Anda di halaman 1dari 17

1) ELEMEN-ELEMEN ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN

Penempatan manusia di satu atau beberapa pusat bandar yang strategik.


Hayat penghidupan stabil yang panjang.
Wujud organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosialisasi danpendidikan
yang teratur dan sistematik.
Adanya satu bahasa atau bebarapa bahasa serumpun dengan sistem tulisantersendiri yang
menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian danpewaris khazanah ilmunya.
Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan dantindak
tanduk anggota masyarakatnya.
Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan seperti seni, sastera, falsafah dan lain-lain juga
meningkatnya penciptaan sains dan teknologi.

___________________________________________________________________

2) Ciri-ciri Khusus Tamadun Islam

Dalam tamadun Islam terdapat beberapa ciri keistimewaan yang mungkin mempunyai persamaan
dengan tamadun lain, namun yang paling istimewa tamadun Islam yang tiada pada tamadun lain
ialah bersifat rabbani (ketuhanan). Ciri-ciri khusus tamadun Islam adalah seperti berikut:

1 Rabbani (bersumberkan ajaran Allah s.w.t)


1 Iaitu meletakkan petunjuk Allah s.w.t sebagai sumber utama dan menjadikan Rasulullah
s.a.w sebagai model dalam membina tamadun.
2 Tamadun Islam menjadikan sumber naqli (al-Quran dan al-Sunnah) sebagai sumber asas
atau utama di samping tidak menafikan sumber aqli (akal). Berbanding dengan tamadun
Barat yang meletakkan akal sebagai sumber yang penting dalam konteks pembinaan
tamadun manusia sehingga menyangkal perkara yang dinyatakan dalam sumber naqli.
3 Justeru, masyarakat Barat menolak agama dalam kehidupan mereka terutama yang
berkaitan dengan pembangunan dan kemajuan kerana bagi mereka agama dianggap
menyekat kemajuan dan kemodenan.
4 Tamadun Islam yang bersifat rabbani memberi makna dan matlamat yang jelas bahawa
tamadun yang dibina oleh umat Islam tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menuju
keredhaan Allah s.w.t untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat, bukan mencapai
kesenangan dan keuntungan di dunia semata-mata atas nama kemajuan dan kemodenan.

2 Syumul (Menyeluruh / lengkap)


1 Ajaran Islam adalah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia di mana pelaksnaan
ajaran Islam bukan hanya pada persoalan ibadah khusus sahaja tetapi juga melibatkan
setiap kegiatan dan aktiviti manusia termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan
pembagunan dan kemajuan sama ada dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan,
perniagaan dan sebagainya.
2 Ajaran Islam menyeru manusia supaya berlaku adil kepada semua insan mengira agama
dan bangsa. Islam juga meliputi semua tempat dan masa serta sesuai kepada semua
manusia tanpa batasan. Kesemuanya ini memperlihatkan kesyumulan Islam.
3 Tamadun Islam tidak menolak sumbangan daripada tamadun-tamadun asing selagi ianya
tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan memesongkan matlamat tamadun Islam seperti
dalam bidang sains dan teknologi.
3 Universal (Sejagat)
1 Walaupun Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang berbangsa Arab, namun
agama bukan khusus untuk bangsa Arab sahaja tetapi milik semua umat manusia kerana
Islam bukan bersifat kesukuan atau nasionalisme tetapi bersifat calami (universal).
2 Oleh sebab itu, berdasarkan sejarah mendapati tamadun Islam tidak hanya dibangunkan
oleh bangsa tertentu dan bukan milik bangsa tertentu sahaja tetapi kepunyaan pelbagai
bangsa yang menjadikan ajaran Islam asas pembinaan tamadun seperti bangsa Arab,
Parsi, Sepanyol, Turki, Cina dan Melayu. Ini menjelaskan bahwa kesejagatan tamadun
Islam bermakna ia tidak terikat kepada bangsa tertentu, sebaliknya seluruh umat manusia
yang berpegang kepada al-Din.
3 Tamadun Islam yang wujud diseluruh dunia sama ada di Asia atau di Eropah tetap masih
sama seperti yang diamalkan di semenanjung Tanah Arab. Bahkan sikap Islam lebih dari itu
iaitu saling berkongsi ilmu pengetahuan untuk membangunkan tamadun masing-masing.
4 Begitu juga, tidak pernah timbul pertembungan peradaban Islam seperti tamadun Islam
Abbasiyyah di Baghdad dan Uthmaniyyah di Turki membawa kepada ketegangan agama
atau budaya.

4 Ideal dan Realistik


1 Islam meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan dengan mengawasi seluruh kegiatan
manusia supaya tidak bercanggah dengan ajaran Allah.
2 Realistik memberi makna bahawa alam adalah satu hakikat yang wujud di dunia nyata
yang menunjukkan kewujudan Allah s.w.t. Dan Islam adalah suatu yang ideal untuk
manusia kerana ianya menepati fitrah manusia dan merangkumi setiap aspek kehidupan
manusia.
3 Umpamanya, Islam menggalakkan manusia berkeluarga, maka Islam telah memberi
peraturan yang cukup harmoni untuk dipatuhi. Ianya amat realistik dari segi mengambil
kira realiti alam yang menunjukkan hakikat kewujudan Allah s.w.t. Maka tidak timbul isu
kemaksiatan atau pelanggaran peraturan Allah. Ini kerana setiap perlakuan hamba akan
dipersoalkan diakhirat nanti.

5 Tetap dan Anjal


1 Ini bermakna Islam merupakan agama yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan
matlamat pembinaan tamadun manusia, tetapi anjal dari sudut cara dan kaedah
pelaksanannya.
2 Islam memberi kebebasan kepada manusia membangun dan memajukan tamadun namun
jangan sampai matlamat asal pembinaan tamadun iaitu ke arah keredhaan Allah s.w.t
terarah kepada kebendaan semata-mata.
3 Oleh itu, dalam mengembeling penerokaan ilmu, keseimbangan dan kesepaduan ilmu
hendaklah diberi perhatian iaitu tidak memisahkan ilmu sains dan teknologi dengan agama.

