doraemon merupakan ikon yang begitu rapat dengan murid
prasekolah yang berumur 4 hingga 6. Sehubungan dengan itu, aktiviti
belajar melalui bermain digunakan dengan menggunakan watak yang
terdapat dalam siri karton tersebut. Ini secara tidak langsung akan dapat
menarik minat murid untuk membuat aktiviti tersebut dan seterusnya
dapat memahami konsep membuat operasi tambah dalam lingkungan 20.

Kajian tindakan yang dirangka ini mengambil tempoh empat minggu dan tindakan yang
dirancang diaplikasikan berulang kali dalam memantapan kemahiran murid membuat operasi
dan menyatakan nilai tambah dalam lingkungan 20.. Murid-murid boleh menulis setelah
menguasai kemahiran motor halus dengan baik iaitu dengan melibatkan cara menggunakan
alatan menulis,memegang dengan baik dan menulis huruf dengan kemas, cantik dan bersih.
Ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain.
2.0 Fokus Kajian
Kajian ini berfokuskan kepada meningkatkan kemahiran membuat operasi tambah dan
menyatakan nilai dalam kalangan murid prasekolah. Berdasarkan tinjauan masalah awal,
kaedah Thumbs Up menimbulkan beberapa masalah kepada murid. Antara masalah yang
timbul adalah :
1. Murid belum mahir dengan arah kiri dan kanan
2. Murid belum menguasai koordinasi mata tangan yang baik.
Hal ini berpunca daripada penggunaan tangan sebagai simbol teknik belajar menulis simbol
dan huruf. Kaedah ini melibatkan tiga fenomena mental yang penting, iaitu pengamatan,
ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan proses dimana kanak-kanak memberikan
sepenuh perhatian kepada situasi yang dilihat. Ingatan pula proses pembinaan, pengumpulan
dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa dialami dan bayangan pula merupakan
satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik seperti pendengaran dan penglihatan yang
dikumpul di bahagian mental.Menurut Liew Ai Lin dan Nani Menon (2003) , kaedah bercerita
dapat membantu perkembangan sosioemosi, kognitif ,fizikal dan sosial. Melalui bercerita dan
bermain dapat membantu dan menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan itu, Scneider & Pressly (1989) juga myatakan kualiti dorongan intonasi dan
nyanyian akan merangsang murid untuk memberi lebih tumpuan dan fokus.

3.0 Objektif dan Soalan Kajian


Objektif kajian dan persoalan kajian adalah seperti yang dinyatakan:
Objektif Umum
Meningkatkan amalan guru dalam membantu murid prasekolah membuat operasi tambah dan
menyatakan nilainya dengan tepat..
Objektif Khusus
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:
1. Murid-murid dapat membuat operasi tambah dan menyatakan nilainya dalam
lingkungan 20 dengan tepat.
2. Murid-murid dapat memperbaiki cara menulis simbol nombor secara ansur maju dan
latih tubi.
4.0 Isu/ Masalah yang ditangani oleh inovasi.
1. Adakah teknik bermain dapat membantu murid-murid membuat operasi tambah dan
menyatakan dengan cara yang betul?
2. Adakah teknik bermain yang digunakan dapat memperbaiki cara menulis simbol nombor ?

5.0 Kumpulan Sasaran


Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada 11 orang murid Prasekolah Kasih, Sk Nuri, terdiri
daripada 7 lelaki dan 4 perempuan. Kebanyakkan penjaga murid-murid prasekolah di sekolah
ini berpendapatan antara RM 1000 dan ke bawah yang bekerja di sektor swasta seperti pekerja
am, pasaraya dan bekerja sendiri seperti berniaga dipasar malam, ibu tunggal dan sebagainya.
Hal ini menyebabkan penjaga murid-murid yang kurang berkemampuan banyak bergantung
kepada pihak sekolah dalam memberikan pengajaran terbaik untuk anak-anak mereka.
Didapati 2 orang murid sangat lambat dalam menguasai kemahiran menulis simbol nombor
dan membuat opearasi tambah dalam lingkungan 20.

Anda mungkin juga menyukai