6 Sepadu dan Seimbang (al-Tawazun)


1 Ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan atas dasar sepadu dan seimbang. Sepadu
bermaksud setiap satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam ajaran Islam saling
berkaitan. Manakala seimbang bermaksud seimbang antara tuntutan kebendaan dan
kerohanian, dunia dan akhirat.
2 Dunia adalah keperluan manusia, manakala akhirat adalah hala tuju atau matlamat
kehidupan manusia. Justeru, Islam menyeru manusia agar tidak mengabaikan tuntutan
akhirat dalam usaha manusia membina kemajuan tamadun di dunia.
3 Ajaran Islam hendaklah diamalkan secara keseluruhannya dan bukan sebahagian tertentu
sahaja. Apabila manusia hanya mengambil bahagian tertentu ajaran Islam dan
meninggalkan sebahagian lain daripada perintah Allah maka cacatlah tamadun Islam
seperti membangunkan teknologi moden bagi membuktikan kehebatan kepada masyarakat
dunia dengan berbelanja besar sehingga membawa banyak pembaziran dan mudarat.
___________________________________________________________________
3) Faktor-faktor penyebaran agama Islam ke Nusantara :
Faktor Perdagangan :
o Para pedagang memang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di
Nusantara. Para pedagang Arab, India, Parsi memang mempunyai kegiatan perdagangan
di Nusantara sejak abad ke 8 atau 9 Masihi. Peranan mereka dalam penyebaran Islam ini
dapat dibahagikan kepada dua iaitu usaha mereka sendiri menyampaikan Islam kepada
penduduk tempatan dan keduanya ialah melalui kemudahan yang mereka berikan kepada
para pendakwah Islam menaiki kapal-kapal mereka untuk bergerak dari satu pelabuhan ke
pelabuhan lain untuk berdakwah. Para pedagang Islam mempunyai peluang yang sebaik-
baiknya untuk menyebarkan Islam melalui tiga saluran iaitu hubungan baik mereka dengan
para penguasa pelabuhan, raja atau pembesar-pembesar tempatan. Selain itu, mereka
mengahwini gadis-gadis tempatan dan menjalin hubungan baik dengan pedagang-
pedagang lain yang datang dari berbagai-bagai kawasan di Nusantara. Di samping itu,
pada abadabad 14, 15, 16, dan 17 Masihi menyaksikan bahawa kegiatan perdagangan
amat menggalakkan sekali. Contohnya, pada abad ke-14 kerajaan Pasai, abad ke-15
kerajaan Melaka, dan pada abad ke-16 kerajaan Acheh merupakan pusat-pusat
perdagangan yang mewarnai kegiatan perdagangan di Nusantara. Kedudukan Nusantara
yang amat strategik membantu kerancakan perdagangan.

Faktor Ajaran Islam :


o Kedatangan Islam ke Nusantara terpaksa menghadapi persaingan agama Hindu yang
telah bertapak selama 13 abad. Namun, semua aspek ajaran Islam itu mempunyai
kelebihannya yang menyebabkan Islam mudah diterima oleh penduduk Nusantara. Salah
satu kebaikan Islam ialah mudah difahami, tidak bertentangan dengan akal fikiran,
sentiasa rasional dan amat sesuai bagi semua manusia pada segenap zaman dan tempat.
Misalnya, dalam aspek sosial, Islam mengajarkan bahawa semua manusia adalah sama
taraf dan manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah mereka yang paling bertakwa.
Di samping itu, Islam memberikan jaminan dan keadilan sosial, menekankan persaudaraan
Islam yang bersifat universal, tolong-menolong, hormat-menghormati, bersatu padu, dan
lain-lain.

Faktor Ahli Tasawuf dan Pendakwah :


o Ahli tasawuf dan pendakwah ialah ulama Islam yang kuat berpegang dan
beramaldengan ajaran Islam. Akhlak mereka menyebabkan agama Islam masyhur
dan mendapat sanjungan serta menarik minat penduduk Nusantara. Mereka bukan
sahajaberpakaian bersih dan tertib, tetapi semua tingkah laku dan tutur kata mereka
amat menarik dan mempersonakan serta penuh dengan hikmah. Pada
peringkat permulaannya, mereka dikatakan menghadapi tentangan sami-sami Hindu
yang menggunakan berbagai-bagai ilmu sihir untuk mematahkan kegiatan dakwah
danpengaruh Islam. Dengan pertolongan Allah SWT, mereka dapat menghadapinya.
Oleh itu, orang ramai mudah mempercayai kebenaran ajaran Islam. Pada
zaman kekuasaan Melaka, Acheh, dan Demak, para ahli tasawuf mempunyai pengaruh
yang kuat dalam kalangan sultan dan pembesar-pembesar negara. Contohnya,
pada zaman Acheh mereka memainkan peranan penting dalam urusan
pemerintahan. Mereka menganggotai beberapa lembaga pemerintahan. Balai Gadang
pada zamanpemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, telah dianggotai oleh 22
orang ulama terkenal di Acheh. Di samping itu, ulama-ulama luar yang datang ke Acheh
seperti dari negeri-negeri Semenanjung Arab, Parsi, Turki, India, Gujerat, dan lain-lain
telah menjadi penasihat kepada kerajaan dan guru-guru kepada institusi pengajian dan
masjid-masjid.
Faktor Penaklukan :
o Penaklukan juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor penyebaran Islam di Nusantara.
Penaklukan yang dilakukan oleh sesebuah negara Islam ke atas daerah lain mendorong
tersebarnya Islam dengan cepat. Jika daerah yang ditawan belum Islam maka melalui
penaklukan itu para pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam kerana motif polotik,
kedudukan, ekonomi, dan sebagainya. Jika daerah yang ditakluk itu telah Islam maka
Islam dapat dikembang dengan lebih berkesan lagi. Contohnya, catatan Ibn Batutah
membuktikan bahawa Kerajaan Pasai telah meluaskan kuasa politiknya ke daerah
sekitarnya melalui peperangan lalu Islam tersebar luas di daerah tersebut. Melaka pula
pada zaman kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki beberapa daerah di
Tanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Patani, Kampar, Inderagiri,
Rokan, Siak, Johor, Bengkalis, dan lain-lain.

Faktor Kesusasteraan dan Penulisan :


o Kesusasteraan dan penulisan juga menjadi faktor penting tersebarnya Islam di
Nusantara. Selepas kedatangan Islam, muncul tulisan jawi yang berasal daripada abjad
huruf Arab. Dengan adanya tulisan tersebut maka bahasa Melayu berkembang dengan
pesat sekali. Nahu dan perbendaharaan bahasa Melayu dilengkapkan dengan pengaruh
unsur-unsur nahu dan kata-kata Arab hingga bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar
bagi sistem pelajaran dan pendidikan di Nusantara. Selain itu, berbagai-bagai bentuk
sastera Arab seperti syair, sajak, nazam, dan sebagainya telah mempengaruhi bahasa
Melayu. Akhirnya, lahir ramai tokoh pengarang Islam dalam kalangan para ulama yang
gigih menghasilkan karya sastera yang berunsur Islam. Banyak kitab agama dikarang atau
diterjemahkan ke bahasa Melayu. Karya terjemahan tentang kisah-kisah Nabi Muhammad
SAW dan sahabat menarik minat dan perhatian penduduk Nusantara. Contohnya, Hikayat
Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Mengajar
anaknya Fatimah, Hikayat Nur Muhammad, dan sebagainya sering dibacakan kepada
penduduk Nusantara.

Faktor Perkahwinan :
o Perkahwinan turut menjadi faktor penting dalam penyebaran Islam di Nusantara.
Perkahwinan berlaku melalui dua cara iaitu perkahwinan antara saudagar Islam dengan
gadis-gadis tempatan, terutama anak gadis pembesar atau kerabat diraja tempatan.
Keduanya ialah perkahwinan antara raja dengan puteri raja daerah atau negeri lain.
Contohnya, perkahwinan Merah Silu dengan puteri raja Perlak menyebabkan beliau
memeluk Islam dan bergelar Malikul Salleh. Rakyat Pasai turut memeluk Islam
kemudiannya.

___________________________________________________________________

4) KESAN TAMADUN CHINA KE ATAS TAMADUN MELAYU

1. Penyebaran Agama

Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan datang dari Tanah Besar China ekoran
hubungan perdagangan Islam yang datang melalui para pedagang dari Canton dan Hainan pada
kurun ke-9 dibuktikan dengann penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei
(1048), di Laren, Jawa (1082).

2. Warisan Cina Peranakan

Dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh
kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu Baba banyank mengandungi perkataan Hokkien. Cara
masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan
guna tangan. Pakaian kebaya dan kain sarong telah muncul.

3. Kebudayaan

Pertukaran barangan sebagai hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain)
dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam,
serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul
merah.

4. Perubatan dan Teknologi

Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan yin dan yang. Perubatan herba Cina
yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser.

Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan diperkenalkan.

Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan dan
sebagainya.

___________________________________________________________________
5)CIRI-CIRI TAMADUN JEPUN

Ciri-ciri Asas Peradaban

Sesebuah masyarakat itu dikatakan mempunyai peradaban sekiranya mempunyai


beberapa ciri asas peradaban. Mengikut Hashim Musa di dalam bukunya yang bertajuk
Merekonstruksi.

ciri-ciri asas peradaban mesti mempunyai

(1) Penempatan manusia atau beberapa pusat perbandaran

Menurut catatan Kojiki (Rekod Perkara-Perkara Purba) empayar Jepun telah ditubuhkan
pada tahun 660 SM iaitu pada zaman Yayoi.Empayar ini ditubuhkan oleh Maharaja Jimmu yang
merupakan maharaja kelima dari keturunan Dewi Matahari. Maharaja Jimmu telah menjadikan
Kashiwara ibu kota kerajaan Yamato. Kepesatan pembangunan dalam kerajaan Yamato telah
berlarutan sehingga zaman Kamakura yang menyebabkan ramai kaum petani tinggal di sekitar
pekan-pekan atau bandar-bandar besar seperti Kyoto, Osaka dan Nara. Pertumbuhan bandar-
bandar besar ini disebabkan oleh terdapatnya konsentrasi penempatan yang agak besar dan
permintaan terhadap barangan keperluan harian seperti beras, sayur-sayuran dan hasil-hasil
pertukangan sangat tinggi. Perniagaan yang menguntungkan ini makin hari telah menarik lebih
ramai kaum peniaga dan pendudukpenduduk untuk mendiami kawasan-kawasan perbandaran
kerana bekalan barangan harian senang didapati.

Bukti terdapatnya penempatan yang pesat ini mengesahkan bahawa Jepun telah
mempunyai konsentrasi penempatan manusia yang besar dan telah mempunyai beberapa pusat
perbandaran yang merupakan ciri asas pertama peradaban.

(2) Hayat penghidupan yang stabil

Sebuah catatan utusan negara China yang diterbitkan pada 297 M ada menyebut tentang jangka
hayat penghidupan stabil yang panjang orang-orang Jepun.

The people live long, some to one hundred and others to eighty or ninety years. Ordinarily, men
of importance have four or five wives; the lesser ones, two or three. Women are not loose in
morals or jealous. There is no theft, and litigation is infrequent.

Catatan tersebut menyebut bahawa jangka hayat orang-orang Jepun pada ketika itu sudah
pun menjangkau 100 tahun, 90 tahun dan 80 tahun. Walaupun orang Jepun awal ini tidak
mempunyai sistem pemerintahan pusat sebagai sebuah negara tetapi setiap kumpulan uji atau
kumpulan masyarakat sudah mempunyai peraturan-peraturan dan undang-undang yang
membendung mereka daripada bertindak liar. Keadaan aman damai ini telah melahirkan
kehidupan yang harmoni, kepatuhan kepada undang-undang, kesejahteraan bermasyarakat dan
sikap toleransi di antara ahli kumpulan telah menyumbang kepada jangka hayat.

(3) Wujudnya organisasi dan institusi sosial

Masyarakat Jepun pada mulanya terpecah-pecah mengikut kumpulan uji. Setiap kumpulan
uji ini mempunyai organisasinya sendiri yang terdiri daripada seorang ketua dan pembantu-
pembantunya. Pergeseran di antara kumpulan uji ini sering berlaku kerana bilangannya sangat
banyak. Kekuasaan kumpulan Yamato telah meluas ke seluruh negara Jepun kecuali di beberapa
daerah di Kyushu. Kekuasaan kumpulan Yamatai (Yamato) juga dapat dilihat apabila berjaya
mendapatkan hegemoni ke atas kumpulan-kumpulan lain.

Di bidang ekonomi pula, kemasukan alat-alat logam dari benua Asia terutamanya dari
negara China telah melahirkan suatu bentuk ekonomi berbentuk pertanian di negara Jepun.
Kemasukan teknologi pertanian di zaman Yayoi ini telah berkembang sehingga ke zaman
Kamakura di mana terdapatnya pertumbuhan pesat dalam pengeluaran hasil-hasil pertanian dan
pembuatan alat-alat pertanian. Akibat daripada pertumbuhan ini telah muncul banyak pasar-pasar
dan kedai-kedai untuk memasarkan hasil-hasil dan alat-alat pertanian. Situasi ini memberi laluan
kepada proses perbandaran yang meluas.

Perkembangan dalam bidang pertanian telah menghasilkan kepelbagaian terhadap hasil


pengeluaran pertanian tetapi tanaman padi yang merupakan makanan utama telah diberikan
perhatian khas. Sistem penanaman dan penuaian padi telah diperbaharui dengan sistem yang
lebih berkesan dengan memperkenalkan baka padi jenis baru yang diimport dari Indochina.
Tanah-tanah baharu telah dibuka untuk penanaman padi dan teknik-teknik pengairan telah
digunakan dengan meluas. Keadaan ini telah menyumbang kepada lebihan pengeluaran padi.
Apabila amalan menyimpan beras dan tanaman lain berkembang, maka wujud jurang perbezaan
di antara orang kaya yang banyak menyimpan hasil-hasil pertanian dengan orangorang miskin.

Selain daripada padi, tanaman-tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, teh, barli dan
gandum juga ditanam dengan jayanya. Keadaan ini telah menggalakkan kegiatan perekonomian
yang pesat lalu melahirkan pertumbuhan ekonomi kewangan. Pertukaran wang dalam perniagaan
dengan menggunakan wang syiling tembaga telah merancakkan lagi ekonomi Jepun pada ketika
itu. Wang syiling tembaga ini juga digunakan untuk membayar cukai dan dalam urusan jual beli
yang lain. Pada kurun ke 14 M, wang logam diperkenalkan untuk menyenangkan kegiatan
perdagangan. Ekoran daripada pertumbuhan perekonomian ini telah menggalakkan juga
permintaan terhadap hasil pertukangan dan hasil-hasil lain seperti barang-barang perak dan
tembaga, barang-barang tembikar, hasil laker (lacquered produce), lukisan-lukisan dan ukiran dan
lain-lain. Pertumbuhan pelbagai kegiatan ekonomi ini telah mendorong kepada kemunculan kelas
masyarakat yang baharu iaitu golongan pedagang kepada kelas perwira (samurai), petani dan
petukang.

(4) Bahasa dan Sistem Tulisan

Bahasa Jepun

Terdapat 3 teori utama tentang asal-usul bahasa Jepun:

1. Bahasa Jepun adalah bahasa Altaic yang mempunyai kaitan dengan bahasa Korea, Mongolia,
Turki dan lain-lain.

2. Bahasa Jepun adalah bahasa Austronesia yang mempunyai kaitan dengan bahasa Papua,
bahasa Melayu dan bahasa-bahasa pasifik yang lain.

3. Bahasa Jepun adalah bahasa di sekitar Asia Tengara yang mempunyai kaitan dengan bahasa
Vietnam, Mynmar, Tibet dan Tamil.
Bahasa Jepun dipercayai berasal daripada bahasa Altaic di dalam substratum Austronesia.
Ini boleh dibuktikan apabila menjejaki penghirahan orang Yayoi daripada semenanjung Korea
yang membawa bersama mereka bahasa Altaic.

Struktur ayat bahasa Jepun sangat berbeza dengan struktur ayat bahasa Melayu, bahasa
Inggeris atau pun bahasa China. Ini adalah kerana struktur bahasa-bahasa tadi menggunakan
struktur SVO (subject + Verb + Object). Manakala bahasa Jepun mempunyai struktur ayat SOV di
mana kata kerja diletakkan di bahagian akhir ayat. Contoh di bawah menerangkan dengan jelas
struktur ayat bahasa Jepun.

Cth.1.(Bahasa Inggeris) I give you a book.

(subjek (I) + kata kerja (give) + objek (you) a book).

Cth.2.(Bahasa Jepun)

(a) (subjek (I) + objek (you) a book) + kata kerja (give).

(b) (objek (you) a book + kata kerja (give).

Perkataan bahasa Jepun boleh dijeniskan mengikut dari mana ia diperolehi. Perkataan
yang ditulis dengan tulisan kanji adalah disebut sebagai Kango ( ) yang menggunakan
seratus peratus sistem bunyi bahasa China. Manakala perkataan yang berasal daripada negara
Jepun sendiri dikenali sebagai Wago ( ) yang menggunakan atau tidak huruf kanji, tetapi
menggunakan bunyi bahasa Jepun seratus peratus. Ada juga mengelarkan jenis perkataan
sebagai Yamatokotoba (bahasa Yamato). Bahasa-bahasa Eropah dan bahasa-bahasa lain yang
dipinjam ke dalam bahasa Jepun ini dikenali sebagai Gairaigo ( ). Terdapat juga
perkataan-perkataan yang dicipta dengan menggabungkan dua jenis perkataan dan perkataan ini
dipanggil konshuugo . Sebagai contoh, menggabungkan satu perkataan jenis gairaigo
dengan satu kango seperti di mana ( (gairaigo) (kango) dan di
mana (wago) (kango)(wago).

Tidak dapat dinafikan bahawa perbendaharaan kata bahasa Jepun telah diperkayakan lagi
dengan penerimaan perbendaharaan kata bahasa asing. Selain daripada negara China, Jepun
juga mengimport perbendaharaan kata daripada Eropah terutamanya dari bahasa Belanda,
Inggeris, Jerman dan juga mungkin Russia. Penciptaan perkataan-perkataan baru dengan
menggabungkan perkataan tersebut dengan jenis perkataan yang lain juga giat dilakukan.

(5) Undang-Undang, Norma dan Ethos

Di akhir pemerintahan Maharani Suiko (592 M hingga 628 M) kumpulan-kumpulan yang


bergabung dengan beliau menampakkan penentangan terhadap hegemoni Yamato. Pihak istana
Yamato yang diketuai oleh pemangku raja iaitu Putera Shotoku telah membuat perubahan
terhadap pentadbiran negara dengan memperkenalkan undang-undang atau perlembagaan Tujuh
Belas Artikel (The Seventeen Article constitution) yang berdasarkan kepada perlembagaan
kerajaan China pada 604 M. Perlembagaan ini adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip
konfusianisme yang menekankan bahawa alam sejagat (universe) mengandungi tiga kerajaan
(realms) iaitu syurga, manusia dan bumi dan maharaja diberikan amanah untuk menjaga rakyat
jelata yang merupakan wasiat dari syurga. Oleh kerana itu semua rakyat mesti mematuhi undang-
undang supaya dapat menjamin kehidupan mereka direstui oleh pemerintah di syurga. Artikel ini
juga menekankan kebaikan dalam ajaran konfusianisme seperti harmoni, keadaan tersusun dan
kepentingan pembangunan moral pegawai-pegawai kerajaan.

Berdasarkan kepada peredaran masa dan keperluan, pada 645 M satu lagi reformasi
dalam pentadbiran negara telah dilakukan dengan memperkenalkan Perlembagaan Taika /
Reformasi Undang-Undang Taika (Taika Reform Edicts). Undang-undang ini telah ditulis dan
dibiayai oleh pelajar-pelajar konfusianisme di istana Yamato.

Kesedaran pelajar-pelajar ini terhadap institusi raja telah mendorong mereka


merangkakkan satu undang-undang yang merupakan elemen penting dalam menubuhkan sistem
imperial Jepun. Undang-undang ini menekankan bahawa maharaja bukan lagi merupakan ketua
kepada kumpulan-kumpulan uji tetapi maharaja yang dilantik oleh pemerintahan Syurga (Decree
of Heaven) dan mempunyai kuasa mutlak. Negara Jepun merupakan wilayah-wilayah yang
dipunyai oleh maharaja dan diperintah oleh kerajaan pusat. Reformasi undang-undang ini
menuntut semua pegawai kerajaan menjalankan reformasi yang ketat dan menunjukkan tahap
moral yang tinggi serta mempunyai kelayakan birokrasi yang terbaik.

(6) Pemikiran Falsafah, Etika dan Moral

Kepercayaan agama orang Jepun purba dikenali sebagai Shinto yang membawa maksud
cara tuhan-tuhan (way of the god) telah wujud lebih awal daripada Konfusianisme atau pun
Buddha. Agama Shinto ini tidak mempunyai prinsip-prinsip moral atau pun doktrindoktrin falsafah
seperti agama Buddha atau Islam. Pengasas kepada agama Shinto ini juga tidak diketahui, tiada
mempunyai kitab-kitab dan tiada guru-guru. Shinto merupakan suatu jenis pemujaan alam dan
pemujaan roh-roh nenek moyang. Beberapa penyataan boleh dibuat secara am tentang agama
Shinto ini. Pertama, agama Shinto awal adalah agama suku dan ianya bukan agama sesebuah
negara. Setiap suku atau kumpulan yang pada asalnya berhijrah ke Jepun dari Korea telah
mengekalkan kepercayaan mereka ini walaupun selepas mereka menjadi sebuah negara yang
sah.

Kedua, semua kumpulan ini mempercayai kami iaitu tuhan kumpulan mereka. Setiap
kumpulan yang merupakan unit politik, militari dan keagamaan menyembah dan mempercayai
satu kami yang mereka anggap sebagai pengasas kepada keturunan kumpulan tersebut. Apabila
kumpulan ini berkembang dengan cara peperangan, kumpulan yang kalah itu dipaksa untuk
menyembah dan mempercayai kamikumpulan yang menang itu. Ketiga, Shinto melibatkan
penyembahan di tempat ibadat dan yang paling terkenal adalah Kuil Izumo yang terletak di pantai
Laut Jepun. Biasanya kuil Shinto ini didirikan di kawasan yang bersih di kelilingi oleh pohon-pohon
atau di keliling oleh batu-batu. Kuil Shinto ini biasanya adalah sebuah bilik dan seseorang perlulah
membasuh tangan dan mukanya sebelum memasuki kuil tersebut.

Agama Buddha mula diperkenalkan di negara Jepun pada pertengahan kurun ke 6 M tetapi
ianya berkembang dengan pesatnya pada kurun ke 7 M. Agama Buddha ini masuk ke negara
Jepun melalui semenanjung Korea. Pada 552 M, istana Paekche (kerajaan Korea purba) telah
menghantar sebuah imej Buddha, beberapa kitab suci agama Buddha dan seorang wakil Buddha
kepada kerajaan Yamato. Dengan perhubungan ini tiga perkara yang diimport daripada Korea
iaitu tulisan, Konfusianisme dan Buddhisme. Perkaraperkara tersebut telah merubah budaya
orang Jepun. Agama Buddha berkembang dengan pesatnya pada kurun ke 7 M kerana mendapat
perhatian dan minat yang penuh daripada Putera Shotoku yang merupakan pemangku raja
kerajaan Yamato. Baginda bukan sahaja disebut sebagai pengasas agama Buddha di Jepun
tetapi juga digelar sebagai wali pertamaagama Buddha. Baginda juga merupakan seorang
penaung yang gigih dalam memperkembangkan pendidikan dan menggunakan pengaruh agama
Buddha ini untuk memperteguhkan pengetahuan baginda tentang dunia.

Memandangkan pengaruh agama Buddha ini semakin hari semakin meningkat, maka pihak
kerajaan pada ketika itu telah menghantar para pelajar ke negara China untuk menimba dan
mendalami lagi ajaran agama Buddha. Para pelajar ini apabila balik semula ke Jepun telah
menggunakan kepakaran mereka untuk mempengaruhi pihak istana agar melakukan perubahan-
perubahan dalam sistem pemerintahan negara. Para pelajar ini diberikan kepercayaan untuk
merangka dan menyiapkan pembaharuan-pembaharuan itu. Maka lahirlah Perlembagaan Taika
yang merangkumi aspek-aspek politik, pentadbiran, kebudayaan dan pelajaran. Justeru itu
dengan terlaksananya Perlembagaan Taika ini ia telah mempercepatkan lagi pengaliran masuk
idea-idea, pemikiran dan nilai-nilai moral agama Buddha dan Konfusianisme ke negara Jepun.
Pembinaan kuil Buddha dilakukan di serata negara dan yang paling masyhur ialah kuil Horyuji
yang dibina pada 607 M yang merupakan bangunan kayu tertua di dunia. Beberapa kurun
kemudian terbina pula patung Buddha yang masyhur di Nara yang dipanggil sebagai Daibutsu.

http://myais.fsktm.um.edu.my/11621/1/Tamadun_Awal_Jepun_-_Jaafar_Jambi.pdf

6) Implikasi Globalisasi

Dunia abad ke-21 sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat di
mana ia tidak pernah berlaku di abad yang lalu. Cabaran terbesar yang dihadapi masyarakat
dunia pada hari ini ialah globalisasi dan hegemoni kuasa-kuasa Barat. Cabaran globalisasi
umpamanya mempunyai implikasi yang amat luas terhadap ekonomi, politik, sosial, dan hak asasi
masyarakat.

Dari segi ekonomi, globalisasi ekonomi telah menyebabkan banyak ekonomi negara-
negara kecil terpaksa bergantung kepada negara kuasa besar. Oleh sebab negara kuasa besar
mempunyai modal yang besar dan rangkaian di seluruh dunia, maka firma-firma mereka dengan
mudah menguasai ekonomi tempatan negara-negara miskin. Globalisasi juga memaksa negara-
negara miskin dan membangun mengamalkan dasar ekonomi yang liberal dengan membuka
ruang seluas-luasnya kepada syarikat-syarikat gergasi Barat menguasai ekonomi mereka untuk
menyesuaikan diri dan terus hidup dalam perubahan arus globalisasi ini

Dari segi politik, dengan berbekalkan kekuatan ketenteraan dan kuasa ekonomi serta
penguasaan media massa dan media elektronik dunia, kuasa-kuasa Barat iaitu blok Barat yang
diketuai Amerika Syarikat, terus melebarkan pengaruh mereka ke atas hal ehwal politik dunia.
Dengan menggunakan kekuatan ketenteraan, kuasa barat ini telah berjaya menjajah semula
negara-negara yang lemah dan mundur yang tidak sehaluan dengan mereka.

Seluruh masyarakat dunia terpaksa mengamalkan sistem politik liberal alaBarat


terutamanya negara-negara Islam yang dianggap sistem politiknya bercanggah dengan norma-
norma tamadun antarabangsa.Selain itu, Amerika Syarikat telah menggubalkan undang-undang
yang bertujuan memenuhi keperluan dan kepentingan kelompok mereka. Sistem hubungan
antarabangsa yang ada pada hari ini dicipta dan dikawal sepenuhnya oleh negara-negara Barat
ini.

Sosial merupakan salah satu cabang utama dalam penyebaran globalisasi dan hegemoni
Barat. Media gergasi dunia sudah semestinya dikawal dan didominasi oleh negara Barat. Dengan
memanfaatkan teknologi canggih dan media massa yang mereka kuasai, Barat telah berjaya
menerapkan nilai-nilai budaya mereka yang dianggap sebagai yang terbaik kepada sebahagian
besar masyarakat dunia secara halus dan pantas. Apa sahaja yang datang dari Barat
digambarkan sebagai baik, bercirikan kemajuan dan bertamdunan.

Melalui media juga nilai-nilai dan budaya kebaratan diluaskan dengan tujuan penduduk
dunia lain mengikut budaya kebaratan mereka. Budaya Barat yang berada di ambang kehancuran
telah membawa unsur-unsur negatif kepada kemanusiaan sejagat seperti pergaulan dan seks
bebas, budaya kuning, penyalahgunaan dadah dan gejala sosial lain. Namun begitu, corak
kehidupan ini masih menjadi ikutan ramai kerana pengaruh barat masih kuat dan amalan nilai
sosial mereka dapat diikuti melalui media massa seperti majalah, filem, buku-buku dan televisyen
serta media elektronik lain. Dengan ini, nilai-nilai budaya Barat ini telah mempengaruhi dan
merosakkan masyarakat Islam dan Asia, khususnya golongan muda-mudi. Perkara ini amat
merisaukan masyarakat kerana sehingga kini, terlalu banyak implikasi kesan daripada
penyebaran nilai ini. Ini meruntuhkan jati diri seseorang individu itu dan membantutkan modal
insan negara.

Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari ini datangnya
daripada warisan sejarah dan budaya masyarakat Barat. Pemikiran tentang hak-hak asasi
manusia bermula akibat daripada penindasan kuasa Barat. Mengikut pemikiran masyarakat
Amerika Syarikat, tiga hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar
kebahagiaan. Hak-hak ini begitu penting dari sudut pandangan mereka dan merupakan hak yang
dianugerahkan kepada mereka oleh tuhan.

1. Hak yang pertama: kehidupan, membawa maksud bahawa setiap manusia berhak
untuk hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya.Kemunculan hak asasi ini mungkin
daripada masalah penindasan yang berlaku di Eropah pada satu masa dahulu di mana pihak raja
dan Gereja mempunyai hak untuk membunuh sesiapa sahaja mengikut kehendak mereka tanpa
sebarang pembicaraan

2. Hak yang kedua: kebebasan,bermakna setiap manusia bebas untuk melakukan apa
sahaja asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana-mana orang lain

3. Hak yang ketiga: mengejar kebahagiaan , sebenarnya adalah kebebasan untuk


mengumpul harta. Masyarakat Barat pada waktu dahulu tidak bersetuju dengan kuasa Raja dan
kerajaan mereka yang boleh mengenakan sebarang cukai terhadap mereka tanpa mendapat
persetujuan mereka terlebih dahulu.

Ketiga-tiga hak asasi yang dibincangkan lebih menjurus kepada hak individu . Ini berkait
rapat dengan pemikiran masyarakat Barat terhadap kepentingan individu. Kepentingan ini menjadi
penting hasil daripada penolakan masyarakat Barat terhadap pemikiran kepentingan kumpulan
lebih penting daripada kepentingan individu yang diamalkan oleh masyarakat Barat pada zaman
pertengahan Eropah.

___________________________________________________________________

7) Sifat-Sifat Tamadun Islam


Tamadun Islam, dalam proses kelahiran dan perkembangannya mengandungi beberapa bahagian
atau dianggap unik berbanding tamadun-tamadun dunia lain. Sifat-sifat tamadun Islam terbahagi
kepada lima iaitu :
1. sejagat.Kesejagatan tamadun Islam bermakna ia tidak terikat kepada bangsa tertentu,
sebaliknya seluruh umat manusia yang berpegang kepada al-Din.
2. sifat tamadun Islam itu ialah terbuka dan tidak bersifat tertutup.Keterbukaan bermakna tamadun
Islam yang dilahirkan dan dicipta itu tidak dibatasi oleh had-had tertentu tetapi masih diletakkan di
atas garis panduan syariat Islam yang tetap dan berkembang selaras dengan perubahan masa.
Tamadun Islam terbuka kepada semua Tamadun yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.
3. tamadun Islam juga bersifat sepanjang zaman. Iaitu berkesinambungan dan mengalami proses
kesinambungan hingga masa kini. Perkembangannya bermula dengan turunnya wahyu pertama,
Surah Al-Alaq dan tidak pernah berhenti sehingga hari kiamat.
4. tamadun Islam juga bersifat toleransi terhadap sistem agama atau kepercayaan atau
kebudayaan lain. Tamadun Islam pernah berkembang dalam dunia yang tidak dikenali , tetapi
tetap mempertahankan toleransi. Masyarakat buka Islam yang berada dalam pentadbiran dan
perkembangan tamadun Islam tidak dilarang untuk mengamalkan agama dan kepercayaan
mereka. Ini sebagai usaha untuk mengekalkan hubungan baik dalam masyarakat dan
kepentingan kestabilan.
5. tamadun Islam mempunyai ciri-ciri kesatuan dalam kepelbagaian. Sebarang bentuk kemajuan
dan pencapaian dalam tamadun Islam,dan dalam pelbagai bidang semuanya di bawah kesatuan
akidah Islam yang menjurus kearah meng-Esakan Tuhan, Allah Pencipta Sekalian Alam.
Penemuan dan hasil ciptaan baru yang dicapai dalam tamadun manusia semuanya dikembalikan
kepada kebesaran dan keagungan Tuhan Pencipta seluruh Alam
___________________________________________________________________

8) Perbezaan pandangan semesta masyarakat melayu antara pra-Islam dan zaman Islam.

Evolusi pandangan semesta masyarakat Melayu secara umumnya boleh dilihat melalui dua
dimensi yang utama iaitu zaman pra-Islam dan juga setelah kedatangan Islam. Namun semasa
zaman pra-Islam pula terbahagi kepada dua peringkat yang utama iaitu;

i) sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha

ii) kedatangan agama Hindu dan Buddha

Pada zaman sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha telah dikatakan masyarakat
Melayu mempunyai sistem kepercayaan primitif iaitu animisme dan dinamisme yang
mempercayai bahawa setiap benda ada jiwa, roh atau semangat yang mempunyai perwatakan
sendiri, sama ada dapat membawa kesan baik atau buruk. Dengan kedatangan agama Hindu
dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Pandangan
semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga dapat dikesan melalui karya-karya Melayu
tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci
agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha. Ini telah mempengaruhi
pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan bangsawan. Menurut pendapat Syed
Naquibb, kedatangan agama Hindu tidak merubah pandangan semesta masyarakat Melayu
secara mutlak. Apa yang jelas terlihat ialah kesan pengaruh Hindu-Buddha hanya pada lapisan
di atas sahaja (golongan bangsawan), tidak menyerap ke segenap lapisan masyarakat Melayu.

Selewatnya-lewatnya pada awal abad ke-15, masyarakat Melayu boleh disifatkan sebagai
menempuh era baru dengan kedatangan Islam. Islam telah mengubah bentuk kepercayaan dan
corak hidup mereka juga pandangan semesta mereka. Kepercayaan kepada dewa dan
animisme bertukar kepada kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya. Antara elemen-elemen
asas pandangan semesta Tamadun Melayu-Islam ialah

i. Kepercayaan kepada Yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir dan Pemelihara Alam
Semesta.

ii. Konsep penghitungan dan pembalasan yang muktamad di akhirat.


iii. Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya.

iv. Menghormati maruah dan martabat manusia.

v. Keadilan, kebebasan dan kesaksamaan

vi. Kehidupan yang pertengahan dan seimbang antara jasmani, rohani dan akal.

Lantaran itu, masyarakat Melayu menyedari bahawa seluruh hidup mereka terfokus kepada
Tuhan. Sebagai kesannya, pandangan semesta Melayu telah dibentuk berasaskan habluminallah
(berbuat baik kepada Allah) dan habluminannas (berbuat baik kepada manusia).

Secara keseluruhannya, Islam sememangnya telah berakar umbi dalam pemikiran serta
pembentukan pandangan semesta masyarakat Melayu.

___________________________________________________________________

9) Nyatakan bentuk pemikiran orang Cina dalam bidang ekonomi dan pendidikan

Dalam bidang ekonomi, keadilan dan sikap berpatutan merupakan dua nilai yang penting dalam
masyarakat Cina. Kedua-dua nilai ini khasnya merujuk kepada pengagihan kekayaan secara adil
saksama dan pekerjaan tidak dikenal pasti dengan ras. Sebenarnya keadilan pengagihan
kekayaan adalah salah, satu ideal dalam The Grand Unity. Selain itu, terdapat banyak nilai dalam
tamadun Cina yang patutu ditekankan dalam aktiviti ekonomi. Misalnya, kerajinan, berjimat-
cermat, bertanggungjawab, integrity dan ketaatan akan memanfaatkan pertubuhan perniagaan
secara langsung; nilai stika seperti keharmonian, kesetiaan, kesopanan, kepatuhan kepada norma
dan peraturan, disiplin diri, semangat bekerjasama dan sebagainya mungkin memberi implikasi
yang positif bagi teori organisasi, tingkah laku organisasi, pengurusan perniagaan dan psikologi
perindustrian.

Dalam bidang pendidikan, kebijaksanaan dan fikiran Konfusianisme dan tradisi lain telah
digunakan dalam segala pertimbangan mengenai perkembangan kurikulum dan strategi mengajar
dan pengajaran.

1. Kepercayaan optimistic pada potensi manusia untuk mencapai kecemerlangan individu


atau berkelompok.
2. Pendidikan sentiasa diutamakan
3. Kepercayaan bahawa setiap individu harus dan boleh dididik.
4. Pembentukan keperibadian atau ajaran moral dan etika diberikan keutamaan.
5. Guru harus dihormati dan diberi status sosial yang tinggi.
6. Mengutamakan humanisme, personalisme, intelektualisme dan moralisme dalam
pendidikan.

___________________________________________________________________
Soalan esei:

2. Isu-isu kontemporari tentang alam sekitar,gejala sosial sebab & cara mengatasi.

Punca-punca menyebabkan masalah pembuangan bayi:

Marcapada ini, negara kita telah berkembang pesat sama ada dari segi ekonomi, sosial
ataupun politik dalam menongkah arus modenisasi dan globalisasi. Kini, nama Malaysia begitu
tersohor di pentas dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dengan kejayaan
yang telah ditempa oleh rakyat Malaysia di peringkat dunia. Namun begitu, di sebalik
kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama
bersarang dalam kalangan masyarakat kita, iaitu masalah pembuangan bayi. Persoalannya,
apakah faktor pencetus utama masalah ini kerana ada asap ada apinya? Mengapakah hal ini
boleh berlaku?

Dalam hal ini, kita tidak boleh menafikan bahawa kekurangan didikan agama merupakan
antara sebab utama kes pembuangan bayi berlaku. Biasanya golongan remaja yang merupakan
golongan yang terlibat dalam kes pembuangan bayi. Kekurangan didikan agama yang merupakan
panduan dan pedoman hidup menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan lalu terlibat
dalam gejala negatif, antaranya ialah pergaulan bebas. Remaja yang terlibat dalam pergaulan
bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan
mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama
akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat-
tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi
berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana pada usia muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh
rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka hergaul dengan rakan sebaya yang
negatif. Rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar
batasan agama dan norma maysarakat, tamsilnya pergi ke tempat hiburan seperti disko,
menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam kancah-
kancah negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila
mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa
membuangkan bayi mereka.
Sehubungan dengan itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut
menyebabkan masalah sosial ini berlaku. Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak
luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang ringan padanya.
Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga akan dianggap menjatuhkan maruah
keluarganya. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut akan mengambil jalan
mudah dengan membuangkan bayinya daripada dipandang jijik oleh masyarakat.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kes pembuangan bayi


berlaku. Masalah ini seharusnya diketengahkan dan diselesaikan dengan menjalankan langkah-
langah yang efektif sebelum keadaannya menjadi lebih teruk lalu menggugat masa depan negara.
Dalam hal ini, semua pihak haruslah bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk
menyelesaikan masalah ini kerana bak kata peribahasa Melayu, bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat.

Langkah-langkah mengatasi masalah pembuangan bayi:

Antara langkah yang harus diambil untuk mengatasi gejala pembungan bayi ialah melalui
peranan pihak berkuasa dan media massa, ibu bapa dan badan-badan NGO dan
masyarakat. Dalam mengejar arus pemodenan, kemelut pembungan bayi tidak harus dipandang
sepi, pihak berkuasa dan media massa haruslah memainkan peranan untuk mengatasi masalah
ini. Pihak media massa hendaklah menyekat program-program hiburan yang boleh
merosakkan akhlak remaja seperti filem-filem yang mengandungi adegan-adegan lucah yang
boleh menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat seterusnya meningkatkan lagi kadar
pembuangan bayi

Langkah pencegahan daripada pihak berkuasa pula adalah dengan menguatkuasakan


undang-undang dengan mengenakan hukuman maksimum ke atas pasangan yang berzina
seperti mengenakan hukuman sebat. Hukuman yang setimpal harus dilaksanakan supaya dapat
memberi pengajaran kepada remaja yang terlibat dan juga kepada remaja- remaja yang lain.
Secara tidak langsung mungkin ini dapat mengurangkan kes pembungan bayi dan masalah
keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.

Selain itu, pihak berkuasa juga mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk
membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini dan seterusnya dapat menangani masalah
ini. Justeru itu, peranan media massa dan media cetak amatlah penting bagi menjayakan
kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Peranan media ini penting dalam
menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan..

Dalam menangani masalah ini, ibu bapa amat memainkan peranan yang penting dalam
mencorak dan mendidik anak-anak mereka. Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang
mencorakkan mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan
anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa
mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak seawal mungkin demi
memandu mereka ke arah kebaikan. Selain itu, Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mengawasi
pergaulan anak-anak mereka. Hal ini demikian untuk mengelakkan mereka dari terjebak dengan
pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa kepada penzinaan. Ibu bapa juga haruslah
bertindak sebagai kawan kepada anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dengan anak-anak yang
erat secara tidak langsung akan memudahkan ibu bapa mengawasi mereka.

Selain itu, ibu bapa juga mestilah menerapkan nilai-nilai yang murni, memberi sepenuh
perhatian, kasih sayang dan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Apabila
perhatian dan kasih sayang ini diterapkan, maka anak-anak akan merasa mereka dihargai dan
disayangai. Ini secara tidak langsung akan mengelakkan mereka tertekan dan seterusnya
mengelak daripada aktiviti pergaulan bebas diantara mereka (remaja). Oleh itu, pergaulan boleh
dibataskan dan seterusnya gelaja sosial seperti pembungan anak boleh diatasi.

Tambahan pula, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat turut memainkan
peranan dalam membantu pihak berkuasa untuk menangani gejala buang bayi yang semakin
membimbangkan kebelakangan ini. Badan-badan NGO boleh dijadikan tempat rujukan bagi
mereka yang mengandung anak luar nikah disamping untuk mendapat bimbingan dan
perlindungan, contohnya seperti Asrama Puteri KEWAJA. Hal ini demikian kerana mereka masih
perlu dibela dan memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Badan-badan
NGO juga hendaklah menyediakan dan menubuhkan pusat jagaan bayi bagi membela nasib
mereka yang tidak bersalah, contohnya seperti Pusat Perlindungan PERNIM. Ianya juga dapat
memberi peluang kepada ibu bapa mengambil balik hak mereka dan bertanggungjawab ke atas
mereka.

Malahan, persepsi masyarakat mestilah diubah dengan tidak terus menghukum mereka
yang hamil anak luar nikah tetapi sebaliknya berusaha membantu mereka agar mereka mendapat
perlindungan dan menyesali perbuatan mereka. Masyarakat juga mestilah bersifat sensitif dengan
apa yang berlaku disekeliling agar gejala ini dapat dibanteras. Masyarakat perlulah peka dengan
suasana disekeliling mereka supaya mayarakat dapat bersama- sama mencegah aktiviti yang
tidak bermoral ini terus berlaku.

Dengan ini dapat disimpulkan bahawa semua pihak terlibat dalam menangani masalah
pembuangan bayi ini. Justeru itu, semua pihak harus melihat gejala pembuangan bayi secara
rasional dan tidak seharusnya memandang sepi tentang masalah ini sebelum ianya menjadi lebih
serius.

Anda mungkin juga menyukai